Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all 474 articles
Browse latest View live

TARIKAN DI LANGKAWI | MAKAM MAHSURI

$
0
0
Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. 
 
 
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak. 


MENARIK DI MAKAM MAHSURI


1. Ziarah Makam Mahsuri


Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut. 

2. Raplika Rumah di Sekitar Makam Mahsuri 

info rumah Mahsuri
Rumah Mahsuri
dapur Mahsuri


Katanya untuk buang air senang kat sini, hahaha tak tahu betul ke tak
 
Mahsuri binti Pandak Mayah merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
 
Rumah Sri Tama - Panglima Hitam
Rumah Penghulu
 
Rumah Penghulu
Ada banyak lagi sebenarnya tarikan sekitar rumah dan di dalam rumah, tapi kalau aku masukkan kat dalam ni semua, kau tak nak datang sendiri jejakkan kaki kat sini kan. hehe

3. Perigi 

Info Telaga Mahsuri

Telaga Mahsuri
Telaga Mahsuri terletak tidak berapa jauh dari makamnya. Air telaga ini telah digunakan untuk mandi dan mencuci semasa Mahsuri lahir ke dunia. Telaga ini telah digunakan hingga ke akhir hayatnya dan juga telah digunakan untuk memandikan jenazah Mahsuri. Katanya, air telaga ini dapat menyembuhkan penyakit kulit. wallahualam 

3. Mini Muzium Mahsuri


Kat sini tak boleh amik gambar, so gambar di atas ni sumber google. Aku kat sini lama tau. Sampai eyra dah makan buah kat luar. hahaha. Aku sejenis suka dengan sejarah yang jenis macam ni. Tak tahu sejak bila suka sejarah. Yang pasti masa zaman sekolah tidur jee masa cikgu sejarah mengajar. hahaha

5. Raplika di sekitar Makam Mahsuri



Wan Aishah, Generasi ke 7 Mahsuri (lawa jugak)

raplika tombak


Korang juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini.  Kalau menggunakan perkhidmatan kereta sewa, jangan risau kerana tempat letak kereta percuma.
 
Harga Tiket Makam Mahsuri
 
 
Harga tiket Makam Mahsuri 2018, masa aku survey sebelum jejakkan kaki ke Langkawi harga tiket RM7.00 untuk dewasa. Yaa, ini bermaksud harga akan berubah bila-bila masa saja.

Tiket bagi warganegra (tunjuk kad pengenalan siap-siap)

Dewasa : RM 12.00
Kanak-kanak : RM 6.00


-------------------------------------------------------------------
Info Lanjut :

Waktu Operasi:
 8am - 6pm (Isnin-Jumaat)
8am - 6:30pm (Sabtu & Ahad)

Lokasi & Hubungi:
Makam Mahsuri's
Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka.
Phone: +604-955 6055;

Tarikan Langkawi | Gamat Nusantara

$
0
0
Nusantara Maju Enterprise juga dikenali sebagai kilang gamat yang terbesar dilangkawi buat masa ini menawarkan kepelbagaian produk yang berasaskan gamat dan herba. Dari segi kecantikan dan rawatan dalaman juga kilang mereka berjaya menghasilkan beratus produk yang sekian lama menjadi pilihan pengguna masakini.


Nama Nusantara ini diasaskan oleh  pasangan suami isteri dan kini jenama nusantara gamat ini berjaya dikenali didalam juga diluar negara malahan pelancong saban waktu mengunjungi tempat memproses minyak gamat yang menjadi trademark dilangkawi ini.

Kilang Gamat Nusantara Langkawi


Bila nak pergi Langkawi ni, tiga benda dalam kepala benak aku ni. Coklat, Periuk dan Gamat. Hahaha, mak mak nya perangaikan. Sebenarnya banyak kilang gamat di langkawi ni. Tapi, Gamat Nusantara Langkawi ni antara kilang atau showroom gamat terbesar setakat ni di Langkawi.


Gamat Nusantara Langkawi ini, antara tempat menarik wajib dilawati setibanya di Langkawi. Di sini, terdapat pelbagai herba, kapsul, minyak, ubat sapu, sabun, balm dan banyak lagi boleh  didapati di sini. 


Di sini, korang boleh tengok cara pemprosesan gamat sebenarnya. Tapi, masa mencemburui aku. Makanya tak tertengoklah cara proses gamat macam mana. Berkaitan harga rasanya kau tak perlu risau. Sebab pasti mampu milik. Silap-silap korang beli borong ramat-gamat kat sini.

Waktu Operasi :

Isnin-Jumaat 
8.30 pagi - 5.30 petang 
Sabtu Ahad
8.30pagi - 7 malam.

Hubungi :
04-9559233

Alamat
Nusantara Maju Enterprise, Jalan Padang Mat Sirat, Langkawi 

Website:
 

TARIKAN LANGKAWI | SKYTREX LANGKAWI ADVENTURE PARK

$
0
0
Perjalanan yang mengambil masa 40minit Wan Asyraf drift dari tempat penginapan kami di Hotel Langkasuka, jauh jugakkan. Tapi dekat langkawi takde istilah jauh. Kalau Batu Pahat - Johor Bahru rasa jauhnya! Skytrex adalah aktiviti wajib kami ke sana. Awal-awal dah ada dalam senarai tempat yang akan dikunjungi.

SKYTREX ADVENTURE PARK


Skytrex Langkawi Adventure Park
Skytrex Langkawi

Skytrex adalah salah satu aktiviti extreme di Malaysia memerlukan kau panjat pokok ke pokok lain dengan pelbagai gaya yang berlainan. Di mana kita harus melalui halangan yang agak mencabar mengikut pakej yang kita ambil. Terletak di Langkawi Perdana Quay, terdapat pelbagai aktiviti yang bermula dari usia 12 tahun. Malah orang tua juga menggalakkan menyertai aktiviti selagi berani dan tidak takut pening.

Apa itu Skytrex?


skytrex adventure park
our best feeling ever


Skytrex Adventure memang terkenal di Langkawi. Pengembaraan Skytrex adalah aktiviti luaran yang pertama di Malaysia yang melibatkan pergerakan pokok ‘sky-trekking’ di mana anda boleh terbang, melayari, meluncur dan menjejaskan pelbagai halangan udara yang digantung di atas hutan hujan tropika Malaysia yang rimbun. pengalaman dari aktiviti ini seperti unik dan berbeza yang memberikan cabaran kepada para peserta dan menguji keberanian, keazaman dan keyakinan untuk melintasi jambatan, jambatan gantung, paip, kabel yang dilanjutkan sejauh 0.7km di dalam hutan.

 Pakej Skytrex Langkawi Adventure




muka macam takut je tuu

Terdapat 3 pakej yang disediakan di Skytrex. Kita bolehlah pilih pakej mana yang kita mampu nak buat mengikut keyakinan dan keberanian. Antara pakej yang di sediakan:

  • Little legend adventure (beginner level)  
23 cabaran untuk semua jenis umur yang termasuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ini terutama untuk kanak-kanak. Dewasa dan remaja juga boleh menyertai. Terdapat 23 cabaran yang dirancang di ketinggian 3 hingga 5 meter dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan di semua jenis tahap. Aktiviti-aktiviti ini disusun kawasan sekitar pokok dengan pelbagai cabaran yang pasti menarik.
  • Eagle thrill 
 
    SKYTREX ADVENTURE PARK

    Dikenali sebagai tahap sederhana dan ada yang direka 29 cabaran.Litar ini mempunyai 29 cabaran untuk menguji keberanian orang-orang yang mencintai cabaran di ketinggian 11 meter sambil menikmati pemandangan hutan yang benar-benar menarik. Aktiviti ini benar-benar lasak dan mencabar di mana termasuk 8 'flying fox', 5 cabaran mendatar, 5 cabaran memanjat dan 5 cabaran menurun yang menjanjikan untuk menjadi keseronokan yang berkekalan.

    • Island extreme 

    SKYTREX ADVENTURE PARK


    Aktiviti ini untuk mereka yang suka pengembaraan di peringkat awal. Direka lebih daripada 30 cabaran dan ia benar-benar menguji stamina dan kesabaran seseorang. Ini adalah litar terbesar dengan 33 cabaran yang tinggi sehingga 15 meter di udara. Setiap peserta pasti teruja dengan menguji tahap kekuatan mereka. Tahap maju kepuasan maksimum yang menjanjikan dengan 15 'fly fox', 5 cabaran mendatar, 3 cabaran mendaki dan 3 cabaran menurun yang setiap peserta akan pulang dengan perasaan yakin dan menang.


    SKYTREX ADVENTURE PARK

    Kalau nak di ingatkan semula, pada awalnya kami nak amik yang Little Legend tau ! Tapi disebabkan kami tak beli secara online, kami nak beli secara walk-in. Maka kami perlu tunggu sehingga habis trip pertama. Oh! seawal jam 9.00 pagi kami dah ada kat sana. Tiberr  datang seorang brader ni offer untuk join trip dia. Trip dia ada kekosongan atas sebab ada ahli mereka tarik diri dan tak dapat hadir hari tu. Ohh! sangat langkah kanan tak perlu bayar dan mereka amik pakej Eagle Thrill. Si Eyra dah nebes dah bila sebut Eagle thrill. hahaha. Okay memang mencabar giler. 

    Keselamatan Skytrex


    SKYTREX ADVENTURE PARK


    Selepas membuat pendaftaran, akan diberikan Full body Harness. Selepas tu, instruktor akan berikan penerangan untuk mengendalikan sendiri full body harness tu. Mereka tidak akan tunggu kita di setiap checkpoint. Maka, perlulah dengar betul-betul penerangan cara pengendalian agar tidak berlaku sebarang kemungkinan.  Jangan risau, ia selamat selagi kita mengikuti arahan yang diberikan semasa latihan. 

    Pihak Skytrex sentiasa diperiksa dan diganti atau diperbaiki dari segi Pokok, kabel, harness dan platform. Ada je instruktur di beberapa platform pada setiap litar. Terdapat juga rondaan pengajar di lapangan untuk memerhatikan peserta. Tapi lebih kepada berdikari kat sana. Ini bermaksud kawalan dari jauh. Skytrex adalah aktiviti pertama flying fox dikendalikan sendiri. Mana ada tempat macam ni selain kat skytrex. Kau pergilah mana mana punya flying fox. Bodoh bodoh flying fox mesti ada kawalan dari mula dan sampaikan. hahahaha.

    Pengalaman tak boleh lupakan dan mesti kena repeat balik aktiviti ni tak kisahlah kat Shah Alam atau pun kat Melaka. hahahaa. Kelakar sungguh bila part Flying fox, aku mesti patah balik bila dah sampai penghujung. last last aku hempaskan badan aku. hahaha. Ehh! btw, glove dan holder botol dia sangat memberikan kerjasama. Atau korang ada sendiri boleh bawak siap siap. Boleh jimat RM20.00 korang tu

    Tips !

    SKYTREX

    •  Pastikan berpakaian sukan & berkasut

    Haa ! jangan pulak kau dah penat penat terbang ke Langkawi ni tak bawak sport attire pulak. Takkan nak panjat panjat pokok tu pakat heals. Kalau kau memang diva, haa silakan lah buat dan pasti kena marah dengan instruktor kat sana. hahahaa

    • Pergi semasa cuaca cerah

    SKYTREX ADVENTURE PARK

    Hutan kan, untuk sebarang elak kemungkinan buruk berlaku, baik pergi waktu cerah. Jangan pilih waktu hujan atau ribut. Perjalanan korang akan di anjakkan ke masa lain sekiranya cuaca buruk masa ketika itu.

    • Beli Tiket Secara Online

      JASLIN SKYTREX
      Jaslin Puasa guyss!

      Yes! Kau perlu beli tiket secara online. Jimat duit poket sebanyak RM5.00 tau. Dan korang akan dilayan terlebih dahulu berbanding beli secara walk-in.

      • Bawa handkerchief 

      Aku memang jenis seorang yang susah berpeluh, tapi tak sangka pulak kat sana lecun beb. So, kalau kau memang jenis kuat berpeluh. Ia adalah perkara wajib untuk dibawa bersama.

