Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all 475 articles
Browse latest View live

TARIKAN DI UNIVERSAL STUDIO JAPAN

$
0
0
Sebut pasal negara matahari terbit mesti bagi para hikers kental tertarik dengan gunung Fuji. Lain pulak buat kaki travel banyak pulak kaki nak melangkah terutama ke USJ... Moh leee kita ke USJ, ehemm ! bukan yang kat Subang Jaya tu tau tapi kat Jepun. Haaaa Jepun? Hahaha tengah cerita kat Jepun kan.. Bukan cerita kat sini-sini je.. USJ tu ialah Universal Studios Japan yang berada di Jepun. Ada banyak yang menarik di Universal Studios Japan. Kalau nak disebutkan satu persatu, tidak terkira banyaknya.


TARIKAN DI UNIVERSAL STUDIO JAPAN

Universal Studios Japan adalah taman tema pertama di bawah jenama Universal Studios yang dibina di Asia. Dibuka secara rasmi pada tahun 2001 di Osaka Bay Area, taman tema ni meliputi kawasan seluas 39 hektar dan merupakan taman tema yang paling banyak dikunjungi di Jepun selepas Tokyo Disney Resort. Universal Studios Japan ada 8 bahagian iaitu Hollywood, New York, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, Universal Wonderland dan The Wizarding World of Harry Potter.

1.   Harry Potter di Hogwarts School

Harry Potter di Hogwarts School

Semestinya korang mengikuti cerita Harry Potter macam aku kan. The Wizarding World of Harry Porter, ada banyak collection item dari filem Harry Porter. Jadi.. kepada peminat Harry Porter kat Malaysia ni, aku tau ramai gak sebenarnya, makanyaaa USJ ni sesuai untuk korang. Sambil-sambil tu ada banyak aktiviti yang best ada kena mengena dengan Harry Porter ni. Ada adventure ride yang korang kena pakai cermin mata 3D. Best kan, lepas tu ada Flight of the Hippogriff family friendly roller coaster, bukan jenis yang kaki atas kepala bawah tau. Hahaha.


Weyhh, kat sini memang kau akan rasa berada dalam dunia khayalan dunia impian.. hahah ternyanyi pulak.. Sebab apa, kat sini kau boleh fefeeling dengan Wand Magic, Three Broomstick, dan Hog’s head. Kalau nak tau apa lagi yang ada korang kena la pergi sana nanti dan explore. Barulah fun.

2.  Universal Wonderland 


Di Universal Wonderland fokus kepada character Snoopy, Hello Kitty dan Sesame Street. Ada banyak ride kat sini yang sesuai untuk korang bawak family especially untuk anak-anak mesti suka. So simpan la duit banyak-banyak untuk korang bawak kesayangan kat sana.

3.   Theme Park


Korang boleh menikmati pelbagai tarikan di sini seperti roller coaster dan simulator berdasarkan filem-filem popular macam Spiderman, Back to the Future, Jurassic Park dan lain-lain. Lebih menarik, terdapat banyak tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa.

4.  Souvenir Universal Studio Japan


Untuk korang yang merancang untuk membeli-belah Gifts di Universal Studios Japan, terdapat sebuah pusat membeli-belah di sebelah luar pintu Universal Studios Japan iaitu Universal Citywalk Osaka. Di sini terdapat hotel rasmi Universal Studios di samping restoran dan kedai yang menjual cenderahati khas Universal Studios Japan.

5.  OSAKA TOKOYAKI MUSEUM

Terdapat Osaka Takoyaki Museum yang mana merupakan deretan vendor terkenal menjual hidangan tempat di bawah 1 bumbung. Untuk sampai ke sini menggunakan kereta api, anda boleh turun di Stesen Universal City yang terletak di laluan JR Yumesaki Line kemudian berjalan kaki lebih kurang 5 minit untuk sampai ke pintu masuk Universal Studios Japan.

6.  OSAKA AQUARIUM


Untuk korang yang nak sedikit kelainan, korang boleh menggunakan perkhidmatan feri yang diberi nama ‘Captain Line’. Feri ini menghubungkan Osaka Aquarium dengan Universal Studios Japan. Perjalanan mengambil masa 10 minit.

7.  PERSEMBAHAN MENARIK DI USJ

Sepanjang jalan di Universal Studios di Osaka ini, korang boleh lihat ada banyak pentas. Setiap jam akan ada beberapa persembahan samada nyanyian, pertunjukkan, tarian dan pelbagai lagi show menarik untuk pengunjung di dalam taman tema ini. So korang akan enjoy banyak dengan performance yang disembahkan nanti so korang takdelah boring nanti.

PAKEJ PERCUTIAN MENARIK DENGAN TRAVELOKA


Actuallykat sini lagi best daripada yang ada dekat dengan kita kat Singapore. Antara benda best pasal Traveloka Malaysia attractions ialah korang boleh dapatkan offer terbaik dan murah. So apa yang korang tunggu-tunggu lagi, pergilah book sekarang.
Bila lagi korang nak tengok karekter-karekter yang selama ni korang tengok kat wayang je, tapi kali ni korang boleh tengok secara dekat the kostum and korang boleh jugak belik merchandise sebagai kenangan. USJ ni sebenarnya sangat dekat dengan kita. Kita memang perlu sentiasa lihat ke timur. Barulah Maaysia akan maju.
So guys, open your laptop, find a great date untuk book tiket flight, hotel dan USJ punya tiket dan tak lupa jugak tren tiket. Semua tu penting so that u can have the greatest time of your life.


Selamat bercuti dan selamat menyambut tahun baru cina 2019 ye semua. ehh ! sis excited nak long weekend. Cuba teka kali ni sis pergi mana? hahahha. Staytune okaayy!!

Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal x Althea

$
0
0
Wahh ! Althea angel masih belum patah sayap lagi bila kali ini kita nak lebarkan sayap dengan bau yang sungguh wangi dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal x Althea.


Tahniah Althea kerana ini merupakan kali pertama kolaborasi pertama Althea bersama artis. Artis terkenal dari Indonesia, Titi Kamal juga merupakan pelakon dan ikon fesyen kecantikan di Asia Tenggara dan ya! aku sangat bertuah untuk wangi bersama Titi Kamal. hihihi ! Suka sangat bau dia soft tak manis tak keras. 


STAY FRESH BODY SPARKLING MIST 

Kali terakhir aku pakai body mist pun aku tak ingat bila. Sebab aku macam tak tahu nak pilih body mist mana yang tahan lama dan sesuai kalau kena peluh badan kita ni. Takut pulak bau tengik! Dah nama pun perempuan.. Kalau bau tak best, mencemar duli pulak kan. Mestilah kalauperempuan dikaitkan dengan bau bunga tak boleh berpisah..Macam simbolik kesopanan dan kesusilaan gitew


Wangian Segar Buah-buahan dan Bunga-Bungaan Pilihan Titi Kamal



Aku kalau bau dia soft tak manis tak keras memang aku in love sangat.. Wangian ni pun dapat mempengaruhi mood kita tau. Kalau bau sendiri wangi, bangla berbau pun kita masih cool lagi. Body Mist keluaran terbaru dari Althea ni adalah wangian pilihan Titi Kamal sendiri iaitu campuran bauan dari buah orange dan juga peace yang manis dan bauan bunga ros . Body Mist ni tak terlalu kuat bauannya sebab masih mengekalkan bauan yang lembut . 

Bahan Kandungan Utama :



Damask Rose Water - Menghidupkan kulit terhidrat & memberi wangian lembut
Orange Flower Extract - Menyegarkan semula deria
Elder Flower Extract - Menyejukan dan melegakan kulit, sambil memberikan bau feminin


Full Ingredients : Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin

BODY SPARKLING MIST TITI KAMAL X ALTHEA REVIEW BY MIMINADAM

 
Sepertimana aku ada sebut tadi, aku lebih gemarkan bau yang soft. Tidak manis dan tidak keras. Bila bau wangian Body Mist ni macam teringat zaman-zaman sentiasa dating je! haha tak tau kenapa, mungkin sebab bau body mist dapat mengembalikan kenangan lama. Iye lahh zaman dating kan. mestilah sweet sweet jekan.


Yang bestnya ia bukan sejenis Body Mist yang melekit, lepastu bau dia taham lama..  Ada sesetengah body mist ni kadang-kadang ada jenis yang bila kita spray di body,  macam melekit. Bosy mist ni sangat selesa dan menyegarkan, aku rekomen pada korang yang sukakan pelbagai gaya sebab ia sesuai dengan kehidupan harian kita. Packaging pula sangat comel dan senang masuk beg untuk bawak ke mana-mana..


Harga : RM35 (100 ml) -  boleh dapatkan di 

PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ IOI CITY MALL

$
0
0
Bukan selalu kita nak makan steamboat kan. Jadi aku nak cadangkan steamboat sedap sekitar Putrajaya. Hari tu aku ada gathering sama-sama dengan rakan blogger lain. Kami memilih makanan steamboat sebab style masak-masak  yang akan jadi suasana riuh dan seronok.

PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ

Dalam banyak-banyak steamboat yang aku pernah pergi , di Pak John ni ada menu unik yang aku tak pernah jumpa di tempat lain, kebiasaannya seafood sama je kan tapi kat sini ada seafood yang aku sendiri cuba buat pertama kali.. Terdapat 160 menu yang tersedia untuk korang menjamu selera di sini.


