Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 476

SINOPSIS | TUAN ANAS MIKAEL

$
0
0
Tuan Anas Mikael adalah adaptasi novel karya Syammuriezmil. Ianya telah bersiaran bermula pada 9 November 2015 jam 1000 malam (Isnin hingga Khamis). Drama terbitan Pena Creative Pictures ini diarahkan oleh pengarah hebat, Raja Ahmad Alauddin dengan menampilkan gandingan dua pelakonpopular, Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael dan Zara Zya sebagai Ayu Maisarah. Ianya turut dibintangi oleh Raja Ilya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Ziela Jalil, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Tuan Anas Mikael

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang Puan Sri Tengku Anansa (Ziela Jalil) yang telah memberikan tempoh selama tiga bulan untuk Tuan Anas Mikael (Aaron Aziz) mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana (Raja Ilya), cucu Tun Akhiruddin (Jalaluddin Hassan).

Ayu Maisarah (Zara Zya) yang mengantikan ibunya, Cik Su (Fazlina Ahmad Daud)sebagai tukang cuci di rumah Tuan Anas Mikael. Satu insiden di mana Ayu Maisarah tersalah cuci tangga menyebabkan Tuan Anas Mikael jatuh membuatkan Ayu Maisarah terpaksa menjadi tukang cuci kepada Tuan Anas Mikael.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas di depan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra Ariana.

Begitulah serba sedikit Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Astro Ria. Nantikan kisah menarik ini di Astro Ria dan Astro Ria HD setiap Isnin hingga Khamis jam 1000 malam. Anda boleh membaca novel Tuan Anas Mikael ini di NOVEL ONLINE.

Online Drama

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | EPisod 15 | Episod 16 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 476

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Girasoles para colorear


Love Quotes Tagalog


Cute Crush Quotes and Tagalog Love Text Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT