Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all 474 articles
Browse latest View live

Powerpuff Girls dan Ben 10 ‘menyerang’ Lost World of Tambun.

$
0
0
Cuti sekolah sudah bermula, sebagai ibu bapa kepada anak-anak. Dah buat ke belum senarai aktiviti untuk meluagkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Kalau sebut Lost World of Tambun, agak-agak on ke tak on? Sekali sekala bawak anak-anak pergi Lost World Of Tambun. Bukan selalu pergi. Kesian anak-anak penat berperang dengan minda asyik pulun membaca buku je kan. Apa kata pergi Lost World Of Tambun Kerana di LWOT ada pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan. Anda boleh baca entri lepas aku apa yang menarik di LWOT di sini. Selain 14 tarikan LWOT yang aku sebutkan, TERKINI! superhero cartoon kegemaran anak-anak Ben10 dan Powerpuff Girls pun ada!!

Ben 10 & Powerpuff Girl Gegar Lost World Of Tambun



Jangan lepaskan peluang temui watak kartun ‘The Powepuff Girls’ (tiga orang gadis yang berjuang menentang jenayah dan musuh yang menghancurkan bandaraya Townsville.) dan ‘Ben 10’ (seorang budak lelaki biasa berumur 10 tahun yang sayangkan alien) dapat anda temui sekiranya berkunjung ke taman tema Lost World of Tambun (LWOT) di sini, sempena cuti sekolah 2017.

Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah 2017


LWOT menjanjikan aktiviti yang penuh keseronokan sepanjang cuti sekolah anak-anak anda dari 25 November hingga 1 Januari. Anda juga akan teruja dengan pokok Krismas yang indah di Kampung Malayana dan hiasan epik, inflatables dan patung-patung The Powerpuff Girls dan hiasan Ben 10 di Toon City, Riverside. Akan ada permainan yang menarik seperti:

 Giant Jenga
Giant Snake & Ladders

Shuttle Smash
Slow & Steady,


Wheel of Power
Dan, jangan lupa cari game lain selain game kat atas tadi Giant Slingshot, , and  that will test coordination.

1,000 Lost World POW Holidays tiket di bellon 

Haritu pada gimik perasmian LWOT telah melepaskan 1,000 belon ke udara yang mana setiap belon tersebut telah diikat dengan tiket emas yang setiap tiket boleh digunakan untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. Wow ! siapa yang bertuah tuuu 


"Meluangkan waktu bersama di luar rumah dengan keluarga dan rakan-rakan adalah sangat berharga, begitu tepat pada masa yang berkualiti adalah keutamaan.Ini benar-benar menjadi tempat bagi mereka yang ingin berehat dan melepaskan diri dari kesibukan keramaian harian, menghubungkan semula dengan alam semula jadi dan yang lebih penting antara satu sama lain, "kata Nurul Nuzairi Bin Mohd Azahari, Pengurus Besar Lost World Of Tambun.

LWOT-ETS Selfie Contest  

 

ETS KTMB sedang menganjurkan LWOT-ETS Selfie Contest dari sekarang hingga 31 Disember 2017. Para peserta akan mengambil gambar di mana-mana poster Lost World POW Holiday dan berdiri di 6 stesen ETS yang terletak di KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan Padang Besar dan hantar gambar dengan ID tiket ETS di laman web di https://a.pgtb.me/WsSkkd. 


Seorang pemenang mingguan akan membawa pulang penginapan 2D1N di Lost World Glamping untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak serta tiket kereta api ETS pulang ke Padang Besar. Sepuluh hadiah penghiburan mingguan untuk empat (4) tiket masuk Lost World Of Tambun (dua tiket dewasa dan dua tiket anak) akan dimenangi juga.

----------------------------------------------------------------- 
Nikmati sehingga 35% diskaun jika membuat pembelian melalui atas talian 
Website : https://sunwaylostworldoftambun.com/pow-holidays/
Facebook : www.facebook.com/lostworldoftambun
Phone : +605 542 8888.



CERMIN LED MUDAH ALIH - CONIE PERY

$
0
0
Aku ni memang dah lama teringin nak ada LED Mirror sendiri. Selalu jugak nampak post post kat facebook, instagram.. Kalau tengok Lazada ke 11street ke Shoppe ke ada jugak usha-usha LED Light. Tapi design tak berapa kenan dihati. Sebenarnya, aku memang teruja nak LED light ni, at least boleh bawak masa travel nanti. Iyelah, takkan nak travel angkat meja cermin yang ada LED Light tu kemana-mana pulak. Sekurang-kurangnya, aku boleh bawak kat tempat-tempat gelap macam pergi ber'camping' dengan kawan-kawan.

Magic Mirror LED Dari Conie Pery

Aku jenis yang ringkas orangnya. Ringkas-ringkas pun perlukan masa juga nak bersolek. Taknaklah keluar muka macam tak mandi walaupun satu jam kat bilik air. Sesuailah Magic Mirror ni, sebab boleh bawak ke mana-mana dan boleh simpan barang-barang makeup ke dalam magic mirror ni tau

Tiada masalah menyimpan makeup lagi

Tiada lagi masalah tempat simpan makeup kalau kau dah ada Magic Mirror Makeup Led Light dari Conie Pery ni. Meja solek pun takkan bersepah bila korang dah miliki cermin LED ni. Sebab, cermin ni sudah build in ruang untuk meletakkan makeup korang tu.


Takyah bazir duit pergi beli bateri jee atau risau takde plug nak cucuk bila kat dalam hutan atau luar kawasan yang terhad sebab LED Light ni ada ruang untuk recharge sekiranya lampunya dah lemah. Haaa, baguskan. alaaahh, boleh pakai charge hp android atau pun boleh cas pakai powerbank. 


Haaa, comelkan Magic Mirror LED dari Conie Pery ni. Untuk pengetahuan korang, Lampu ini ada 2 cahaya berbeza. Cahaya sederhana dan cahaya terang. Terpulanglah korang nak guna cahaya macam mana, kalau tak nak pakai lampu tu pun takde masalah. Masih boleh pakai lagi. hehehe


----------------------------------------------

Sekarang ni ada promo khas diskaun 20% untuk pembelian magic mirror ni. Untuk dapat kod diskaun korang boleh hubungi no telefon kat bawah sebelum buat pembelian di website.

Tel: 018-2220780
Email: coniepery@gmail.com
FB: www.facebook.com/Coniepery/
IG: www.instagram.com/coniepery/
Website: https://www.pineapple.my/product/conie-perie-magic-makeup-mirror/

HUAWEI P10 DUALKAMERA TERBAIK

$
0
0
Aku sebagai blogger sangatlah mementingkan gambar yang cantik dan jelas untuk menampakkan hasil blog yang menarik para pembaca membaca entri aku. Bukan setakat hasil tulisan aku atau blogger lain yang memainkan peranan, malah gambar yang baik juga perlu ada untuk menampakkan ianya lebih menarik. Untuk aku yang kurang mahir dan tiada budget untuk membeli camera khas untuk mengambil gambar, kamera handphone lah menjadi pendamping setia aku. Hehe

Carosel Huawei P10

HUAWEI P10


Carosel Huawei P10

Aku ada usha hp lain, bukan tak bersyukur ada smartphone yang sedia ada ni, tapi, aku ada 2 no. Hp 1 lagi mana tah..Sampai No telefon 1 lagi kena recycle tau…..sebab hp nya mana tah. Tak jumpa sampai sekarang. Ni, aku dah renew no aku yang kene recycle tuu, tapi takde hp nya. Jadi aku tengah rancang nak beli hp lain. Banyak-banyak aku survey, tertarik dengan Huawei P10. Fuhh aku tengok kamera dia mengancam.

3 Model Huawei

Huawei P10 ni banyak model rupanyaaaaa. Tiga model dari Huawei P10 antaranya Huawei P10 Lite, P10 dan P10 Plus.

carosel Huawei P10

Huawei P10 Lite merupakan model yang dikeluarkan dengan spesifikasi sedikit rendah manakala P10 dan P10 Plus hadir sebagai flagship smartphone. Seperti yang anda boleh jangkakan daripada upgrade kepada Huawei P9 yang laris dijual pada tahun lepas, model terbaru ini bakal memberi penambahbaikan dari segi processor, RAM, bateri dan kamera.

Kamera Huawei P10 dari Teknologi Leica


carosel Huawei P10

Sebut pula mengenai kamera, Huawei turut menjanjikan kamera yang lebih baik pada model terbaru mereka ini. Buat korang yang pernah menggunakan smartphone terbaru daripada Huawei, aku yakin korang akan berpuas hati dengan kualiti bokeh yang ditampilkan menerusi teknologi daripada Leica.