Yang menjadikan steamboat ni sedap adalah kuah atau sup dia wajib sedap. Kalau tak sedap memang terus selera mati. Aku rasa bukan aku sorang je yang jenis memilih sup yang sedap ni. haa ! ada sesetengah tempat cuma pakai cube meggi. Yang keduanya wajib seafood semua fresh fresh belaka. Kalau tak fresh rasa dah lari. Haa giteww lahh customer always right. hahahaha.

Sup tersedia : Prawn Soup, tomyam Soup, Chiken Soup, Miso Soup dan Curry Soup
Macam biasa, aku cuma kenal tomyam sup je dari banyak-banyak pilihan yang ada, Sebab tak kisah lah makan kat memana.. Kalau ada tomyam mesti aku akan pilih tomyam menjadi pujaan hati dinda,


Konsep steamboat dan bbq wajib ada tempat grill yee anak anak. Wajib ada, Kalau tak, pasti tak jadi apa itu steamboat. Menariknya di Pak John Steamboat & BBQ menyediakan sos pedas. Haa! kaki pedas memang akan suka steamboat di sini.


TEMPAT SELESA SEISI KELUARGA

Ruang di dalam Pak John Steamboat & BBQ

Outdoor Pak John Steamboat & BBQ
Kawasam Pak John Steamboat & BBQ di IoI Putrajaya ni memang luas dan selesa, sebab ia mampu memuatkan 150 hingga 200 orang dalam pada masa yang sama.. Kompom kalau korang  datang weekend memang ramai gila , full house gittewww. So jangan lupa datang awal atau booking awal-awal okay! 

Aneka pilihan menu buffet, seafood, Ala-Carte dan Dessert

Aneka Seafood
Aneka sayur
Aneka Mee



Aneka citarasa anak-anak. hehehe

Menu Premium Hanya Di Kaunter



Untuk menu utama kat sini, korang boleh dapatkan kat kaunter. Kau kena order kat kaunter. Order untuk menu ni free je sebab semua harga dah termasuk dalam 1 harga. Takde cas tersembunyi.



Semua sedap, daging itik tu memang rasa manis dan paling unik adalah abalone.. sebab sebelum ni tak pernah pun makan , unik gila rasa dia, tak tahu nak gambar kan macam mana tapi sedap dan kenyal-kenyal gitu. Jangan lupa tau order kat sini karang orang makan itik 

minuman yang ada di sini dan boleh order juga , ada jus buah , ais krim , abc dan juga coffee panas 

REUNION BLOGGER AT PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ IOI CITY MALL


Alhamdulillah, ternyata sedap dan bebaloi makan di Pak John steamboat sebab aneka makanan yang sedap dan sangat berpuas hati dengan harga. Sesuai untuk seisi keluarga dan kawan-kawan. Ehh ! korang boleh buat tempahan birthday party atau private party tau. 

Harga Pak John Steamboat & BBQ



---------------------------------------------------------
Info lanjut:


Lokasi : 

GE-11 Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya 
(bahagian luar, berdekatan dengan kolam) 

contact : 012-251 8289/03-89571128

PEMBEKAL PAU SEDAP DAN GEBU HANYA PAU MIRA - RASA SEKALI NAK LAGI

$
0
0
Hai korang! tahu tak tak semua pau sedap tau. Aku pernah beli pau kat memana RnR. Paling mengecewakan kalau dapat pau yang keras inti sikit dan paling sedih macam makan roti bukan makan pau T.T Disebabkan sedap betul pau ni,, aku buat review ni seikhlas hati . Jom support perniagaan bangsa kita, bangsa melayu


PAU MIRA FROZEN FOOD

Pernah tak kau terfikir untuk jual pau.. Nahh! inilah tempatnya kalau kau nak beli borong sekali banyak untuk jual boleh untuk makan sendiri boleh untuk hidangkan semasa majlis besar pun boleh. Pau Mira Frozen Food yang membekalkan pelbagai perisa seperti pau daging, pau ayam, pau kacang, pau blackpaper cabonara dari pau mini sehingga pau besar. 


Bukan setakat pau sahaja tau dia jual, makanan frozen yang lain juga turun jual di sini seperti karipap frozen, otak-otak, satey dan banyak lagi..


Balik je dari kilang dia, hahaha! macam biasa aku terus tak sabar nak mengkukus pau-pau hasil tangkapan di Pau Mira Frozen tuu. 

inti kaya - gebu dan penuh intinya

Perfect Pau ! sedap tau..


SENARAI PAU DI PAU MIRA FROZEN FOOD

Apa pau yang dihasilkan di Pau Mira Frozen ? Ehh banyak tau.. meh aku senaraikan pau yang terdapat di sana:

Pau mini daging

Pau keladi juga terdapat 2 (besar-6 biji / mini-12 biji)
Pau durian - terdapat 2 size (besar-6 biji / mini-12 biji)

Pau Daging Blackpaper

Pau Ayam Blackpaper
Pau Sambal Bilis
Pau Carbonara Cheese Ayam
Pau Ayam Sambal Serai
Pau Blueberry
Pau Kacang Peanut
Pau Sardin
Pau Coklat
Rasanya ada banyak lagi, kau boleh datang ke sini sendiri untuk lihat apa inti kegemaran korang yaa!

Pau Mira Forzen Food kini berwajah baru



Pau Mira Ia telah diusahakan oleh sebuah keluarga di Kampung Tanah Merah, Johor. Pada mulanya sebelum Pau Mira dibangunkan, ia dijual di seberang jalan di bawah payung. Tetapi sekarang jenama pau terus berkembang dalam industri makanan apabila usahawannya, Misnan Ramijo Berjaya dalam mendirikan sebuah syarikat untuk membekalkan sejuk beku yang semakin popular.

------------------------------------------------

Info Lanjut :

Alamat : 
KM13,KAMPUNG TANAH MERAH MERAH, PAGOH, Muar 
Email : 
paumirafrozenfood@gmail.com
Contact :
012-743 4086
Business Hours : 
8.30 pagi - 6.30 petang (hari-hari kecuali Rabu tutup)

4FINGERS MENGHANGATKAN HABA TAHUN BARU LUNAR DENGAN FIRECRAKER CHICKEN BARU !

$
0
0
Kuala Lumpur, 1 Februari 2019 -Tahun Baru Lunar, rakyat Malaysia akan dapat pengalaman mala, rempah dan segala-galanya baik seperti tidak pernah sebelum ini, dengan pelancaran rasa ayam pedas 4FINGERS 'terkini - Firecracker chicken
 
Firecracker chicken rub hanya mengandungi rempah-rempah segar, termasuk cumin dan lada Szechuan, dan khusus dibuat dengan kerjasama chef selebriti Singapura dan afikionado ayam goreng, Bjorn Shen.
Seperti namanya, rasa Feisty ini datang penuh dengan asakkan aromatik, pedas, dan menyeronokkan. Item menu baru yang kini tersedia untuk masa yang terhad di seluruh empat belas 4FINGERS outlet di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru sepanjang musim Tahun Baru Lunar perayaan.

Firecracker chicken akan disediakan sebagai signature wingettes, drummettes dan drumsticks 4FINGERS, bermula dari RM15 untuk barangan àla carte dan RM19.70 untuk makanan. Penghibur rempah boleh memilih untuk makan keseluruhan yang terdiri daripada hanya Firecracker chicken, dan orang-orang yang kurang percaya diri mereka boleh mengendalikan pecah haba boleh pergi untuk dua perisa ayam 4FINGERS’ signature Soy Garlic or Hot Sauce - dalam satu hidangan.



4FINGER x Chef Bjorn Shen

Dengan lebih daripada empat belas tahun pengalaman kuliner, chef yang berasal dari Singapura Bjorn Shen tidak asing dengan industri F & B. Bjorn kini menjadi tukang masak dan pemilik Artichoke, sebuah restoran yang diilhamkan di Timur Tengah di Singapura. Pada tahun 2016, beliau telah dinobatkan sebagai '20 Best Chef' di Singapura oleh World Gourmet Summit, dan juga finalis untuk 'Chef of the Year' pada tahun 2018. Seorang hakim pemastautin MasterChef Singapura, koin Bjorn gaya memasak ' dudestronomy 'dengan cinta untuk rasa besar, berani dan ayam goreng.


Chef Bjorn Shen berkata: "4FINGERS dan saya telah menghabiskan masa bersama untuk menyempurnakan campuran istimewa ini yang lazat, namun cukup pedas untuk membawa panas. Saya berani mengatakan bahawa tahap rempah sayap ini adalah antara jenama ayam yang paling kuat di Malaysia, dan saya teruja melihat rakyat Malaysia mencuba untuk diri mereka sendiri. Saya merasakan keperluan untuk mengulangi bahawa saya serius tentang permainan ayam saya - dan saya juga mempunyai tatu sayap ayam di atas lengan saya untuk membuktikannya - dan saya bangga terlibat dengan 4FINGERS, Firecracker chicken.”
 
