Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all 474 articles
Browse latest View live

Kitsui Whitenin B.B dan KITSUI STEMCELL MIXBERRIES REVIEW

$
0
0
Rata-rata aku perhatikan ramai mahukan cantik gebu gebas. Tapi tak tahu supplement apa yang sesuai dan diyakini. Almaklumlah, sekarang ni banyak produk OEM. OEM itu apa ? OEM ni huruf ringkas menggantikan original equipment manufacturer. Ia bermaksud sesuatu produk dikilangkan oleh seseorang untuk orang lain di bawah jenama orang tersebut.


KEKAL CANTIK DENGAN KITSUI

Wanita mana yang tidak mahu kekal cantik. Tiada seorang pun nak tua sebelum usianya. Malah kalau boleh bila dah tiba usia pun nak kekal cantik sentiasa je. Tak kisah laa sifat diri dalam seorang wanita ni lembut ke kasar.. Memang itula sifat semulajadi wanita nak kekal cantik sentiasa. Walaupun definisi cantik ni subjektif, tapi ramai yang beranggapan bila wanita tu putih, mesti dia cantik. Macam aku selalu ak fikirkan. Kalau putih mesti aku akan cakap, memang putih sebabtu cantik. Ikutlah mana persepsi korang sendiri.



Untuk sesiapa yang inginkan kulit kekal cantik cerah berseri luar dan dalam, haaa, marilah cuba WHITENIN B.B dan STEMCELL MIXBERRIES. Tak ada masalah langsung sekiranya mahu mencuba kedua-duanya sekaligus.

KITSUI - MEMPUNYAI KELULUSAN DARI GMP

Kitsui ni merupakan produk keluaran Gemini Beauty Resources (M) dan pernah memenagi anugerah dalam Super Health Brand Asia Pacifik. Produk keluaran mereka adalah 100% semulajadi dan mempunyai kelulusan GMP. Jadi anda boleh amalkan dengan rasa selamat. Tambahan pula, produk Kitsui diformulasi dan dikilangkan di Jepun untuk menjaga standard kualitinya yang tinggi. Sebab itu aku yakin dengan product keluaran KITSUI ni.

KITSUI WHITENIN B.B DRINK

Minuman anti-penuaan dan supplement pencerahan kulit dalam satu produk. Bahan utamanya adalah Hydrolized Vitamin C+ dimana kekuatannya adalah 2 kali ganda, kombinasi yang kuat untuk sistem imune yang sihat dan kulit cerah. Tak mungkin nak cantic luaran jekan.. Sebab tu kena cantik dari dalam juga. Bestnya tentang Hydrolized Vitamin C+ ni, ia bukan saja membuatkan kulit anda lebih putih, licin dan sempurna, malah ia juga membantu untuk kita kekal sihat kerana Vitamin C mampu mengurangkan risiko pertumbuhan kanser, melindungi kita daripada penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan.



Antara bahan-bahan lain yang ada dalam Kitsui Whitenin B.B ni adalah Sucrose, Citric Acis, Alpha Lipoic Acid, Mixberries Extract, Acerolla Cherry Extract, dan Orange Extract dimana kesemuanya memberi kesan yang sangat baik untuk kulit.

KELEBIHAN KITSUI WHITENIN B.B

  • Mencerah & memutihkan seluruh wajah
  • Menghalang pembentukan blackhead & whitehead
  • Mengawal minyak berlebihan dimuka
  • Menaikkan seri wajah
  • Mencerahkan mata
  • Menghalang penghasilan melanin kulit
  • Memutihkan kulit menjadi putih pink & gebu
  • Menutup liang pori muka
  • Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1-2 minggu 




Boleh tengok video ni. Secara terperincinya. Ambil 1 paket setiap hari sebelum tidur sebagai permulaan. Macam aku bila bila je boleh, janji maintain. Ehh ! sedap tau rasa Kitsui Whitenin B.B ni. Kalau ikut sukatan yang betul, rasa macam minum air sunquick perah sendiri.

Aku ada terbaca testimoni di laman web rasmi Kitsui, apa yang aku dapat simpulkan,, setiap orang akan memberikan tindak balasnya berbeza. Jadi. Jangan pula viral kan Kitsui menipu. Kata untuk mencerahkan kulit. Tapi tak cerah pun. Dik.. kalau awak baru minum 1 paket takkan pulak terus cerah. Yang penting kena konsisten.

KITSUI STEMCELL MIXBERRIES - KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN


Seperti yang kita tahu buah-buahan ini ada banyak kelebihannya. Begitu juga dengan KITSUI STEMCELL MIXBERRIES, ianya ada pelbagai khasiat lain untuk menjaga kulit, mengurangkan apa-apa yang tak patut pada kulit dan juga memperbaiki kulit kita.




KELEBIHAN KITSUI STEMCELL MIXBERRIES

✔Anti Oxidant Semula jadi.
✔ Mencegah pengaruh buruk sinar UV matahari pada kulit.
✔ Pemakaian jangka panjang (> 6 bln) menunjukkan kulit wajah terlihat lebih muda.
✔ Mengatasi pembentukan garis-garis halus wajah.
✔ Menghilangkan kerutan, kantung mata dan lingkaran hitam di bawah mata.
✔ Menjadikan kulit tidak kering, dan lembab.
✔ Mengatasi masalah kedutan halus
✔ Mengatasi masalah kulit kering

Bahan-bahan aktif atau ramuan yang ada dalam Kitsui Stemcell MixBerries ialah dari combinasi teknologi Jepun stem cells buah-buahan seperti acai berry, blue berry, rasberry, elderberry, cranberry and collagen to menjadikan kulit sihat dan cantik dalam masa 14 hari.




Untuk ibu-ibu mengandung juga selamat untuk mengamalkan produk Kitsui ni.. Tetapi jangan pula ibu mengandung ambil sebarang produk yang memberi kesan seperti kurus atau detox memang tidak digalakan kerana ia tidak baik untuk baby. Dah tentu perut tuu akan buncit sebab ada sikecil duduk  dalam rahim tu. huhuhu...

Diingatkan, produk seperti untuk tujuan kurus tidak sesuai utuk ibu tengah menyusukan bayi mereka. Nanti terbantut pulak nak makan sebab bila amalkan produk untuk kurus tu, badan ibu mula tidak menyerap zat-zat da nutrisi dari makanan, . Dah production susu tersekat pulak.

--------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Web : kitsui
Facebook : kitsui my
Instagram : kitsuimalaysia



Kerjasama Shopee & Honor - Pelancaran eksklusif honor 9 Lite

$
0
0

Shopee & Honor


Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee. 



“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat bekerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Sejajar dengan rancangan 2018 kami, kami berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami. Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pengkalan pengguna yang lebih besar”.

Zhao Zhiwei

“Kami teruja bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan telefon 4-kamera pertama kami, honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Sebagai jenama telefon pintar terkemuka global, kami dapat melihat potensi besar menerusi usahasama dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Usahasama ini adalah titik tolak bagi kami dan kami pasti, masih banyak lagi lapangan yang boleh kami terokai bersama,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.


Zhao menambah, “honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami. Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10 Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan - lazimnya kami melancarkan produk baharu di pasaran Eropah dan India. Dengan memperkenalkan honor 9 Lite di pasaran tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan komitmen kami di Malaysia. Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan”.


Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera


Honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.

Rekaan dan Paparan Yang Menawan


Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.

Berprestasi Tinggi


Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.

Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray.

 
shopee IG Contest
Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baharu ini.


Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. 


Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari. 

150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.
 ------------------------------------------------------ 
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my
Untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena pelancaran ini, 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

JOM KURUS 1 MALAYSIA #10 - KEVIN ZAHRI

$
0
0

Gemok. Satu perkataan yang tidak boleh masuk dalam kamus diri aku. Aku pasti dan yakin, korang pun macam tu aku jugak kan. Masyaallah.. Nasib baik aku cepat tersadar. Walaupun orang kata aku kurus. Tapi aku selagi belum turun angka 4 aku still rasa gemok.. hehehe. Jangan marah uollsss. Begitupun hari ini, rata-rata mereka yang mengalami obesiti dilihat bersemangat untuk menurunkan berat badan masing-masing tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Katakan tidak pada berlapar dan pil kurus !






JOM KURUS 1 MALAYSIA (JK1M)

PROGRAM Jom Kurus Satu Malaysia (JK1M) sudah memulakan musim ke 10 ada 27 Januari 2018. Sejak diperkenalkan pada 2014, program itu berjaya membantu kira-kira 30,000 orang mengurangkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pengasas JK1M, Kevin Zahri berkata, dia menyasarkan seramai 4,000 peserta JK1M di 200 lokasi terpilih seluruh negara tahun ini. 


JK1M adalah aktiviti senaman bersama-sama selama 6 minggu, setiap kawasan akan anjurkan aktiviti kecergasan seperti bootcamp, aerobik, futsal, tabata, senaman gym dan lain-lain bersama peserta yang mempunyai hasrat dan matlamat yang sama. Aktiviti berkumpulan biasanya cuma pada hujung minggu sahaja. Tidak perlu berhenti kerja atau terkurung di lokasi khas. Menarik bukan?

Soal makanan bukanlah satu masalah besar kepada mereka yang mengalami obesiti ataupun masalah berat badan berlebihan, sebaliknya yang menjadi fokus ialah kuantiti makanan yang diambil dalam setiap hidangan. Ramai menyangka dengan tidak makan nasi mereka mampu mengurangkan berat badan. Tetapi hakikatnya nasi yang digantikan dengan makanan lain adalah sama sekiranya kuantiti yang diambil adalah sama.

Selain aktiviti peserta juga akan menerima pakej pembelajaran eBook dan Video KEVIN ZAHRI dan seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri secara percuma. JK1M10 sudah berakhir, maka sama sama kita nantikan Jom Kurus 1 Malaysia season ke 11. Tak sabarnya nak tunggu !

Bagaimana aku dalam JK1M season ke 10 ? Mana orang Batu Pahat yang teruja ingin serta Jom Kurus 1 Malaysia di Batu Pahat. Aku akan cerita berperingakat dari minggu pertama hingga minggu terakhir bersama-sama JK1M Team Coach Sue !