Melalui P10, teknologi ini diperkemaskan lagi dengan penggunaan teknologi ‘LeicaSelfie’. Kini pengguna bukan sahaja boleh menghasilkan gambar bokeh menggunakan kamera belakang namun menggunakan kamera hadapan ketika selfie. Gambar yang lebih detail dan sharp antara yang bakal diterima pengguna. Seperti juga smartphone flagship yang lain, Huawei turut menyertakan fungsi kalis air pada siri Huawei P10 ini sebagai pertambahan terbaru untuk model keluaran mereka.

Perghh ! gilerrrr ahhhh.. Terbaik kamera, aku survey macam ni pun rasa macam hari ini jugak nak ambik. Tapi, Hr yang settled gaji aku mak nya meninggal. Jadinya, kene postpone sikitlah.

Figure Print

Macam smartphone iphone, Huawei P10 juga mempunyai pengimbas cap jari di bahagian hadapan handphone.

carosel Huawei P10
Pengimbas cap jari
Menurut Huawei, pengimbas cap jari ini adalah yang paling sesuai dan utuh dalam industri untuk tempoh ini. Teknologi "predictive fingerprint tracking" telah digunakan untuk komponen ini yang dapat meramalkan lokasi jari anda untuk meningkatkan kesan input.

Warna yang dikeluarkan Huawei P10

carosel Huawei P10
antara warna Huawei P10
Sejumlah 8 warna ditawarkan untuk kedua-dua telefon, antaranya adalah Dazzling Blue, Graphite Black, Dazzling Gold, Rose Gold, Greenery, White Ceramic, Mystic Silver dan Prestige Gold. Greenery adalah warna yang hadir dengan kerjasama Huawei dengan Pantone. Tetapi untuk Huawei Malaysia, Graphite Black dan Prestige Gold saja terawal djual.

Harga Huawei P10

Huawei P10 dijual dengan harga permulaan awal Mac yang lalu dengan RM2,499 manakala Huawei P10 Plus dijual dengan tanda harga RM3,099. Dikatakan warna Prestige Gold dan Graphite White merupakan warna model terawal yang bakal dijual.

carosel Huawei P10
Pelancaran Huawei P10 - sumber google
Tapi, itu harga awal pelancaran Huawei P10 Malaysia.. Mesti sekarang harganya ada yang lebih murahkan. Hahahha. Tengah cari handphone jugak kee tuu? Marilah ikut aku survey Smartphone Huawei P10 berjemaah. Buat apa bayar lebih kalau ada harga yang lebih berbaloi.

Happy Birthday 'Koshim'

$
0
0
Selamat ulang tahun kelahiran buat adik bongsu aku, Syakila Adam. Semoga panjang umur, murah rezeki, dapat result bagus dan ditambahkan berat badan. Amin. Haa, aku memang betul-betul doakan kau ditambahkan berat badan. hahaha. Hashtag jeles.


Happy Birthday Syakila

Selamat ulang tahun kelahiran sekali lagi yee adik khosim. Khosim tu apa ? hahaha. tu nama panggilan manja untuk adik aku. Semua ada gelaran masing-masing ikut perangai masing-masing.Jadilah bunyik macam aneh-aneh macam tuu. hahahaha


Budak yang susah nak amik gambar berdua jee. mesti ada jee yang menyelit. hahaha, ini laah khosim kami . kihhkihh. Membesar dengan baik yee dik, Jaga mak untuk kami. Rajin-rajinlah bawak kereta tuu. Jangan gantung jee lesen kereta tu. All the best. Dah 22 layak ke dapat hadiah ? hahahaha.

JUMANJI WELCOME TO THE JUNGLE

$
0
0
Hai ! korang dah tonton cerita panas di pangung wayang hari ini ? Mana best Jumanji ke Star Wars ? Kalau aku, aku akan ketepikan cerita berkaitan aksi macam star wars ke transformers ke. Hahaha, tak tahu kenapa, sebabnya kalau tengok cerita-cerita macam tu, cerita start je aku terus tidur. Padahal dah keluarkan duit ni tengok kat wayang. Kalau jenis seram, haa, ajak aku. Aku on..

Jumanji | Welcome To The Jungle


Sony Pictures telah melancarkan video treler pertama untuk filem ini, Jumanji: Welcome to the Jungle. Filem ini berlatarbelakangkan ‘permainan video klasik’ Jumanji yang diterbitkan pada tahun 1980-an tidak seperti filem Jumanji yang pertama, dimana Robin Williams telah menjadi watak utama, filem lama tersebut mengisahkan tentang huru hara yang diwujudkan oleh haiwan liar kerana disebabkan oleh permainan papan yang telah disumpah. Filem ini akan dibintangai oleh Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan Karen Gillan.


Jumanji: Welcome to the Jungle mempunyai beberapa penambahbaikan, permainan video yang dimainkan di dalam filem ini turut dipanggil Jumanji, permainan lama ini telah dijumpai oleh empat orang rakan-rakan yang dipaksa untuk mengemas ruang bawah tanah oleh pihak sekolah sebagai denda kesalahan yang masing-masing lakukan.


Sebelum empat orang watak disedut ke dalam permainan tersebut, mereka mempunyai pilihan untuk memilih watak mana yang ingin dilakonkan oleh mereka di dalam permainan itu. Malangnya salah seorang daripada mereka, Karen Gillan, tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dipilih oleh dia, dia berpakaian seperti seorang wanita yang memakai seluar pendek dengan dan juga baju tanpa lengan – siapa yang pakai baju macam tu bila masuk hutan? 

Review Jumanji : Welcome To The Jungle by Mimin Adam


Aku puas hati dengan cerita Jumanji ni, Jumanji dulu pun aku suka lagikan Jumanji baru ni. Sejak Trailer kat wayang ditayangkan dalam bulan September aku dah excited nak tengok. Hehehe, Dari start cerita Jumanji ni sampailah habis memang best! Kau akan ketawa dari mula sampai habis. Takde yang spoil dalam cerita ni . Bestlahhh, tak rugi kau pergi tengok kat wayang cerita ni. Tak lama pun cerita ni, dalam 2 jam je. Aku kasi 9.99/10 .  Haaa, nampak tak nampak tak bertapa bestnya. huhu. Aku tak nak cerita storyline dia kat dalam ni, sebab.. kau patut pergi tengok sekarang ! hahahhaha. kbai, jumpa next entry. Tinggalkan komen korang.. aku nak terjah kau punya entry pulak



Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

$
0
0
Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.


Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.

Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.

Apakah Itu Forex?

Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.
Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.


Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.




Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.
Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0



Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.

Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :

1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.





Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.




Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.



Kelas Forex Master menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.


Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.

Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.


Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.


Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques
  • 7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.

Mario Singh.


Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.

Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.

Wayne Ko.


Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.

Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.

Ahmad Zaki.


Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.

Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets. Bukan calang-calang orang beliau ni.

Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.

Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :

  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!

Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy


SELAMAT TAHUN BARU 2018

$
0
0
Diam tak diam kita sudah masuk fasa baru. Sepanjang 2017 banyak juga aku lalui. Suka duka, sihat sakit, itu semua aku rasai sepanjang 2017. Pengalaman mendewasakan kita, kenangan kekal diingatan. Mana kenangan baik, kita simpan.. Mana yang tak baik jadikan panduan agar kita tak terjatuh sekali lagi pada tahun mendatang. Tahun lepas adalah proses pembelajaran, dan tahun depan adalah proses memantapkan apa yang kurang untuk dilakukan.Kami bernasib baik kerana mempunyai peluang kedua, maka bersyukurlah dan hiduplah dengan sepenuhnya. 
 
 
Setiap saat kita mempunyai makna tersendiri. Pagi membawa harapan, siang hari membawa keyakinan, dan malam bermimpi mimpi. Semoga segala yang ada pada tahun baru ini. Selamat Tahun Baru 2018

Insidious 4: The Last Key (2018)

$
0
0
Pembukaan tahun baru 2018 diserikan lagi dengan Insidious. kihkih. Sesiapa yang mengikuti Siri Insidious mesti tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti siri terbaru ini macam aku lah salah seorangnya. 

Insidious 4 | The Last Key

 


Filem bergenre seram supernatural yang diarahkan oleh pengarah filem seram The Taking Of Deborah Logan, Adam Robitel merupakan filem keempat dalam siri Insidious dan bersambung dari filem Insidious 3: Chapter 3 yang dikeluarkan pada tahun 2015. 



Masih mengekalkan Elise (Lakonan Lin Shaye) sebagai watak utama, Kali ini membawa kisah memburu roh jahat yang berada di rumah lama Elise sewaktu Elise masih kecil. Jika korang ada mengikuti Insidious Chapter 3, Elise bertemu dengan ‘sidekick’ nya Tucker (Angus Sampson) dan Spec  (Leigh Whannell), mereka adalah pembantunya. Mula bekerja secara serius untuk membantu individu yang mengalami gangguan roh jahat.