Dave Acton, Ketua Pegawai Eksekutif 4FINGERS menambah, "Chef Bjorn sekali lagi meniup kami dengan ciptaannya yang berani dalam kerjasama terkini kami. Dengan pemahamannya tentang profil rasa Asia, dipasangkan dengan cintanya untuk ayam goreng, saya yakin kerjasama ini akan membuka jalan untuk lebih banyak lagi dalam beberapa bulan akan datang. "


"4FINGERS mempunyai banyak perkara menarik dalam perancangan, dan pelancaran ini berfungsi sebagai rasa yang menggembirakan tentang apa yang akan datang untuk peminat kami di seluruh dunia pada tahun ini kerana kami berhasrat untuk terus menjadi pasukan yang mengganggu dalam adegan F & B, sambil terus kekal berdepan dan menunjukkan sokongan untuk bakat dan pengeluar tempatan. Kami berharap para peminat kami dapat berkongsi kegembiraan ini dengan kami kerana kami terus melancarkan produk menarik yang akan merasakan rasa cenderahati dan mengekalkan orang ramai untuk kembali! " 
 

APA ITU 4FINGERS?

4FINGERS mewakili ketahanan terhadap status quo ayam goreng.Dimulakan oleh empat sahabat makanan yang sudah cukup ayam goreng. Dimulakan oleh empat rakan-rakan kaki makan yang sudah muak dengan ayam goreng formula dari big chains, mereka mengambil keputusan untuk mengambil sesuatu yang mustahil dan memperjuangkan perjuangan yang baik terhadap big boys. 
 
 
 
Mereka berazam untuk merevolusikan makan santai dengan ayam yang hebat.Setiap kepingan rangup yang menarik dengan zing secukup rasa.Dari ladang ke meja, 4FINGERS bangga menggunakan hanya bahan-bahan segar dan sos tanpa pengawet.Sekarang dengan 30 cawangan dan kiraan di seluruh Singapura, Australia, Indonesia dan Malaysia, dan dengan rancangan untuk memperluaskan lagi, 4FINGERS bersedia untuk menguasai dunia dengan ayam yang baik, jujur, goreng.

Vivo sebagai jenama telefon pintar yang paling disukai oleh rakyat Malaysia

$
0
0
Kuala Lumpur, 20 Februari 2019 - Dalam artikel baru-baru ini yang diterbitkan oleh portal industri perdagangan Pengiklanan & Pemasaran, Socialbakers, sebuah agensi analisis telah menduduki Vivo sebagai jenama telefon pintar yang paling disukai oleh rakyat Malaysia dengan interaksi 6,514,169 dan 91,069 reaksi cinta di Facebook.

Menurut agensi analisis, jenama itu telah mendapat banyak cinta kerana Vivo menggunakan imej yang sangat visual untuk kandungannya dan menjual peranti yang cantik supaya sifat visual media sosial menjadikannya tempat yang sesuai untuk mempamerkan produknya dan melibatkan rakyat Malaysia.

Dalam satu kenyataan kepada A + M, Naib Presiden JAPAC, Charles Tidswell, berkata syarikat itu melihat jenama mendapat lebih banyak cinta pada media sosial tahun lepas berbanding pada tahun 2017. Menurut beliau, ini adalah "petanda yang baik" kerana ia bermaksud bahawa jenama pengguna mengikuti mempamerkan kandungan yang memacu reaksi Facebook yang paling dalam - cinta.

"Jenama yang ingin mendapatkan 'cinta' lebih banyak daripada pengikutnya perlu memastikan mereka mempunyai pemahaman yang jelas tentang penonton mereka dan jenis kandungan yang bergema dengan mereka. Mempunyai maklumat ini di depan akan membolehkan jenama untuk membangunkan kandungan yang akan melibatkan penonton mereka dan menimbulkan interaksi, "katanya.

Tidswell berkata bahawa jawatan yang cenderung untuk menarik perhatian pengguna adalah cenderung menjadi penyebab yang bermakna, haiwan kesayangan, landskap yang menarik dan percuma. Beliau mengesyorkan bahawa percubaan-percubaan pemasar untuk mengetahui apa yang khalayak mereka benar-benar suka sambil tetap relevan dan benar kepada jenama mereka.


Vivo tiba di Malaysia pada tahun 2014 dan sejak itu telah berkembang pesat memperkenalkan 40 model telefon pintar dengan selebriti tempatan Dato 'Sri Siti Nurhaliza dan Janna Nick sebagai duta ras mereka.
 

Mengenai Vivo

Vivo adalah sebuah syarikat teknologi global terkemuka yang komited untuk mewujudkan produk dan perkhidmatan mudah alih pintar yang melampau. Vivo dikhaskan untuk membentuk ekosistem internet mudah alih yang bertenaga, dan kini memiliki dan mengendalikan rangkaian operasi penyelidikan yang luas, dengan pusat R & D di Amerika Syarikat (San Diego) dan China (Dongguan, Shenzhen, Nanjing, Beijing dan Hangzhou). Pusat-pusat ini memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi pengguna canggih termasuk 5G, AI, fotografi mudah alih dan reka bentuk telefon pintar generasi akan datang.

Vivo mempunyai lebih daripada dua ratus juta pengguna menikmati produk dan perkhidmatan mudah alihnya di seluruh dunia. Vivo hadir di 18 pasaran di seluruh dunia dan menampilkan kedai runcit luar talian di lebih 1,000 bandaraya di seluruh dunia.

ALTHEA MILK CREAM MASK

$
0
0
Kamu minum susu setiap hari?Tak semua orang minum susu kan. ehh ! Sudah tentu aku minum susu setiap hari sebelum tidur..  tetapi bukan hanya susu semata-mata ... eheek ! aku menambah milo ke dalam susu.. Susu mengandungi banyak manfaat untuk kulit kita.Jangan bimbang, dengan Masker Cream Peel Cream Althea korang akan mendapat semua manfaat susu yang kita perlukan !!Sudah bersedia untuk ber MILK UP?

Apa itu Althea Milk Peel Cream Mask ?


Nama peeling yang akan aku review kali ini  adalah Althea Milk Peel Cream Mask.Nama itu agak mengelirukan juga. Ada kata peel dan ada kata mask juga, habis tuu sebenarnya apa ? hahahaha Peeling atas masker mungkin..
Penerimaan awal dan aku mencuba produk ini sendiri sangat keliru dan selepas membaca dan mencuba, produk ini sememangnya mengelupas dan sangat teruja. hahhahaa

Peeling mask lembut ini mengandungi susu untuk kulit segar berfungsi sebagai bersihkan kulit muka dari sel kulit mati terkumpul dan mengurangkan kelibat pori pori nampak besar



Tekstur Masker Milk Cream

  • Bahan aktifnya adalah AHA & BHA yang membantu mengupas sel kulit mati untuk kulit yang licin. 
  • Ia mengandungi Protein Casein (susu) untuk memberikan kelembapan dan membantu kulit untuk terus lembap sepanjang hari. 
  • Ia mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat yang gelembung apabila mengurut pada kulit yang lembap untuk membersihkan liang-liang. 
  • Ia juga cruelty-free (Bebas kezaliman!)
 


Kebaikan Milk Peel Cream Mask
  • An exfoliating mask that transforms from a clay texture to a whipped cream lather
  • Contains milk protein extract to moisturize and revitalize 
  • Formulated with AHA & BHA to gently but effectively remove dead skin cells 

 Cara Pengunakannya?

  1. Sapukan produk pada kulit lembap dan urut dengan perlahan-lahan sehingga ia menjadi berbuih. 
  2. Biarkan ia pada kulit selama 30-60 saat sebelum membilasnya dengan air suam.
Bahan utama

Ekstrak protein susu - Melembapkan dan menguatkan kulit
AHA & BHA -Mengelupas sel-sel kulit mati dengan lembut untuk kulit licin 
Kaolin -Meretoksifikasi dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang
 
Sesuai untuk mereka
  • Semua jenis kulitPelbagai Pembesaran
  • Kasar, kulit sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut
  • Kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas mengelupas

Sapukanpada kulit lembap

Biarkan ia pada kulit
beberapa saat kemudian
proses pengupasan sedang berlaku
Pengupasan hampir berjaya
Hasil pengupasan selepas 60 saat
Kulit menjadi segar selepas memakai Milk cream mask

Sekiranya korang jenis kulit sensitif yang tak boleh bertolak ansur dengan produk scrub yang ada harsh beads yang akan iritate kan kulit aku cadangkan korang pakai Althea Milk Cream Mask ni. Bagi aku, ia sangat lembut. Walaupun sejenis clay mask.. tapi dia tak kering. Selepas bilas takde rasa muka tegang.. Mungkin ada protein susu dalam ni yang bantu hydrate kan kulit selepas process peeling tu selesai.



REVIEW ALTHEA MILK CREAM MASK by MIMIN ADAM

Aku sangat suka ! bau dia wangi dan lembut bila apply pada kulit kita. Tak perlu tunggu lama-lama. Pakai hanya seminit dan boleh terus bilas. Aku syorkan pakai seminggu 2-3 kali. Bergantung pada jenis kulit. Harga hanya RM36.00 boleh dapatkan di Althea Korea.