-----------------------------------------------------------

Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)

JK1M MUSIM 10 | TEAM BATU PAHAT (MINGGU 1)

$
0
0
[27 JANUARI 2018 | MINGGU 1] Aku berjaya menghadirikan diri sesi  ke Dataran Batu Pahat. Hari pertama dah buat masalah, pergi Tasik Y. Terang-terang info bagi tahu buat dekat dataran Batu Pahat, Degil jugak pergi ke Tasik Y. Kahkahkah.  Kelam kabut aku dibuatnya bila aku call kawan aku Eyma tapi tak jumpa-jumpa dia. 


JK1M - TEAM BATU PAHAT

Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) Siri ke 10. Untuk siri ke sepuluh ni, aku berpeluang menyertainya. Kenapa aku pilih Batu Pahat ? Sudah tentu aku memang asal Batu Pahat. Takkan pula aku pilih  Muar atau Senggarang pulak. Jauh tuu nak ke sana. 

Coach Sue & Adiba
Suhaila iaitu Team Leader Batu Pahat atau lebih mesra panggil Suelopa. ehemmm. hahahaha bukan Zouk tau ! Tersangat best dan sporting.
Data Peserta JK1M - #teambatupahat

Untuk minggu pertama, Coach sue buat sesi pengenalan. Di mana, coach Sue akan ambil data untuk hari pertama. Data apa tu? Data berat badan, ukur lilit badan serta ujian kecergasan (test fitness) setiap individu. Takdelah Coach Sue nak perhatikan satu-satu, sudah tentu kami buat dalam kumpulan. gitteww
Sesi perkenalan
Sesi Membawang.. ehh ! tak tak sesi pengenalan juga
Walaupun kami terdiri dari pelbagai umur semua positif. Semua kawan-kawan baru yang sporting.  Menariknya JK1M Batu Pahat khas untuk peserta wanita je. Memang tak terasa langsung malu dan masa berlalu. 

KENAPA SERTAI JK1M?


Masuk-masuk dalam group JK1M BP Rangers je dah ada yang bertanya. "Dah kurus dah tu dik.. Nak kurus macam mana lagi" hahahaha. Adeh kak.. Kenapa ibu aku cakap aku gemok.. Bukan ibu jee anak buah aku pun cakap "ateh mok" Apa kakak-kakak dalam group Whatsapp tuu tak nampak ke aku membesar..


Haaa, tekalah berat aku berapa.. Tak dapat jawab tak tahu nak cakap apa. Terang terang gambar kat atas ada tunjuk berat aku berapa. Hahahaha. Okaylah, berat aku untuk hari pertama serta JK1M ni 55.3kg. Ramai orang cakap berat ni sebenarnya dah kurus. Aku pun yakin masih kurus. kahkahkah. Sebab BMI aku normal. Tapi, aku tak nak angka 5 ni. Aku nak patah balik ke size asal aku angka 4. Bukan itu je, aku masuk JK1M ni antara satu sebabnya nak tahu cara pemakanan yang betul yang tidak perlukan pil-pil kurus. Kira tak takutlah kalau makan tapi tak bersenam.

Dah lama tak buat ujian kecergasan ni. Boleh tahan jauh ke dalam laut jugak fitness aku tu. Hahahaha. termengah-mengah dan menggigil satu badan. Memang betul orang cakap, beauty is pain

JK1M Team Batu Pahat


JK1M Team Batu Pahat

Sebahagian peserta dari Batu Pahat. Ialah, masing masing ada banyak komitmen perlu diutamakan. Tak dapat hadir hari ini mereka datang pula esok untuk perkara yang sama aku buat pada hari ini. Okay, ini kisah minggu pertama di hari pertama ya. So, Next aku akan ceritakan minggu yang seterusnya. 

-----------------------------------------------------

Jangan sedih kerana terlepas peluang untuk JK1M musim ke10 ni, Sentiasa update dengan info JK1M musim ke 11 akan datang yaaa! 


Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)

TRAVEL | PELADANG SETIU AGRO RESORT, TERENGGNU

$
0
0
Ramai orang tahu Terengganu terkenal dengan pantai dia yang cantik sahajakan, aku pada awalnya juga macam itu juga, teruja mahu ke Terengganu kerana pantai dia yang cantik. Tak sangka di Terengganu ini ada tempat untuk kem team building.



PELADANG SETIU AGRO RESORT



credit : Azura - Amazing Terengganu 

Kali ini aku bersama rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang untuk merasai sendiri 'escape' dari kesibukan bandaraya. Tak sangka.. sebuah kawasan terpencil di pendalaman, malah tidak ada apa-apa keistimewaan, kini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal. Tempat yang agak menarik serta jarang-jarang di ketahui umum iaitu Peladang Agro Resort Setiu. Resort ini terletak agak terpencil dari kesibukan kehidupan kota. Ia adalah syurga bagi pencinta alam yang sukakan kehijauan dan kedamaian alam semulajadi. Ianya terletak lebih kurang 89 km dari Kuala Terengganu dan 13 km dari Bandar permaisuri. Ianya dikelilingi oleh hutan tropika yang subur , tasik-tasik serta sungai-sungai.




Kunjungan kami ke resort ini disegarkan dengan keindahan landskap serta tasik yang indah. Udara yang segar dan nyaman di pinggir hutan hujan tropika serta aliran sungai dan air jernih menenteramkan jiwa.


Tarikan Peladang Setiu Agro



View Tasik

Sebelum aku cerita lanjut, gambar view ini dari Bebelan Cik Min . Resort yang terletak di kaki Gunung Tebu ini pastinya memberikan kelainan dalam percutian aku kali ini dengan dikelilingi ladang kelapa sawit serta Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan keunikan flora dan fauna.






Tertarikkan keindahan suasana Peladang Setiu Agro Resort ni. Aku yakin, kalau kau rasa sesak kepala sekarang ni, bolehlah datang bercuti ke PSAR ni.. Dalam kau tengok kehijauan bumi, kau juga dapat tengok kebiruan bumi. Tenang is better...


Aktiviti Menarik di Peladang Setiu Agro Resort


Ehhh ! takkan dari Johor ke Terengganu cuma hanya nak tidur makan je kan.. Di Peladang Setiu Agro Resort, pasti terkilan sekiranya buat aktiviti mandi di swimming pool je. Sebab, di sini pelbagai aktiviti menarik sambil menerokai keindahan hutan boleh kita lakukan. Antara aktiviti yang sempat kami rasainya sendiri:


  • Nightwalk Jungle Trekking 



  • Flying Fox 

Credit : Azura by Amazing Terengganu 

  • Tangkap Lokan, Kepah, Scallop 



langkah pertama untuk misi mencari hasil haiwan bercengkerang 


Mengharungi akar bakau untuk cari lokan 

Macam nilah cara cari lokan 


abaikan muka Yanty Lee yang memenuhi camera, yang belakang tuu cara untuk tangkap kepah 

  • Senam suara 

Senam suara katanya 

  • Barbeque 





  • Water Confident 







  • Kayak 



Kemudahan Peladang Setiu Agro Resort




Resort ini kini mempunyai 58 buah chalet yang unik bercirikan senibina tradisional Melayu yang unik. Ditambah pula dengan koleksinya dipinggir tasik pasti memberi sesuatu yang kita impikan. Biliknya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, tv, hot shower serta kemudahan coffee/tea.

Empat buah bilik seminar boleh menampung kapasiti 250 orang dengan theater style serta 100 orang bagi classroom style. Restoren Seri Tanjung pasti akan membuka selera kita dengan keenakkan masakan pantai timur yang popular dengan ulam-ulam yang berkhasiat serta dengan kelazatan masakan barat dan continental. Di sebelah petang dan malam, anda boleh sembang-sembang di kopitiam coner sambil minum kopi, the tarik dengan snek ringan di Agro Café dengan suasana yang menarik dan nyaman sambil mendengar muzik. 




Kemudahan surau, kolam renang, padang sukaneka, warung nira serta lobby shop pastinya memberi kan anda kepuasan maksimun semasa menghabiskan percutian anda di PSAR. Bagi mereka yang sukakan survivor, pihak resort juga menyediakan tapak perkhemahan untuk kita menikmati suasana yang berbeza dan lebih menarik dengan kemudahan yang selesa dan memuaskan.




Agro resort bukan sekadar destinasi percutian, mereka juga menyediakan prasarana yang lengkap bagi membantu kita menjayakan program-program, kursus dan seminar dalam suasan keringan. Apa yang pasti, kunjungan ke Agro Resort pasti meninggalkan kepuasan yang dicari. Keunikan dan kelainan pastinya memberikan kita kepuasan dengan suasana yang berbeza daripada destinasi percutian yang lain.

Adakah trip kembara KBBA9 kami di Peladang Setiu Afgro Resort ini berjalan dengan lancar ? kahkahkah, ofkos berjalan dengan lancar. Walaupun sebenarnya fikir banyak kali pergi sebab faktor jauh dan assignment. Kalau nak tahu macam mana lancarnya aktiviti di sana, cubalah sendiri untuk datang dan alami pengalaman ini di Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu.



----------------------------------------------------------------

Info Lanjut :

Peladang Setiu Agro Resort

Lot 3912, Guntong,
22040, Setiu, Terengganu

Tel : 09-6920059 / 6920039 / 6920017 / 019-9192240 
Fax : 09-6099763

E.mail : peladang_agroresort@yahoo.com

JK1M MUSIM 10 | TEAM BATU PAHAT (MINGGU KETIGA)

$
0
0
Minta maaf untuk JK1M 10 minggu kedua aku tak dapat nak share bersama, mungkin nanti aku akan mintak pengalaman kawan aku untuk ceritakan pengalaman minggu kedua. Team Batu Pahat untuk minggu kedua mereka pergi mendaki Bukit Soga, Batu Pahat. Wahh ! Batu Pahat pun ada tempat boleh hiking ke ? Ofkos ada, malah ada bukit cantik di Batu Pahat tau. Haa, Nanti aku cerita kemudian untuk bukit-bukit tersebut. Punca utama aku tak dapat ikut aktiviti pada minggu kedua sebab hadir pelancaran SIS Perapat dan Delia Gold Serum di Kota Kinabalu, Sabah.