Elise yang merancang untuk bersara dari dunia entiti, menerima ‘panggilan’ daripada Ted Garza (Kirk Acevedo),  namun setelah menerima maklumat dari pemanggil tersebut, Elise terpaksa menolaknya. Hal ini kerana, Elise dihantui dengan kisah silam zaman kanak-kanaknya tersendiri iaitu membantu Ted mengatasi gangguan entiti jahat dirumah yang pernah diduduki oleh Elise semasa beliau masih kecil. Disitulah Elise mula berhadapan dengan entiti jahat yang pernah menghancurkan keluarganya suatu ketika dahulu. 

Review | Insidious 4: Last Key by miminadam 


Jalan cerita yang boleh agak. Tapi, agak teruja sikit bila kali ini berkisahkan kehidupan Elise ketika waktu kecil dan Elise rupanya ada adik lagi dalam siri insidious dan ada dua orang anak buah yang cantik. Juga memiliki kebolehan untuk melihan entiti seperti Elise serta mereka berdua juga boleh pergi ke alam lain untuk membantu roh yang tersekat di dunia lagi satu. 

Makanya, Insidious 4: The Last Key (2018)  kali ini kurang menyerlah. Dan mungkinkah ada kesinambungannya?  Mungkin ada kot, anak buah Elise boleh tradisi atau trajui perniagaan psikik Elise. Hahahaha. Rate untuk cerita ini mimin kasi 3.5/5 bintang jaaa.  Seram bercampur kelakar. Maksudnya tak berapa seram sangat dan tempoh Elise di dunia lain agak singkat dan banyak menceritakan kisah silam Elise (campak belakang a.k.a throwback).


DESIGN MUG SENDIRI DENGAN PRINTCIOUS.COM

$
0
0
Hai guys! Dah masuk minggu kedua kita dalam tahun 2018. Diam tak diam je kan, Ehh! lupa nak kabo ke korang. Hari tu, aku ada cerita pasal custome sendiri hadiah dengan Printcious.com kan.. Boleh tengok semula entri aku yang lepas di sini, Cara mudah aku untuk buat hadiah dengan printcious ni. Mudah jeee..

https://www.printcious.com/my


CUSTOM MUG SENDIRI

Haaaa, amacam.. Inilah hasil dari idea aku sendiri. kahkahkah.. Aku masa ni tengah kelam kabut nak kejarkan birthday someone. Sebab tu lah hasilnya macam ni.. Kalau nak ikutkan aku nak tepek cantik cantik muka someone tuu kat mug ni. Hahahahha. alang-alang tuu, aku buat jugaklah mug untuk aku kann. 



DIY PRINTCIOUS GIFT FROM YOUR HEART


Jangan pula kata printcious cuma ada mug je tau.. Nampak naw tak tengok apa ada kat printcious.com tuu.. Dengan printcious, korang boleh buat jigsaw picture, baju, magnet bantal ehh banyak lagi lahh.. Bawah ni kalau korang nak design baju sendiri


Yeayy, siap dah baju custom made sendiri. 5 step je nak buat baju ni tahu. Taksusah mana pun. Jangan lupa sign up dan subscribe newsletter dari Printcious tau.. Korang akan dapat banyak promocode sekiranya korang sign up dan subscribe.

2H1M BERSAMA TRAVELOKA & THE BUTTERFLY DI KL JOURNEY HOTEL

$
0
0
Masih hangat dalam fikiran ni, macam mana ye nak move on dengan kenangan terakhir 2017. Memang best betul melarikan diri dengan depa semua weyhh. Nak nak melarikan diri dengan traveloka dan The Buttherfly project. Nanti kau tengoklah video aku kat bawah ni, taknak tengok kat sini kau tengoklah kat youtube sana. Aku ada uploadkan video aku kat sana. Taknak tengok video aku jugak? haihh, support sikit aku laa. hahaa. okay yang itu gurau. Kau boleh serch kat youtube "escape traveloka 2017 X butterfly project at KL Journey" Ramai rakan blogger aku yang mai sama meriahkan suasana KL Journey Hotel dah upload video mereka.

ESCAPE WITH TRAVELOKA 2017

Ramai lagi ke tak tahu Traveloka tu apa? Aku yakin ramai tahu Traveloka tuu apa. Tapi takpe, mungkin masih ada lagi sebagian dari pembaca Mimin Adam yang belum tahu apabenda alah laah nak melarikan diri dengan traveloka pulak ni. 



Traveloka adalah salah satu daripada perkhidmatan e-dagang untuk membeli tiket penerbangan atau untuk mencari hotel berdasarkan talian dan memilih untuk membeli tiket atau hotel. Korang dah boleh dah rancang perjalanan korang tu dengan traveloka tak perlu lagi membuang masa berjam-jam untuk membeli tiket flight. Apabila sampai di destinasi, tak perlu lagi mencari hotel yang selaras bajet anda. Dengan Traveloka, semuanya pantas dan mudah. Just klik , terus membeli ! Mudahkan? Traveloka memberikan kemudahan yang lancar dan tempat hotel yang selesa mengikut kehendak anda.


Selain melayari https://www.traveloka.com/en-my korang jangan lupa untuk download apps traveloka di google play atau App Store tau. Sebab, dengan apps ni memudahkan korang untuk booking bila dah kat tempat orang tuu. Kalau ada masalah pun boleh pakai apps ni untuk hubungi orang kuat traveloka.

STAYCATION 2H1M | 'ESCAPE WITH THE BUTTERFLY X TRAVELOKA' DI KL JOURNAL HOTEL

Disember 2017 yang lepas, aku dengan 39 rakan blogger yang hebat-hebat ni berpeluang untuk"Escape with Traveloka X The Butterfly Project" di Hotel KL Journey. Dengan kerjasama The Butterfly Project dan Traveloka kami bertemu di Hotel KL Journey. Walaupun aku tersesat di tengah-tengah Bukit Bintang, KL yang sentiasa banyak dengan kenderaan masih sempat melapor diri. hihihi.


Sampai-sampai, terus naik melaporkan diri dengan Traveloka dan The Butterfly Project Team. Sambil-sambil tunggu blogger yang lain sampai, kami boleh laa tenang-tenangkan diri sebelum kami mulakan aktiviti. 


Kalau korang malas nak baca entry aku, kau tengok je video atas ni, tapi tak lengkap jugak aku punya video ni. hahaha. so kau kena baca sampai habis apa aktiviti kami kat sini sepanjang 2 hari 1 malam.


Selepas blogger daftarkan diri, semua blogger akan dapat tag nama tulis sendiri. Hahahaha. So ni dah habis kretif dah nii. Selain tu, dapat goodies bag dari traveloka team dan blogger kena ambil 2 nombor dari 2 kotak misteri. Cehh, misterilah sangat. Tak misteri pun.. Kotak misteri tu untuk kita main game masa ice breaking nanti. 


Untuk game pertama, aku di kumpulan 5. Dalam game ini, kira sesi suai kenal dengan blogger-blogger lain. Kira nak tahu latar belakang blogger dalam kumpulan ni lah. Haa, time ni kau nak korek apa pun semua time ni. teeettt ! tak lama pun peluang ni. kahkahkah. 

with ayue jean

Game kedua pulak, tak silap aku namanya electric shock. Game ni aku di kumpulan pertama. Di mana blogger kena pegang tangan blogger lain. Blogger diminta tutup mata ketika permainan dimulakan. Okay game ni aku follow jee orang buat apa, sebab tak berapa faham apa sedang berlaku. Tup tup tup kumpulan kami je yang menang.Lepas tu kumpulan satu lagi tu,  asyik kalah, dan mintak tukar kedudukan dengan kumpulan kami. Katanya sebab tempat kami tu ada luck. hahahah. kelakar. Sememangnya betul agaknya, turn kami pulak kalah dalam game ni. So enjoy.


Okay, dah selesai main game, kita pakat dengar sepatah dua kata dari pihak KL Journey Hotel dan Traveloka. Memperkenalkan serba sedikit berkaitan traveloka apps. 


Haaa, lepas penat main game.. penatlah sangat.. Dah dapat input serba sedikit dari traveloka, tetibe pulak perut lapar. Kahkah.. Aishh Mimin.. muka tak pernah tak serius.. Memanjang nak serious jee kau kan mimin. Hahahha. Bab makanan memang aku serious. 