-------------------------------------------------
Info lanjut 

Facebook : Althea Malaysia
Instagram : Althea Korea
YouTube : AltheaKorea TV

PETUA HILANGKAN JERAWAT DAN JERAGAT DENGAN SERUM VITAMIN C SERIES BY ANNONA

$
0
0
Tahukah korang bahawa kulit yang tidak cukup Vitamin C adalah antara punca-punca utama yang mengundang masalah jerawast, jeragat, liang pori terbuka, kulit kelihatan kusam, gelap, kering dan tidak sihat? Aku diperkenalkan dengan satu produk berasaskan Vitamin C yang merupakan serum di mana ia mampu mengembalikan keadaan asal kulit yang sihat dan cantik disamping dapat memberikan wajah yang terbaik dengan khasiat 10x kekuatan vitamin C.

VITAMIN C SERIES BY ANNONA

Siapa tak suka bila dapat cara bagi menghilangkan parut dan jeragat, mengecilkan liang-liang pori di muka serta dapat juga menghalang atau melambatkan proses penuaan kulit dengan tindakan agen-agen anti penuaan dalam produk ini. Mari kita lihat apakah produk yang dimaksudkan ini ya.
 
Ony Nurhusni Mahad Nor merupakan pengasas MOS NURTRACEUTICAL SDN BHD menyedari isu berkenanaan memutuskan membantu kita atasi masalah kulit iaitu Vitamin C Series. Sebenarnya bukan serum sahaja yang dikeluarkan tapi banyak lagi. 


Vitamin C Serum By Annona merupakan satu-satunya produk atau serum yang kaya dengan Vitamin C yang menjadi asas untuk memberikan wajah terbaik pada kita. Setiap titisan Vitamain C Serum By Annona ini mempunyai 10x kekuatan Vitamin C dan ia akan memberikan kesan yang lebih pantas berbanding biasa. Formula istimewa yang terkandung dalam Vitamin C Serum By Annona bukan sekadar serum Vitamin C biasa sahaja, tetapi ia merupakan campuran daripada bahan-bahan citrus yang berkepekatan tinggi, termasuklah Hyaluronic Acid, Glutathione, Pomegranate serta ekstrak herba-herba semulajadi yang dipilih.
 
 

KELEBIHAN  SERUM VITAMIN C BY ANNONA

  • Mencegah dan memperbaiki sel kulit yang rosak akibat sinaran UV matahari, jerawat dan silap memakai produk kosmetik.
  • Merangsang penghasilan kolajen secara semulajadi 
  • Mengurangkan tompok hitam pada kulit.
  • Mengingkatkan keanjalan kulit
  • Memberikan kesan cerah yang sekata pada kulit ini
 BAHAN UTAMA SERUM VITAMIN C SERIES

Vitamin C Serum By Annona yang mampu memberikan wajah terbaik dengan 10x kekuatan Vitamin C. Kita akan melihat secara terperinci apakah bahan-bahan yang terkandung dalam produk Vitamin C Serum By Annona yang dapat memberikan kesan sehinga 10 kali ganda khasiat daripada Vitamin C biasa.


Glutathione – ia digelar sebagai ‘mother of anti-oxidants’ yang mana ia sangat kuat dan mampu untuk mencerahkan kulit yang kusam.

Asid Hyaluronic –
asid ini bertindak untuk memelihara kelembapan kepada kulit  dan pada masa yang sama ia juga dapat membuatkan kulit menjadi lebih licin, halus dan lebih anjal.

Ekstrak Daun Saxifraga – ekstrak dari daun saxifraga ini bertindak sebagai anti-oksidan pada kulit muka  dan ia juga mempunyai kesan pencerahan pada kulit.

Ekstrak Akar Pokok Peony –  Bersifat anti radang dan ia dapat membantu mengurangkan sensitiviti pada kulit. Ia juga dapat melancarkan aliaran darah di bawah kulit dan pada masa yang sama ia dapat memberikan kesan glowing dan menaikkan seri wajah pada kulit muka.
 
Ekstrak Akar Pokok Skullcap –, Melambatkan kadar penuaan kulit dan menjadikan kulit tampak muda. Ia juga bertindak untuk melembapkan kulit dan melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran ultra ungu atau UV, dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu meredakan kulit yang sensitif.

Ekstrak Buah Delima – selain khasiat yahg khabarnya ia boleh mencerahkan kulit, ia juga mengandungi bahan-bahan yang mampu melawan penuaan kulit serta bertindak sebagai anti kedut pada kulit anda juga. 
 
 
Korang kena tunggu aku punya review/testimoni akan datang selepas aku gunakan sendiri produk ni. So far setakat ni, tak sampai seminggu penggunaan.. tak melekit takde tindakan susulan. Dekat dagu aku ada kesan jerawat..
 
 
Hopefully selepas seminggu pakai kesan tuu akan pudar dengan cepat. Nak tahu pudar ke tidak. Stay tuned next entry okay !

---------------------------------------------
INFO LANJUT
 
Facebook : VCSAnnona
Instagram : vcs_annona
HOTLINE : +6010-8424243 

TUTORIAL MAKEUP MENGGUNAKAN ALTHEA MAKEUP

$
0
0
Fuhh, nebes wakk kita nak buat tutorial. Tak confident nak tunjuk kat sekalian alam hasil makeup sendiri. Hope boleh improve lagi selepas ni. Ya Allah tangan tak ada seni bantui Nabilah Ya Auloh. 

KOLEKSI DARI ALTHEA KOREA
Bila Althea release produk makeup, wahh! ai olss nebes tak karuan. Excited gilerr babe. Mostly produk keluaran Althea Korea sentiasa memikirkan penggunanya Sebab tu dia sangat best dan paling penting murah dan kualiti tiptop macam Neelopa. eheek ! Paling terbaru eyeshadow pallet hasil kolaborasi Althea X Bunga Cinta Lestari. Warna dia fullaaaamaakk cun habis..

UNBOXING ALTHEA STUFF
Hasil tangkapan dari Althea aku dapat 4 set produk ni jee akan hasilkan muka aku bertukar jadi pwincess yasmin tanpa menggunakan barangan lain. Harap harap tak mengecewakan. Tapi jaranglah Althea mengecewakan aku.. takpernah mengecewakan.. Antara hasil tangkapan aku :-
  1. Eye shadow Soonrise & Moonrise
  2. Flawless Creamy Concealer
  3. Spotlight Eye Glitter
  4. Watercolor Cream Tint

Flawless Creamy Concealer     

Spot ini paling best sebab ianya mampu menutup segala jerawat dekat muka. Elehh 1! Bukan banyak pun jerawat kat muka kau mimin. Ehh ehh walaupun tak banyak tapi menganggu pemandangan indah. Dan boleh tutup mata panda kau tuu haa.. Tak sampai 3 minit muka kaww kelihatan flawless.. giteww 
Harga: RM15.00
Terdapat 4 shades , dari warna cerah hingga lah gelap , #01 Vanilla , #02 Ginger , #03 Honey dan #04 Mocha. Concealer ni bukan untuk tutup cela je, aku jadikan conceal kening. Menggunakan apa adanya dengan bahan yang sedia ada. Eh sebelum tuu aku letak seperti biasa  serum muka, moisturizer sebelum memulakan makeup ni.

Cara Penggunaan Concealer; 
LANGKAH 1 : Calitkan ke kawasan spot seperti di bawah mata, di sekitar hidung atau di mana sahaja kawasan yang ada cela di muka. Kemudian ratakan dengan jari atau span.
LANGKAH 2 : Gunakan warna yang lebih cerah untuk di bahadian mata dan kontur dengan warna yang lebih gelap untuk membentukkan wajah. 
LANGKAH 3 : Gunakan berus halus untuk meratakan kawasan yang sukar seperti sudut mata, bibir dan cela kecil. Nak lagi senang gunakan beauty blender.

Eyeshadow Pallet Sunrise & Moonrise by Bunga Cinta Lestari X Althea

Tak tahulah step aku ni betul ke tak, lepas aku buat kening tadi.. Aku buat eye shadow. Eye shadow aku pakai Eyeshadow koleberasi Althea x Bunga Cinta Lestari. Paling jujur, bahagian mata aku cuma pandai buat eyeliner dan mascara jee. hikss. Maaf laa kalau kau tengok badut jap lagi..

Harga ; RM140.00

 Warna semua l Eyeshadow ni memang cantik giler warna ndia pigmented tak tipu hokeyy..  Terdapat 8 warna tersedia. Ada shimmer ada matte, I loikee..  



Spotlight Eye Glitter

Haaa, yang ni paling susah untuk aku apply kat mata. ahhahhaha! Lepas tepek eye shadow tadi baru aku apply Spotlight Eye Glitter ni sebagai cantikkan mata aku lag. Bagi mata tuu mengerlip kasi cik abang tak kelip mata tengok mata kita. 


Harga : RM 24.00


Ada dua warna iaitu #01 Gold dan #02 Pink 


Eye Glitter #01 Gold

Eye Glitter #02 Pink

Watercolor Cream Tint

Okay bab ni simple, anak buat aku pun pandai guna. hihi. Aku memang guna tint lip jenama lain sebelum ni. Selepas aku guna watercolor cream tint dari Althea. ehekk ! tak pandang dah brand lain punya tint lips.