SEMINAR TOUR JOHOR (10 FEB 2018) - KEVIN ZAHRI

Sesi seminar ini percuma kepada peserta Jom Kurus 1 Malaysia. Cuma, kena keluarkan duit tol dan minyaklah nak hadir bersama di UTM Skudai, Johor. Pengalaman berharga bila kita dapat belajar sesuatu perkara dari orang yang berkemahiran dalam dunia penjagaan kesihatan seperti Kevin Zahri.



Berikut adalah jadual bagi seminar Tour Kevin Zahri bersama peserta di UTM Skudai, Johor. Ianya tidak terhad untuk peserta JK1M sahaja, malah bukan peserta JK1M juga boleh hadir bersama-sama dengan peserta JK1M. Tapi, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu. giteew..

selepas aerobik da zumba

Bangun seawal pukul 6 tuu bukanlah awal yee adik -adik sekiranya bergerak dari Batu Pahat. Adehh, Ya Ampun,, memang tak sadar alarm jam berbunyi langsung. Minta maaflah kat kak Effa yang menumpang. Kesian dia.. Macam kena main tolak-tolak. Yang penting misi kita berjaya untuk trip itu. ahahahhaha


Inilah barisan peserta JK1M Johor. Ada juga beberapa team dari daerah Johor tidak dapat turut serta akibat kekangan jarak. Dapat tak cari muka aku? Kalau dapat powerlah mata awak ni. hahahahah..

Peserta JK1M team Batu Pahat berpeluang merakamkan detik kenangan bersama coach Kevin Zahri. Harapnya Coach KZ tak seriklah dengan team Johor yang kaki selfie ni. Tak beri peluang langung untuk Coach Kevin Zahri duduk diam rehat. heee ~


Selepas beramah mesra dan sesi fotografi, Coach KZ menerangkan serba ringkas dan padat berkaitan kesihatan, Fuhh ! ini paling mahal. Next season jomlah dapatkan ilmu berkaitan kesihatan terus dari Kevin Zahri. Boleh baca artikel  berkaitan : Jom Kurus 1 Malaysia #10 - Kevin  Zahri




Seronok jugak main stick ni. Sambil bermain sambil keluarkan peluh. Teringin nak main lagi ni sekarang. Memang seronok main stick ni. Macam tengah pukul gendang. Acara stick ini selepas seminar kesihatan dari Coach Kevin.

Timbang Berat - Minggu Ketiga



Disebabkan minggu lepas terlampau cheat sebab ada pelancaran SIS Perapat, makanya muka aku macam redho jerlah berat turun sikit. Sikit sangatlahkan, sebab sabtu semalam lepas Seminar Kevin Zahri dok melantak kat Kilang Beteri. 


Sebenarnya, JK1M ni bukan buat pada hujung minggu je yee kawan-kawan. JK1M berjalan seperti biasa pada setiap hari. Kenapa aku cerita hujung minggu sahaja ? Sebab kekangan waktu untuk hadirkan diri. hahaha. Adehh.. Mintaa maaf coach ! Okay, gambar kat atas diambil selepas lari 7 pusingan di Stadium UTHM, Batu Pahat. Sekiranya terlepas baca apakah aktiviti Team Batu Pahat pada minggu pertama boleh baca artikel : JK1M Musim 10 | Team Batu Pahat (Minggu 1) . Nantikan dengar sabar ye aktiviti pada minggu ke empat saya  

-----------------------------------------------------------

Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)



Yakin dengan diri anda, #makeyourmark dengan Bio-Oil

$
0
0
Petaling Jaya, Mac 2018 – Bulan ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa dengan kempen #makeyourmark. Menyedari bahawa masyarakat kini mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri, kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.

"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran." kata Ms. Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.

Kempen #makeyourmark adalah bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri sendiri.

Perkongsian mereka tentang pengalaman dengan Bio-Oil:

Elaine Daly


“Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual semua perlu dijaga, sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya iaitu menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya sebagai langkah pencegahan dari kesan regangan. Ia melembapkan kulit dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak. " kata Elaine Daly, seorang Pelakon, Hos TV, Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia Kebangsaan, dan Pengarah Saluran www.hurr.tv.
Madam Molly Khoo

“Bio-Oil membantu saya kelihatan muda selama mana yang termampu. Ia membantu dalam masalah kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dengan kulit saya sekarang! " kata Madam Molly Khoo, Pengasas Heritage Village Restaurant.
Nadia Hasbi
“Bio Oil adalah minyak penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk semua!” kata Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel.

Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable

Kempen #makeyourmark adalah yang pertama dalam kempen sepanjang tahun Bio-Oil bertajuk #iamremarkable. #iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.  

Mengenai Bio-Oil


Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap.

Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.


JK1M MUSIM 10 | TEAM BATU PAHAT (MINGGU KEEMPAT)

$
0
0
Daim tak diam, dah masuk ke minggu keempat aku sembang berkaitan Jom Kurus 1 Malaysia dibawah bimbingan Kevin Zahri musim ke 10. Bila kita mempunyai matlamat yang sama iaitu sihat dan kurus, secara tidak langung peserta dalam team yang sama menjadi sebuah keluarga baru. Ternyata aku selesa bergaul dengan mereka. Walupun kami berbeza umur dan kerjaya.  Ternyata mereka memang banyak mulut, Hahahaha makan tuu sudah pasti, sampingannya membawanglah apa lagi. hahahahha

berat naik masa ni. hahahaha

JK1M #10 - Southern Lion Muaythai Club

Sabtu (24 Mac 2018), aku dan peseta JK1M team Batu Pahat. Berpeluang untuk belajar cara beraksi secara Muay Thai (taktahu nak sebut apa) hahahahaha. Seronokm Satu lagi pengalaman yang tak pernah terfikir untuk aku mencubanya. Btw, abam abam Muay Thai dari Southern Lion Muaythai Club ni sado sado uolss. Tergugat mata kite. wakakakka. 


Cara Muay Thai panaskan badan. Sambil-sambil tu kami diajar asas terlalu asas untuk pergerakkan Muay Thai. Agak susah juga buat aku untuk kali pertama. 



Padu kakak Nurul kite ni

Group Photo bersama Southern Lion MuayThai Club
Aku dah macam pondan tengah bertumbuk. Hahahahaha. Tapi takpe sebab memang aku masih di peringkat merangkak. Tak tahu lepas ni bila lagi berpeluang bermuay thai ni.

 JK1M10 Team Batu Pahat - Menawan Bukit Soga

Ahad (25 Mac 2018) - Sebelum ni memang tahu keweujudan Bukit Soga, Tapi tak mencabar sebab ada tangga. Rupanya ada juga jalan selain melalui tangga. Aku baru pertama kali naik untuk kali ini. Wahhh kau mimin.. Semua kali pertama. hahaaha.. 

 
Aku orang terakhir sampai. Diorang dah jalan dulu. Sesampainya aku, aku disambut riang oleh sekawan anjing. Pehh! hampir nak kena kejar dengan anjing anjing ni sekalian. Nasib baik ada Guider tolong halaukan. Guider tu tengok aku macam ada stamina rasanya, Dia bantai jalan jee walaupun aku dah tercungap tak cukup nafas. bayangkan kau berlari atas bukit sebab hampir nak kena kejar dengan anjing. Bila Sampai kat guider tuu. Terus naik dan naik. Berhenti cuma beberapa second je untuk aku cool down. hahahha


Tak sangka dekat Bukit Soga ada mini gua. haahahah. Kecik jee. Itu pun Cina cina dekat taman Soga ni buat sembahyang kat sini. Mintak nombor letteww. Hahahaha ! judgemental.


Pokok ni aku dah lupa nama dia. Tapi besar betul pokok ni, Baru kat Bukit Soga, Batu Pahat. Kalau dekat Gunung Tahan ke kat Gunung Ledang ke mesti lagi banyak pokok kayu bersize besarkan. Okay ! Next Hiking plishh !


Ehemm, Dekat sini ada port baikk weyh. Diorang panggil taman buaian. Taman Buaian tau... Coach Suelopa kami sebut taman Bunian. hahahahhahaa, Seram weyhh kalau boleh nampak.


Sesi group photo di taman buaian. Sebelum turun ke bawah. Hahahaha, aku termain gelongsor masa nak turun weyh. Kelakar giler kalau aku ingatkan balik.. Nasib baik takde yang merakam. Jadi, inilah aktiviti hujung minggu kami pada minggu keempat. Sepatutnya kami perlu naik Bukit payung. Tapi, over tau ! kena cas guider. Terus cancel. Hahahaha. 

-----------------------------------------------------------

Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)


Terlepas Baca :




ALTHEA Bare Essential | 3 Langkah Mudah Rawatan Penjagaan Kulit

$
0
0
Annyeong! Kali ini aku ingin berkongsi dengan engkau orang set penjagaan kulit baru yang aku dapat dari Althea Korea. Heyy adik manis kpop ! Memang set penjagaan ini hakak diterbangkan khas dari Korea. Terperanjat kakak kau ni terima e-mail mengatakan Althea Korea ada kirimkan ‘kotak gosip rahsia’ akan muncul depan pintu pejabat tidak lama lagi. Weyhh ! bila terima e-mail macam ni aku terus gosip dengan Eyma (halahh! Opismate hakak lah siapa lagi) hokehh. 

Pernah dengar Althea Korea ?


Althea adalah tempat membeli-belah yang indah di mana korang boleh mendapatkan K-Beauty engkau orang terus dari Korea ke pintu rumah korang! (tiada cas tersembunyi) Dalam masa 10 - 15 hari bekerja. Harga Althea Korea sangat mengagumkan, dan mereka mempunyai banyak produk kecantikan eksklusif Seoul yang bergaya untuk anda unboxing! Harga terbaik, yang penting penghantaran Percuma lebih RM150, 30 Hari Pulangan.

Althea Bare Essentials 

 

Kali ini aku ingin berkongsikan pengalaman aku menggunakan set penjagaan kulit terbaru dari Althea Korea. Ia merupakan satu set penjagaan kulit terdiri daripada pembersih, toner dan krim. Aku ni sebenarnya memang tengah cari set penjagaan yang sesuai. Hari tu, ada jugak aku pakai set penjagaan kulit berjenama ‘BS’.. Tapi tak tahu kenapa muka aku tak sesuai. Bukan keluar jerawat atau jeragat. Tapi rasa panas je muka ni.

Kulit jenis kering macam aku, dan dalam masa yang sama muka aku hampir kena sunburn sebab memang cuaca sangat panas membuatkan diri ini langsung tak yakin nak menghadap orang ramai. Mujurlah Althea Korea tampil dengan set baru penjagaan kulit mereka. Kenapa aku cakap MUJUR ada Althea set penjagaan baru ni? Semestinya aku mencubanya sendiri dalam masa sebulan bagaimana ia berfungsi.

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN ALTHEA BARE ESSENTIALS


Disebabkan aku dah mencuba sendiri product Bare Essentials dari Althea (BAE)ni. Mari aku ceritakan lebih details langkah-langkah penggunaannya.

Langkah 1: Contour Cleanser (RM23.00)

Bau yang sangat tenang, dan memberi kesan sejuk selepas di cuci. Cara guna macam pencuci muka yang lain
basuh muka , ambil sedikit pembersih dan urut lembut di wajah kemudian bilas

Aku cuci muka dengan The Contour Cleanser, terbaiknya pencuci muka ni kerana ia mengandungi bahan Ice Plant yang menenangkan. Secara tidak langsung akan mengurangkan kesan kemerahan di kulit, dan juga ekstrak Lemon Myrtle untuk detoks. Contour Cleanser mengandungi juga mikro kapsul yang mana dapat membersihkan sel-sel kulit mati. Secara taj langsung, pencuci muka ini membantu peredaran darah dan membuatkan muka berbentuk V. Sebab utama itu lahh nama dia Contour Cleanser.

Langkah 2: Primer Water (RM43.00)


Cara guna, ambil sedikit Primer Water dan sapu ke seluruh wajah, tak perlu cuci hokehh. Biarkan Primer Water serap sendiri.. Yang bestnya Primer Water ni sangat mudah menyerap dan tak melekit bila di gunakan.
Ia adalah penjagaan kulit 2-in-1. Satu toner dan primer. Primer Water ni berteknologi kan Macro Fluidic Dispersion, ia mengisi ruang dan menghilangkan liang pori. Memberi lebih kelembapan kepada kulit. Bahan utama adalah Snow Lotus dan Teknologi embun paten ia melembutkan kulit wajah , meningkatkan cahaya semulajadi kulit dan menyihatkan kulit ..


Langkah 3: The Fixer Cream (RM50.00)
Sapu ke muka macam biasa.
Jangan pernah tinggal step ketiga ni hokehh, sebab langkah ini paling penting untuk melembabkan kulit wajah. Penghidratan 24 jam. Rasa kelembapan apabila ia menembusi kulit sehingga 24 jam, memberikan kulit kita penghidratan yang benar-benar diperlukan. Pastikan kulit anda berasa segar dan kelihatan sihat sepanjang hari. Bahan utama ialah Trehalose, teh hijau, dan pokok Baobab.
Selepas sebulan pakai skincare Bare Essential

Aku dah mencubanya sendiri. Bukan sehari dua tapi sebulan aku mencubanya. Semestinya ia sudah menjadi rutin harian aku untuk menjaga kulit aku dengan menggunakan produk terbaru Althea, Bare Essential. Tiada lagi kuli kering ! Wajah semakin ploles. Membe pun dah sahihkan bhahahaha.
Follow twitter : miminadam
Aku tersangatlah mencadangkan engkau orang angkat 1 set skincare Bare Essential dari Althea Korea ni. Cubalah sendiri. Cakap panjang-panjang kalau korang tak beli pun tak gunakan. Sangat berbaloi untuk dapatkan skincare ini dari Althea Korea. Semestinya kau akan berterima kasih kat aku.. Eh! kat Bare Essential Althea. hahaha
-----------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut, layari laman web mereka:
Laman web: http://www.althea.kr/CountryTunnel
Blog : http://blog.althea.kr/
 Instagram: @altheakorea
Facebook : Althea Kr

JK1M MUSIM 10 | TEAM BATU PAHAT (MINGGU KELIMA)

$
0
0
Fuyuhh ! Aku peram buat perkasam pulak JK1M Musim 10 minggu ke lima ni. Mintak ampun mintak maaf sebab kekangan waktu dan masa. Bulan 4 ni sibu dengan hantar assignment dan exam. Perghh kalut habis perangai Mimin ni. Tak perlu basah basi lagi, jom aku cerita JK1M10 Batu Pahat minggu ke lima kami buat apakah

JK1M10 JOHOR BOOTS CAMP - DESARU 


Perjalanan dari Batu Pahat ke Desaru mengambil masa selama 3 jam perjalanan. Macam pergi Kuala Lumpur jauh nak pergi Desaru ni. Aku tak boleh nak balik awal sebab tengah nak closing account. Makanya, lepas balik kerja jam 6.30 petang siapkan diri pukul 8.30 malam gerak ambil Eyma dekat Ayer Hitam. Alhamdulillah tiada perkara buruk beralku sepanjang perjalanan ke Desaru. Bermalam di Belia Sukan cawangan Desaru. Terima Kasih buat kak Durra sudah menyediakan penempatan kami malam tersebut.


Seawal jam 8.30 pagi, selepas semua JK1M10 Johor berkumpul kami bermula dengan lari 10 pusingan. Haa! Ye, Bukan JK1M team Batu Pahat je turun, malah JK1M dari Kluang, Pasir Gudang, dan lain-lain. Meriah betul camp ni tau. Pengalaman pertama aku sudah semestinya.

Team Leader Johor
Panaskan Badan
Kami dibahagikan kumpulan
dipecahkan lagi beberapa kumpulan lagi
Kena denda sebab memain. hahahahaha
Team Leader pun kena denda. hahaha
ada ni haa kak Jiha tengan nebes tunggu giliran. hahaha
Group Photo Team Batu Pahat
Perati Coach Sue dengan Eyma tak bangun bangun dari menghadap makanan
Ribuan terima kasih buat JK1M10 Team Dr. Azlee sebab memberikan belas ikhsan makanan untuk pirana-pirana dari Team Batu Pahat. Yang diketuai Mami Pirana kami Coach Sue yang berat pungung dari bangun menghadap makanan bersama Eyma Jamal. hahahhaha


Bila kenal dengan mereka semua ni, penat, gelak, gembira, sedih, kena denda, makan, minum, keluar peluh semua bersama. Bila dah minggu kelima ni.. dia punya perasaan lain macamm. heee.. Okay Next entry stay tuned.. 

Terlepas Baca :

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

$
0
0

Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan. Jimat sekurang-kurangnya RM1,000.00. WOW ! Penjimatan bermula dari RM 1,000.00 sehingga RM 3,900.00. Banyak tuuu, Nak tahu pakej yang ditawarkan ?


Agrofarmstay Melaka

Mega Bonanza - Jimat sehingga RM3,900.00 !






Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.




Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Pakej Mega Bonanza 2018.




Pakej Mega Bonanza adalah penginapan untu 2 Hari 1 Malam untuk 20 orang. Sekiranya lebih dari 20 orang, tiada masalah. Hanya tambah bayaran mengikut pax yang turut serta bersama selain daripada 20 orang tadi.




Makanan akan disediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tengahari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. 


Pihak Agrofarmstay juga menyediakan 5 permainan untuk sukaneka bersama Jurulatih. Kau orang tak payah pening-pening untuk memikirkan permainan sukaneka di sana. Bagi kanak-kanak, Pihak Agrofarmstay Melaka menyediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. 
Tak lupa jugak kepada kaki-kaki karaoke. Di bangunan kasut ini kau orang boleh berkaraoke sehingga sakit tekak.

Bagi yang lebih suka kepada aktiviti air, mungkin boleh cuba untuk berkayak atau memancing di Agrofarmstay Melaka ni. Hanya perlu membawa joran sendiri untuk aktiviti memancing itu nanti.



Anda boleh cuba untuk memberikan makanan kepada haiwan di Agrofarmstay Melaka seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Menarikkan !  

Paling menarik, Pihak Agrofarmstay Melaka menyediakan banner family day anda dengan nama family masing-masing. Wahh ! tak perlu dah keluar kos untuk print banner dan design nanti dengan aktiviti menarik tersedia. Mana nak dapat lagi selai di Agrofarmstay Melaka. 

HARGA PRMOSI !

Berbaloi sangat harga Mega Bonanza Agrofarmstay Melaka. Harga asal mereka tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).  Boleh bandingkan harga biasa ini dan harga promosi di bawah ini : 
Dua hari Satu malam untuk 20pax ialah RM2,780
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web Agrofartmstay Melaka :

Web : 
https://agrofarmstay.my
Facebook Page : 
www.facebook.com/agrofarmstay
Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647
Office:
06 – 232 2761



credit picture : Qaseh Dalia, JournalJeeb, Sueizza, Kisah Emas Putih

REVIEW | SINGKIR BINTIK HITAM DENGAN NANOWHITE DARK SPOT CORRECTIVE SERUM

$
0
0
Hai, aku tak sangkal bila mana seorang perempuan ni akan mencari product lain untuk kepuasan diri sendiri. Cakap sikit kat aku siapa taknak cantik. Hahahahha. Semua orang nak cantik dan berseri termasuklah diri aku sendiri. Baru baru ni aku dapat set penjagaan dari Nanowhite. diperkenalkan dengan set pengajaan kulit wajah dari Nanowhite. Nanowhite adalah penjagaan kulit wajah yang lengkap. Set yang terdiri daripada pencuci wajah, penyegar, Serum dan pelembap wajah. Set ini menfokuskan pada pencerahan tona kulit dan memudarkan serta mampu mengurangkan bintik hitam di wajah.


NANOWHITE DARK SPOT CORRECTIVE SERUM



Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit untuk memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tetapi bolehkah masalah ini dapat ditangani dalam hanya masa dua minggu? Ketika mencuba Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dalam ujian penggunaan di rumah baru-baru ini, wanita Malaysia mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat.

Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.



Ini bukanlah kata-kata kosong kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!Ini bukanlah kata-kata kosong kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!

Mengikut hasil ujian penggunaan di rumah, pemulihan paling ketara dapat dilihat di bahagian pipi, dagu dan juga dahi. Oleh itu, masalah ketidaksempurnaan kulit hanya akan tinggal sejarah dan wanita-wanita ini kini tampil gembira dengan tona kulit yang sempurna dan lebih cerah.



Majoriti peserta sebenarnya mendapati kulit mereka lebih berseri dalam hari pertama menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Bilangan peserta yang berpuas hati semakin meningkat selari dengan bilangan hari penggunaan.



84% daripada wanita melaporkan bintik hitam dan parut jerawat yang semakin kurang dalam hari pertama penggunaan serum. Selepas 14 hari, bilangan wanita yang mendapat hasil yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata, 50% daripada wanita mengatakan mereka nampak penambahbaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam pertama selepas penggunaan, dan 60% melaporkan perkara sama selepas dua minggu.

"Di Nanowhite, kami memahami kekecewaan wanita apabila melihat bintik-bintik hitam yang baru dan parut jerawat bila melihat cermin, terutama selepas menghabiskan banyak masa dan wang untuk menanganinya. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum telah diperkembangkan untuk menyelesaikan perubahan tona kulit yang menjengkelkan serta menjejaskan keyakinan diri. Seperti yang dapat kita lihat daripada hasil ujian penggunaan di rumah, serum ini berkesan menyelesaikan masalah seperti yang dijanjikan - iaitu mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sambil mencerahkan tona kulit wanita Malaysia, semuanya dalam satu pakej yang hebat!"  kata Christine Law, Pengurus Pemasaran Tohtonku Sdn. Bhd..

Law menambah bahawa keberkesanan serum tersebut terus membuktikan komitmen Nanowhite untuk menawarkan bukan sahaja kulit yang cerah, tetapi juga kulit yang sempurna dan berseri dari dalam.

"Sebagai pakar penjagaan pencerahan kulit, kami berusaha tanpa jemu memperbaiki inovasi kami untuk memenuhi keperluan pencerahan kulit yang unik bagi setiap wanita pada peringkat kehidupan yang berbeza. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum adalah satu produk yang menyelesaikan beberapa masalah kulit dalam masa dua minggu– sungguh menjimatkan masa! Ini bermakna, wanita yang sedang melalui fasa penting kehidupan mereka tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan kulit bebas cela, mereka akan mempunyai lebih banyak masa mengejar kerjaya dan memenuhi impian mereka, berseronok dengan orang yang tersayang atau menikmati kehidupan sepenuhnya!" kata Law.



Wanita yang telah lama mengalami masalah kulit mungkin sukar membayangkan melihat wajah mereka di cermin tanpa bintik-bintik hitam dan parut jerawat. Dengan itu, Nanowhite ingin membantu mereka membayangkan kulit yang lebih cerah – menerusi aplikasi realiti berperantaraan (AR) mudah alih yang baharu.

"Kami sangat teruja memperkenalkan aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, yang menunjukkan pengguna bagaimana wajah mereka dengan kulit yang lebih cerah dan berseri tanpa bintik-bintik hitam dan bekas jerawat yang menjengkelkan. Dalam kehidupan sebenar, ini adalah apa yang akan anda lihat selepas tempoh yang singkat menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Dalam erti kata lain, realiti berperantaraan boleh menjadi realiti sebenar! Untuk mencapai hasil yang lebih baik dan lebih jelas, ikut rutin penjagaan kulit penuh dengan menggunakan produk Nanowhite yang lain juga." kongsi Law.

REVIEW NANOWHITE BY MIMIN ADAM




Setiap pagi dan petang, ini adalah rutin harian aku dan seminggu menggunakan Nanowhite No Spots No Flaws set. Extra! memang aku user Nanowhite ni. Hari tu aku stop sekejap gunakan Nannowhite sebab aku kena review a few skincare lain. Untuk seminggu awal gunakan set nanowhite ni aku dapati kulit wajah aku kurang berminyak dan kurang jerawat. Tompok hitam sedikit berkurangan, cuma untuk memutihkan wajah secerah-cerahya akan mengambil masa tempoh lebih sebulan atau lebih. Wajah yang gelap kerana Matahari boleh cerah dengan hanya seminggu, belum lagi sebulan tau setahun.

Cara Penggunaan:



1. Awaking Snow Wash

Pencuci dengan Awaking Snow Wash. Untuk membuang segala kotoran Di wajah agar tiada lagi sisa Makeup yang tinggal dan akan members kulit kita rasa bersih. Picitkan sedikit Pencuci wajah dan titiskan dengan air. hasilkan buih yang secukupnya dan ratakan pencuci wajah di wajah. bilas dengan air dan keringkan wajah dengan menggunakan tuala bersih.




2. Refining Treatment Toner

Step ini sangat penting kerana, toner mampu merawat sel kulit wajah dan memberi vitamin yang penting penumbuhan self baru kulit.Barulah muka nampak berseri! tuang sedikit toner pada cotton pad, dan dap dap kan toner diwajah. Kulit akan lebih segar selepas pemakaian toner.




3. Dark Spot Corrective Serum

Ini adalah produk baharu yang dirumuskan untuk menghilangkan bintik hitam diwajah. Serum ini mengurangkan bintik hitam dan memudarkan parut jerawat, serta menghasilkan tona kulit lebih sekata dan berseri. Selain daripada itu, penggunaan berterusan mampu mencegah kemunculan bintik hitam pada masa yang akan datang. No Spots No Flaws! Untuk serum pula, titiskan serum di lima point di wajah. sapu rata pada kulit sehingga serum menyerap di wajah. (pipi kiri, pipi kanan, hidung, dari dan dagu).




4. Double Action Whitening Gel Cream

Double Action Whitening Gel Cream, memberi kelembapan pada kulit wajah agar wajah sentiasa nampak moist. Moisturizer pun sama. Calit sedikit dan letak pada muka tu. Sapu dan ratakan pada kulit. Biar selama dua minit untuk gel moisturizer menyerap.

Nanowhite AR+




Untuk melihat wajah bebas cela anda, cari dan muat turun aplikasi mudah alih 'Nanowhite AR+’ dari Apple App Store atau Google Play Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit sambil membayangkan penambahbaikan kulit melalui fungsi realiti berperantaraan.

Bukan itu sahaja - pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk Nanowhite bernilai RM2,500! Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon.

--------------------------------------------------------------------

Serikan kulit anda hari ini! Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 30ml dijual pada harga RM69.90 di semua farmasi dan pasaraya utama di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman Facebook Nanowhite di www.facebook.com/nanowhite, atau lawati laman web rasmi di www.nanowhite.com.my.

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

$
0
0
DASHING telah melancarkan satu lagi rangkaian produk terbaru mereka iaitu DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif. Mesti para jejaka dekat luar sana teruja kan bila dengar tentang produk baru ni. Maklumlah bau wangian DASHING semuanya wangi-wangi belaka. Harga pula mampu milik. Siapa yang tak pernahh dengar jenama Dashing ni aku tak tahulah kau duduk ceruk mana. HAHAHA


DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Variasi terbaru DASHING SPORT 


Hello ! Lelaki berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, mereka semua ni tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 



Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.   

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 



DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml. 

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.



Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml



SALAM RAMADHAN 1439H

$
0
0
Bermula Awal Ramadan, masyarakat Islam di Malaysia akan mengunjungi masjid dan memulakan ibadah puasa selama sebulan bermula terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ramadan merupakan bulan yang paling mulia di dalam kalendar Islam kerana Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu ini. Awal Ramadan merupakan permulaan yang sangat mencabar untuk kebanyakan umat Islam di Malaysia, walau bagaimanapun ia juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu berbanding bulan-bulan yang lain setiap tahun.

RAMADHAN 

Puasa di bulan Ramadhan diperintahkan pada tahun ke-2 setelah Hijrah Nabi ke Madinah. Tahun itu juga terjadi perang besar pertama antara kaum Muslimin dan musyrikin Makkah, yaitu ghazwah al-Badr.




DALAM al-Qur’an disebutkan tentang perintah berpuasa, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS 2: 83).Perintah puasa ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan dimaksudkan untuk menjadikan mereka pribadi-pribadi yang luhur dan bertakwa.

Perintah puasa bukan merupakan hal yang baru dan khusus bagi umat Rasulullah S.A.W.. Hal ini telah diperintahkan dan telah dilakukan juga oleh umat-umat terdahulu. 
TIPS 8 GELAS AIR DALAM BULAN RAMADHAN 
Bila menyebut tentang bulan puasa, pasti ramai yang ragu-ragu bagaimana untuk mengamalkan minum air mencukupi seperti yang disarankan iaitu sebanyak 8 gelas sehari. Nah, aku kongsikan cara-cara pengambilan air di bulan puasa bermula semasa berbuka puasa, sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari. 

Credit : Wanista.com

Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur– Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

Minum Waktu Tidur– Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi– Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

Elak Minum Banyak Ketika Berbuka– Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.

Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air– Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan. (okay yang ni suka hati nak minum air dulu ke nak makan kurma dulu)
Bawa Air Ketika Keluar Malam
– Setiap kali pergi terawikh atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air. 
Selamat berpuasa guys! Semoga amalan sepanjang bulan Ramadhan kali ini diterima oleh-Nya.

The Settlement Hotel Melaka & Menyajikan Selera Kampung Untuk Menu Buffet Ramadan

$
0
0
Kali terakhir aku jejakkan kaki kat Melaka pun aku dah lupa bila. Tapi aku tak sangka dekat Melaka yang hiruk pikuk dengan kesibukan Bandaraya Bersejarah ini, terselit tempat yang menarik, selesa dan tenang. Itulah yang aku dapat gambarkan di The Settlement Hotel Melaka yang berkonsepkan Klasik tradisional.


The Settlement Hotel Melaka 

Kali ini, aku berpeluang untuk merasai sendiri keindahan dan keselesaan The Settlement Hotel. Dapat jugalah aku tenangkan fikiran walaupun hanya 2 Hari 1 Malam di sana. Hotel ini terletak di Jalan Ujung Pasir, tempat yang strategik berada di Bandaraya Melaka. Berkonsepkan tradisional dan sejarah Palembang sudah pasti ia membuatkan para pengungjung merasai sendiri keunikannya ketika menginap di hotel yang memenangi anugerah Servis Hotel Empat Bintang Terbaik (Bandar) untuk tahun 2016/2017.


 Perjalan dari Batu Pahat ke The Settlement Hotel mengambil masa 1 jam setengah. Haa, takde lah jauh sangatkan. Tambah pula naik bas sebab malas nak memandu jauh time puasa-puasa ni. hehe. Setibanya diperkarangan Hotel, kami diberikan bilik. Teka apa kami dapat? Buka-buka pintu bilik kami dapat teaddy bear tau ! teruja habis.



Private Malay-Style Villas


mini bar dengan complimentary tea/coffee

TV, Pengering rambut juga disediakan
Bilik air yang selesa

Settlement Pool





Di The Settlement Hotel Melaka, menyediakan sebanyak 49 buah bilik jenis Luxury, 45 dari itu di panggil The Residences manakala lagi 4 buah bilik adalah jenis Private Malay-Style Villas. Berpeluang untuk melihat bilik jenis Villa. Sungguh nyaman, Itu yang ada dalam benak kepala fikiran ketika itu. Lupa terus masalah sementara yang menyelebungi kepala. hehe. Lepas ni aku akan jejakkan kaki di sini dengan ahli keluargaku yang lain.

BUFFET RAMADHAN MENYAJIKAN SELERA KAMPUNG

Di bulan ramadhan selera kampunglah menjadikan selera aku terbuka. Bukan tak makan wastern time puasa, makan. Tapi, kalau boleh pilih memang aku akan pilih sajian selera kampung. Biasalah tekak dah terbiasa dari kecil dengan sajian makanan kampung. 

Tempat makan di tingkat bawah sekali. Antara hidangan yang dihidangkan disini ialah Kurma Ayam,  Sambal Sotong, Udang Masak Hijau Putik Pisang, Ikan Bakar Portugis, Laksa dan banyak lagi.

Sebelum tu, ada beberapa gambar aku perlu credit kepada empunya tuan badan Emas Putih dan Bebelan CikMin


Mana yang tengah diet, boleh makan wrap daging ya.

pemandangan ruang makan

Fav! Bendi goreng

Kuih Bom Melaka


kuih muih

Ikan Bakar Portugis



Sup ekor !
Banyak banyak menu tadi, aku masih terbayang-bayang masakkan gulai udang dia. Melaka tak sah kalau tak pedas. Memang ngam betul dengan selera aku. Ada Char kuew tiaw katanya. Tapi perut terlampau penuh pulak. Siap ada ice cream Teh tarik tau. Macam susah betul nak bangun dari kerusi lepas berbuka masa tu. 

Ada berbaki beberapa hari lagi ni untuk berbuka puasa di The Settlement Hotel. Janagn lepaskan peluang ni tau, Sebab harga RM59 (Dewasa), Senior Citizen dan Kanak-kanak pula 50% dari harga dewasa. Tapi kalau kau baca entry ini luar dari bulan ramadhan. Boleh hubungi mereka ini tak kisah lah untuk penginapan mahupun makanan dan services dia. 
-------------------------------------------------------
Alamat : No.63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka
Email : enquiry@thesettlementhotel.com
Email : reservation@thesettlementhotel.com
Tel : 06-2921133
Facebook : The Settlement Hotel
Instagram : The Settlement Hotel 




Sensasi Korea Tambahan Baru Pizza Domino’s Paling Hangat

$
0
0
SELANGOR, 13 Jun 2018 - Jatuh cinta sekali lagi dengan rasa Ssamjeang manis dan pedas yang terutama dicipta oleh Domino's Pizza. Hangat Pizza Ssamjeang yang popular, Domino memperkenalkan penambahan terbarunya, pizza Ssamjeang Prawn yang baru, varian keempat yang ditambah.  


Menampilkan kenyal, udang segar yang diperap dengan herba Itali & rempah ditambah pula dengan rumpai laut berkhasiat yang kaya dengan rasa umami, tomato ceri segar, lada hijau, taburkan dengan bijan panggang di atas sos Ssamjeang yang dibangunkan khas, Ssamjeang Pizza penuh dengan rasa yang seimbangdan teksturnya.

Bercakap mengenai perisa baru itu, Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata, "Kami menerima kasih sayang dan sokongan dari para pelanggan dan peminat Korea ketika pertama kali melancarkan Ssamjeang Tuna, Chicken and Beef.Sambutannya amat menggembirakan dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari pizza Ssamjeang, kami telah mengambilnya lagi dan mencipta Ssamjeang Prawn.Kami percaya penambahan baru ini meningkatkan profil rasa saus Ssamjeang terutama dengan kombinasi pelbagai rasa dan tekstur yang lazat dalam pizza tunggal. "



"Kami kagum dengan tindak balas positif daripada pelanggan kami dan kami harap rasa baru ini akan diterima dengan baik.Bulan puasa dan tempoh Raya adalah peluang terbaik untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan sambil menikmati pizza kegemaran anda.Kami menawarkan tawaran hebat untuk tempoh perayaan dan kami berharap para pelanggan kami akan mengambil kesempatan untuk menikmati item terbaru ini di menu kami semasa ia berlangsung! "

Benar-benar diilhamkan oleh rakyat Malaysia suka makanan Korea, Domino's Ssamjeang Pizzas direka khas untuk menyampaikan gabungan sempurna rasa manis, pedas dan pedas.Serbaguna dan beraroma, sos Ssamjeang juga boleh didapati dengan Ayam-haseyo Chicken Wings, sayap sayap dimasak dengan sempurna dengan salutan luar sos Ssamjeang yang sangat ketagihan.



Semasa tempoh perayaan Ramadan dan Raya, para pelanggan boleh menikmati Ssamjeang Prawn dengan dua tawaran kombo iaitu Ssamjeang Buddy Combo dan Ssamjeang Super Combo.Harga pada harga RM36.75 (GST zero-rated price), Ssamjeang Buddy Combo termasuk satu pizza Ssamjeang Regular, satu Ayam-Haseyo, satu Bawang Twisty Bawang dan dua kaleng minuman ringan;manakala Ssamjeang Super Combo, dengan harga RM56.50 (GST zero-rated price) terdiri daripada dua Pizza Biasa, satu Ayam-Haseyo, satu Cheesy Mozzarella / Cheddar Stix dan sebotol 1.5L minuman ringan.

Semua Ssamjeang Prawn baru boleh didapati di semua kedai-kedai Domino Pizza untuk masa yang terhad sahaja, dari 4 Jun hingga 1 Julai 2018, manakala stok terakhir.
 
Lawati kedai Domino, pesanan secara online di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 
Domino’s Pizza Malaysia’s Ssamjeang serta promosi lain yang berterusan, lawati kami di http://www.dominos.com.my/.  

 
 

Burger Rio kini kembali sempena pelancaran kempen ‘Discover the World’ McDonald’s

$
0
0
PETALING JAYA, 14 Jun 2018 – Kempen ‘Discover the World’ oleh McDonald’s Malaysia kini kembali dengan kemunculan semula Burger Rio dan citarasa istimewanya yang menjadi kegemaran ramai. Kemunculan semula Burger Rio daging yang dinanti-nantikan ini mula diperkenalkan semasa sukan Olimpik Rio 2016. Walau bagaimanapun, kemunculannya kali ini lebih hebat dengan adanya pilihan Burger Rio ayam. 




Burger Rio menjanjikan citarasa yang sememangnya mempunyai keenakan tersendiri untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Burger Rio yang ditawarkan dalam tempoh masa terhad ini merupakan menu pertama daripada beberapa siri menu lain yang akan dilancarkan dengan membawa citarasa unik dari negara-negara terpilih di dunia ke restoran McDonald’s di seluruh negara. Burger Rio merupakan pilihan tepat untuk dinikmati semasa menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia, dengan keenakan daging ayam atau lembu, ditambah dengan sayur-sayuran, keju cheddar, sos istimewa Rio dan juga ban istimewa yang ditabur dengan bijan hitam dan putih.
 



Boleh didapati mulai hari ini, set Burger Rio bersama kentang goreng dan pilihan minuman sama ada Coke McFreeze atau Fanta McFreeze boleh dinikmati dengan harga bermula dari RM14.95 untuk satu set hidangan.

Selain itu, berita baik untuk peminat bola sepak yang ingin menonton siaran perlawanan pada lewat malam, McDonald’s sebagai penaja Piala Dunia FIFA 2018 turut menawarkan kentang goreng dengan saiz hidangan yang lebih besar untuk dikongsi bersama – dikenali sebagai World Cup Mega Fries. Sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga semasa menonton perlawanan bola sepak, World Cup Mega Fries ini pastinya akan membawa keseronokan berganda!

Sajian Hebat McFlurry dan World Cup FAN Bundle


D24 Durian McFlurry juga bakal kembali setelah menerima maklumbalas yang cukup menggalakkan dari rakyat Malaysia sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu. Menu ini merupakan kegemaran para pelanggan sama ada mereka yang sememangnya menggemari durian ataupun tidak, dimana ia habis dijual dalam tempoh seminggu selepas diperkenalkan! D24 Durian McFlurry boleh didapati dengan harga RM8.99.