Diserikan lagi dengan acara kemuncak dari The Butterfly Project. Aktiviti melepaskan rama-rama bebas keudara. Sungguh teruja tengok butterfly banyak bebas dari sangkarnya.


ehhh, ada Lia Hasty lahh ^.^



Aktiviti seterusnya, kami dibahagikan lagi ke beberapa kumpulan. Aku dapat kumpulan yang aktiviti bermain dengan watercolor. Hahahha, aku rasa.. aku paling tak lawa kot. Tangan keras jee. Masa nak buat tu, menangis kejap sebab nak lukis bunga pun tak reti. Tapi bila dah siap lawa je. kisah pulak aku bunga warna purple biru. hahahaha



Aktiviti malam kami pula, seperti biasa.. Kami akan makan malam di Kedai Kopi Journal laaa mana lagi. hehehe. Sambil kami makan.. kami buat tukar-tukar hadiah x'mas.. Thanks roommate sayang. kohkohkoh

KL JOURNEY HOTEL



Inilah hotelnya. Terletak ditengah-tengah ibu negara Kuala Lumpur terletak di Bukit Bintang adanya Hotel KL Journey.


Aku dapat partner sebilik dengan kak Ayue jean bilik 303. Bilik kami boleh berhubung dengan bilik 302, maka kami pun berhuhu bersama sama laa jadinya..







Amacam guys aktiviti kami di KL Journey Hotel bersama Traveloka dan The Butterfly Project. Awesome kan aktiviti kami. Eh, btw... Untuk aktiviti Watercolor tuu, tuu untuk team mimin je. Ada team lain buat sabun, buat wallet, buat buku travel journey.. Semua DIY sendiri. Itulah pengalaman manis aku di akhir tahun 2017.

-------------------------------------------------------------------------

The Butterfly Project 

Traveloka 

The KL Journal 

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina

$
0
0
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari. 

‘Fortune Ang Pao’

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian.

Pelbagai Hadiah Menarik untuk dimenangi !

Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk power bank, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.

Pengguna pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. Mereka juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018).

Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang.
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee
“Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan, Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.



Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk.

Feng Shui by YBhg. Dato' Joey Yap

Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.

“Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini. Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap.
Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 dari capaian https://shopee.com.my/joeyyapstore. #WangWithShopee
-----------------------------------------------------------------------

Apa Itu Shoppe ?

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi &  permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. 
Untuk maklumat lanjut,
sila layari www.shopee.com.my 

Jom! Menang 4H3M Trip ke Manchester

$
0
0
Kali ini cerita pula pasal Bola sepak. Tak kiralah Muda atau tua, lelaki atau perempuan tak terkecuali bangsa juga tidak berkira baik Melayu mahupun Cina atau India untuk peminat bola sepak.  Lain pula kalau kita cerita pasal peminat fanatik bola sepak. Sanggup berbaris panjang dan berhimpit untuk menonton bola secara langsung di Stadium. Akan datang ada perlawanan MCFC (Kelab Bola Sepak Manchester City) vs MU (Manchester United). Peminat Manchester United tak nak ke merasa suasana dan pengalaman sendiri yang mengujakan, nyanyian kelab, keseronokan, tenaga, kesakitan atau kegembiraan yang dirasai tidak dapat dijelaskan dengan datang sendiri ke Stadium untuk menyaksikan perlawan MCFC dan MU.



Peminat tegar Bola Sepak?


Liga Perdana Inggeris adalah salah satu liga bola sepak paling popular dengan jumlah pengikut tertinggi, tidak terkecuali di Malaysia. Mimpi akan menjadi kenyataan untuk semua peminat tegar bola sepak berpeluang menonton perlawanan secara langsung di salah satu stadium terkenal. Macam mana penyokong MCFC.. Tak teringin ke nak pergi tengok perlawanan secara langsung di stadium mereka ? Tak sama tau tengok live di televisyen dengan tengok live di Stadium Etihad.

Menang 4H3M Ke Manchester, UK!


Berita baik untuk penyokong MCFC, DASHINGjenama terkemuka khusus untuk lelaki tersangatlah memahami semangat untuk dunia bola sepak ni. Sebab itu Dashing sedang menjalankan peraduan  kali ke-3 iaitu Let's Go Contest Manchester!Penginapan percuma, 4 hari 3 malam perjalanan pergi dn balik ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah yang termasuk tiket VIP berpeluang menyaksikan pertandingan secara langsung antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama dalam Let's Go Manchester Contest! Itulah 4 hari pengalaman makan, tidur dan bernafas di Manchester, Inggeris! Pergh, syokk oo sambil travel free sambil tengok Kelab Bola Sepak kegemaran beraksi.. Peraduannya sangat mudah !


Ehhh ! Bukan itu sahaja 6 pemenang tadi bukan sahaja dapat sit VIP di Stadium Etihad tetapi mereka yang bertuah 6 orang tadi dapat dapat melawat Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Wahh! menariknya.. Selain itu, terdapat peluang untuk berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Weyhh, syok sangat tuu.. sebabnya terdapat Tour Misteri Magical. Mereka akan bawa para pemenang ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles. Seronoknyaa kalau aku lah pemenangnya weyyy!

Cara mudah menyertai Let’s Go Manchester Contest!  



Haaa, cepatlah masuk pertandingan Dashing ni. Peluang keemasan untuk korang untuk menang pergi ke Manchester, UK pergi balik 4 Hari 3 Malam untuk duduk sendiri di kerusi VIP bagi menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium Etihad, melawat beberapa muzium bola di sana dan dapat interaksi serta autograf daripada pemain legend MCFC. Cara penyertaannya:

  1. Wajib beli produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal
  2. Whatsapp gambar penuh resit tunggal yang korang beli barangan Dashing atau Elite dengan jelas kemudian, Namakan seperti NRIC atau PASSPORT, NO NRIC atau NO PASSPORT dan belian pembelian ke + 6016-9972373.
     

Ehh, terlupa pulak nak attach sekali resit dalam pic atas. kihkih.. kalau tak mesti dah menang. Opps! tak salahkan sis menang. Dah tuu, Peraduan ni simple je tau.. Korang tak nak ke amik peluang. Beli dan menang jee.. Dahlah dapat jalan-jalan free sambil Duduk Kerusi VIP tengok lagak MCFC beraksi.. Peluang tak datangberkali-kali tau..

Tarikh tamat peraduan Menang 4H3M ke Manchester, UK ini adalah sehingga 31 Januari 2018, Lagi berapa hari jee nak habis ni. Eiii seram nihhh.  Jangan lupa! sambil-sambil jalan kat shopping mall tuu grab produk Dashing atau Elite tu  lepastu snap resit dan jadilah antara barisan VIP menonton secara langsung bersama 50,000 peminat yang lain! Nak tunggu apa lagi, takde masa dah nak jalan-jalan shopping mall. Hahaha. Terus je pergi mana-mana shop lot yang menjual produk Dashing dengan Elite. Dah suntuk sangat !

Dapatkan DASHING Hattrick Limited Edition EDT & DASHING Ultimate Kick Limited


Jom dapatkan DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray ni. Baunya aku suka. korang boleh test dulu sebelum beli. So, Deodorent dengan perfume ni aku akan buat hantaran tunang. ehh ehh. teettt ! Perfume EDT tuu,  direka khas untuk jejaka yang ingin tampil segak dan yakin. Terdapat dalam 10 haruman hebat yang mampu menawan hati si gadis!Deodorant tu pulak, dirumus khas untuk memberikan perlindungan 24 jam daripada bakteria punca bau badan dan cepat kering yang efektif tak ada rasa melekit. Sesuai digunakan setiap hari tanpa meninggalkan sisa pada kulit.

--------------------------------------------------------------------
INFO DASHING :
call helpline: 03-80238311

8 Tips Percutian Semasa Perayaan

$
0
0
Diam tak diam, lagi beberapa hari je kita dah nak masuk bulan kedua dalam tahun 2018. Sekejap je kan dah nak masuk bulan Februari. Bulan Februari ni mesti jadual penuhkan. Mahu taknya penuh, ada cuti raya cina nanti. Mesti berderet dapat jemputan kahwin dari kawan-kawan. Contohnya jee, sepupu aku kahwin raya cina ini.. Lepas tu dah kalut macam mana nak pergi jemputan kawan sekolah kahwin. Huhuhu. Mesti jalan sesakkan. Sebut cuti sekolah, semestinya cuti hampir seminggu. Korang yang sendu, tak dijemput ke mana-mana tuu takde ke rancang nak ke mana-mana. Hahahha, bunyi macam sendu sangat tuu. Ke korang dah rancang nak pergi bercuti mana-mana? Dah lama rasanya tak bagi tips dalam entri aku. Kali ni, aku nak kongsi tips travel semasa perayaan.



TIPS TRAVEL SEMASA PERAYAAN

Maksud perayaan ni, tak semstinaya raya adilfitri je, raya Deepavali , raya krismas tak juga lupa raya tahun baru cina. Tips ini boleh juga diguna pakai pada waktu kemuncak seperti cuti persekolahan dan cuti peristiwa.

1. Tarikh yang sesuai


Berkaitan dengan tarikh, pastikan cuti diluluskan. Kalau tak macam mana nak bercutikan. Dahlah nak cuti panjang. Selain tarikh, korang kena target nak bercuti berapa hari? Sekiranya mahu lebih jimat wang, korang perlu jadi lebih fleksibel tentang hari dan waktu penerbangan. Membeli tiket pada hari Jumaat atau Sabtu biasanya harga tiket ditawarkan lebih mahal berbanding hari lain. Ambil cuti jika perlu untuk mendapatkan harga tiket berbaloi.

2. Pemilih Destinasi percutian


Dalam masa mencari tarikh yang sesuai, buatlah perancangan percutian di mana. Di dalam Negara atau diluar Negara. Sekiranya mahu percutian lebih bermakna. Aku sarankan pilih destinasi percutian yang jarang menjadi tumpuan pelancong lain. Contohnya elakkan Cameron Highlands, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain lagi. Mungkin boleh pilih destinasi seperti Pulau Rawa, Johor, Pulau Perhentian, Terengganu atau Kudat, Sabah.

3. Buat Tempahan Awal.



Ini tips yang paling penting selepas sudah dapatkan tarikh dan destinasi untuk bercuti. Memastikan semua keperluan seperti tiket pengangkutan, hotel atau pun tiket masuk untuk melawat destinasi tumpuan pelancong perlu ditempah awal. Kalau boleh, tempat makan yang viral-viral tuu pun kena buat tempahan awal. Ini untuk elakkan dari korang akan dikenakan cas harga lebih tinggi daripada kebiasaan atau kecewa kerana kehabisan tiket ataupun korang akan mereput beratur sebab tunggu giliran. Kalau kau tanya aku, aku akan booking tiket penerbangan dan penginapan dengan traveloka. Sebab sekali carian je.

4. Tempat Penginapan


Memilih tempat penginapan mestilah bersesuaian dengan berapa orang untuk trip percutian kali ini, sekiranya pergi berdua untuk tujuan berbulan madu, bolehlah pilih hotel ataupun chalet yang boleh memuatkan untuk dua orang. Tetapi, kalau kamu datang lebih daripada dua orang, aku sarankan, korang carilah homestay. Sekarang orang kita dah terbuka dengan perniagaan homestay ni. Homestay pun masih boleh cari nak suasana kampung ke suasana Bandar ke suasana pantai ke tak pun boleh cari yang ada kolam renang juga.

5. Bandingkan Harga.

Bila dah buat perancangan awal ni, korang masih sempat nak survey perbezaan harga sebelum menempah tempat penginapan, sekarangkan kat dalam tv macam-macam iklan berlumba-lumba nak bagi tahu apps dia dapat bandingkan harga berbeza. Kenapa nak bayar lebih? Gittewww.. Untuk bandingkan harga ni, wajib yaa! Sebab korang pilih waktu yang sesak atau tarikh hot. Banyak hotel atau pengangkutan akan berbeza harga daripada hari-hari biasa.

6. Fleksibelkan Waktu.

Cameron Highland. Sumber google
Sentiasa Tiba Ke Lokasi Lebih Awal. Bila bercuti ketika peak season, pastikan korang sampai awal ke destinasi lebih awal. Semestinya bangun awal ! hahaha.. Contohnya jika korang bercuti menaiki kapal terbang, sampai ke lapangan terbang lebih awal kerana ambil kira tempoh masa diperlukan untuk beratur ketika check in luggage. Sekarang kena datang awal 4jam kat airport, haaa.. mereput kita beramai-ramai tidur kat airport.

7. Bertenang.

Credit oh bulan
Kalau dalam diri ada sifat panas ‘sikit’ macam aku ni, kalau dah namanya peak season. Kadang-kadang ada sesetengah orang tidak mampu bersabar bila terpaksa beratur panjang dan bersesak dalam lautan manusia. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan. Jangkakan perkara–perkara kurang menyenangkan akan berlaku bila kamu bercuti pada musim sibuk ini.

8. Persediaan kelengkapan


Untuk tips terakhir dari aku ni, korang kena pastikan persiapan kelengkapan sesuai dengan tempat dan aktiviti semasa percutian korang tu. Sekiranya memilih tempat percutian ke pulau atau pantai atau tempat-tempat perairan, bolehlah sediakan kelengkapan baju mandi, casing telefon yang boleh masuk air dan seumpamanya. Begitu juga kalau pergi pergunungan atau tempat-tempat adventure. Haa, kalau pergi tempat untuk shopping-shopping tu, bawa apa adanya je.

Aku berikan beberpa tips untuk panduan penting untuk persediaan korang. Selebihnya macam korang ada anak-anak korang boleh list benda-benda yang paling penting dan terbaik untuk anak-anak dengan cara tersendiri korang tuu. Jadi, korang pun boleh laa buka laman web travelokauntuk survey tiket penerbangan dan tempat penginapan. Aku rasa, traveloka je yang sediakan platform yang boleh bandingkan harga tiket untuk keduanya penerbangan dan penginapan. Staff traveloka pun respon cepat sekiranya kita ada masalah semasa percutian.

Traveloka Fly & Win CNY Contest


Ehh, sempena tahun baru cina 2018. Traveloka sedang melangsungkan pertandingan yang diberi nama Traveloka Fly&Win CNY Contest. Buat pertama kalinya aku terhibur dengan contest ni. Selalunya bagi tekanan kan, nak nama paling last lah, random lah apa lah syarat yang berjela-jela pun ada. Hadiah menarik untuk contest ini. Jom Join contest dari traveloka macam aku dah join ni. Caranya mudah juga!

1. Pergi website traveloka-CNY Contest.


2. Log in ke akaun Facebook korang


3. Boleh mulakan bermain. Cara untuk bermain boleh tap tap jee untuk naik dan turunkan kapal terbang itu.



Tips untuk bermain,
- Jangan terbangkan kapal terbang itu sehingga kena pada bangunan, awan, belon panas dan juga layang-layang atau seumpamanya. Sekiranya dapat elak, 1 point akan diterima
- Terbangkan kapal terbang untuk kumpul angpow yang berterbangan. Haa, yang ni akan terima 10 point.

4. Share ke facebook score korang tadi untuk submit score korang tadi ke traveloka.




Destinasi Percutian Untuk Dimenangi

Dah boleh dah korang sertai pertandingan traveloka ni macam aku juga, sebab hadiah yang akan diterima sangat menarik. Percutian hebat dari traveloka sedang menanti.



Hadiah pertama :
Percutian dan penginapan selama 6 Hari 5 Malam di Seoul, Korea
Hadia Kedua : Percutian dan penginapan selama 5 Hari 4 Malam di Phuket, Thailand
Hadiah Ketiga : Percutian dan penginapan selama 4 Hari 3 Malam di Langkawi, Malaysia
Hadiah Saguhati : 2 pemenang saguhati menerima tiket voucher bernilai RM1,000.00 dari traveloka.

Mudahkan, korang boleh ulang semula sehingga score tadi yang korang rasa tak akan ada orang boleh lawan score korang tadi. Gituuuu.. Apa tunggu lagi, Contest berlangsung 22 Januari sehingga 28 Februari 2018.

Kesan Gigitan Kutu Babi

$
0
0
Sebenarnya masih tak dapat bezakan antara kutu babi dengan kutu kucing. Tapi bagi aku, kutu ini sama jeee kecuali kutu undi. hihi. Apa yang buat aku cakap kutu ni sama je, sebabnya dia suka makan darah tak kira darah manusia ataupun darah binatang. Seperti orang yang rapat dengan aku, diorang akan tahu aku kalau hari kerja aku akan ada kat rumah MnM Homestay dan bila hari tak kerja aku akan ada kat rumah parents aku kat Peserai. Rumah parent aku ni banyak kuncing. Aku bukan pecinta kucing untuk makluman korang. Tapi, ibu aku suka bawak balik kucing dari sekolah. Sekarang kalau aku jumlahkan kucing kat rumah ada lebih kurang 15 ekor

Kutu Kucing

Ctenocephalides felis atau kutu kucing adalah yang paling selalu ditemukan dirumah yang mana ada membela kucing. Serangga ini merupakan parasit penghisap darah yang menyerang vertebrata berdarah panas. Sesuai namanya, serangga ini terutama menjadi parasit bagi kucing peliharaan. Kutu kucing tidak hidup pada manusia tetapi bila korang main dengan kucing  yang diserang parasit ini,  kemungkinan akan tergigit dengan kutu ni sangat tinggi. Gigitan kutu kucing pada manusia muncul sebagai benjolan kecil berwarna merah yang terasa gatal. Seriously ! memang gatal. Sampai sekarang ada lagi. 
tengok ni, kat tangan aku. belum cerita kat kaki. serious hodoh dah kaki aku
Bintat ini biasanya muncul di pergelangan kaki dan kaki bagian bawah. Jika alergi terhadap air liur kutu, maka seseorang dapat mengalami reaksi alergi. Nak nak, aku ada sejarah eczema dari kecik. Lagi payah nak baik tau tak ! Benjolan boleh berubah menjadi ruam. Menggaruk di kawasan yang gatal berpotensi menyebabkan infeksi bakteria sekunder. Kutu juga dapat bertindak sebagai pembawa penyakit tertentu.

Cara Hindar Dari Bintat Gigitan Kutu Kucing

Bila korang dapati ada bintat merah gatal di sekitar pergelangan kaki atau kaki bagian bawah, segera cuci bahagian yang bintat dengan sabun antibakteria dengan air biasa. Sekiranya cuci dengan air panas akan gatal dengan lebih yakin.. hahahaha ! pastikan menggunakan air sejuk.

Keringkan kawasan bintat dengan kain bersih dan sapukan krim hydrocortisone. Korang juga boleh pakai lotion calamine untuk meredakan gatal. Meletakkan air batu atau iced pada bintat tadi juga akan mengurangi pembengkakan. Tahan untuk tidak menggaruk gigitan karena akan menyebabkan effect bakteria sekunder.

Bahaya Gigitan Kutu Di Mata

Lain pula kalau cerita yang berlaku pada tahun lepas akhir tahun. Bilik aku yang kat rumah parents, kelajuan kipas amat mencabarkan kesabaran. Maka, aku buat keputusan untuk tidur dengan adik aku di ruang tamu depan tv dengan beralaskan tilam toto narita. Adik aku berbeza dengan aku. Dia seorang pecinta kucing. Dalam banyak-banyak kucing kat rumah tu, ibu aku benarkan sekor kucing yang dia sayang je boleh masuk kami panggil dia putort.. Memang comel pun. Yang jadi kesayangan sebab dia tak pandai mengiaw. tu satu, Putort pandai buang segala najis kat tandas. Okay, berbalik aku tidur kat ruang tamu tadi, rupanya adik aku bawak putort masuk dan dia tidur dengan putort tu. Esok aku kerja macam biasa tak ada masalah. Masuk hari selasa, aku dah start mengadu dekat Eyma dengan kawan sebilik tempat aku kerja yang mata aku sakit. Tapi masih boleh kawal lagi. 



Masuk hari Rabu, bebola mata aku dah mula rasa sakit bila aku cuba untuk kedip mata atau atau gerakkan bebola mata aku tu. Aku ingat kesan daripada cuaca panas atau terlalu lama tengok komputer. Jadi, aku buat keputusan untuk beli eye more kat 7eleven. Tapi takde apa-apa petanda yang mata aku akan okay. Aku rasa sakit sangat. Sampai aku pergi ambil tisu dan aku basahkan dengan air panas. Di tissue tu aku nampak ada darah bila aku tekap dekat bahagian mata yang sakit. Ketua department aku suruh aku pergi klinik.

Gambar google

Bila nama aku naik untuk berjumpa dengan doktor, doktor cek mata aku dan tanya aku memang ada tahi lalat ke dekat mata. Kalau nak ikutkan, tahi lalat yang wujud dekat muka aku cuma ada disebalik hidung aku je. Tak pernah pulak aku perasan aku ada tahi lalat dekat kawasan mata. Bila doktor tekan dekat  tahi lalat tu aku memang akan cakap sakit. Dan doktor pun isytiharkan ada kutu kat mata aku. Doktor bagi kata dua, sama ada nak cabut kutu atau nak biarkan kutu tuu tanggal sikit. Ehh ! baru hari ketiga aku dah rasa sakit, kau nak aku rasa berapa lama lagi sakit. So, paksa rela memang aku pilih cabut masa tu jugak.

Kesan Gigitan Kutu Babi Di Mata


Lepas cabut kutu kat mata tu, mata masih rasa sakit dan tak boleh gerakan bebola mata tu. Kalau tengok cerita hantu terperanjat sampai terkedip mata pun buatkan cerita hantu tadi tuu jadi cerita sedih sebab memang sakit. Sakit ni ambil masa seminggu juga untuk betul-betul pulih. Tak dapat imagine kalau kutu tuu dah bertapak kat mata sampai keluar tahi. Mesti azab seksa nirojim sakitnya. Ehh! kat telinga pun port kutu kucing atau boleh panggil kutu ni kutu babi.


Okay, sorry gambar memang tak ada edit untuk entri ni. Sebab curi-curi update kat office. hahaha.. Gambar kat atas ni gambar anak murid ibu aku. Dia tak datang sekolah jee dah seminggu. Maksudnya dia dah sakit mata seminggu. Pergi klinik kerajaan, dia tak dapat trace. Doktor kat klinik tu cakap dia kena sakit mata biasa. Walhal dia naik sekolah minggu ni dia still rasa sakit. Di sebabkan aku ada kes kena kutu tempoh hari, ibu rujuk aku untuk pengesahan sama tak symptom nyaa. Kesian dekat budak ni. Lebih seminggu dia sakit tahankan kutu babi tuu..

Kesimpulannya, kesan gigitan kutu babi dekat mata sangat sakit tahap mencarut dia punya sakit bila dah tak boleh pusing bebola mata tuu.

CARA HILANGKAN KEDUTAN HALUS DI MUKA - DELIA GOLD SERUM

$
0
0
Checkmate! kemunculan kedut bawah mata disebabkan kerana faktor usia yang merupakan proses semulajadi. Jika di komen lebih tentang kedut di kulit wajah terutama di dahi dan bawah mata, wanita cukup sensitif apatah lagi masih muda. Biasanya kedutan tersebut boleh dilihat di bahagian dahi, bawah mata dan juga pipi. Kedutan tersebut boleh membuatkan muka kita nampak tua. Bila umur makin bertambah, kulit muka pun bertambah tua! Kedut muka pun semakin jelas kelihatan. Tetapi kita masih boleh lengahkan dia dengan tahu caranya. Jadi, jom hilangkannya!

proses penuaan
Kedutan dimuka merupakan salah satu tanda dari penuaan semulajadi. Kedutan dimuka boleh juga disebabkan kerana sinaran matahari, kurang tidur, penggunaan kosmetik yang tidak tepat dan merokok. Sebenarnya ada banyak petua hilangkan kedut muka yang boleh kita cuba, termasuklah cara semulajadi yang lebih selamat. 

3 Cara Semulajadi Hilangkan Kedutan 


1. Tomato

Potong buah tomato berbentuk bulat.Kemudian tempelkan di kawasan mata. Sensasi sejuk serta khasiat buah tomato akan menyegarkan kembali kulit di sekitar kelopak mata.


2. Timun

Menggunakan timun untuk merawat kawasan mata tak susah manapun. Hanya perlu potong nipis-nipis timun, kemudian tepek pada kawasan mata, terutama di bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering. Kita boleh melakukannya pada setiap hari secara teratur.


3. Pisang

Petua hilangkan kedut muka dengan menggunakan buah pisang juga sangat efektif dan mudah. Cara membuat krim muka anti kedut muka ini sangat mudah. 
  • Hancurkan sebiji pisang sehingga menyerupai krim. 
  • Kemudian sapukan ke seluruh permukaan muka, biarkan selama setengah jam. 
  • Barulah dibilas dengan air suam. 
  • Tepuk-tepuk kulit muka anda setiapkali selesai membersihkan muka. 
  • Jangan sekali-kali mengelap muka sehingga benar-benar kering.

DELIA GOLD SERUM TERBAIK UNTUK WAJAH

Meskipun proses penuaan tidak dapat dielakkan, kita masih mampu melawan tanda-tandanya. Ada banyak perkara yang boleh menyumbang kepada penuaan semulajadi kulit wajah. Selain yang aku ada sebut di atas tadi, pencemaran udaran juga boleh merosak sel-sel kulit wajah. Selain itu, mencuci wajah juga boleh membuatkan kelembapan semulajadinya hilang. Apatah lagi apabila menggunakan pembersih muka yang kurang sesuai dengan kulit wajah. Untuk mencegah dan mengatasinya sebaiknya kita selalu menggunakan serum wajah. 


Umumnya sel-sel kulit mampu melakukan regenerasinya sendiri. Namun, seiring dengan pertambahan usia, prosesnya jadi lambat. Untuk mempercepatkan proses regenerasi agar kulit tetap lembab berseri, anda perlu memakai serum wajah secara rutin. Jadikan membalikkan proses penuaan kulit kita dengan Delia Gold Serum keluaran Del Billionaire. 