Harga : RM 20.00
Sapu sikit je kat lips dah nampak dah.. Warnanya agak pekat sikit. Ada 4 warna tersedia iaitu #01 Plum,  #02 Strawberry, #03 Peach dan #04 Marron. Semua lawa warna dia jadi semua aku suka. Kalau habis memang aku akan beli lagi. Memang recomended ! Eh.. jangan tak tahu, boleh jadikan sebagai pemerah pipi (blusher) tau. Haaa. Murah pun murah multipurpose pun iyee produk dari Althea ni..






#01 Plum
#02 Strawberry
#03 Peach
#04 Marron

Makeup Tutorial Althea Brand by Mimin Adam


Haa video boleh tengok kat youtube channel iolss okay.. Kalau tengok gambar kat atas ni macam ye ye jee kan . hahahha.  So taraaa ! hasilnya badut ke pwincess. hahahaha



-------------------------------------------
Info Lanjut

PROGRAM AMAL MEMBELI SAMBIL MENDERMA BERSAMA SASUKE PREMIUM OUTLET (SASUCARE)

$
0
0
Sebelum ni aku ada share pelawak terkenal Tauke dan Man Raja Lawak bersama team Sasuke Premium Outlet buat kerja amal untuk Puan Nurul. Boleh baca artikal ni di sini. Sasuke Premium Outlet merupakan penjual pakaian terpakai dari Jepun. Kalau korang nak cari baju winter atau seumpamanya boleh laa cari di Sasuke Premium Outlet


SASUKE PREMIUM OUTLET


Sasuke Premium Outlet merupakan sebuah perniagaan bumiputera yang menjalankan
perniagaan pakaian terpakai dari Jepun dan merupakan yang butik preloved pertama
seumpamanya di Malaysia. Butik Sasuke kini mempunyai lima cawangan di sekitar Kuala
Lumpur.
 
  1. SASUKE PREMIUM OUTLET, SETAPAK.
  2. SASUKE OUTLET, KG PANDAN.
  3. SASUKE OUTLET, CHERAS
  4. SASUKE PREMIUM OUTLET, BANGI.
  5. SASUKE PREMIUM OUTLET, KAJANG.



Sepanjang 4 tahun dalam perniagaan, Sasuke sudah melakukan Program CSR ini dengan beberapa agensi berlainan. Antaranya bersama NGO MYMAHU (program anak yatim), 4 EPISOD TITIK SENTUHAN RTM (lawatan dan sumbangan ramadhan) dan juga bersama JABATAN KEBAJIKAN NEGARA (program gelandangan Anjung Singgah) .

SASUCARE - Projek Amal Sasuke dan Pelanggan


SASUCARE merupakan gabungan kreatif antara SASUKE dan CARE dimana memberi makna SASUKE PRIHATIN. Program amal SASUCARE’ ini merupakan kempen kutipan amal
yang julung kali diadakan di SASUKE OUTLET dengan kerjasama pelanggan mereka.



Program amal kali ini akan berlangsung selama 3 bulan berturut bagi membantu rumah rumah kebajikan terpilih dalam memenuhi keperluan harian mereka. Hal ini kerana, kutipan ini dapat disumbangan kepada 3 rumah kebajikan berbeza supaya sumbangan ini dapat meringankan bebanan pembelanjaan harian meraka. Sumbangan ini merupakan sumbangan tunai/cek terus ke rumah kebajikan terpilih.



Wahh, sekarang kita dah takpayah susah susah fikir kat mana platform yang dipercayai untuk hulurkan sumbangan kita kepada yang memerlukan. Tak banyak sedikit pun dapat menampung perbelanjaan harian mereka. 

Sasuke Kempen

Kempen ini bermula sebenarnya sudah bermula sejak 01 Mac 2019 yang lalu sehingga 31 Mei 2019, 11:59pm. Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Kempen menurut budi bicara tunggalnya atau jika Kempen tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta.



Lokasi Program Amal: Semua Sasuke Outlet
Tempoh kutipan : Bulanan (30 hari)
Badan Kebajikan : 
  • Mac - Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia
  • April - Rumah Kebajikan Ibu Tunggal
  • Mei - Rumah SERI Kenangan Cheras
Konsep : Beli dan derma
Tempoh Program : 6 Mac 2019 – 31 Mei 2019
Jenis Sumbangan : Tunai / Cheque

Cara Sertai Kempen Sasucare

Pelanggan yang membeli di mana mana SASUKE OUTLET bernilai RM30 dan keatas dalam 1 resit, penganjur akan menderma RM1 daripada setiap resit dibeli sepanjang kempen ini. Senarai Rumah-rumah Kebajikan terpilih akan diumumkan di media social SASUKE OUTLET dan NGO yang bekerjasama dalam kempen ini.



Derma akan disalurkan ke Rumah-rumah Kebajikan terpilih bagi setiap pembelian di dalam tempoh kempen ini berlangsung, pihak Sasuke akan menderma RM1 (dalam bentuk tunai/cek). Penganjur akan menderma mengikut nilai sebenar kutipan tanpa prejudis.



Kempen SASUCARE’ ini akan diuruskan oleh KINDNESS MALAYSIA, sebuah NGO berdaftar. Sumbangan ini seterusnya akan digunakan untuk membiayai keperluan rumah kebajikan terpilih.

Objektif Kempen Sasucare

  • Memberi pendedahan kepada orang awam terutamanya pelanggan SASUKE tentang kewujudan rumah kebajikan yang memerlukan bantuan.
  • Memberi peluang kepada pelanggan SASUKE menyumbang dan membantu golongan memerlukan.
  • Menjadikan program amal ini sebagai kaedah kesedaran kepada orang awam tentang kewujudan agensi sukarelawan dan badan kebajikan di Malaysia.
  • Menyediakan ruang kepada SASUKE untuk berkongsi aktiviti dengan orang awam sebagai amalan korporat.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Sasuke di dalam membantu golongan memerlukan dan meningkatkan kesedaran kepada orang awam serta menggalakkan pelanggan Sasuke melakukan amal. Semoga kempen ini memberikan impak yang besar kepada mereka memerlukan. Insyaallah, dengan bantuan anda Sasuke laksanakan dengan jayanya. Amin

CARA PENGGUNAAN VITAMIN C SERUM ANNONA

$
0
0
Hai, kali ni aku nak kongsi cara penggunaan Vitamin C Serum selepas tahu petua hilangkan jerawat dan jeragat yang berkesan menggunakan serum ini. Bukan je nak kongsikan cara penggunaan Vitamin C ni, tapi aku nak share juga pengalaman aku menggunakan Vitamin C Serum ni di sini.


Hampir sebulan konsisten dengan produk Annona ni, memang rasa sangat kelainannya. Kulit ada perubahan rasa flawless dengan whitehead dah semakin hilang kulit semakin licin dan lembut, bekas jerawat pun dah pudar. Cuma, jerawat mungkin ada buat come back.. Dia muncul pulak seketul lagi kat sekitar dagu.


Serum Vitamin C Annona ni mengandungi delima. Patutlah pipi ni kemerah-merahan macam pinkish sejak dua menjak guna VCS ni. Bukan itu ke, kalau pakai pagi dan malam, kulit pun lembut.. Bekas jerawat ataupun jeragat pun pudar. Walaupun tak hilan terus, tapi dia pudar dan kalau konsisten terus hilang. Semestinya langsung tak berminyak. Ia cepat meresap dan tak berbau busuk. Tuu paling suka tahu !

Cara Penggunaan Vitamin C Serum Annona

Serum mempunyai kepekatan nutrien bahan aktif yang tinggi berbanding pelembab. Vitamn C Serum Annona dan juga kebanyakan serum lain memerlukan 1 hingga 2 titis sahaja sudah mencukupi untuk memberi nutrien ke seluruh wajah


  1. Cuci muka
  2. Titiskan 2-3 titisan ke hujung jari sapu pada kulit bermasalah dan ratakan seluruh kulit muka
  3. Urut kulit muka arah ke atas dengan perlahan-lahan hingga serum kering dan meresap
  4. Kemudian boleh sapukan makeup seperti biasa
  5. Gunakan VITAMIN C SERUM Annona sekali atau dua kali sehari bergantung pada tahap keperluan kulit korang.  

Kelebihan Vitamin C Serum Annona

Jom lah cuba Vitamin C Serum Annona. So far aku pakai takde tumbuh yang bukan-bukan. Tambahan pula Puan Ony Nurhusni , Co-Founder Annona merupakan Ahli Farmasi Bertauliah.


VITAMIN C SERUM Annona kebaikkan:-
  1. Tiada alkohol
  2. Tiada paraben
  3. Tiada pewarna dan bauan yang palsu
  4. Produk yang halal dan boleh dipercayai.
    NO KKM VITAMIN C SERIES ANNONA -NOT 161004544K
  5. Analisa Makmal juga membukti VITAMIN C SERUM Annona selamat untuk di gunakan.

Review Vitamin C Annona by Mimin Adam

Serum dari Annona ini juga mimin suka pakai, tak melekit dan tak berbau. Lepas tu, jimat pakai. Aku konsisten pakai hampir sebulan, masih belum habis botol yang size 15ML, betuk dia pun mudah bawak pergi travel.


Bukan 2 minggu ye aku pakai, malah hampir sebulan aku pakai serum ni aku dapat rasakan perubahan pada kulit wajah aku. Kurang kusam dan paling penting bekas jerawat yang aku usik haritu dah pudar. Sekarang ada tumbuh yang baru pulak. hahahaha.. almaklumlah hujung bulan kan..

--------------------------------------------------------------------------
INFO LANJUT

Website : https://vitamincseries.com
Facebook Page: www.facebook.com/VCSAnnona
Instagram : www.instagram.com/vcs_annona
Hotline : 010-8424243

Perut Kempis dengan Surya Apple Cider Vinegar campuran Madu

$
0
0
Hello, bila mimin nak kurus ni belum berakhir episod tau. hahaha. Tak semestinya perut besar tuu mengandung. Sentap pulak kite yang tak kawin ni. hehekk ! Tapi tak semestinya kurus tak ada masalah perut kembung. Aku siap menekan-nekan perut ni keluar angin sentiasa.

Pernah dengar sebelum-sebelum ni Cuka Epal mampu mengatasi masalah perut kembung. Ingatkan murah-murah. Sekali tengok harga dia boleh tahan sampailah aku terjumpa Apple Cider Vinegar ni. 


Apple Cider Vinegar

Tengok ramai bagitahu, dekat Lazada tengah ada promo Apple Cider Vinegar ni. Cepat-cepat aku grab tak nak lepaskan peluang lagi dah. Ini kali pertama aku minum cuka epal ni. Sebelum ni ibu aku ada jugak beli.. tapi dia habiskan sorang-sorang tak hello hello pun. hahaha


KELEBIHAN APPLE CIDER VINEGER

Apple Cider Vinegar keluaran Surya Malaysia ni ada campuran madu, rasanya tak  ada la masam sangat, masam-masam manis macam tengah makan epal giteww.. ACV ni sesuai untuk kita yang memang nak sangat turunkan berat badan atau pun diet, cuba dan amalkan sebagai minuman.. dan banyak sangat kelebihan Apple Cinegar Vinegar ni antaranya:

  • Detox
Cuka epal ini sangat penting untuk membuang toksik dalam badan kerana memilki kandungan yang sangat baik dalam membantu tubuh membuang segala toksik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. (hari ni dua kali buang toksik berat. kehkehkeh)

  • Menurunkan Berat Badan
Mengandungi zat di dalam cuka epal yang dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam badan dengan mencampurkan 2 sudu besar cuka epal dalam air suam dan membuatnya sebagai minuman rutin, yang penting jangan lupa minum air masak banyak-banyak
  • Menjaga kesihatan sistem pencernaan
Sebelum start minum ACV ni, aku dah beberapa hari tak memerut. Perut dah keras dan kembung. Bila aku start minum ACV ni, tak pula terus memerut. Tapi, esoknya terus boleh nak buang air besar. Kerasan jugak, almaklumlah dah beberapa hari tak memerut. 
  • Membantu melegakan sakit tekak 
Khasiat madu yang ada dalam cuka epal ni mampu merawat sakit tekak dan batuk dari terus berlarutan...
  • Mengatasi merendahkan paras glukosa darah 
Apple Cider Vinegar boleh menurunkan kadar gula dalam darah, ia dapat mencegah dari berlakunya diabetes.

- membantu mengatasi masalah penghadaman
- membunuh bakteria dalam tubuh badan
- menurunkan paras kolesterol dalam darah
- menjadikan rambut lebih sihat
- boleh menggantikan minuman kordial
- menggantikan asam jawa dan gula

RAMUAN APPLE CIDER VINEGAR



Di perbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi, juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi

CARA MINUM SURYA APPLE CIDER VINEGAR

  • Masukkan 2 sudu besar Apple Cider Vinegar (30ml) dalam secawan air (180ml)
  • Minum selepas makan
  • Boleh jadikan bahan pengawet semulajadi 
  • Boleh gantikan asam jawa dengan Apple Cider Vinegar dalam masakan

Aku minum Apple Cider Vinegar ni selepas makan. Semestinya boleh minum macam tu je.. Tapi aku tak suka bau dia. So, aku campurkan kedalam segelas air kosong selepas makan. Di sarankan dari pengeluar 2 sudu sekali minum. Tapi, aku risau jugak sebab nama pun cuka kan, jadi aku ambil 1 sudu dan campur ke dalam minum aku. 

PENDAPAT MIMIN TERHADAP SURYA APPLE CIDER VINEGAR



Lepas minum AVC ni minggu pertama, memang perut jadi ringan. Mahu tak ringan, hari pertama minum ni, macam keluarkan bola dari perut yang dah lama tersimpan sebab pencernaan makanan tak bagus. Bukan tu je, kurang rasa asyik nak mengunyah je mulut ni. Cuma memang tak suka bau dia. Tapi mana mana cuka epal akan bau macam ni. Sebab tuu macam susah sikit nak konsisten. hikss

---------------------------------------------------
Info lanjut:

Aku dapatkan Apple Cider Vinegar dengan campuran madu di LAZADA, Shopee, Watson dan farmasi yang berhampiran


Spa Ceylon | Virgin Coconut Home Spa Set

$
0
0
Sebut pasal SPA, mesti dalam kepala akan fikir harga dan promosi yang mana patut di ambil. Mesti banyak senarai SPA yang pernah korang kaji dan buat penyelidikan mana terbaik dan berbaloi untuk di ambil. Pernah tak kalau kau terfikir kalau buat SPA sendiri dari rumah sebenarnya boleh je, tapi product apa yang kat SPA-SPA di luar sana pakai. Ehemm! sekarang kau dah tak payah risau okay.. 

Apa itu Spa Ceylon?

Spa Ceylon menggabungkan kebijaksanaan Ayurveda, bahan semulajadi halus & reka bentuk kontemporari untuk membawa anda yang paling mewah di Ayurveda - untuk kesihatan, kesejahteraan & bersantai. Pelbagai termasuk minyak rawatan, urut-urutan balms, urut dan minyak mandian, minyak pati, bar pembersihan, bar pengelupasan, gel mandi, scrub badan, pacuan badan, mandi susu, losyen badan, pelembab badan, kabus badan, kompres herba.


Kisaran Spa Ceylon Ayurveda adalah pengalaman 50 tahun dalam bidang produk kesihatan & kecantikan semulajadi dari perintis dalam penjagaan kecantikan Ayurveda moden di Sri Lanka.

Bertujuan untuk menawarkan pelanggan gaya hidup yang memuaskan dan kesihatan semulajadi, Ceylon Spa menawarkan perkhidmatan Ayurveda berkualiti tinggi melalui reka bentuk, inovasi, kakitangan runcit profesional dan pengedar di seluruh dunia.

SPA CEYLON AYURVEDA

VIRGIN COCONUT SCRUB & BODY CREAM - SPA CEYLON
SPA CEYLON - Bukan Face&Body Refining dan Ultra Rich Body Cream Virgin Coconut je tau produk mereka. Malah terdapat pelbagai produk dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki termasuklah produk untuk Kulit, Rambut, Tubuh dan kesihatan keseluruhan, kesejahteraan. Spa Ceylon memberikan para pelanggan dengan kemewahan megah untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.

Rangkaian produk Spa Ceylon ada kepelbagaian termasulah minyak treatment, minyak pati, balsir urut, losyen badan, pelembab hingga penjagaan kaki dan kompres herba.

VIRGIN COCONUT - FACE & BODY REFINING SCRUB


FACE & BOY REFINING SCRUB ni bagus untuk buang sel kulit mati. Korang boleh lihat sendiri kulit mati pada tangan aku dekat gambar bawah ni. Yang aku suka dengan scrub dari Spa Ceylon ni, tak ada partikel besar yang boleh merosakkan kulit wajah kita tau !

Nampak tak kulit mati tuu

Puas hati kalau dah jadi macamni


Cara Penggunaan Face & Body Refining Scrub, Hanya ambil 1 hingga 2 calit dan sapukan pada seluruh muka dan badan. Lepas tu, urutkan untuk membersihkan kulit dan bilas. Kalau tak bilas melekit sikit. Iyelah, nama pun Kelapa Dara kan.. Nanti kau rasa kulit kau akan jadi lembab dan tak kering.

Jap, belum siap cara penggunaannya. Masa kau nak urut ke kulit muka atau badan, urutkan dengan gerakkan membulat yang lembut hingga kesan pengelupasan. Elakkan kau sapu masa muka kau ada jerawat atau luka okay.

VIRGIN COCONUT- Ultra Rich Body Cream


Rawatan badan ultra-kaya, dicampur dengan Minyak Kelapa Dara murni, dari kelapa segar yang terbaik dipilih dari taman tropika yang subur di Ceylon. Kaya dengan vitamin berkhasiat & antioksidan pelindung untuk membantu memperbaiki pembaikan kulit, melindungi daripada kekeringan. Menghidrat, melembutkan & melancarkan badan, melindungi terhadap unsur-unsur, nada-tona kulit & meningkatkan kemudaan.



Cara penggunaan Ultra Rich Body Cream - Sapukan seluruh tangan dan badan. Urut serta ratakan. Rawatan Selanjutnya: Sapukan dengan ikut suka mengikut kesesuaian di kawasan kering dan kasar. Tak perlu di bilas dan biarkan ia meresap.


Kandungan Ultra Rich Body Cream
  • Paraben Percuma
  • Paraffin Percuma
  • Alkohol Percuma
  • Silicone Free
  • 100% Vegetarian
  • Tidak Diuji pada Haiwan
  • Menggalakkan Pemantapan Mampan
  • Sokongan Perdagangan Masyarakat Adil
Untuk makluman korang, SPA Ceylon belum ada SPA yaa. Buat masa ni Spa Ceylon jual produk- produk kesihatan dan spa seperti personal care, essential oil dan home aroma. Haa! tak baca betul-betul laa tuu kan. Aku ada mention kat atas tadi. ehekk!

Korang boleh dapatkan produk SPA Ceylon ini semua dengan mengunjungi outlet mereka di Mid Valley, Publika, NU Sentral, KLIA, Taman Desa. Korang juga boleh dapatkan potongan sebanyak 10% untuk semua produk di semua outlet yang aku mention tadi dan semestinya korang boleh dapatkan potongan 10% juga untuk pembelian secara online dengan menggunakan kod istimewa ini ‘SPAWITHMIMIN’

-----------------------------------------------------------

 INFO Lanjut: 
Instagram : Spa Ceylon Malaysia
Phone : +603-7972 2666

Grand Opening MBH Skin Expert Muar Johor

$
0
0
Pada Sabtu 27 April 2019 yang lepas, aku diberi peluang untuk menghadiri satu majlis Grand Opening MBH Skin Expert yang merupakan cawangan MBH SPA yang ke-19 di Muar, Johor. Siapa tak kenal MBH Spa? Merata semua tempat MBH ni dah meluaskan tanah jajahannya. 


Wanita sangat pentingkan penjagaan kulit wajah kerana wajah adalah bahagian yang sangat rumit untuk penjagaannya seperti tompok gelap, jeragat dan ton kulit tidak sekata sering menjadi kebimbangan setiap orang dan bagi mengembalikan kecantikan kulit, pelbagai jenis produk penjagaan dicuba. Hakikatnya, semakin meningkat usia, kulit wajah juga akan jadi berusia. Tanda penuaan atau sebarang masalah kulit lain akan mula menampakkan kesannya.

Malah beberapa faktor seperti gaya hidup dan pendedahan terlalu lama kepada cahaya matahari yang mengandungi sinaran ultra ungu (UV) juga mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi. Please yaa, jangan pakai barangan yang tiada kelulusan.. Kelak memakan diri!

Apa itu MBH Skin Expert?


Pelanggan yang tidak mahu lepaskan peluang harga promosi pembukaan MBH Skin Expert, Muar
Dahulu namanya dikenali sebagai MBH Medispa dan sudah rebranding kepada MBH Skin Expert merupakan pusat penjagaan kulit yang terkenal di Malaysia. Di MBH Skin Expert sememangnya sangat terkenal di Malaysia sebagai sebuah syarikat kecantikan 100% Bumiputera Muslimah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kecantikan kepada semua golongan yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri yang di asaskan oleh Yaya Mohammad.
  • Merupakan Syarikat yang 100% Bertaraf Bumiputera
  • 10 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Kecantikan
  • Telah memenangi pelbagai anugerah antaranya Asia Pacific Top Excellence Service Award dan juga Malaysia Top 10.
  • Mempunyai lebih 20 rangkaian
  • Rawatan dijalankan dengan menggunakan mesin berteknologi tinggi dari German dan Korea.
  • Mesra Muslimah

MBH SKIN EXPERT MUAR - CAWANGAN MBH KE-6 DI JOHOR


MBH Skin Expert  sudah bertapak di Johor. Warga Johor boleh dapatkan MBH Medispa di cawangan berhampiran. Antara cawangan MBH Mesdispa di Johor Bahru, Batu Pahat, Segamat dan Kluang. Disebabkan permintaan yang sangat tinggi, kini cawangan terbaru MBH Medispa di Muar, Johor. Bolehlah orang Muar cantik flawless sebelum raya ni.  Tapi, macam orang melaka yang berhampiran boleh je datang ke sini, Tak ada masalah. Haaa, aku yang dari Batu Pahat pun pergi ke Muar tau !


Puan Yaya Mohammad selaku pengasas MBH Skin Expert, tersangatlah baik, cantik.. Ehh kompomlah cantik. Tak kedekut ilmu pulak tu bila dah cantik. Nak juga suruh kita-kita tampil cantik macam dia. Nak nak, dia berasal dari Johor. Lagilah dia nak orang Johor cantik meletop raya ni. Menurut Puan Yaya lagi, cawangan demi cawangan dibuka bagi memudahkan pelanggan setianya untuk mengunjungi MBH Skin Expert yang terhampir untuk membuat rawatan.

Menurut Yaya Mohammad, 19 cawangan ini adalah tapak kukuh bagi MBH untuk menempa nama dalam industri penjagaan kulit


Majlis pembukaan MBH Skin Expert Muar telah ditandatangani oleh Ibu pengasas sendiri sebagai tanda rasmi pembukaan MBH Skin Expert di Muar serta diikuti oleh blogger. Ehh sibukkan je kan. Itu lah nak bagitahu, Pengasas dia tersangat ramah.. 

KEMERIAHAN GRAND OPENING DI MBH SKIN EXPERT, MUAR







Bertapa meriah serta mendapat sambutan MBH Skin Expert ni di Muar, ada yang telah datang menghadirkan diri seawal jam 6.30 pagi untuk menjadi orang terawal untuk mendapatkan diskaun sebanyak 90% rawatan yang disediakan di MBH Skin Expert.

PROMOSI SEKITAR PEMBUKAAN MBH SKIN EXPERT


Sepanjang majlis pembukaan MBH Skin Expert berlangsung, pelanggan setia MBH ditawarkan dengan pelbagai jenis rawatan berkualiti tinggi dengan diskaun hebat. Macam aku cakap tadi, sampai ada yang tunggu seawal jam 6.30pagi. Antara promosi yang ditawarkan :
  • MBH CINDERELLA FACIAL RM50.00/per person (Harga Asal RM 100)
  • MBH CINDERELLA FACIAL - Buy 4 Free 1
  • Diskaun sehingga 90% untuk semua jenis rawatan (Limited)
  • Skin analysis dan Facial Consultation secara percuma
  • Diskaun sehingga 15% untuk produk MBH DERMACARE
  • Spin & Win
  • Cabutan bertuah - Rawata Facial percuma untuk 10 orang bertuah


Aku pun tak melepaskan peluang untuk kaji apa masalah kulit wajah aku. Itu baru kulit wajah tau. wkwkwkkw! First impression staff MBH Skin Expert tuu cakap, wahh! kulit licinnya.. pakai product apa. Haa, aku pakai product campur-campur. Tak tahu nak cakap apa. Skli scan, haa kau! Semestinya white head kat hidung berleluasa. Lepastu, ni sedih.. Ada jeragat confirm jadi .. Aduhaii. Menurutnya lagi, kulit kita akan terhentinya collegen.

Warga Muar yang mahu tampil cantik dan selamat boleh kunjungi MBH Skin Expert Muar dan mendapatkan rawatan dengan harga pakej pengenalan RM70. Selain membawakan rawatan baru, MBH juga menawarkan produk penjagaan senndiri di bawah jenama Dermaklair yang menjadi produk rasmi untuk setiap rawatan. Next ! orang Manjung, Perak .. Nantikan kemunculan MBH di sana ^.^

-----------------------------------------------------
Info Lanjut

Website : MBH Medispa
Facebook Page: MBH Medispa Official
Facebook Page Cawangan Muar: MBH Skin Expert Muar
Telefon: 03-8736 1626
Alamat: NO 5-9 (Ground Floor) Jalan Othman, 84000, Muar, Johor.


















KEDAI EMAS MURAH SUNGAI PETANI DI KEDAH | KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH JUALAN TANPA UPAH

$
0
0
Tak ada sebarang kenyataan rasmi bahawa wanita perlu dikaitkan dalam emas. Tapi, masyarakat sejak dari dulu lagi mengakui emas adalah barang paling sinonim dengan golongan wanita. Sampai ada macam tak kena kalau tak ada kilauan emas pada dirinya yang menganggap penampilannya dirasakan seperti tidak sempurna. Sebenarnya bukan lelaki kat luar sana tak suka emas. Tapi dalam Islam, haram untuk lelaki bersalutkan emas. 
Walau seribu tahun akan datang, emas tetap menjadi pilihan wanita kerana kilauan emas itu mampu menaikkan seri wanita, membuatkan wanita dalam keadaan selesa untuk tampil yakin.

KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH PILIHAN NO. 1 RAKYAT KEDAH


Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn Bhd, Kedah(KEHH) | Di Kedah, KEHH bukan lagi nama asing lagi dalam dunia Emas. Kalau sebut tentang Emas. Tak kisah lelaki atau perempuan pasti akan sebut Kedai Emas Hajjah Halijah adalah kedai emas murah di Kedahdan akan tertarik dengan kilaun dan aura emas di sana. Bukan itu je,  harga dia memang murah berbanding kedai emas yang lain. Harga masih mampu dimiliki dan harga yang sangat berpatutan (silakan bandingkan harga di kedai emas lain). Bebaloi sekiranya mahu buat pelaburan simpanan dengan emas di KEHH. Jadi wajib singgah KEHH.

