Sedar tak sedar, sudah masuk 2 tahun wujudnya GST di Malaysia. So, serba sedikit berkaitan GST ni kita sedia maklum yang GST bermaksud Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai GST. Pengenalan cukai GST bertujuan untuk mereformasikan sistem percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara, dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang melaksanakan sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan negara.
60 jenis barangan makanan di kenakan GST
Terkini, Lebih daripada 60 jenis barangan makanan yang biasanya tidak digunakan oleh rakyat Malaysia akan mempunyai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas mereka bermula 1 Julai. Ini termasuk makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi. Jabatan Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy mengesahkan laporan itu dan berkata kenyataan penuh akan dikeluarkan hari Isnin 19 Jun 2017.
Jenis baru yang akan dikenakan GST termasuk ikan belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri. Untuk maklumat lanjut, boleh klik kat sini gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my.
Jenis baru yang akan dikenakan GST termasuk ikan belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri. Untuk maklumat lanjut, boleh klik kat sini gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my.
Maksudnya, lepas raya minggu depan harga tinggi. Mana yang nak langkah berjimat, korang boleh sediakan awal barang-barang yang akan naik harga. Kalau macam aku ni, kena standby mee banyak-banyak kat dapur. Hahaha.