      • Persediaan Mental dan Fizikal 


       
      Yes! sangat diperlukan terutamanya yang kaki gayat. Rugi dah sampai sini tapi tak takut untuk mencuba. Yee stamina takde itu belakang punya kira. Yang pasti persediaan ini perlu ada. Supaya tak terkencit di tengah-tengah perjalanan. hahaha. Contoh macam dak eyra ni. Katanya takut gayat. Disebabkan last minit persediaan fizikal dan mental dia. Dia punya laju 10 minit laju dari aku yang excited dengan skytrex. Ye ye ! aku takde stamina. hahaha. Sampai mintak dabelji tolong tolak tarik aku..

      • Jangan Ambil Pakej Little

      Kenapa pula jangan? Kalau kau datang tanpa adik-adik kecil. Takperlu lah amik pakej Beginer ni. Tak mencabar langsung. Walaupun murah kau akan memaki sebab tak rasa tercabar. Ye! cuma paras ketinggian kau jee dia punya cabaran. Paling paling pun amik lah jenis yang Eagle Thrill (Medium)
       

      Kemudahan di Skytrex

      Banyak kemudahan disediakan, macam korang nak buat team buidling. Semua kemudahan disedikan dari tempat penginapan, tandas, cafe, lodge surau, tempat letak kereta dan lain lain. Kau orang boleh buat private party kat sini juga tau. Boleh cadangkan company buat aktiviti di sini. 

      Harga Skytrex

       

      Little Legend Adventure
      Online : RM 45.00
      Walkin : RM 50.00

      Eagle Thrill
      Online : RM55.00
      Walkin : RM60.00

      Island Extreme
      Online : RM65.00
      Walkin : RM70.00

      Add-on
      Gloves : RM 10.00
      Mineral Water : RM2.00
      SKYDEAL(Water+Holder) : RM 16.00
      SUPER SKYDEAL(Water+Holder+Gloves) : RM 20.00  
      Sijil : RM5.00 
      Loker Rental :
      *deposit : RM 10.00
       S : RM 3.00
      L : RM 5.00
      P/s: aku sarankan ambil SUPER SKYDEAL bila kau tak bawa gloves dan air. 
      -----------------------------------------------------------------------------------
      Info lanjut

      Opening Hours

      Daily
      First Departure: 0900h
      Last Departure: 1500h
      Location 
      Langkawi: Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah
      Melaka : 75450 Durian Tunggal, Malacca
      Shah Alam : Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor 
      Website : 
      Email : 
      Shah Alam : skytrex@skytrex-adventure.com 
      Langkawi : langkawi@skytrex-adventure.com
      Melaka : melaka@skytrex-adventure.com
       

      TARIKAN LANGKAWI | SKYCAB DAN SKYBRIDGE LANGKAWI

      $
      0
      0
      Tahun 2013 aku pernah jejakkan kaki di Langkawi ni sebenarnya dengan keluarga aku, tak banyak tempat aku terjah masa tu. Aku pergi mana je ye. Aku paling ingat hanya pergi HIG dengan kilang gamat je. Selain itu aku macam hilang memori. hahaha


       SKYCAB LANGKAWI



      Langkawi SkyCab ini terletak di lokasi yang sama dengan Art In Paradise Langkawi iaitu di Oriental Village. Banyak sebenarnya yang ada di sini termasuklah Langkawi SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata. Tak susah nak cari lokasi ni sebab kalau di Langkawi ni pusing-pusing akan sampai kat area tu juga. 


      Suasana di dalam Oriental Village ni tenang je. Kalau nak duduk-duduk je kat dalam ni sampai tengok gelagat orang memang dah okay, tapi tak seronoklah kalau dah jejakkan kaki kat sini tapi kau tak explore apa ada dalam ni. Haaa, dah tuu pergilah beli tiket skycab! hahaha  Untuk ke kaunter tiket SkyCab, kita haruslah berjalan kaki sedikit ke dalam selama 5 minit. Jangan risau, takde lah jauh sangat. Boleh lagi mencuci mata sebab macam-macam dijual kat sini.


      Setibanya di muka pintu skycab, sebenarnya banyak sangat pakej yang ditawarkan oleh pihak skycab. Dan ada agent mereka menawarkan pakej terbaik dari mereka. Kat sini, kena pandai sikit cari. Tapi jangan terbeli dengan ulat tiket pulak. Kami amik pakej RM 47.00 / dewasa, RM 32.00 / kanak-kanak iaitu pakej Skycab + Skydome + Skyrex + 3D art in paradise. Sudah pasti kad pen genal


      Mulakan langkah dengan menuju ke skycab. Skycab ini akan bawa kita ke skybridge. Melintasi hutan dan memanjat lebih daripada 550 juta batu lama, SkyCab memberikan korang lebih daripada satu pengalaman unik. Baru tahu sebenarnya SkyCab ini merupakan yang terpanjang sekali di Asia dan yang pertama muncul dari laut. 



      hentian pertama

      Terdapat 3 kali  fasa, pengkalan, tengah dan top ketika menaiki Langkawi SkyCab. Pada hentian yang pertama, kita boleh turun dan mengambil gambar di sini. Walaupun baru berada setinggi 650meter pada aras laut, tapi view kat sini memang sangat cantik. Dengan suasana yang sedikit berangin dan gunung yang menghijau, ambil gambar macam mana pun cantik.




      Perjalanan dari Stesen Pangkalan ke Stesen Tengah merangkumi 1,700 meter panjang. Stesen Tengah berada di ketinggian 650m di atas paras laut, pelawat boleh turun di stesen dan berjalan ke platform tontonan, atau terus melakukan perjalanan di gondolas untuk 450 meter lagi ke Stesen Top. Di sebabkan aku dan team aku kesuntukkan waktu, kami menaiki SkyGlide  ke Skybridge tuu. Skyglide ni kena bayar lain. Harga RM15.00 seorang. so atas tu view sikit skybridge.Kalau tak nak kena hiking sikit. Dalam 10 minit baru sampai ke skybridge tersebut.



      Ada love lock jugak dekat skybridge ni masa korang nak menuju balik nak naik ke skycab platform permulaan. Tak free, amik gambar je free. Hahahha. Masa kau dalam cable car tu, kau orang akan nampak view air terjun, view laut dan view hutan. Lawa beb.  Kau wajib datang sini.

      SKYDOME LANGKAWI


      SkyDome ni sebenarnya adalah sebuah persembahan multimedia Roller Coaster yang dipancarkan di dalam Dome yang besar. Sebagai penonton, kita akan duduk di dalam Dome tersebut dan menonton sambil mendongak ke atas seperti menonton wayang. Bagi aku okaylah, sebab ini pertama kali aku rasai dan seolah olah macam kita tengah naik roller coaster tu.

      SKYREX LANGKAWI


      SkyRex menyediakan pengalaman dinamik dan benar-benar mendalam yang mengambil simulasi ke tahap yang baru. Selepas memasuki SkyRex, pelawat mengambil tempat duduk mereka di atas simulator bergaya trem dan diambil dalam perjalanan selama 5 minit yang penuh dengan keseronokan yang merosakkan platform deria-deria, gerak dinamik, letupan udara, semburan air, getaran, pencahayaan dramatik, bunyi sekeliling dan filem 3D yang diunjurkan ke hadapan dan kedua-dua sisi trem, menggabungkan untuk memberikan pengalaman yang paling realistik. Bagi aku yang belum kahwin dan punyai anak, ia sangat biasa biasa atau mungkin boleh buat tambah baik sedikit.

      3D Art in Paradise


      Terdapat sebanyak 9 zon lukisan diantaranya adalah “Safari Zone”,  “Fantasy Zone”, “Classic Zone”, “Aquarium Zone” dan “Malaysia Zone”. Terdapat beberapa lukisan dan checkpoint bergambar yang bersambung di antara satu sama lain. Jadi kalau nak bergambar kenalah beri peluang kepada orang lain juga. 3D art in Paradise Langkawi ini aku rasa paling besar dan menarik. Di sini pun ada bed time story yang menggagumkan. Tak rugi masuk sini nak nak yang bawak anak-anak.

      ------------------------------------------------
      Kalau beli tiket secara berasingan, harga tiket pasti mahal. Jadi, semasa di kaunter pembelian tu. Fikirlah sebaik baiknya okay!






      LANGKAWI TRIP | Itinerary & Budget

      $
      0
      0
      Akhirnya selepas aku update entry berkaitan tempat menarik di Langkawi, kali ini aku nak ceritakan pula sepanjang perjalanan kami ke sana dan habiskan duit ke sana. hahahaha


      Trip aku kali ini adalah bersama kawan-kawan aku, macam reunion poli pun ada jugak. Daripada 10 orang tinggal kami berempat. Bincang nak pergi akhir tahun 2017. Haa, nampak tak punyalah awal kami merancang. Ada banyak cara untuk pergi ke Langkawi tu, sama ada kau nak naik kereta (kereta naik ferry terus atau kereta park kat jeti lepastu  naik ferry), bas (sampai jeti naik ferri pulak) ataupun kapal terbang (terus touch down Langkawi). Bagi aku kalau naik kereta akan ambil masa yang panjang untuk tiba ke sana. 


      Haa, kami pilih naik kapal terbang yang mengambil masa selama 1 jam sahaja terus sampai. Yang jadi panjang bila nak kena berlepas yang lama sangat. Beli tiket masa tu bulan 3. Dapat harga murah sikittt je sebab diskaun 30% je. Aku sarankan kau pergi booking tiket semasa promo free seat atau boleh amik tiket awal 6 bulan sebelum pergi. Atau rajin-rajin cari offer tiket. 4 hari 3 malam (untuk elak kena bayar cukai) di tanah jajahan Tun Mahathir. Dan kami memilih untuk menginap di tengah-tengah Pekan Kuah, Hotel Langkasuka. Kalau ikut kami punya itinerary tak perlu pilih tempat tidur yang mahal-mahal sebab siang kami tak melekat pun dalam bilik. 

      Itinerary Trip Langkawi 4 Hari 3 Malam

      Ini adalah thread! hahaha. Takpayah buat hal twitter ke dalam blog. Bukan semua orang ada twitter Mimin oi. Dari hari pertama, sudah ada orang request suruh buat itinerary trip di Langkawi. So, jom selam sama sama.

      DAY 1 | 28 Jun 2018 
      8.00 Pagi | Ketibaan kami di Langkawi


      Penerbangan kami (aku, Eyra, dan Jijie) jam 6.35 pagi. Itu bermaksud jam 6.30pagi dah kena masuk dalam perut kapal terbang. Tepat jam 8.00 pagi kami tiba di Lapangan Terbang Langkawi. Sesampai je kami di airport, EYra terus roger Encik kereta sewa Langkawi murah. Kami amik Vios. Serious murah. Nanti aku cerita kat next story pasal kereta sewa murah di Langkawi. Terdapat kesulitan mungkin traffic sesak, kereta sampai lebih kurang jam 9.00 pagi. Wan Asyraf dah peluh tiakk tunggu kat Jetty. Dapat je kereta terus shoot pergi ke Jetti Kuah. Lebih kurang 45 minit rujuk google maps jugak nak ke sana sebab belum biasa jalan sana kan.

      9.45 pagi | Breaklunch Kak Yan Nasi Campur


      Kak Yan Nasi Campur adalah kedai makan yang terkenal di Langkawi. Merupakan tempat wajib kalau nak makan. Kepelbagaian lauk pauknya yang sedap dan murah. Lauk pauknya daripada makanan laut, ikan air tawar dan macam-macam lagi membuatkan ramai yang ingin datang ke sini. Memang sedap dan banyak pilihan makanan korang boleh makan. Kenyang perut pasti senang hati. hahaha. Spend harga untuk makan di sini RM 5.00 - 10.00 seorang (bergantung lauk yang korang amik)

      Lokasi: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah

      10.15 pagi | Tanjung Rhu


      Sebenarnya sini main berhenti je, sebab nampak pulau tu cantik. Haaa, rupanya sini tempat menarik yang boleh korang buat aktiviti iaitu Kilim Geoforest Park. Yee, ada macam macam aktiviti situ boleh buat. Antaranya Gua Kelawar, Eagle Feeding, Gua Buaya, dan Rumah Terapung. Aktiviti ni kena sewa boat. Untuk aktiviti Kilim Geoforest Park harga bermula RM300. Aktiviti yang ini kami bukan dalam senarai. hahahaha
      Lokasi : 3 kilometer timur laut Pantai Tanjung Rhu
       

      10.30 pagi | Bird Paradise Wildlife Park



      Bird Paradise Wlidlife Park atau lebih dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park. Kalau nak santai santai tengok haiwan comel comel dengan size yang unik macam burung, monyet ular, buaya dan macam macam lagi. Berpeluang bermain dengan burung, landak dan arnab tau. Harga tiket RM 24.00 untuk dewasa dan RM 16.00 kanak-kanak dan warga emas. Untuk info lanjut boleh rujuk entry lepas aku Bird Paradise Wlidlife Park

      Lokasi : Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
      3.00 petang | Hotel Langkasuka, Langkawi
      Lebih kurang jam 3.00 petang kami check in. Boleh tahan murah dan selesa untuk kami menginap selama 4 hari 3 malam di Hotel Langkasuka. Harga 4 hari 3 malam untuk sebilik RM363. Kami amik 2 bilik, maka semua sekali RM726 dan seorang RM 181.50 siap dengan sarapan pagi. Atau aku cadangkan untuk kau nak lagi cut cost, carilah homestay. Hotel ni bersebelehan dengan Langkawi Parade. Check in dan rehat sekejap sementara nak pergi merayap.

      Lokasi: Batu 3/4 A14-15, Pokok Asam Pulau, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

      5.30 petang | Hafiz Rojak, Pantai Kok
      Hafiz Rojak
      Pasemboq, Hafiz Rojak

      Laksa, Hafiz Rojak

      Pantai Kok

      Antara Manu yang menarik di Hafiz Rojak ialah seperti laksa, Mee rebus, Pasembur, Rojak buah dan lain-lain lagi. Jadi bagi pengunjung yang datang ke Langkawi wajib cuba Hafiz Rojak di Pantai Kok memang terbaik! Lepas tu meh lee amik gambar dekat sekitar Pantai Kok ni. Tengok model kat atas tu, lawa kan! hikss ^.^ Kat sini, aku spend makan minum hanya RM 8.00

      Waktu : 2.00Ptg – 7.30 Ptg
      Lokasi: Jalan Pantai Kok, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.

      7.30 malam | Pasar Malam Temonyong

      Betul, gambar ni tak menipu tahu. Memang dah pukul 7.30 malam. Memang dekat sana cuaca tak gelap lagi. Kalau dekat Johor 7.30 dah gelap betul tahu. Selain Langkawi terkenal dengan pinggan mangkuk dan coklat, Langkawi sebenarnya juga amat terkenal dengan pasar malam. Sebab hari-hari ada pasar malam di lain-lain lokasi. Kalau bercuti ke Langkawi, jangan terlepas untuk singgah ke Pasar Malam di Langkawi kerana macam-macam makanan serta barangan ada dijual kat sini. Pasar Malam di Langkawi juga diadakan setiap hari bermula seawal jam 7 sehingga jam 10 malam di lokasi yang berbeza. Memang best sebab hari-hari ada pasar malam dan dapat makan makanan yang best-best. 

      Jadual Lokasi Pasar Malam Langkawi
      Ahad : Padang Matsirat
      Isnin : Ulu Melaka
      Selasa : Kedawang
      Rabu : Kuah
      Khamis : Temonyong
      Jumaat : Ayer Hangat
      Sabtu : Kuah
      Masa : 7pm – 10pm

      8.45 malam | Restoran Wan Thai, Langkawi


      Restoran ni dekat sahaja dengan Hotel Langkasuka yang terletak di pantai Cenang ini menyediakan menu seafood dan juga udang galah yang segar. Harganya agak murah jugak sebab semuanya seafood ada di sini fresh! Selain tu ada ketam hidup, dan makanan laut lain. Cara masakannya pula anda boleh pilih sama ada mahukan makanan ala Thai atau Chinese style. Kat sini kami makan kongsi, sorang lebih kurang RM30.

      Lokasi : 86, Persiaran Bunga Raya, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
      Hubungi : 04-966 1214
      Day 2 | 29 Jun 2018

      9.00 Pagi | Makam Mahsuri, Langkawi

      Langkawi merupakan tempat Lagenda di mana ada cerita uniknya tersendiri di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Cerita Mahsuri ni sangat terkenal, maka rugilah kalau datang sini tak tahu kisah kisah mahsuri. Di sini terdapat makam beliau, replika rumah beliau dan telaga. Boleh baca entry Makam Mahsuri ini. Jangan lupa tunjukkan kad pengenalan, harga masuk untuk yang ada kad pengenalan Dewasa : RM 12.00 dan Kanak-kanak : RM 6.00

      Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka. 

       11.30 malam | Gamat Nusantara Langkawi


      Nusantara Maju Enterprise juga dikenali sebagai kilang gamat yang terbesar dilangkawi. Kat sini kau boleh dapatkan harga murah beli barang gamat, minyak angin segala minyak semua ada kat sini. Ni merupakan showhouse Gamat Nusantara.  
      Lokasi : Nusantara Maju Enterprise, Jalan Padang Mat Sirat, Langkawi 
      12.30 tghhari | Restoran Siti Fatimah
      Sebenarnya nak pergi makan dekat Nasi Dagang Pak Malau, tapi tengah terkendala. Mungkin tengah renovation agaknya. Untuk terapikan diri sendiri, makanyaa ber ootd lah kami di bendang sawah. Maaflah, dekat Johor tak ada pasi yang pandangan ada gunung kat belakang dengan awan karpet tuu haa. Lepas tuu, barulah kami gerak nak isi perut yang dah bunyi tu haa.


      Hari semalam kami makan dekat restoran Kak Yan Nasi Campur, maka tengah hari ni kami makan dekat Restoran Siti Fatimah. Suasana kedai sangat sejuk sebab dikelilingi pokok. Harga tak terlalu mahal bergantung pada lauk pauk. Harga aku makan RM5.00 lebih kurang macam tu, ikutlah cara kau amik lauk apa masa tu.

      Lokasi : Batu 5 1/4, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan mata Air, 
      Ulu Melaka, Langkawi, 07000, Langkawi, Kedah

      1.30 petang | Dataran Helang, Langkawi


      Nasib baik photographer kali ni tangan dia bedung sikit. hahaha, Jadi ini lah destinasi aku seterusnya. Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.

      Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.

      Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh. 

      Lokasi : Kuah, 07000 Langkawi, Kedah (Sebelah Jetti Kuah)

      2.00 petang | Taman Lagenda, Langkawi


      haah, gambar diorang je ada.. Gambar aku langsung takde. Hello poliss! saya jeles. hahaha
      Taman Lagenda ni sebenarnya tempat beriadah. Pada asalnya kewujudan taman lagenda langkawi adalah idea dari tun mahathir dan mula dibuka secara rasmi pada tahun 1996. dulu taman ni adalah pantai dan lautan lepas tu ditambak seluas 50 ekar. Tujuan taman lagenda langkawi dibina adalah untuk 'menghidupkan semula' cerita-cerita lagenda dan mitos pulau langkawi. Taman ni mempunyai empat buah tasik buatan, sebuah lagun dan pantai. Kami tak lama kat sini, sebab tak beriadah kat sini. hahaha
      Lokasi : Sebelah Dataran Lang

      3.30 petang | Underwater World Langkawi


      Haaa, ada peguin kat Langkawi. Peguin bernyawa tau. Bukan replika. Pelbagai jenis haiwan di permukaan air dan di darat kat Underwater World Langkawi. Harga masuk berbeza dengan yang tak ada kad pengenalan. Harga yang ada Kad pengenalan RM 36.00 dewasa dan kanak-kanak RM26.00.

      Lokasi : Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
      6.30petang | Nest Rooftop Cafe Langkawi

      View 6.30 petang
      View 7.00 malam
      View 7.15 malam
      View 7.45 malam | lawa pemandangan ni
      View 7.50 malam
      Haa, aku dah cakap. Aku rasa aku pergi Langkawi ni macam bukan dekat Malaysia. Sebab masa siang dia panjang sikit dari biasa. Makanan kat sini sedap! sumpah sedap. Tapi aku tumpang dak eyra ni makan je. Kenyang lagi masa tu. View sini memang lawa giler beb. Kalau nak rasa tenang-tenang pemandang laut dan hirup kopi atau jus buah sementara matahari jatuh, ini antara tempat di Langkawi yang boleh korang layan.
      Lokasi : 1659, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
      8.45 malam | Fire show, Pantai Cenang


      Lepas tengok matahari terbenam, kami balik hotel bersihkan diri. Konsep hari ini adalah santai santai. Lebih kurang 8.45 - 9.00 malam kami ada kat Pantai Cenang semula untuk lihat pemandangan Langkawi waktu malam. Yes! lawa giler weyh. Kami duduk sekejap kat sini . Lepas tu cari makan. Haa, entry makan kali ini tak tunjukkan sebab makan lah kat mana-mana. Memang tak mengecewakan masakkan dia. serious, Hahaha
      Day 3 | 30 Jun 2018
      9.00pagi | Skytrex Adventure, Langkawi
       Siapa suka extream adventure  boleh datang ke Skytrex Adventure Langkawi . Kalau aku cerita kat sini memang tak habis, Jadi aku dah siapkan cerita khas untuk skytrex tu. haaa,. Harga ikut pakej. Ada 3 pakej semuanya. Little Legend RM45,  Eagle Thrill RM55 dan Island Extreme RM65. Ini harga online tau. Kalau harga walkin kau baca entry aku tuu. 
      Lokasi :Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah

      11.30pagi | Air terjun Telaga Tujuh


      Lepas kau dah melecun satu badan kat Skyrex tu, kau cepat cepat segarkan diri dekat Air terjun telaga tujuh ni.  Masuk air terjun ni takde kena kan bayaran. Hanya parking sahaja kena bayar RM2.00. Tengah hari kami makan dekat sini je. Murah dan sedap juga. Tak tipu.
      Nama air terjun ini bermaksud 'Telaga Tujuh', merujuk kepada koleksi tujuh kolam berasingan yang terjadi secara semula jadi. Menurut cerita penduduk tempatan, dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.  

      Lokasi : Terletak di Gunung Mat Cincang.

      2.00petang | Skycab, SkyBridge, Skydome, SKyrex, 3D Art in Paradise

      Skybridge

      3D art in paradise
      Semua ini aku dah buat entry khas, korang boleh baca TARIKAN LANGKAWI | SKYCAB DAN SKYBRIDGE LANGKAWI .
      Lokasi : Berhampiran dengan Air Terjun Telaga tujuh

      6.30 petang | HIG Group

      sumber : google

      Haa, kalau tak datang sini maka trip Langkawi kau sia-sia. Sinilah tempatnya untuk beli coklat, periuk pinggan mangkuk kau tuu haa. murah giler beb. Kalau naik flight rugi sikit tak dapat borong. Takut tak lepas untuk balik nanti.
      Lokasi : Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah

      8.30 malam | Seashell Laman Padi, Langkawi


      Takde gambar pulak kat sini, sebab pertama bateri nyawa-nyawa ikan kedua sebab dah keletihan giler seharian ni, Hidangan dalam berbentuk set. Pun sedap jugak. Superb sedap dengan view dia lawa giler. Ramai marah sebab makanan dia tak sedap. Kau nak tomyam ke seafood ke sini bukan tempat dia okay! takyah nak marah marah sebab makanan dia tak kena tekak kau. hahaha. Itu jelah untuk hari ke tiga di Langkawi. Dan kami kepenatan yang teramat penat

      Lokasi : Laman Padi, Langkawi

      Day 4 | 1 Julai 2018

      Ini merupakan hari terakhir kami, di mana takde pun aktiviti yang kami buat selain bersiap untuk pulang kembali ke kehidupan sebenar. Shopping terakhir di HiG, lepas tu hantar Wan Ashraf. Pulangkan kereta sewa dekat airport dan Flight tiket jam 12.30 tgh hari, delay flight dalam pukul 2.00 petang jugak baru boarding. Kami habis banyak kat makan dan masuk ke tempat-tempat. Untuk single dewasa yang tak demand lebih macam aku dalam RM600 - RM700 tidak termasuk flight tiket  kos di Langkawi. okay itu sahaja.. thanks sudi baca . ahhaha

      CABARAN 6 MINGGU JOM KURUS 1 MALAYSIA MUSIM KE 11

      $
      0
      0
      Cabaran Jom Kurus 1Malaysia yang diasaskan oleh Kevin Zahri, Cikgu Fitness Malaysia program selama 6 minggu bakal bermula tidak lama lagi. Ia adalah program kurangkan berat badan terbesar di Malaysia.  Jangan risau kerana program ini akan berlangsung pada bulan 11 Ogos - 22 September 2018 bagi musim ke 11 dan pendaftaran dibuka sekarang!


      Kawasan-Kawasan JK1M

       
      Program Jom Kurus berjalan serentak di lebih 150 kawasan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.Antara senarai pilihan negeri-negeri mengikut zon termasuk luar negara iaitu Brunei dan Singapura.Setiap kawasan ada pemimpin pasukan yang tersendiri tetapi setiap peserta akan dapat bimbingan Kevin Zahri melalui seminar Jom Kurus percuma.
       

      JK1M BATU PAHAT | TEAM SUE

      JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM BATU PAHAT diketuai oleh Coach Sue. Program ini tidak semestinya hanya untuk orang yang obesiti, tapi mempunyai berat badan berlebihan dan nak mulakan kurangkan berat badan dengan aktiviti yang sesuai seperti group training, sukan, senaman outdoor, bengkel pemakanan, Zumba dan lain-lain.
       
       
      Coach Suhaila telah menjayakan Jom Kurus 1 Malaysia musim 6, 7, 8, 9 & 10 di kawasan Batu Pahat. Yang menariknya, team sue hanya untuk perempuan sahaja. Alhamdulilah semuanya berjaya. Apa yang lagi menyakinkan untuk korang yang dari Batu Pahat pilih coach sue kerana Coach Suhaila pemegang Diploma in Sports Studies, Degree in Sports Science, Sports massage level 1, CPR course advance level, coaching level 1, Kursus kepimpinan rekreasi luar level 2. Wow! Bidang pengkhususannya dalam strength & conditioning, rehabilitation, nutrition, sport biochemistry, biomechanic, athletic training, exercise physiology  etc.
       

      JK1M Batu Pahat Suhaila | Peserta berjaya menurunkan berat badan

       
       
      Coach Sue telah berjaya membantu menurunkan berat badan peserta lebih kurang 100 orang. Berkonsepkan 80% pemakanan 20% senaman adalah asas untuk penurunan berat badan. Coach Suhaila mengutamakan pemakanan yang betul untuk peserta di samping teknik senaman yang betul. Dia akan berkongsi segala nutrisi info yang berguna dan boleh digunakan selepas habis JK1M11.
       
      Apabila bersenam beramai-ramai, ia akan memberikan motivasi dan inspirasi kepada anda bila anda dikelilingi dengan individu-individu yang berdedikasi tinggi dan mempunyai target yang sama. Selain memberi galakan kepada diri sendiri, korang turut mendapat sokongan daripada kawan-kawan lain yang turut sama menjalani latihan dan bekerja keras bersama-sama.
       

      AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM JK1M

      Ini adalah program Jom Kurus yang KESEBELAS. Dah 11 kali Jom Kurus 1 Malaysia ni berjalan pun korang masih tak sedar kewujudan program ini kan? Jadi sila ambil peluang join program yang ke 11.  Apa yang korang kena tahu mengenai Program Jom Kurus ini?

      1. Program selama 6 minggu yang bermula dari 27 Jan - 10 March 2018.
      2. Bagi Team Batu Pahat, kawasan latihan adalah sekitar Dataran Batu Pahat, Tasik Y, Bukit Soga, Bukit Payung, Bukit Berdiri dan ia akan berubah mengikut kesesuaian aktiviti dan keadaan cuaca.
      3. Aktiviti RASMI adalah pada setiap SABTU dan AHAD.
      4. Kelas tambahan pada setiap hari RABU MALAM. Tapi, Coach Sue rajin ya amat. Kadang -kadang dia akan bagi kita buat assignment. 
      5. Waktu training jk1m11 BP ( LADIES ONLY )
        SABTU 7.30AM- 9.30AM
        ISNIN 8.15PM- 10.00PM
        RABU 8.15PM- 10.00PM
      6. Setiap aktiviti selalunya mengambil masa selama 2 Jam.
      7. Timbang Mingguan akan diambil setiap minggu iaitu hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad. Mengikut kesempatan korang. Sebab Johor cuti tak sama (Paling menakutkan)
      8. Pada Yang Baru lepas bersalin tidak sampai setahun perlu dapatkan khidmat nasihat doktor/atau khidmat nasihat dari COACH/TeamLeader.
      9. Ada apa-apa kecederaan seperti Slip Disc, Gout, Asthma, Sesak Nafas, Masalah Jantung, Tekanan Darah Rendah, Hypertension, Mudah Pitam dan lain lain masalah sila maklumkan kepada Coach/TeamLeader. 
      10. Jangan risau, latihan yang dijalankan adalah amat bersuaian untuk semua golongan.

      Team Batu Pahat di bawah Team Leader Suhaila akan jalankan aktiviti seperti Bodyweight training, Circuit training, Weight training, Functional training, Tabata, Hiking, Zumba, Bootcamp, Metafit, Kayak, Seminar dengan kevin zahri .

      Bila korang menyertai JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM BATU PAHAT, korang juga akan dapat Percuma E-Book From Kevin Zahri yang amat berguna sebagai panduan untuk korang mendapatkan tubuh idaman korang. Selain daripada itu, apa yang bagus mengenai Program Jom Kurus 1 Malaysia ini:
      1. Kita akan dilatih oleh Certified Coach/ Trainer (Certified Bodyweight Fitness Instructor).
      2.  Program ini akan mengajar kita tentang Nutrition Plan dan Fitness Plan.
      3. Hanya Rm300 untuk yuran penyertaan dan untuk 10 Peserta Terawal akan dapat diskaun 10%  selagi tawaran masih ada.
      4. Peserta yang menyertai kali kedua dikenakan caj bayaran sebanyak Rm240 sahaja. Diskaun 20%.

      DAFTAR SEKARANG WARGA BATU PAHAT !


      Buat apa-apa saja, mesti berguru dan berilmu. Jangan ikut Google atau YouTube. Mungkin cara diet tu, sesuai dengan dia. Bila kita cuba, tak menjadi. Disinilah pentingnya ilmu. Apa yang pasti, korang pasti akan seronok dalam menurunkan berat badan dan sihat bersama keluarga Fitness JK1M TEAM BATU PAHAT! Paling penting diet tersebut mesti betul, tak perlu ikat perut tak makan nasi. Ishh! tak boleh betul aku tak makan nasi.

      Contact :- +6018-2208768 Coach Sue


      THE HUT, SERKAM - KAMPUNG STYLE CHALET

      $
      0
      0
      Hujung minggu lepas, aku ambil peluang untuk escape dari dunia yang sibuk. Merehatkan kepala dari fikirkan kerja di pejabat dan assignment yang masih tak siap. kah ! Ternyata apa yang aku gambarkan adalah memang benar. Bukan sekadar indah khabar je tau. Tapi kenyataan. Kau boleh rasai sendiri dengan menginap 1 malam disini pun jadilah weyh. Ada beberapa aku nak credit kan pada Kak Min, kak Yanty dan FF


      THE HUT, SERKAM MELAKA


      THE HUT menawarkan tempat penginapan yang unik dikelilingi perkampungan Melau disamping udara yang nyaman dan penuh nilai-nilai tradisi. Ia dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah yang menyerlahkan lagi unsur-unsur perkampungan Melayu. 

      KONSEP THE HUT




      Terletak 25km ke Selatan Bandar Melaka dan 5 km ke utara Bandar Merlimau sangat sesuai dijadikan destinasi percutian keluarga dan tempat mengadakan majlis-majlis keraian. The Hut mengetengahkan konsep 'kampung' menawarkan kepada kita tempat penginapan yang bersih, tenang dan nyaman. Sesuai sangat untuk dijadikan tempat menghilangkan tekanan dan berehat disamping keluarga atau rakan-rakan.

      KADAR BILIK DI THE HUT, SERKAM

      Kat sini ada 5 buah bilik, 2 bilik dengan 1 queen dan 3 bilik dengan 2 katil single. Aku dapat bilik 1 queen. Memang sangat selesa untuk beristirehat di sini.






      Harga berbeza untuk hari biasa dan cuti sekolah juga berbeza harga untuk harga harian dan hari hujung minggu.

      • Musim Biasa (Normal Season)
        - mana mana bilik hari biasa (RM 160.00) dan hujung minggu (RM 180.00) 
      • Musim Cuti (Holiday Season)
        - mana mana bilik hari biasa (RM 180.00) dan hujung minggu (RM 200.00) 

      KEMUDAHAN THE HUT



      Di The Hut, mereka menyediakan kemudahan untuk keperluan dan keselesaan kita sepanjang tempoh kita menginap di sana. antaranya:
      • Bilik berhawa dingin
      • Pemanas air
      • Kelengkapan asas - tv, iron, sabun shampoo dll
      Dapur/ruang makan
      • Dapur yang lengkap
      • Tempat BBQ
      credit: ohmedia
      • Sewaan Basikal
      • Wifi Percuma
      • Tempat letak kereta
      Agak-agak akan ada kekurang lagi tak korang rasa bila menginap kat sini? Kalau setakat takde pengering rambut tu, hangpaa bawak laa sendiri dari rumah. Itu bukan 1 keperluan asas dah. Itu dah 1 kehendak diri sendiri. hahahha

      Terima Kasih buat Kak Uzu dengan FF yang kasi rehatkan kepala ni kejap. Tak lupa juga buat The Hut dah kasi tempat yang paling ohsem ni untuk escape. hehehe

      Cara tempahan

      Untuk membuat tempahan bilik atau tempahan kawasan The Hut untuk majlis keraian korang tu, berikut adalah details nya :

      1. Layari www.thehutmalaysia.com
      2. Hantarkan pesanan whatsapps ke nombor +6012-320 2611
      ------------------------------------------------------------


      Info Lanjut :

      Instagram : @thehutmalaysia
      Facebook: The Hut
      Alamat :  M108, Kampung Serkam Timor, 77300 Merlimau, Melaka

      I'M ALTHEA ANGELS

      $
      0
      0
      Ini adalah salah satu post lama tertangguh ! Tengah move out office. Sangat sibuk sekarang. Ehemm ! secara rasmi seketul Mimin Adam menjadi Althea Angel.Yippie!Terima kasih Althea kerana having me.Korang akan dapat melihat produk terpilih dari Althea yang akan ditinjau oleh aku dalam masa terdekat ni.


      Apa itu ALTHEA KOREA  ?

      Althea Korea menawarkan kosmetik Korea yang berpatutan dan penjagaan kulit lurus dari Korea! Apa yang saya suka tentang mereka, penghantaran adalah percuma! Penghantaran antarabangsa ditambah mereka menghantar pesanan anda terus ke depan pintu kita.

      Hari itu, Althea memanggil blogger, influancer dan youtuber untu menjadi sebahagian Komuniti Athea Angel mereka. Mulanya aku teragak-agak nak jadi Althea Angel ni, banyak kat luar sana influencer yang lagi power. Layak ke? hahahhaha. Tapi, tersubmit nama jugaklah. Cuba nasib katanya. haaaa


      Yippee sekali lagi! aku dapat e-mel yang dialu-alukan dari Althea selepas aku submit permohonan tersebut. Terujanyaa ! terima kasih Althea Team. Entry seterusnya nanti aku akan ceritakan apa yang aku dapat selepas jadi Altthea Angel. haaa.  aku dapat surprise box welcoming.







      HOMESTAY MENARIK MELAKA | The Hex @ Terrace Homestay Melaka

      $
      0
      0
      Tengah cari homestay kat Melaka letteww. Pilihan tepat! Aku tengah nak ceritakan homestay terbaru di Melaka. Walaupun masih dalam pembinaan, tapi homestay yang pertama dah siap ni sangat selesa dan murah sangat. 


      Dua minggu lepas, aku ada review 3 Homestay yang menarik. Antaranya The Hut Serkam, Villa Serai dan The Hex ni. Homestay The Hex @ Terrace Homestay Melaka ni terletak di Durian Tunggal. Jadi, sesiapa yang tengah mencari homestay murah Durian Tunggal di sini lah tempatnya. Bukan sebuah je tau homestay nya.


      Kami datang belum sepenuhnya siap, masih dalam pembinaan. Kalau korang datang mesti Homestay The Hex Durian Tunggal ni dah lawa. Tah tah dah viral homestay melaka tu. Sebab apa aku cakap macam tu? sebab homestay ni berkonsepkan simple dan moden


      The Hex @ Terrace Homestay Melaka

      1. Dilengkapi 3 Bilik. (2 bilik queen dan 1 bilik Single)


      bilik depan - kipas dan berpenghawa dingin

      bilik depan - lampur tidur juga disediakan

      bilik depan - tuala disediakan

      Bilik tengah - lampu tidur dan tuala juga disediakan

      Bilik Tengah - Bilik berpenghawa dingin dan juga ada kipas
      Bilik Bujang -Kelengkapan solat disediakan di sini


      Bilik bujang - Kelengkapan tersedia
      2. Kemudahan | Tandas, mesin basuh dan peti ais



      3. Dapur lengkap dengan pekakas


      4. Ruang santai





      5. Dalam pembinaan | Mini Garden, Pool, BBQ

      Aku suka konsep homestay ini, tak jauh dari bandar dan tak juga dekat pedalaman. Tenang-tenang je tempatnya. Susun atur homestay The Hex ini aku memang tertarik betul. Macam aku mention kat atas. Homestay ni cuma ada 3 bilik je. Tapi luas setiap bilik ini. Jadi kalau tengah merancang datang dengan keluarga ramai ke ada kenduri sedarasekitar Melaka ke, atau nak buat lepak hujung minggu dengan kawan-kawan ke boleh lah request extra bed. so sebilik boleh muat 3-4 orang! 
       
       
      Kalau kau baca entry aku ni dalam bulan Ogos 2018 Homestay The Hex tengah offer RM 100.00 untu semalam  sebagai harga berkenalan dengan korang. pheeww ! baikk ahh. Pergilah booking sekarang sebelum harga kembali kepada asal! 

       
      Info Lanjut :

      Alamat : alamat batu 8 jalan bonda che wah gangsa 76000 durian tunggal melaka
      Google Maps :https://goo.gl/maps/8eAfDZY46Q22
      Hubungi: www.wasap.my/60192205834

      REAL FRESH SKIN DETOXER | WELCOMING GIFT ALTHEA ANGELS

      $
      0
      0
      Hai ! Jangan buat-buat terlepas macam mana aku boleh jadi Althea Angel yaa, hahahaha. Masalah SST bakal muncul semula membuatkan entry kesinambungan tergendala seketika. Kalau nak ikutkan GST lagi mudahkan, Siapa setuju aku GST lagi mudah? hahaha. ehh ! lari topik pulak


      SKIN DETOXER BY ALTHEA 


      Sebenarnya, kalau dapat bungkusan pink ni sangat suka! hahahaha. Sangat excited untuk unboxing althea surprise box ni. Kali ini, apa yang menariknya dalam box ini ialah 
      • Welcome Letter
      • White Mirror
      • Premium Althea Tote Bag
      • Pink Althea Mini Bag 
      • Birthday Box Miniature Paper Box 
      • Discount Code 
      • Real Fresh Skin Detoxer
      Sempena ulang tahun Althea yang ke 3 tahun, terdapat contest mudah yang boleh join dan hadiah sangat menarik iaitu penajaan percuma ke Korea! Cara-cara nak join pun sangatlah mudah.. Penyertaan sehingga 31 Ogos 2018 sahaja. Cepat sertai peraduan mudah ini segera dengan cara dapatkan maniature birthday box Althea dan upload di IG yang menarik tau ! 

      Happy birthday 3th Althea

      CARA MUDAH PENYERTAAN CONTEST ALTHEA!




      1. Shop - Buat pembelian pada Althea dan menjadi salah satu peminat bertuah Althea yang akan  menerima edisi terhad Kotak Hari Lahir serta Buku Miniatur Ulang Tahun! 
      2. Creative - Bentukkan kotak kecil mengikut arahan. 
      3. Snap - Ambil gambar kreatif yang memaparkan miniatur Buku Ulang Tahun Akhir anda. 
      4. Hantar - Muat naik ke Instagram dan kapsyen yang memberitahu kami mengapa anda ingin kami terbang ke Korea!Pastikan anda menggunakan tanda @AltheaKorea # AltheaTurns3 #AltheaKorea untuk masuk.

      REAL FRESH SKIN DETOXER

      Korang mungkin pernah terdengar tentang kerjasama produk terbaru Althea dengan program TV terkemuka Korea: Get It Beauty!Kini, ini adalah kejutan istimewa yang Althea maksudkan untuk memberitahu korang!Althea x Get It Collaboration produk Kecantikan disebut Real Fresh Skin Detoxer dan ia datang dalam dua varian:

      1. ROSE: Refining



      Rose-infused facial mask sesuai dengan rutin waktu pagi anda untuk melepaskan kotoran yang terkumpul semalaman untuk mendedahkan kulit berseri yang sihat.  Mengandungi 100% May Rose Lobster, yang dipetik tangan sekali setahun dalam bulan Mei dari Grasse, Perancis Selatan, dan melicinkan kulit anda seperti kelopak mawar. 

      Bahan-bahan pembersih yang berasal dari ekstrak Kelapa, perlahan-lahan meleleh di kulit anda tanpa kerengsaan dan mencuci dari pek dengan buih-buih petal ringan.  Pek semulajadi yang mengandungi kelopak asli memaksimumkan pemakanan supaya kulit dengan mudah boleh mendapatkan kesan pek topeng penuh hanya dalam masa 10 saat.

      2. GREEN TEA: Purifying


      Ia membantu menenangkan dan menyegarkan kulit yang letih selepas hari yang panjang di luar rumah. Mengumpul daun baby green tea yang pertama dilahirkan dari Ladang Hijau Jeju yang murni.Bahan semulajadi 100% ini melegakan dan memurnikan kulit sensitif.

      Bahan-bahan pembersih yang berasal dari ekstrak Kelapa, perlahan-lahan meleleh di kulit anda tanpa kerengsaan dan mencuci dari pek dengan gelembung daun lembut. Pek semulajadi yang mengandungi daun sebenar memaksimumkan pemakanan supaya kulit dapat dengan mudah mendapatkan kesan pek topeng penuh dalam masa 10 saat.

      TIPS DAN CARA PENGGUNAAN

      Rawat seperti pek topeng lembut untuk kulit anda.Ia sangat mudah!Bagaimana untuk menggunakannya?
      • Tanggalkan sebarang solekan dan biarkan kulit anda kering. 
      • Sapukan lapisan yang sedap dari Detoxer Kulit Segar Segar ke wajah anda dan biarkan ia selama 10 saat. 
      • Basahkan tapak tangan anda dan urutkan wajah anda dengan perlahan.Air dari tapak tangan anda akan bercampur dengan produk dan menyebabkannya menjadi gelembung sedikit seperti pembersih wajah. 
      • Bilas dengan air sebelum menghabiskan seluruh rutin penjagaan kulit anda.
      TIPS:Merekodkan tarikh pembukaan Memastikan produk paling segar dengan merakam tarikh pembukaan dan menyelesaikan produk sebelum tamat tempohnya.

      ------------------------------------------------------------------------

      Flower Chimp Penghantaran Bunga ke seluruh negara

      $
      0
      0
      KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.


      Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
      Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.
      “Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.  


      Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz. 



      Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. 


      Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”. 

      ----------------------------------
      Flower Chimp di Malaysia
      Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
      Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
      Instagram: @flowerchimp

      Pesta Elektronik tahunan Lazada kembali !

      $
      0
      0
      Pesta Elektronik tahunan Lazada kembali lagi! Tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 90% dari pelbagai produk elektronik bermula pada 27 Ogos hingga 28 Ogos 2018. Lazada Malaysia akan membuat jantung anda lebih cepat menembusi jualan mereka. Jadi korang perlu cepat dan ambil apa yang korang mahu dengan cepat atau orang lain akan caras korang. 


      Shake & Win LAZADA


      Macam pelik kalau Lazada tidak ada buat contest kan. Haa, kali ini Lazada mengadakan pertandingan goncang dan menang. Korang boleh menang sehingga 4,000 baucar dari 22 hingga 26 Ogos, untuk menjimatkan semasa anda membeli-belah hanya pada Elektronik Fair! Cara-caranya:



      1. Muat turun dan log masuk aplikasi Lazada.
      2. Tetap di laman utama dan SHAKE setiap hari 22 hingga 26 Ogos semasa slot tiga masa!
        [10am hingga 10.15am, 2pm hingga 2.15 petang, 9 malam hingga 9.15 petang].
        Terms & Condition

      Tawaran Eksklusif Electronics Fair dari jenama antarabangsa!

      Teruja tak? Mestilah terujaakan. Mana tak nya, da la murah. Ada sale pulak lagi. bertambah-tambah murah! Terdapat pelbagai bentuk barangan dari jenama-jenama yang hebat dengan harga yang murah antaranya:


      Xiaomi - Asus - Harman - Philips - Logitech - HP - Midea - Panasonic - Acer - Oppo - Apple - A&S - Skyworth - TCL - GoPro - Sharp - Gstore - Wowphone - Senheng - Electrical Shop  - Kengdim - ThinkCom - NBP- Desa Home - Atcetera Solution - Mono Digital 

      Kenapa perlu lebih banyak alasan untuk membeli-belah semasa Pesta Elektronik Lazada guys. Meh sini aku terangkan :

      • Korang boleh dapatkan nilai wang anda dengan jualan kilat harian 4 kali sehari, sepanjang 27-29 Ogos!
      • Penjimatan tambahan sehingga 20% dengan lebih daripada 2,500 baucar eksklusif untuk dimenangi!
      • Penghantaran percuma dan ansuran 0% yang ada!
      • Last but not least: Lazada Live TV dan pertandingan media sosial! untuk korang banyak untuk di menangi 

      Cari hadiah eksklusif daripada jenama seperti baucar Xiaomi, Asus, Harman, Philips, Logitech, atau baucar HP dan Lazada sehingga RM300:
      25hb Ogos di Lazada Instagram.
      24 dan 26 Ogos di Lazada Facebook.
      28th pada Lazada Live T
      ----------------------------------------------------

      PART 1 | TEAM BUILDING TERBAIK DI CYBERVIEW RESORT & SPA

      $
      0
      0
      Hai, aku baru-baru ini ada pergi team building dalam bahasa melayu dikenali sebagai Pengukuhan Pasukan. Aku dah banyak kali pergi program seperti ini sejak aku di bangku sekolah lagi. Tapi, team buliding 2 Hari dan 1 Malam di Cyberview Resort & Spa yang baru aku pergi ini memang seronok sangat. 

      AKTIVITI TEAM BUILDING DI CYBERVIEW RESORT & SPA




      Aku awalnya terfikir, Cyberjaya ni bandar mana ada tempat sesuai nak buat team building.. Mestilah aktiviti team building ni biasa-biasa je macam team building aku pernah pergi sebelum ni kan. Jadi, dalam fikiran aku okay bawak baju berpandukan itinerary yang di berikan je. Masih bawak kasut sukan untuk keselamatan diri. Bila rujuk kat itinerary ada melibatkan air dan hutan. So, bawak baju pun jenis jenis jersey jee. 

      Program Team Building dikendalikan oleh Sarjan Idris yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ketenteraan. Kagum dengan Sarjan Idris ni, rupanya beliau salah seorang dari bekas team Special Force Malaysia. Ketika pesawat MH17 yang ditembak di Ukrain dulu, dia salah seorang yang pergi ke sana untuk mengambil kotak hitam pesawat dari pemberontak.

      7 September 2018
      9.00 pagi

      Welcoming Note by Acting Resort Manager

      Aku datang tepat jam 9.00 pagi.  Aku skip greeting tea atau bahasa mudahnya sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Cyberview Resort & Spa. Sepatutnya kena berkumpul di Verandah Restaurant. Tapi aku menonong pergi ke Jasmine Room. Jadi aku pun berpatah semula pergi Verandah Restaurant dan aku dapat duduk sekejap tak sampai 5 minit dah kena pergi Jasmine Room semula.

      9.15 pagi | Ice Breaking

      Aktiviti pertama seperti biasa sesi ice breaking. Heyy siapa tak kenal Emas Putih yang viral pasal cafe Fizo Omar, Daus redscarz viral makan ramen samyang, Ujang yang header blog dia dulu boleh main tulis tulis, ehh ! Sohoque yang pemes blog makanan dan lain lain. Walaupun dah kenal dengan diorang, tak semestinya kita dapat berkomunikasi dan menjalinkan ukhwah dan kerjasama dengan baik. Ye dak ? 

      mencipta logo

      Untuk sesi ini, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas kumpulan terbentuk, kami perlu tahu persamaan kami tak kisah dari segi warna kegemeran ke, adik beradik ke, fizikal ke. BINGO ! nampak je satu kepala, tapi banyak takde persamaannya. hahhaha, 


      Gigih bamlan lukis logo

      Selepas itu, kami diberikan tugasan mencipta nama kumpulan, bendera kumpulan serta Misi dan Visi serta war cry kumpulan masing-masing. 

      Buddies Blogger

      X-Team Blogger

      Kumpulan aku, Buddies Blogger terdiri daripada Lan Careno, Fazerol, Sohoque, Qaseh Dalia dan aku. X-Team merupakan kumpulan yang bakal bersaing dengan kami terdiri daripada Ujang, Daus redscarz, Angah Judin, Yanty Lee dan Emas Putih.

      Mendirikan paku di atas 1 paku

      Baling bola dalam masa ditetapkan

      Kemudian, kami kena bentangkan semula apa yang telah kita bincangkan berkaitan tugasan yang diberikan tadi. Beberapa aktiviti seperti mendirikan 7 paku di atas satu paku, 7 set balingan bola dengan masa yang ditetapkan serta arahan mudah jalan berhenti lompat dan menari merupakan aktiviti yang mahu menunjukkan kami ini boleh beri kerjasama dalam satu kumpulan ke tidak. hahahhaa.

      Kumpulan X-team  telah didenda untuk menjaga Milah. Sesiapa membuat kesalahan akan dihukum menjaga Milah. Siapa Milah ? Stay Tuned

      12.00 pm | Check in 

      Aktiviti seterusnya pada tepat pukul 3.00 petang untuk memberi laluan pada solat Jumaat. Dalam masa yang sama kami check in, kami pergi ke Verandah Restaurant untuk menikmati makanan tengah hari kami. Macam Pirana kelaparan. kah!

      3.00 pm | Aktiviti Indoor dan Water Confident 

      Akibat taknak jaga Milah, kami punctual jam 3.00 petang berkumpul di lobi. Tepat jam 3 petang kami kena menaiki van untuk ke lokasi aktiviti seterusnya.Bagi aktiviti Indoor game

      1. Giant Dice (Dadu Gergasi)

      Giant Dice

      Aktiviti pertama indoor game adalah Dadu gergasi. Bila Dadu dibaling dapat nombor ganjil akan mundur ke belakang dan bila dibaling dadu dapat nombor genap akan maju ke hadapan. Wakil kumpulan perlu baling dadu dan ahli kumpulan lain kaki perlu diikat dan jalan perlu seragam. Semestinnya kumpulan Buddies Blogger lead game ini. Kahkahkah !

      2. Monkey Walk 



      Seterusnya Jalan Monyet. Aktiviti ni perlu ditutup mata sambil membawa kepit bola di ketiak dan kelengkang kaki dan perlu ada wakil untuk memberi arahan. haa ! nampak macam mudah. tapi aku yang dah gagalkan kumpulan aku. Terlalu berhati hati masa berjalan. Makanya, Milah jatuh ke tangan kami. kahkahkah! maaf buddies.

      3. Imbang Bola Ping Pong


      Aktiviti kali ini, kami dikehendaki membawa bola ping ping di sebatang paip. Perlu dikendalikan atau di bawa menggunakan tali. Tali perlu dipegang dihujung tali. Kena bawa bola ni jalan keliling luar dewan. Susah weyh. Permainan ini telah mengambil masa yang sangat panjang dan terhibur. 

      4. Mengeluarkan Bola Ping Pong Dengan menggunakan air


      Walupun aktiviti ini pernah aku main sebelum ni, tapi permainan ni sebenarnya sangat menghiburkan. Korang kena fikir dan bersepakat dalam mengeluarkan bola pingping didalam bekas yang bocor. Haaa, bak kata Ujang ! fokus kat lubang jangan fokus lain. Tak mudah nak fokus tahu!

      5. Water Confident

      sebelum meyakinkan diri

      Cara turun dari kapal tinggi

      Cara turn dari boat
      Cara untuk membuat panggilan kecemasan ditengah lautan
      Cara menyelematkan diri ketika tiada sesiapa mahu memberikan pertolongan

      we did it !

      Water Confident merujuk kepada keyakinan sesorang di dalam air. Bagaimana untuk tidak panic sekiranya kita berlaku musibah di tengah lautan. Di ajar cara turun dari boat dan kapal besar. Selain itu cara untuk meminta bantuan ditengah lautan dan cara bergerak dalam berkumpulan sekiranya bantuan lambat tiba.

      6.30 petang | Free and easy  & Dinner

      Selesai aktiviti petang kami, free and easy. Perlu sediakan diri untuk aktiviti malam iaitu aktiviti night walk. Part seterusnya akan bersambung, di mana kami perlu  meredah hutan di waktu malam.

      --------------------------------------------------------------
      Info Lanjut
      Cyberview Resort & Spa
      www.cyberviewresort.com
      Tel: 03-8312 7000
      Facebook : Cyberview Resort & Spa
      Instagram : @Cyberviewresort
      Twitter : @CyberviewResort

      PART 2 | NIGHT WALK DI CYBERVIEW RESORT & SPA

      $
      0
      0
      Terbaiklah aktiviti petang tadi, dapat rehat sekejap je untuk bersihkan badan dan isi perut sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Sabar jap ye tilam yang selesa. Nanti akan ku cemar duli kau tilam. hahahahha. 

      NIGHT WALK AKTIVITI DI CYBERVIEW RESORT & SPA

      cyberview resort & spa
      berkumpul di depan lobby

      Tepat jam 9.30 malam kami perlu berkumpul semula di depan lobi untuk aktiviti seterusnya. Skuad reakrasi membawa kami ke hutan berhampiran dengan resort. Jangan tak percaya, Cyberjaya masih terdapat hutan untuk diredahi kala bulan mengambang. ehh ! tak tak. Dikala korang sedap mengisi perut di kedai kedai makan hipster atau viral tu. hahahaha

      cyberview resort & spa
      Abg Fazerol bawak Milah jalan jalan

      Disebabkan kekalahan main Monkey Walk petang tadi, makanya kami perlu bawa Milah pergi bersiar-siar bersama merentasi hutan di malam hari. Kesian abg Fazerol. Milah tuu dah lahh berat. Haa! ini lahh Milah yang aku sebutkan. Walaupun Milah ni kurus. Tapi berat tau dia. Milah ni pemes tau kat Cyberview. Jadi, sesiapa dapat Milah pastikan jangan kehilangan Milah. Milah suka merayap.

      cyberview resort & spa
      Team skuad bersama peserta di belakang

      Tanpa cahaya lampu suluh mahupun telefon, kami dibawa oleh skuad rekreasi menuruni tebing dan  merangkak untuk mengelak dari halangan yang ada. Untuk makluman, petang tadi hujan lebat tau. Jalan basah ketika night walk ni. Ehh ! ingatkan kami kena berjalan secara berkumpulan atau tidakpun berjalan dalam "line up" ternyata meleset. Kami di minta untuk berjalan seorang demi seorang tanpa ada skuad yang memimpin jalan di dalam kegelapan itu. Haa! Macam mana jalan sorang-sorang takde lampu dan peneman ? Kami perlu jalan mengikut  tali yang disediakan. Masa ni, kalau ada gangguan cuma mampu cakap 'cubaan'...

      cyberview resort & spa
      Buddies Team jalan kemudian

      Cyberview Resort & spa
      Tiada sumber cahaya berpandukan tali untuk maju kehadapan
      Ternyata memang ada ganguan kecil. Nasib baik masa aku lalu tak ada gangguan. Kalau ada gangguan pun aku fikir itu hanyalah cubaan dari Skuad Rekreasi hahahhaha. 140 meter jalan sorang demi sorang, yang tunggu kat belakang sempat membawang. haaa,  Tengah kau syok jalan pegang tali, tiberrr tali takde arah punca. Takde tali ! ohhhemmjii. mana tali seterusnya. Aku taknak duduk sini sesorang. hahahaa. Secara tidak semena cahaya lampu memanchorr ke muka.  Skuad tema mereka menanyakan nombor peserta.

      Cyberview Resort & Spa
      Muka memasing steady lepas night walk

      Seronok sangat! Penat ? Entah aku tak rasa penat. Aku rasa seronok sepanjang team building di Cyberview Resort & Spa ni. Untuk aktiviti malam ditutupi dengan minum suffer sambil membawang sekejap sebelum masuk ke bilik masing-masing. Night walk ni tak lama pun, kita bermula 9.30 malam habis jam 10.30 malam.

      --------------------------------------------------------------
      Info Lanjut:
      Cyberview Resort & Spa
      www.cyberviewresort.com
      Tel: 03-8312 7000
      Facebook : Cyberview Resort & Spa
      Instagram : @Cyberviewresort
      Twitter : @CyberviewResort

      VILLA SERAI HOMESTAY, SERKAM MELAKA

      $
      0
      0
      Lama duduk dalam simpanan haaa, ni baru kesempatan nak publish. Untuk pengetahuan korang, homestay kat melaka ni bagai cendawan tumbuh selepas hari hujan. Yang biasa biasa ada yang luar biasa pun ada. Homestay ini aku nak cerita Homestay tenang di Serkam, Melaka.

      VILLA SERAI, SERKAM 




      Villa Serai terletak hanya 2 km dari The Hut, Serkam . Berbeza konsep dengan The Hut, Villa Serai berkonsepkan keluarga di mana Villa Serai terdapat sebuah banglo dan Chalet. 




      Villa Serai sangat sesuai dijadikan tempat berkumpul dan beriadah untuk keluarga. Terletak di Kampung Tersusun, Serkam, Merlimau Melaka. Hanya 25 KM atau 30 minit perjalanan ke bandar Melaka dan juga ke Muar.




      Terdapat sebuah banglow 3 bilik yang boleh memuatkan antara 6 - 10 orang dalam satu masa. Banglow dilengkapi dengan kemudahan yang disediakan. Ruang tamu dan ruang makan yang sangat selesa membuatkan diri kita seolah-olah tengah menhabiskan masa hujung minggu di rumah sendiri. 

      RUANG TAMU


      Ruang Tamu yang selesa

      RUANG MAKAN

      ruang makan indoor
      ruang makan outdoor

      RUANG DAPUR

      Ruang Dapur kering

      ruang dapur basah

      BILIK TIDUR



      Mempunyai 3 bilik tidur. 2 bilik tidur berkongsi bilik mandi yang selesa. 1 bilik mempunyai 2 single bed. Jangan risau, juga tersedia tilam dan bantai extra untuk kauorang yang datang untuk buat family day atau gathering di sini.

      RUANG TEMPAT LETAK KERETA

      Tempat letak kereta juga tersedia

      TANDAS

      1 tandas berasingan terletak di dapur, 1 tandas di Chalet, 1 tandas di bilik 1 dan 2

      RUANG SANTAI

      Mini Pool

      meja gosip. hehehe

      CHALET VILA SERAI

      Terdapat chalet berhampiran banglow, yang boleh memuatkan 2 - 4 orang, ehh pandai pandai lahh arrange bilik sendiri. Takpun boleh tanya owner Homestay Villa Serai boleh muatkan dalam berapa orang. Lengkap dengan Televisyen, Kettle, shared bed, tandas, tuala.


      KEMUDAHAN DI VILLA SERAI

      Berkonsepkan serai dikeliling Villa Homestay
      • Setiap bilik dan ruang tamu berpenghawa dingin
      • Set BBQ
      • Asas perkakas dapur seperti Periuk nasi, kettle, pinggan, cawan, pisau, sudu dan garfu. Sekiranya datang beramai sila bawa kelengkapan memasak sendiri
      • Televisyen
      --------------------------------------------------------------------

      Info Lanjut

      Villa Serai Homestay
      Hubungi : +6010-446 2616 
      Facebook : Villa Serai
      Alamat : Kampung Tersusun, Serkam, Merlimau Melaka


      PART 3 AKTIVITI JUNGLE TRAIL DALAM TEAM BUILDING DI CYBERVIEW RESORT & SPA

      $
      0
      0
      Tak kelakar betul, semalam dah draft entry ni tinggal masukkan gambar je, hari ni nak masukkan gambar boleh pulak dia auto delete dan auto save. Tapi itu tak bermakna aku nak patah semangat untuk sambung kisah team building di Cyberview Resort & Spa tu ye. kihkih. Tapi sedih jugaklah. hahahhaa adoii lah. 

      Jungle Trail Cyberview Resort & Spa

      Selepas Night Walk semalam, Sarjan Idris maklum kan pada kami perlu berkumpul semula di tapak malam tadi untuk aktiviti kami di hari kedua tepat jam 7.00 pagi. Haaa, masa tuu kau jangan mimpi tengah sibuk team building nak selesa dengan tilam dalam bilik yang setraf tilam vono tu. Tapi, ternyata tilam vono punca. ehh !

      muka barai sementara tunggu lain-lain siap

      Ini tak kelakar guys, gambar kat atas ni jam 6.55pagi, masih tunggu yang lain-lain lagi. Ceritanya, kami kumpul di tapak night walk jam 7.10pagi. Haaaa! apa jadi? Kami kene denda berlari ke arah tayar dalam kiraan 10 Sarjan Idris. Huishh! lintang pukang kami lari. Selepas itu baru buat renggangan sebelum memulakan aktiviti. 

      Game penentuan pegang Milah

      Sebelum memulakan latihan, kami perlu jalani permainan di mana penentuan (sebelum ni boleh baca permulaanya kami kena bawa mila ) untuk team mana yang akan jaga Mila sepanjang Jungle Trail itu nanti. Ternyata seorang Mimin power dapat mengumpul bola sebanyak yang munngkin.

      Latihan Asas Sebelum Jungle Trail

      Beberapa latihan asas telah kami lakukan. Objektif latihan ini agar dapat mengharungi rintangan yang bakal ditempuhi sepanjang Jungle Trail berlangsung. 

      nampak senang, tapi tak berjaya, hahaha

      buat 2 kali pun tak berjaya
      susahkan kakty. kahkahkah
      berjalan di atas tali

      macam ni cara jalan. hahahaha
      Ni tengah struggle pegang tali supaya Qaseh lalu di tali tak jejak tanah
      Masukkan Ujang kat dalam tayar!
      Langkau tembok

      bukan senang nak naik atas ni

      Haaa, itulah latihan kami sebelum memulakan jungle trail. Haluu puliss ! ujang berat.  hahahahah. Latihan terakhir kami merupakan melepasi tembok yang tinggi. Dalam kosep tembok ni "I Can't, But we can" Memang betul, cabarannya kita tak kan berjaya lakukan sendirian, tapi sekiranya bekerjasama dengan baik dalam sebuah kumpulan, maka berjayalah ia. Thanks semua. Kerjasama yang baik.

      Jungle Trail

      Kami memulakan langkah dengan didahuli dengan X-Team. Sementara mereka mengharungi halangan di dalam, Sarjan Idris beri kami krim elak serangga mai buat love bite. Terutamanya lintah dan nyamuk. Jangan risau hutan ni takde pacat pun. Susah untuk menceritakan secara bertulis, apa kata korang rasai sendiri pengalaman ini di Cyberview Resort & Spa ni. Disebabkan susah nak menulis, aku menggambarkan aktiviti Jungle trail ini.

      rintangan pertama, bendera dan Milah tak boleh di tinggalkan



      merangkak di bawah jaring

      merangkak bawah jaring bersama Milah
      lompat tayar bersama Milah

      marilah melompat
      Tak confident lepas >.<
      photo group, stop di pertengahan jalan

      muka dah lepak . kahkah
      panjat sepanjang laluan air

      Niza lead buddies team
      Naik bersama Milah

      ada naik ada turun bukit
      turun bersama Milah
      ada juga track tar ni menuju ke kolong air
      Nilah laluan yang harus ditempuhi

      ni haa kolongnya







      laluan nak seberang highway >.< hahaha
      langkau tong ni

      lalu di atas tali
      cooling down
      photo group selepas Jungle Trail & Breakfst
      Perjalanan lebih kurang 2.8km dan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah itu pun kalau tak ada sesiapa yang injured macam kami. Kitorang berjalan slow and steady jer. Siap berhenti rehat kat dalam hutan. Jangan risau, lintah memang takada. Yang ada ayam hutan dan nyamuk je banyak.

      Selepas Jungle Trail, kami diberikan masa untuk bersiap check out dan bersihkan diri sebelum untuk ke majlis penutup Team Building kami

      Penutup Team Building di Cyberview Resort & Spa

      melakonkan babak sepanjang aktiviti berjalan
      Tepat jam 11.30 pagi, kami diminta berkumpul semula di Restoran Verandah untuk majlis penutup. Sebelum berakhir program kami, kami di minta buat tugasan terakhir iaitu melakonkan semula aktiviti yang sudah kita lakukan sepanjang 2 hari ini. hahahaha, mana sempat nak buat preparation. Hentam sajalah labu

      terapi muka badan tangan. hahahaa. chicken dance
      ucapan terakhir dari pengurus resort. Thanks so much Madam
      menerima sijil penyertaan
      Sarjan Idris, Recreation Depart a.k.a Ex Special Force Malaysia

      Terima kasih Niza layan karenah kami, penat ehh sampai tidur? hahahaha
      Big thanks to you too, yang jaga kami sepanjang aktiviti
      Maka, dengan gambar ini berakhirlah program kami di Cyberview Resort & Spa

      Wahh ! sekejap je sudah berakhir program team building ni, ribuan terima kasih dari pihak kami kepada team Cyberview Resort & Spa yang menerima kehadiran kami sepanjang kami berada di sana. Pengalaman bermakna ini takkan dilupakan

      Pelbagai aktiviti yang boleh jalankan di sini. Sekiranya korang yang berminat boleh hubungi pihak resort untuk maklumat lanjut. Antara aktiviti yang disediakan di sini adalah seperti berikut :
      •     Telematch Games
      •     Water Games
      •     Team Building Games (kami cover)
      •     Obstacle Course (10 Elements)
      •     Water Confidence (kami cover)
      •     Jungle Tracking / Jungle Trail (kami cover)
      •     Night Tracking (kami cover)
      •     Motivation Camp

      Haa, nampaknya kami kena datang semula ke sini, banyak lagi yang belum kami cover aktiviti di sini. 
      -------------------------------------------------

      Info Lanjut:
      Cyberview Resort & Spa
      www.cyberviewresort.com
      Tel: 03-8312 7000
      Facebook : Cyberview Resort & Spa
      Instagram : @Cyberviewresort
      Twitter : @CyberviewResort

      PERCUTIAN MEWAH SEISI KELUARGA DI THE CEDAR VILLA @ BIDOR, PERAK

      $
      0
      0
      Negeri Perak antara negeri yang jarang aku jejakkan kaki tanpa sebab. Kali ini aku terpanggil untuk short gateaway bersama kawan-kawan aku untuk santai-santai istirehat sempena hari Malaysia. Destinasi kali ini bukan Lost World Of Tambun.  Tapi kali ini aku ke Bidor, Perak. Apa tarikan yang ada di Bidor, Perak tu sampai terpanggil untuk ke sana.


      The Cedar, Bidor 

      Kali ni aku dengan kawan-kawan nak terjah Villa Viral dekat Perak. Lebih kurang 1 jam lebih dari Kuala Lumpur untuk sampai ke destinasi penginapan mewah The Cedar Villa Bungalow dan hanya kira-kira 10 minit sahaja dari Pekan Bidor. Apa yang menariknya Villa Bungalow ini terletak betul-betul di penghujung jalan dan di atas bukit yang mengekalkan privasi sepanjang korang menginap di sini.

      The Cedar Bidor
      menyesal datang awal. kahkah

      The Cedar Bidor
      Jalan menuju ke The Cedar Villa

      The Cedar Villa Bungalow ni sentiasa full house. Jadi kalau kau mahu check in tak payah datang awal sangat sebab tepat jam 3 petang baru boleh check in. Ini bermaksud pagar itu akan dibuka tepat jam 3.00 petang dan korang wajib check out jam 12 tengah hari. Haa nampak tak laku keras penginapan percutian  mewah seisi keluarga ni.  

      The Cedar Bidor
      Credit : Berjalan Tanpa Passport
      The Cedar Bidor
      Pemandangan The Cedar dari atas sumber dari BTP

      The Cedar @ Bidor
      adalah sebuah banglo yang terletak di puncak bukit dari 4 ekar tanah persendirian, menampung 8 hingga 16 orang! Rumah percutian menawarkan percutian yang tenang dari bandar, membolehkan para tetamu berehat dengan alam semula jadi dan untuk berhubung dengan orang di sekeliling mereka. 

      The Cedar Bidor
      View awan karpet dari Pool The Cedar

      Dibina secara strategik untuk merakamkan pemandangan matahari terbenam yang indah dan pemandangan matahari terbenam dari kolam renang tanpa batasan korang nak menyelam bila-bila pun boleh, sambil menghadap ke hutan hujan Malaysia dan Sungai Gepai.

      8 Kemudahan di The Cedar

      Banyak kemudahan di sini yang buatkan aku jatuh hati dengan The Cedar ni. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak The Cedar adalah:

      • Infinity Edge Swimming Pool
      The Cedar Bidor
      Infinity Swimming pool

      The Cedar Bidor
      Dugong dikesan. hahahhaa

      Terletak benar-benar di tepi penginapan ini, menawarkan pemandangan hutan dan Sungai Gepai yang menakjubkan. Kolam renang adalah tempat yang ideal untuk menikmati berenang santai sambil menghargai pemandangan sekitarnya yang indah. 


      The Cedar Bidor
      ruang santai

      Terdapat ruang santai Kayu Jati Pergola dilengkapi dengan kerusi kayu yang dibuat khusus untuk korang bersantai. Malah ada katil yang melekat pada Pergola! Sini port paling sesuai untuk sesi membawang. Mana taknak membawang sila terjun kolam. hahahha

      • Ruang Barbeque
      The Cedar Bidor
      Ruang barbeque

      The Cedar Bidor

      The Cedar Bidor
      ruang membakar

      The Cedar Bidor
      sinki disediakan

      The Cedar Bidor
      Night story best jugak kat sini kan

      Kawasan barbeku terletak di ruang terbuka di taman, lengkap dengan kawasan tempat duduk luaran dan ruang barbeku. Kawasan yang direka khas ini sesuai untuk tetamu mempunyai pesta barbeku di waktu petang sambil menikmati persekitaran semulajadi. Kawasan tempat duduk mempunyai sistem bunyi terbina dalam yang boleh disambungkan melalui Bluetooth. Korang boleh menikmati barbeku sambil mendengar muzik untuk menaikkan suasana. Jujurnya kami tak sempat nak berbarbeque pun. 

      • Dapur Basah dan Dapur Kering

      The Cedar Bidor
      Dapur basah

      The Cedar Bidor
      Dapur kering

      The Cedar Bidor
      Kemudahan perkakas dapur tersedia

      The Cedar Bidor
      Dapur

      Ruang dapur adalah ruang kegemaran mak mak! haa laa, kalau semua seronok mandi kat kolam tak ke kau akan rasa lapar teruk? Masa nilah fungsi mak mak. hahahaha. Dapur basah dan dapur kering yang selesa. Jadi kalau korang datang sini, bolehlah korang bawak barang masakan sendiri tau. Sebab di sini mereka hanya menyediakan kelengkapan untuk memasak. Bahan masak beli sendiri okayy. 

      • Ruang Makan
      The Cedar Bidor

      The Cedar Bidor
      Ruang Makan diluar

      The Cedar Bidor
      menikmati min sambal hitam masa ni ohsem giler

      The Cedar Bidor
      ruang citchat kat sini

      The Cedar Bidor
      haaa, berhenti kejap dari membawang. kihkih
      Dengan meja makan 16 kaki yang terletak tepat berhampiran kolam renang, ini membolehkan kami menikmati hidangan dengan pemandangan kolam renang dan hutan hujan Malaysia. Meja makan yang boleh menempatkan 16 orang dengan selesa, sesuai untuk kumpulan besar seperti kami.

      • Meja Pool
      The Cedar Bidor
      Table Pool

      The Cedar Bidor
      Noob

      The Cedar Bidor
      Kasi On

      The Cedar Bidor

      Ehem ehem, tempat fav korang kalau korang ke sini.. DI The Cedar Holiday Home mempunyai Pool Table 7ft Snooker lengkap dengan set bola, berus meja, segitiga plastik, kapur dan isyarat. Ini sesuai untuk tetamu yang menikmati hiburan di rumah. Korang boleh main pool ni sampai muntah. Mau tak muntah, korang tak perlu bayar main per jam dah, ni free berjam-jam. Kau ghaserr? hahaha

      • Bilik Mainan kanak-kanak
      The Cedar Bidor
      Pandai main mahjung ? ada simpan kat sini

      The Cedar Bidor

      Tidak lupa anak-anak kecil takkan korang je seronok main pool di sini, rumah percutian The Cedar ini juga menyediakan Kids Playroom untuk kanak-kanak untuk bersenang-senang. Mempunyai pelbagai jenis mainan yang disediakan untuk mereka menikmati masa mereka di sini. Bukan je budakbudak suka, tu haa tuu brader ni pun suka bilik ni. hahahha

      • Karaoke Lounge dan Ruang Tamu yang luas
      The Cedar Bidor
      Ruang tamu yang luas

      The Cedar Bidor

      The Cedar Bidor
      Ruang Karaoke

      The Cedar Bidor
      kasi layan

      Ruang tamu di tingkat atas dilengkapi dengan TV LCD, sistem bunyi dan sistem karaoke. Korang boleh memilih lagu kegemaran mereka dari pemain karaoke kami dan menikmati lunak suara korang tuu haa. Tapi ! lagu melayu tak berapa banyak. Jadi kami hanya karaoke melalui youtube. hahaha. asalkan karaoke babe.

      • 8 Bilik - Katil Queen
      The Cedar Bidor
      Corridor Bilik ke bilik

      The Cedar Bidor
      Setiap bilik katil queen dan berpenghawa dingin

      The Cedar Bidor

      The Cedar Bidor
      Setiap bilik ada bilik air dan extra 2 ilik air di tingkat bawah

      Ada 8 bilik semuanya di sini. Setiap bilik disediakan katil size queen dan tersedia bilik air di setiap bilik yang ada. Bilik air yang luas air pun kuat untuk membersihkan diri di sini.

      Tarikan berhampiran di The Cedar, Bidor

      The Cedar Bidor

      Sungai Gepai Bidor

      Air terjun Gepai yang tak sempat aku jejaki adalah antara 10 Air Terjun di Perak. Air jernih dan sejuk. Air terjun ini terletak hanya 5 minit memandu atau 15-20 minit perjalanan hutan dari The Cedar Villa. Dari tempat letak kereta korang boleh menyeberangi aliran di jambatan kecil. Jambatan ini adalah tempat kegemaran untuk menyelam di dalam air sejuk yang sejuk di bawah. Okay jeles Ajeeb dapat main sungai.

      ---------------------------------------------------------------------------
      Harga : 
      RM1100-RM2400

      Info Lanjut
      Alamat : Lot 1852, Jalan Paku, Kg Chang, Bidor, Perak, 35500, Malaysia
      Waze : The Cedar At Bidor
      Email : thecedarbidor@gmail.com
      Telephone Number : +6012-683-9979

      Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty

      $
      0
      0

      Kebanyakan gadis mementingkan “first impression” tidak kiralah waktu menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru. 


      Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.



      Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.



      Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!



      Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

      Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!



      SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk:

      Mencerahkan kulit
      Menyamaratakan tona kulit
      Kulit berseri merah jambu
      Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
      Memberi perlindungan UV
      Melembutkan dan menghaluskan kulit
      Melicinkan kulit
      Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit

      Cara Pengunaan Safi Fain Beauty


      1. Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
        Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.
      2. Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
        Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.
      3. Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
        Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).
      SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. 

      Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!

      Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut:

      1.SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
      Saiz pek: 50g/100g
      Harga: RM5.75/10.20

      2.SAFI Fair Beauty Fairness Cream
      Saiz pek: 50g/80g
      Harga: RM8.15/11.45

      3.SAFI Fair Beauty BB Cream
      Saiz pek: 40g
      Harga: RM8.15 

      4.SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)
      Saiz Pek: Gift Set
      Harga: RM10.90

      Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
      Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram SAFI @safimalaysia, laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

      Swanicoco Show The Velvet Lipstick Black Edition Juliet Red

      $
      0
      0
      Swanicoco memulakan perniagaan dengan sabun semulajadi menghasilkan sabun dengan proses penapaian dimana penggunaan herba medikal dipilih untuk menjadi sabun semulajadi yang berkesan dengan mendidih dan menapai bahan-bahan tersebut. Pada masa ini, Swanicoco adalah kosmetik semula jadi syarikat di Republik Korea. Untuk permulaan Swanicoco akan berusaha menjadikan produk yang terbaik sebagai ahli keluarga untuk memastikan kosmetik yang dihasilkan selamat untuk digunakan pada kulit wajah. 

      2018 the hottest brand in Korea


      Juliet Red Lipstick Limited Edition

      Perkataan "Natural" di bahagian atas logo Swanicoco bermaksud bahawa mereka adalah yang mewakili syarikat kosmetik semulajadi. Bunga peony di tengah melambangkan kelimpahan dan keanggunan. Pada bahagian bawah logo, "Swanicoco" bermaksud kita mengejar keanggunan "Swan" (feminin), dan "coco" bermaksud "kelapa" (seperti yang kami tawarkan kosmetik semulajadi botani) serta "cuteness" dalam bahasa Perancis. Identiti jenama mereka menunjukkan bahawa mereka adalah syarikat yang bekerja keras untuk memastikan kosmetik semulajadi ini bukan hanya untuk wanita malahan untuk lelaki dan juga semua orang.

      Rahsia kecantikan | Bahan- Bio Penapaian


      Teknologi proses penapaian yang digunakan sama sahaja seperti proses penapaian makanan. Semasa proses penapaian, partikel menjadi semakin halus dimana ianya meningkatkan kadar serapan pada kulit. Tambahan sebagai komponen semulajadi ianya tidak akan memberi kesan iritasi pada kulit. Semasa penapaian, nutrisi yang tidak wujud sehingga sekarang seperti asid amino dan anti-oksida akan terhasil untuk merawat kulit rosak dan mencegah penuaan. Swanicoco menggunakan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan juga herba medikal Korea sebagai bahan utama dalam proses penapaian ini dan menyatupadukan bioteknologi ke komponen semulajadi mesra alam dengan membaikpulih kulit wajah. Selain daripada air yang bersih, Swanicoco menggunakan ekstrak penapaian sebagai proses utama sebanyak 80% di dalam kosmetiknya. Proses teknologi penapaian akan ditambahbaikkan dari semasa ke semasa.

      Penyelidikan bioteknologi semulajadi

      Swanicoco tidak menggunakan bahan yang berbahaya pada kulit seperti pewarna tiruan, wangian tiruan, pengawet kimia, streoids, alkohol, minyak mineral, paraben dan juga benophenones. Malahan banyak menggunakan bahan semulajadi dan proses penapaian supaya komponen semulajadi tidak menjadi konflik antara satu sama lain apabila dicampur. Kaedah campuran yang optimal telah menghasilkan kosmetik semulajadi yang selama, bebas hipoalergik, lembut dan ideal untuk semua jenis kulit dengan kesan pembaikan yang maksimum pada kulit.

      Natural Korean dan bahan yang dipatenkan ( bahan semulajadi di Korea dan bahan dipatenkan dari pelbagai negara)

      Bahan utama Kosmetik Swanicoco diekstrak sama ada dari tumbuhan semulajadi Korea; bahan dipatenkan dari Eropah termasuklah Perancis yang telah membawakan Swanicoco sebagai bahan kosmetik secara global di pasaran; ataupun secara organik bahan yang telah diluluskan dari US dan Australia. Swanicoco dihasilkan secara selamat dan memberi kesan yang bagus dengan faktor pertumbuhan Epidermal (EGF), Faktor pertumbuhan Fibroblast (FGF) dan peptida protin.


      Bahan-bahan Juliet Red seperti :

      Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850


      Edisi terhad : Show The Velvet Lipstick edisi hitam

      Juliet Red merupakan antara 3 warna yang terang, berani, lembapan yang tahan lama dan mampu melembabkan bibir dengan bahan daripada minyak semulajadi dan lilin carnauba.


      Juliet red adalah warna yang berani dan elegan sangat sesuai untuk digayakan ketika berada di tempat ramai orang supaya personaliti nampak lebih terpancar. Sebenarnya warna ni tak berapa kena dengan warna kulit aku. Haa laa, aku cuba pakai dan ibu aku cakap wow! merah makngah.. hahaha. yee sayang. Merah menyal. Yang seronoknya lipstick Swanicoco ni long-lasting. Itu bermaksud tahan lama sesuai untuk aku yang malas nak touch up semula bila keluar tuu. Yang penting mudah nak hilangkan bila kita dah sapu kat bibir tuu. 

      Di Malaysia baru dilancarkan lipstick Swanicoco kod Red Juliet ni, aku akan tunggu keluaran kod kod yang lain. ehh ehh ! tak sabar pulak. 

      50 Gram memperkenalkan Swanicoco


      50GRAM merupakan syarikat tunggal yang pertama memperkenalkan produk Swanicoco di seluruh negara. Syarikat lain akan melancarkan Swanicoco pada masa yang akan datang. Pada 30 Ogos 2018 50 GRAM x Swanicoco telah bekerjasama dengan mengadakan Majlis menandatangani secara Peribadi di Sunway Impressoul Gastrology sebagai memorandum persefahamam. Produk Swanicoco juga telah melancarkan jualan bermula pada 18 September 2018 dengan harga RM88.85 je. 

      Korang akan dapat harga jualan secara ekslusif dari 50GRAM, 25% diskaun untuk beli Juliet Red, Gincu percuma dan boleh tinggal di Villa untuk pemenang dengan hanya daftar di sini http://referral.50gram.com.my/ref/hs16048328

      Info Lanjut:
      Swanicoco x 50GRAM
      Instagram @50gram.com.my


      MINGGU PERTAMA CABARAN JOM KURUS 6 MINGGU JK1M11

      $
      0
      0
      Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia musim ke-11 (JK1M11) merupakan kali kedua aku sertainya. Apa menariknya musim kali ini bakal aku kongsikan bersama-sama dengan kau orang. Dalam banyak-banyak coach iaitu jurulatih JK1M11 aku pilih kawasan Batu Pahat kerana di kawasan kampung halaman aku dan Suhaila menjadi pilihan aku dari season yang lepas. Ini jawapan kenapa ak pilih Coach Suhaila.

      JOM KURUS 1 MALAYSIA MUSIM 11 - MINGGU PERTAMA


      JK1M 11 BERSAMA KEVIN ZAHRI
      Seperti musim lepas cabaran JK1M10 bersama Kevin Zahri Coach Sue buat sesi pengenalan bersama peserta JK1M musim kali ini. Kira icebreaking giteww.. 


      Dalam pada masa yang sama Coach Sue akan mengambil data peserta musim kali ini dengan mengambil data berat badan, ukur lilit badan serta ujian kecergasan. Haaa, kira pengenalan jugak kepada peserta baru supaya takk terkujat dengan aktiviti akan datang. 

      PESERTA JK1M11 TEAM BATU PAHAT

      haaa, inilah antara peserta dibawah coach sue, ada ramai lagi tapi ada yang balik awal dan ada yang tidak berkesempatan untuk turut hadir pada hari ni. Mampukah kami mengurangkan berad badan yang ideal dalam masa 6 minggu ? 
      ----------------------------------------------------------
      Jangan sedih kerana terlepas peluang untuk JK1M musim ke11 ni, Sentiasa update dengan info JK1M musim ke 12 akan datang yaaa! lebih kurang awal bulan 1 nanti.

      019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)
      Viewing all 474 articles
      Browse latest View live