Selain D24 Durian McFlurry, McDonald’s turut memperkenalkan Black Forest McFlurry Party. Pada harga RM10.95, Black Forest McFlurry Party baharu ini akan menjadi menu tetap dan boleh didapati di kaunter hadapan, pandu-lalu, perkhidmatan McDelivery dan di semua kaunter dan kiosk McDonald’s Dessert.
 
 

Selain McFlurry, McDonald’s turut memperkenalkan dua menu perkongsian untuk dinikmati oleh peminat bola sepak semasa menonton perlawanan. World Cup FAN Bundle boleh didapati dalam dua saiz yang terdiri daripada kentang goreng, Ayam Goreng McD dan Chicken McNugget.

FAN Bundle A terdiri daripada 5 ketul Ayam Goreng McD, 9 ketul Chicken McNuggets dan satu Mega Fries yang boleh didapati dengan harga RM35.00. FAN Bundle B pula terdiri daripada 9 ketul Ayam Goreng McD, 20 ketul Chicken McNuggets dan 2 Mega Fries yang boleh didapati dengan harga RM59.95. Kedua-dua FAN Bundle ini boleh dinikmati sama ada di restoran, dibungkus untuk dinikmati di rumah ataupun menerusi perkhidmatan McDelivery.
 
 
 

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, kempen ‘Discover the World’ dan Piala Dunia FIFA yang berlangsung serentak ini pastinya memberi keseronokan berganda kepada para peminat McDonald’s dengan tawaran menu yang enak dan pelbagai.

“Kami yakin senarai menu yang ditawarkan semasa kempen ‘Discover the World’ ini bakal memberi kepuasan kepada semua pelanggan kami, sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Selain dari menyediakan makanan yang enak, McDonald’s juga amat komited untuk menyediakan persekitaran moden dan kondusif bagi membolehkan rakan-rakan dan keluarga berkumpul untuk meraikan dan mencipta kenangan indah bersama”, kata Melati.

Para pelanggan dijamin dapat merasai kemeriahan demam Piala Dunia di restoran-restoran kami, memandangkan kesemua 64 perlawanan akan disiarkan secara langsung mulai 14 Jun hingga 15 Julai 2018. Aktiviti menarik lain yang turut diadakan di restoran kami sempena kemeriahan Piala Dunia FIFA ini termasuklah pemberian hidangan percuma kentang goreng bersaiz kecil setiap kali gol pertama dijaringkan untuk setiap perlawanan. Selain itu, pelanggan juga boleh menebus minuman Coke bersaiz sederhana menerusi aplikasi McDonald’s.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Discover the World’ McDonald’s Malaysia, layari http://www.mcdonalds.com.my/.



PENGUIN DI LANGKAWI MALAYSIA !

$
0
0
Tergempar, Penguin ada kat Malaysia! tak perlulah kita pergi ke Alaska untuk saksikan dengan mata kepala sendiri nak angkut baju tebal tebal semata nak keluar negara pergi tengok penguin. Sedangkan kat Malaysia sendiri ada Penguin. 

UWL

UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Datang Langkawi tak jejakkan kaki di Underwater World Langkawi sangat rugi tau. Di sini, terdapat pelbagai spesis hidupan di dasar laut yang pernah kita jumpa atau sebaliknya kita boleh lihat dengan dekat. Tapi takdelah sampai boleh pegang mereka semua tu. Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak kreditkan gambar lawa lawa ni kat Eyra. Walaupun di ambil dengan handphone. Tapi tetap puas hati. Tu lah tuu, Iphone 8+ sis tak dapat cakap bebanyak.

UWL

Tentang Underwater World Langkawi

Tempat ini telah dilancarkan oleh YA Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2005 dan sejak daripada itu, Underwater World Langkawi merupakan salah satu tarikan di Pulau Langkawi yang paling terkenal dan menjadi akuarium terbesar di Malaysia.


UWL

Ia terletak di hujung selatan Pantai Cenang dan memiliki lebih 200 jenis spesis ikan laut dan air tawar termasuk anjing laut, penguin Rockhopper, ikan jerung, ikan pari gergasi dan arapaima Amazonian yang besar yang mana adalah ikan air tawar yang terbesar di dunia. Kompleks ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Hutan Hujan Tropika, Temperate dan Sub-Antartika.

UWL

Ditubuhkan pada Ogos 1995, objektif Underwater World dibina adalah untuk menyediakan aktiviti bersama-sama dengan pengetahuan dan pendidikan kepada mereka yang berminat untuk kehidupan laut. Ia juga bertujuan dibina untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memulihara bentuk kehidupan berharga akuatik. Sejak permulaan operasinya pada 26 Ogos 1995, ia telah menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan di Langkawi dan telah menarik sebilangan besar pelancong tempatan dan asing. - SUMBER TRAVELOKA

Tarikan Underwater World Langkawi

UWL


Jika di tempat lain kita hanya akan dapat melihat satu atau dua ekor penguin je kan. Aku pun macam terkejut jugak bukan dua ekor penguin dalam tu. Tapi banyak sangat penguin di Underwater World langkawi tu. Korang akan nampak sekumpulan penguin yang cukup aktif berenang dan bergerak bersama. Jangan terlepas macam waktu makan penguin macam aku tau, terlepas detik-detik nak melihat keletah penguin makan berebut-rebut sambil badan mereka berayun-ayun ke kiri dan kanan.
UWL

Ini merupakan tarikan utama underwater world, African Penguin. Dah habis tengok gelagat penguins, kitaorang teruskan perjalanan ke bahagian coral dan marin. Kat sini lagi menarik bagi aku sebabnya boleh tengok batu karang yang hidup dengan lebih dekat.
UWL
UWL

Banyak rupanya batu karang tak pernah tengok lagi. haaa, jakun sekejap. Di sini, mereka pamerkan di darat. Maksudnya kita tengok dia bukan dalam air.

Seksyen 1 | Ikan Air tawar

UWL

Selepas beli tiket di kaunter, bahagian pertama adalah ikan air tawar. Tapi macam biasalah, staff mereka akan minta untuk kauorang amik gambar. Nak beli takde masalah. Taknak beli pun takde masalah. hahaha.  Dalam seksyen ni, ada amik video. Mintak tolong "dabel Jie" amik kan gambar. Tapi, bila di teliti takde hasil pun. hm hmm. hahaha. Di ingatkan, korang boleh je amik gambar dan merakam gambar. Sebelum amik gambar atau video, pastikan camera tu tutup flash haa. Haiwan haiwan sensetif dengan cahaya macam tu.

Seksyen 2 | Hutan Hujan Tropika


Ini adalah bahagian kedua. Korang akan mendapati pelbagai jenis burung tropika, haiwan dan ikan. Korang akan melihat flamingos, angsa hitam, itik Mandarin, pegar emas kuning, burung bayan, seriawan dan banyak lagi.

Di seksyen ni, aku terlepas pandang monyet terkecil dalam dunia. Pergi balik Underwater World Langkawi boleh tak? hahahaha. Monyet terkecil di dunia dipanggil Marmoset yang hanya 7-12 inci panjang. Pasangan mereka bergerak di dalam pokok kecil. Malah mereka begitu kecil, mereka bersembunyi di sebalik daun apabila diancam.

Seksyen 3 | Anjing Laut


Anjing laut selatan yang boleh didapati di tempat-tempat seperti Atlantik Amerika Selatan, atau di antara Pasifik Selatan Peru ke Cape Horn dan lain-lain Mereka adalah mamalia dan agak sosial. Seekor anak anjing yang baru lahir boleh mencapai berat antara 3-5kg. Korang perlu ada datang tepat untuk persembahan jam 2.30pm untuk tengok anjing laut makan dari jurulatih anjing laut dan mereka membuat pertunjukan seperti melompat melalui cincin yang besar, membuat postur yang berbeza dan lain-lain.

Seksyen 4 | sub-Antartika




Bahagian seterusnya adalah satu lagi tarikan utama di tengah-tengah. Di sini boleh melihat Rock Hopper Penguins. Mereka dipanggil macam tu sebabnya mereka memang boleh melompat batu. 2 kaki tinggi dan mempunyai bulu berwarna kuning di atas kepala mereka. Mereka makan sotong, ikan kecil dan lain-lain.

15-meter Tunnel - Seksyen Life Marine

Pada bahagian seterusnya korang akan berjalan di dalam terowong 15 meter panjang yang penuh dengan ikan dan hasil laut yang menakjubkan. Masa ni rugi sikit, sebab tengah construction. Tak dapatlah nak tunjukkan gambaran cantik kat sini.

Ada banyak seksyen dari Underwater World Langkawi yang perlu kau orang selam bersama aku. Hihihi. Jom layan gambar pula...












 Souvenir Underwater World Langkawi



Penat tengok ikan, boleh jamu mata tengok barang-barang Souvenir yang boleh di dapati di dalam Underwater World Langkawi ini.

Pavillion Taufan Underwater World Langkawi


Nak masuk ke Pavillion Taufan ni, kena bayar tiket asing dengan tiket masuk memula masuk. harga RM18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Sebelum masuk, mereka akan bagi baju hujan yang pakai buang tu sorang satu. Nama pun taufankan. Mestilah kelam kabut kat dalam tu. Makanya. Takdelah gambar dekat dalam tu sebab memang gelodak habis kat dalam tuu kena angin taufan siap basah. 


Lost World Tunnel




haaa! cari jalan keluar


Okay yang ini memang aku terhibur teruk ! hahaha. sebab dia macam menganjing tau . Kita tak jumpa jalan keluar. Sebelum keluar akan jumpa jalan berpusing. weyh korang kalau mudah terhibur. Inilah tempatnya. Boleh tengok kat Highlight Instagram aku bahagian Blog Review untuk tengok aku terhibur!  


Haaa, maybe nak elakkan tapak kasut kita meningglkan kesan kepada sesiapa yang  masuk selepas aku, mereka wajib pakai pelapik kasut ni. 