Kelebihan Delia Gold Serum

Cecair serum yang pekat dengan kandungan yang banyak manfaatnya. Dengan Delia Gold Serum, mampumengawal pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah dengan memberikan lembapan yang secukupnya pada kulit wajah. 


Bukan itu sahaja kelebihan Delia Gold Serum. Secara umum semestinya mengatasi garis-garis halus, kedutan mahupun bintik hitam. Pakai serum muka ni tak boleh main pakai jee. Korang kena betul-betul pilih serum yang serasi dengan kulit muka.Meh aku ulas lebil kelebihan Delia Gold Serum ni
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan
  • Meningkatkan kembali keanjalan wajah yang kendur
  • Mengurangkan kemunculan garis kedutan halus dan kerosakan di wajah
  • Wajah akan halus, licin dan berseri
  • Mengurangkan masalah jerawat dan bekas jerawat
  • Tekstur yang ringan, mudah disapu pada wajah
  • Memberikan warna kulit sekata
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Terbaiklah serum Delia Gold ni, bahagian paling best bila aku pakai serum ini.. Bukan nak cakap aku terlebih cantik. Sebab tahu, aku memang cantik. kahkahkah! tapi ini serious tak tipu. Bukan pasal aku cantik tuuu tau. Aku cantik ke idokk tuu kau nilaikanlahh untuk aku. hahhaha. Okay! Serious tak tipu bila aku pakai Delia Gold Serum ni, kulit muka aku akan terasa lebih segar dan ada nampak kulit wajah aku lebih glowing. gittewww! tak percaya sudah. Cubalah dapatkan Delia Gold Serum ni sendiri kalau betul-betul tak percaya.

SARZIELAWATIE SAMAD

Sarzielawatie Samad, 35. Usahawan pengasas dan duta syarikat Del Billionaire Sdn Bhd. 
Pengalaman pahit dan zaman kejatuhan Puan Sarzielawatie bukan bermakna hidup tidak perlu diteruskan. Daripada itulah, membuatkan Puan Sarzielawatie bangkit untuk terus  maju kehadapan bagi mencapai segala cita-citanya.

Majlis Pelancaran Produk Del Billionaire Sdn Bhd

Majlis Pelancaran Produk Del Billionare Sdn. Bhd. telah diadakan di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu, Sabah. 

Barisan para blogger dan Sarzielawatie (Pengasas Produk) yang hadir menjayakan
 Majlis Pelancaran Del Billionaire Sdn Bhd.

SIS Perapat

3 Februari 2018, aku berpeluang hadir ke Majlis Pelancaran Produk DEL Billionaire SDN BHD yang dijalankan di Ming garden Hotel Kota Kinabalu, Sabah. Berjumpa secara langsung pengasas produk SIS Perapat. Ohh yaa! SIS Perapat untuk kau yang pertama kali dengar.. Kalau nama pun rapat apa kau fikir? hahaha. SIS Perapat merupakan jalan penyelesaian bagi masalah intim wanita. Semestinya masalah gatal pada Miss V

Bersama Puan Sarzielawatie

SIS Perapat dan Delia Gold Serum antara produk yang dilancarkan pada majlis pelancaran Del Billionaire Sdn Bhd. Ehemm, nantikan keluaran terbaru mereka yaa #sisjampi .. 

---------------------------------------

Del Billionaire Sdn Bhd
Hubungi : +6019-5828682 / +6010-9377805
Instagram : 

Delia Gold Serum 
RM 90 Semenanjung 
RM 100 Sabah/Serawak

Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian #teamsis tau. Peluang keemasan untuk menjana pendapatan. Bukan apa, kalau kau join #teamsis ni, kau akan di ajar cara bagaimana dalam berbisnes. Kau akan diajar dari zero to hero. Haaa ! tunggu apa lagi. Contact segera nombor yang aku kongsikan kat atas tuu.

Carian Shopee Meningkat 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

$
0
0

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.



“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina

 



Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut:
  • Pakaian Wanita - Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
  • Mobil & Gajet - iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
  • Permainan : Kanak-kanak & Bayi - Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
  • Kasut Wanita - Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
  • Beg Wanita - Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
 

Pembelian paling popular 

 




Nampak sangat rakyat Malaysia sekarang sudah terbuka untuk pembelian secaraatas talian. Haha, aku pun sekarang beli barang pun prefer beli kat Shopee. Sebabnya, harga kita boleh buat perbandingan. Setakat ni, barangan shoppe semua kualiti terbaik. Cuma kena bersabar sikit laa untuk barang sampai kat tangan. Kadang-kadang kita beli barang terus dari China yang memakan masa selama 2 minggu paling cepat. Berikut Pembelian paling popular:

  • Kasut Wanita - Kasut Terbuka
  • Permainan, Kanak-kanak & Bayi - Set pakaian Bayi 
  • Perhiasan Rumah - Set Hadiah Tupperware
  • Kesihatan & Kecantikan - Set solekkan mata Tahun Baru Cina
  • Runcit & Haiwan Peliharaan - Kitkat Edisi Khas

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Kempen Menarik Bersama Shopee


Stay tuned dengan Shopee ! Jualan murah bukan cuma ada pada tahun baharu cina je tau. Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer RibaShopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Haaa ! Cepat download apps Play Store dan App Store di telefon bimbit korang.

#WangWithShopee 

Apa Itu Shopee





Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. 

 --------------------------------------------------------------

Info Shopee 


SEWA KHEMAH KANOPI MURAH BATU PAHAT

$
0
0
Kali ini bukan nak cerita berkaitan kecantikan, lifestyle, travel ataupun Food Hunter. Kita cerita pasal sewa kanopi sekitar Johor. Haaaaaa ! Kanopi bukan hanya untuk digunakan pada Majlis perkahwinan sahaja, tetapi Kanopi boleh digunakan ketika majlis ilmu, perjumpaan dan banyak lagi. Persediaan yang baik adalah penting agar kita dapat menjalankan perancangan dengan lancar dan juga baik. Hal ini kerana perancangan yang teliti boleh mengelakkan pelbagai kesilapan dan juga ralat pada pelan yang telah kita tentukan. Iyalah, tetamu yang hadir tu dapat tak berteduh dalam khemah kanopi tuu. Kesian tetamu kena hujan panas dengan embun akibat tiada perancangan. Nantikan je makcik-makcik bawang mengata kita nanti. hahahaha


SEWA KANOPI MURAH JOHOR

Sekiranya dalam masa terdekat ni ada buat majlis yang melibat ramai tetamu. Aku cadangkan lebih baik untuk sewa kanopi. Sebabnya, kesian tetamu datang tuu tak ada tempat duduk. Takkan nak biarkan tetamu berdiri pulak. Nanti dapatlah tetamukita  menikmati jamuan yang disediakan dengan keadaan yang selesa. hey ! pastikan sewa kanopi tu termasuk dengan meja dan kerusi tau. Bagi menjimatkan kos, boleh mencari penyewa yang memberikan pakej yang murah dan juga menyediakan pelbagai barangan untuk majlis itu nanti.

KOWARIRA - SEWA KANOPI MURAH DI JOHOR

 
Khusus buat bangsa Johor terutama kawasan Batu Pahat. Boleh dapatkan perkhidmatan sewa kanopi dari KOWARIRA. KOWARIRA merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kanopi dan sewa lori yang bertapak di Batu Pahat, Johor. Perkhidmatan yang disediakan adalah dengan memberikan sewaan kanopi untuk majlis-majlis perkahwinan, tunang, rumah terbuka serta apa jua majlis yang memerlukan perkhidmatan sewaan kanopi.

Kenapa Anda Perlu Menyewa Kanopi Daripada KOWARIRA? | Sewa Kanopi Murah Di Johor

1. Boleh Menjimatkan Wang


Harga lengkap kanopi yang ditawarkan oleh KOWARIRA agak murah dan juga menjimatkan kos. Tak perlu  keluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan perkhidmatan sewa kanopi dengan KOWARIRA. Kalau sudah dapat jimatkan kos di kanopi, boleh dah guna duit yang terlebih lepas dapat sebut harga dengan KOWARIRA untuk menguruskan pelbagai lagi keperluan untuk majlis tersebut.

2. Kanopi Mengikut Citarasa


Kanopi mereka berkualiti dan mengikut cita rasa pelanggan. Pelanggan boleh mendapatkan kanopi mengikut warna kegemaran anda dan juga cita rasa anda.  
 
3. Perkhidmatan Sangat Berpuas Hati



KOWARIRA sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan mereka kerana mereka mementingkan kualiti dan juga kepuasan hati para pelanggan. Untuk anda yang mahukan perkhidmatan yang terbaik anda boleh menyewa kanopi daripada mereka kerana anda pasti akan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak KOWARIRA.

4. Kanopi Pelbagai Majlis



Kanopi yang disediakan oleh KOWARIA bukan sahaja tertumpu pada majlis perkahwinan, malah ianya sesuai digunakan untuk pelbagai majlis yang memerlukan kanopi. Jadi, orang-orang Johor hanya perlu menghubungi KOWARIRA untuk menyewa kanopi bagi majlis-majlis penting anda.

----------------------------------------------------------

KOWARIRA

Facebook : 

Hubungi :
+016-777 5597 (Ustaz Hassan)
+6011-15139181 (En Sallehuddin) 

‘Necklaces’ - Sebagai Aksesori Penambah Gaya Wanita

$
0
0

Sebagai seorang wanita yang mementingkan penampilan, kita sering mahu tampak bergaya. Sekaligus unik kepada orang di sekeliling. Pemakaian aksesori seperti rantai menjadi pelaengkap gaya terutama kepada golongan wanita yang mementingkan penampilan diri, sekali gus mampu menceriakan hari yang padat dengan pelbagai tuntutan tugasan. Aksesori rantai juga memainkan peranan penting sebagai alat penaktifan fesyen dan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Padam masa sama, ia membantu melunturkan kekurangan diri individu terbabit. 




TAMPIL YAKIN DENGAN NECKLACE 

Dengan rantai leher, kita juga boleh kelihatan eklusif, anggun, moden dan menarik dengan menggayakanya dengan gaya korang tersendiri. Rasanya tak perlu beli yang mahal-mahal harganya semata untuk kelihatan cantik. Tapi, cukuplah dengan kemampuan. Sekiranya kau pandai mengayakan dengan baju yang dipakai extra memang kau dah cun. Gituuwww ! Yang hijabers pun tak ketinggalan untuk menggayakan dengan aksesori rantai. 


Jangan terlalu obses nak kelihatan meanrik tapi sebenarnya STYLISTA OPSS! Tidak perlu terlampau sarat dengan aksesori. Contohnya, kau pakai tudung tuu yang sesuai, make up yang natural tak berat, baju pula yang simple pun tak mengapa. Lepas tu, kau pakai rantai kat leher. Haaaa, kau mampu tau menonjolkan diri. 

' WOMEN NECKLACES ' - ZALORA MY

Aku nak kongsikan dengan kat sini. Baru-baru ni aku ada survey necklaces dekat Zalora. Fuhh, banyak pilihan dekat situ. Aku ni jenis suka necklaces tak besar tak kecil, Cukuplah orang nampak kehadiran necklaces tu, kahkahkah. Semestinya, aku akan pilih rantai yang mampu untuk aku di zaman GST ni. Murah-murah tapi mash nampak cantik bila dipakai.



Ada banyak lagi corak dan jenis yang boleh di pilih untuk Neckless ni. Manalah tahu, nak nampak glamours di hari majlis annual dinner ke, kerja kawin ke. Nak nak kalau tengah musim cuti sekolah. Mesti banyak aktiviti yang boleh buat kat luar sana. Apalah salahnya kita tampil  cantik-cantik sikit dari harian kita kat tempat kerja.  Cari je kat zalora tu, cari kat bahagian'Women Neckless' dari murah ke mahal. Yang pasti kalau pandai pilih dapat harga diskaun. Jangan rambang mata tau ! jimat cermat sikit. hahahahhaha. Aku tengok tengah banyak sales ni. Mehh cepat grab !!

--------------------------------------------

ZALORA.MY

Google Play & App Store : https://www.zalora.com.my/mobile-apps/

Contact : +603 2035 6622


Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

$
0
0
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 

PENINGKATAN JUMLAH TRANSAKSI SEPANJANG PENERIMAAN GAJI

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah haridan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

KEMPEN HARI GAJI SHOPEE




Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. 
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

BASIC TEE HANA TAJUDDIN | BAJU TAHAN LASAK DAN TIDAK PERLU DIGOSOK !

$
0
0
Siapa kata mengenakan hijab membataskan fesyen anda? Ambil contoh artis Malasyia Noor Neelofa Binti Mohd Noor yang dikenali sebagai Neelofa, merupakan seorang usahawan Berjaya, pelakon dan pengacara Malaysia. Neelofa berani bergaya dengan pakaian mix and match dan bergaya dengan pelbagai jenis fesyen hijab yang sangat menarik! Bukan itu sahaja, keberanian beliau dalam berfesyen boleh dijadikan sebagai contoh dan ikutan buat semua hijabista di luar sana yang ingin tampil cantik, stailo dan pada masa yang sama masih mengekalkan imej seorang muslimah.

TAMPIL MENARIK DAN RINGKAS DENGAN HANA TAJUDDIN

http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-white/

Semakin ramai wanita bertudung yang kini bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen terkini. Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita. Islam tidak pernah menyekat muslimah untuk berhias, selagi cara berhias itu masih sesuai dengan syariat Islam. 

http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-gold/

HANA TAJUDDIN - Menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang cantik dan selesa pada harga berpatutan kepada anda. Produk seperti Tshirt Muslimah, tudung, blouse, handbag, pin, skirt, dan palazzo dari Hana Tajuddin adalah mengikut citarasa muslimah terkini, disamping menekankan kualiti dan keselesaan kepada pengguna. Hana Tajuddin sentiasa bersemangat untuk membuat kita kelihatan hebat!Mereka juga akan memberi kita idea bagaimana untuk kelihatan sederhana dan bergaya pada masa yang sama. 

3 KELEBIHAN MENGGAYAKAN KOLEKSI BASIC TEE 2.0 - HANA TAJUDDIN



Baru-baru ni, aku dapat mengayakan Basic Tee Hana Tajuddin sendiri dengan yakin. Berkonsepkan Tshirt Muslimah, Tshirt ini didatangkan dalam pelbagai warna mengikut citarasa kita antaranya  sakura pink, kelabu, hitam, putih, denim blue, orchid purple, emerald green, merah maroon dan warna emas. Saiz pula bermula S hingga XL dan semestinya harga mampu milik. Kelebihan menggayakan Teelicious Hana Tajuddin :

1. TIDAK PERLU MENGGOSOK

http://hanatajuddin.com.my/product/teelicious-denim-blue/
 
Mungkin sudah 99.9% daripada kita semua pernah alami situasi apabila anda sudah lewat untuk ke tempat kerja, sekolah, kelas, dan kita baru sahaja sedar yangkita  terlupa nak gosok baju malam sebelumnya semasa kita mahu memakai baju itu. Dengan jalan yang selalu sesak dengan kereta setiap pagi, kita tiada pilihan lain untuk pakai sahaja baju yang tak bergosok itu untuk ke destinasi  kita. Itu belum lagi dalam habit memang boleh dikatakan cerewet tentang satu-satu perkara. Kadangkala. muncul perangai pelik bila baju dan tudung berkedut sikit je pun dah nak heboh macam ayam baru bertelur! Nak nak, mak mak yang masih ada anak kecik perlu di dukung. Dengan Basic Tshirt 2.0 Hana Tajuddin, tak payah fikir dan semua tu boleh tolak tepi. Tak perlu digosok sebab material Tshirt ini tidak renyuk langsung!
 

2.  MENUTUPI BAHAGIAN PINGGUL


Hana Tajuddin terdapat banyak koleksi Muslimah modern yang mempunyai rekaan menutupi pinggul wanita. Penting bagi kita sebagai wanita bertudung memakai pakaian yang tidaj memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang di pakai adalah ketat. Sebab itu aku suka teelicious ni.. Tshirt Labuh selesa pergi ke mana-mana.
 

3. TAHAN LASAK



http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

Basic Tshirt 2.0 Hana Tajuddin yang tahan lasak sesuai untuk pelajar-pelajar dan para guru digunakan pada hari sukan. Kalau hari sukan sesuai dipakai, secara tidak langsung tshirt untuk hari keluarga dan untuk aktiviti riadah, sukaneka dan sebagainya juga sedia digunakan. Material ini meresap peluh, tahan lama dan lasak serta tidak mudah melebar apabila dibasuh dan dipakai.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 
---------------------------------------------------------------------------

HANA TAJUDDIN
 
website : hanatajuddin.com.my
Instagram : http://www.instagram.com/hanatajuddin/
Facebook : http://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/
Alamat : HANATAJUDDIN, C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L,
Sek 16, Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam, Selangor.
Telefon : +603-55240841
Open : Setiap hari | 9:00 pagi hingga 6:00 petang

Viewing all 474 articles
Browse latest View live