Interactive & Panoramic World Virtual Reality


Credit : cikza

Kat sini pun best sebenarnya. Sesuai untuk korang yang bawak anak-anak. masa aku tiba kat sana mungkin dah tutup. Jadi aku tak dapat berhibur kat sini. Untuk video VR tu harganya RM15 seorang dan ada tiga pilihan video iaitu cerita dinosaur, rumah hantu atau roller coaster. Kalau nak tahu serba sedikit pasal Interactive & Panoramic World Virtual Reality melalui pengalaman Kak Nani, Haihh rugi-rugi !

Review Underwater World Langkawi by Mimin




Keseluruhan Underwater World Langkawi sangat terbaik. Di sini kau orang akan jumpa Penguin, di mana kau tak perlu pergi beli tiket kapal terbang pergi tempat-tempat sejuk untuk berjumpa dengan penguin. Bukan seekor ya penguin ada disini. tapi lebih daripada 20 ekor. waa! bukan itu aja, konsep Underwater World Langkawi menyatukan Hutan Hujan TropikaTemperate dan Sub-Antartika bagi aku sangat berjaya. Wajib singgah Underwater World Langkawi bila kau dah jejak kaki di bumi Mahsuri. Dah jejakan kakidiUnderwater World Langkawi, jangan terlepas peluang untuk mencuba sendiri meneroka Lost World Tunnel, Earthquake & Typhoon Pavilion, dan Interactive World yaa...

-----------------------------------
Info lanjut:

Twitter : Underwaterlgk
Call : 04-955 6100
Email : info_uwl@edenzil.com
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 6 petang
Alamat : Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia






4 TIPS BERKESAN KURANGKAN SENGGUGUT DENGAN HERSDAY

$
0
0
Entry kali ini aku memang khusus untuk para wanita tulin. Oppss ! Maksud aku wanita yang sudah akil baligh setiap bulan akan didatangi period , haid atau dikenali datang bulan. Macam Sajat ke Rizulala ke Safie Ilyas tuu tak tahu sama ada mereka didatangi period. Hahhaha. So, Bukan aku nak cerita berkaitan kaum Sajat. Tapi aku nak kongsi tips untuk kurangkan senggugut ketika datang bulan. Tapi, lelaki kat luar sana pun tak salah untuk amik tahukan.


Kenapa rasa sakit bila Period?

Semasa haid, kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim. Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.
Selain itu, tubuh juga mengeluarkan bahan kimia bernama prostaglandin. Bahan ini memicu otot rahim supaya terus berkontraksi. Jika terlebih paras prostaglandin, ia mampu juga menyebabkan berlakunya loya, cirit birit, perasaan gelisah, dan sakit kepala. -sumber sirap limau

4 Tips Berkesan Hilangkan Senggugut


Aku tak terkecuali dari diserang senggugut setiap bulan. Memang rasa macam dah tak ada peluang hidup untuk hari esok sakit dia datang. Kalau tengok tips kat google sana memang banyak cara yang boleh digunakan untuk hilangkan rasa sakit tu. Hilang maksud aku bukan hilang terus tau. Tapi hilang ketika haid tu datang.

1. Tuam Air Panas


Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks. Bukan saja boleh dipakai di rumah, tetapi juga di pejabat, kelas, atau di mana-mana.

Tuamkan di sekitar perut, pinggang, atau punggung. Jadi, laburkan sedikit wang untuk membeli beg tuaman panas ini. Beg tuam sekarang boleh dapatkan dengan mudah. Tak beli dekat farmasi boleh dapatkan kat shopper online. Kalau tak sempat beli, cubalah buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.

2. Minum Air Suam

Kita kehilangan banyak kandungan air dalam badan saat datang bulan, kekurangan air juga boleh menyebabkan perut kejang dan kembung. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Lebih baik jika minum minuman itu pada taka suam dan bukannya sejuk.

3. Gerakan


Pergerakkan yang dimaksudkan bukan bangun duduk tidur je tau, tapi gerakkan excersice yang aku maksudkan. Ia mampu membantu tubuh untuk melepaskan hormon endorphins dalam tubuh yang dapat mengurangkan gejala krem perut. Gerakan seperti tabata, jalan kaki serta jogging boleh membuatkan gerakan otot di bahagian otot. Jadi ia akan mengurangkan masalah krem yang teruk.

4. Bertukar kepada 'Hersday Pad'


Mungkinkah salah satu penyebab anda mengalami senggugut berpunca daripada tuala wanita yang digunakan? Sesetengah wanita sebenarnya memang sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam pemprosesan bahan seperti ini, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Jadi, anda bolehlah cuba bertukar kepada ‘Hersday Pad’ atau tuala wanita jenis kain. Kini, ia mudah didapati di https://www.hersday.com/ . Bukan saja anda dapat mengurangkan pendedahan ‘vagina’ terhadap bahan kimia, ia amat menjimatkan dan anda turut membantu menghijaukan alam!

Apa itu HERSDAY?




Di sini aku berpeluang untuk review Hersday ini sendiri. Mempunyai Hersday untuk Kegunaan Harian, Kegunaan Malam dan Panty Liner, mereka adalah salah satu pengeluar pad & pengeluar tampon organik yang paling selamat di dunia.
 
Panty Lineradalah untuk kegunaan setiap hari untuk tetap kering dan menghibur sepanjang hari.
Hesday Night Pad |Pad Malam lebih panjang dan memberi kita keselesaan dan tidak bocor ketempat tidur semasa dibuai mimpi indah. hehe
 
Hersday Day Pad |nipis, lembut dan selesa untuk memakai yang pasti tak bocor

 

4 Sebab kenapa perlu bertukar kepada Hersday

1. Kering 9 kali lebih cepat, tiada kelembapan
2. Menyerap 3 kali lebih baik
3. Nipis dan lembut memberikan keselesaan setiap hari
4. Tiada bau yang tidak baik


Cara Dapatkan Hersday


Langkah 1: Perhatikan berapa kali anda menukar pad anda setiap hari. Dengan itu, anda boleh dengan mudah memilih aliran anda dengan garis panduan mudah mereka di sini https://www.hersday.com

Langkah 2: Pilih rancangan pilihan anda. Hersday Team berjanji untuk menyampaikan barang-barang anda mengikut masa, mengikut rancangan yang anda pilih.

Langkah 3: Penghantaran PERCUMA - Terus kembali dan nikmati perkhidmatan tanpa cas tersembunyi! Mereka akan membekalkan bekalan sanitasi anda ke depan pintu anda, dan anda tidak perlu membayar apa-apa tambahan sama sekali!




TARIKAN DI LANGKAWI | BIRD PARADISE WILDLIFE PARK

$
0
0
Bird Paradise Wildlife Park atau lebih dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park menempatkan pelbagai jenis haiwan liar mahupun haiwan domestik yang boleh diberi makan dan dipegang oleh kita. Bagi pencinta alam, tempat sebegini adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Tak sia-sia datang kemari. Tapi jenis aku yang tak berapa pencinta alam dan orang.. ehh! hahhaha jadi aku nikmat sahaja suasana di dalam Wildlife Park ini.


Wildlife Park

Bird Paradise Wildlife Park ini diuruskan oleh pihak Wildlife Planet Sdn Bhd. Pada mulanya, tempat ini diberi nama Langkawi Bird Paradise pada tahun 2002. Disebabkan beberapa faktor, nama tempat ini ditukar kepada Langkawi Wildlife Park pada tahun 2006. 

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Kedah, Y.A.B.Dato Seri Razak Zain pada 24 Disember 2002. Pada 1 Januari 2006 dan sejajar dengan pameran hidupan liar baru, kami menukar nama itu menjadi “Langkawi Wildlife Park”.

 Tarikan Bird Paradise Wildlife Park

Banyak tarikan di dalam Wildlife Park ni sebenarnya, antaranya boleh melihat pelbagai spesis burung, buaya, rusa dan banyak lagi.


Tengok monyet ni pelik, kepalanya botak dan alat sulitnya macam baru lepas sunat. hahaha. tapi ini memang spesis monyet. err, aku lupa nama dia. Antara tarikan lainnya :

1) Bird Feeding

Di sini boleh mendekatkan diri dengan burung burung yang ada seperti flamigo, merak putih, merah biasa, parrot, nuri dan pelbagai lagilah. Jinak pun jinak, sebab kat kita ada makanan. Bab ni aku paling failed. Bukan pencinta haiwan macam mana nak menjinakkan diri dengan diorang. hahaha.

2) Hedgehog Feeding

Selalunya dapat perati dari jauh je landak ni. Masa tiba kat zon ni, Landak semua nyorokkan diri, Masing-masing tidur. Mungkin mereka kepenatan melayan karenah pelanggan yang tengok dia sepanjang hari hari agaknya.. 

3) Bunny Feeding
Bukan masa arnab makan masa aku datang ke kandang arnab ni. Memang banyak arnab yang ada kat dalam kandang ni. Ada yang bersaiz besar, ada yang bersaiz kecil. Yang paling penting kesemuanya sangat comel. Macam landak tadii. arnab ni pun korang boleh belai.


Sebenarnya banyak lagi gambar aku nak masukkan, tapi kalau aku masukkan semua korang tak jejakkan kaki kat sini pulak dan tak surprise laa apa yang ada dalam Langkawi Wildlife Park.

Harga Tiket

Dibawah ni harga per entry untuk dewasa, kanak kanak, dan warga emas . Tapi, kalau kau baca entry aku bukan tahun 2018 dan harga tak sama macam aku lampirkan.. Janganlah marah aku. Masa aku pergi ni zaman kerajaan baru bertukar. So, masih harga ni lah aku pergi. hahaha. Untuk kepastian harga tiket boleh rujuk harga tiket di sini.

Harga Warganegara - tunjuk kad pengenalan siap-siap :
1. Dewasa (13 tahun dan keatas) : RM24.00
2. Kanak-kanak (3 - 12 tahun ) : RM 16.00
3. Warga emas (atas 55 tahun) : RM 16.00

-------------------------------------------------------------------
Info Lanjut

Waktu Operasi : 8.30am - 7pm
Tiket Dijual: 8.30am - 6pm
Viewing all 474 articles
Browse latest View live