KENAPA KENA BELI EMAS DI KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH ?


Sebut pasal beli emas mesti kita nak tawar menawar jugak. Banya keistimewaan yang boleh didapati sekiranya kita daftar sebagai ahli di KEHH ni.
Apa yang kau dapat sekiranya mendafatr sebagai ahli di KEHH untuk mendapatkan lebih ganjaran istimewa. Antaranya :
  • Beli emas percuma emas
  • Hadiah istimewa menanti setiap pelanggan kesayangan
  • Cuci emas percuma
  • Diskaun sehingga RM10/gm

TRADE IN (JUAL SEMULA) EMAS DENGAN HARGA YANG TINGGI DI KEDAI EMAS MURAH DI KEDAH



Sesetengah orang suka kemaskini design emas tak pun ada yang kesempitan nak gunakan duit tak pun patah yang tak boleh dibetulkan lagi. Kebiasaanya di mana-mana kedai emas sekali pun boleh beli memang nilai tinggi, bila nak jual balik harga dah turun. Takde lah turun banyak. Tapi bila trade in di KEHH ni korang boleh trade in dengan harga yang tinggi. Kalau tak percaya pergilah kedai emas KEHH ni.

HARGA BERPATUTAN DAN KUALITI TINGGI


Rambang mata, iya itu lah yang korang akan rasa bila tengok emas di kedai emas di KEHH ni.. Nak nak coming soon nak tukar title. Lagi lah ehh nak itu ehh nak ini. hahahaha.









Banyak lagi design. Takdan nak tepek semua kat sini. hahaha.. Serious.. Memang lawa-lawa design ada kat sini harga pun memang  berkualiti sejak 28 tahun lagi. Emas dia pun padat dan tak putus di lapuk zaman design-design emas kat sini.

KEDAI EMAS ONLINE BOLEH DIPERCAYAI


Kalau macam aku dari Johor kan jauh nak ke Kedah sana.. Aku usha kat facebook Kedai Emas Hajjah Halijah ni. Banyak tawaran menarik yang paling best, harga istimewasetiap minggu. Haa follow lah, lepastu set kan on notification kepada "see first" supaya tak terlepas tawaran yang mereka keudarakan.
Paling best, macam aku ni tak tahu pasal ilmu emas. Jadi aku akan follow rapat dengan usahawan emas ini iaitu Tuan Shaiful Hj Shukri. Beliau akan berkongsi ilmu setiap hari tentang nilai, keperluan dan masa sesuai menjadikan emas sebagai pelaburan bijak. Bukan itu je, banyak lagi ilmu yang dikongsikan di facebook Kedai Emas Hajjaj Halijah.
KEPUASAN PELANGGAN, KEUTAMAAN KAMI 
--------------------------------------------------------------------------------------

INFO LANJUT:
Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn Bhd Sungai Petani, Kedah

Facebook: Kedai Emas Hajja hHalijah
Instagram: @kedaiemashajjahhalijahsb

WHATSAPP
http://kehjhhalijah.wasap.my
http://kehhsdnbhd.wasap.my
http://kehhkangar.wasap.my
http://kedaiEmasHajjahHalijahSB.wasap.my

Telegram Dropship
https://t.me/joinchat/AAAAAEsPGYMVxQ9jr120nA


PM atau Hubungi di talian :

+604-421 2499 (Sg. Petani)
+604-917 4499 (Jitra)
+604-977 2399 (Kangar)
+604-732 9799 (Alor Setar)

THE GOLDEN BAY HOTEL BATAM | HOTEL STRATEGIK DI BATAM

$
0
0
Sebenarnya tak tahu nak mulakan dengan apa cerita aku sepanjag di Batam. Lepas aku belek-belek fon, aku mulakan dengan cerita tempat penginapan aku malam pertama di Batam. Iaitu di The Golden Bay Hotel, Batam. Mujur ada PT. Adiso Indo Raya (AIR Tours & Travel), tidak le terkapai-kapai aku cari tempat tidur di sana. Boleh tahan hotel di malam pertama aku di Batam. Tempatnya strategik. Kalau malam-malam lapar, bawah ada ada kedai 24 hours macam 7eleven tuu haa.

THE GOLDEN BAY HOTEL, BATAM



The Golden Bay Hotel Batam (Indonesia) terletak di Bengkong Laut, Golden City, Pulau Batam Indonesia. Hotel ini mempunyai lebih dari 100 buah bilik bermula di tingkat bawah. Hotel ni standard hotel 3 bintang. Mungkin korang boleh jadikan The Golden Bay Hotel ni sebagai pilihan korang jika datang ke Batam, Indonesia. Tapi ikutlah kesusaian korang. Macam aku setiap malam lain-lain penginapan. Sebab, setiap tempat nak dituju bukan dekat-dekat tempatnya. 

BILIK DAN KEMUDAHAN DI THE GOLDEN BAY HOTEL



Terdapat dua jenis bilik di The Golden Bay Hotel, Batam ni. Superior Room dan Deluxe Room. Semestinya aku amik Superior Room. Disebabkan aku dapat bilik Superior Room makanya aku tak dapat tunjukkan bilik jenis Deluxe room

Dua katil single bed, dilengkapi dengan televisyen





  • Pandangan Laut Separa
  • 2 Single Bed
  • Penyaman udara penuh
  • Teh / kopi percuma
  • WiFi percuma
  • Kemudahan menyeterika
  • TV LED + Satelit
  • Panggilan pagi
  • Tuala bersih
  • Lantai kayu / parket
  • Merokok dibenarkan

RUANG LOBBY




LOKASI STRATEGIK THE GOLDEN BAY HOTEL, BATAM

  • 30 min: Hang Nadim Airport
  • 10 min: Batam Center Ferry Terminal
  • 10 min: Harbour Bay Ferry Terminal
  • 10 min: Nagoya Hill Mall
  • 10 min: Batam Center Mega Mall
  • 15 min: BCS Mall Penuin
  • Shuttle Bus to Nagoya

REVIEW THE GOLDEN BAY HOTEL BY MIMIN ADAM



Terima kasih The Golden Bay Hotel kerana menyediakan tempat yang selesa untuk bermalam satu hari di Batam. Bilik kemas dan bersih. Televisyen masih boleh tengok rancnagan artis-artis Malaysia dan Singapore. Toiletries  boleh dikatakan okay.. Sebab kami bawak kelengkapan sendiri. Cuma, pertingkatkan lagi sistem air di bilik air. Kerana kami dapat bilik air di mana air panas tidak berfungsi dengan baik. Bila sejuk, sejuk betul air nya.. Bila panas, macam melecur badan kami. 

Makanan juga okay dan boleh dipertingkatkan. Sistem kawalan dan perkhidmatan layanan jugak terbaik dan tetap berusaha untuk mempertingkatkan bagi menjaga kualiti hotel. Sedih, sebab tak dapat berjalan di sekitar hotel. Tak dapat main go cart, tak dapat main flyin fox, ehhh banyak lagi tak dapat pergi kat sekitar hotel.

------------------------------------------------

Info Lanjut :

Hubungi : +62 778 7711 666
Instagram : goldenbay_hotel

Pakej batam boleh hubungi :

PT. Adiso Indo Raya 
(AIR Tours & Travel)
Komp Ruko Botania Garden Blok D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432

☎ : +62-778-7433397
📲 +62-813-64070919
📲 +62-877-64070919

Klik https://www.facebook.com/adisoindoraya, Follow & Like our Social Media AIR Tours and Enjoy :RM 10 or IDR 35,000 (Massage Voucher)
* T & C Applied *

HARBOUR HOTEL | HOTEL TERBAIK DAN SELESA DI BATAM

$
0
0
Hai, malam kedua aku di Batam aku tidak tidur hotel The Golden Bay Hotel lagi dah sebab esok paginya katanya akan ke destinasi yang lain. So, macam aku cakap sebelum ni. Dari satu tempat ke satu tempat memang memakan masa lebih dari 1 jam. Jadi, korang kena plan bebetul

HARBOUR HOTEL, BATAM


sumber google

The Agro Hospitality Group memulakan operasi pada tahun 2008 dengan pembukaan resort utama kami di Bintan (www.agrobeach.com). Resort ini Diilhamkan oleh budaya pemandangan laut dan tempatan yang terdapat di Pulau Bintan. Keindahan laut dan matahari terbenam yang indah dengan keramahan dinas ternama rumah yang merangkumi ketenangan dan perkhidmatan. Harbour Hotel terkenal dengan memiliki dan menguruskan hotel di pulau Riau dan Surabaya. Dengan gaya perhotelan yang unik dan unik, percutian yang santai dan menarik di pulau Batam & Bintan.



Batam Harbour Boutique Hotel & Spa mempunyai 39 bilik tetamu yang dilengkapi perabot yang indah dengan pelbagai jenis, dengan setiap bilik mencerminkan keanggunan. Batam Harbour Hotel juga dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi dan 72 saluran TV kabel. Dengan spa bertema di atas bumbung Bali untuk keseronokan anda, rasakan keletihan dan tekanan mudah kerana ahli terapi kami yang berpengalaman bekerja sihir mereka.

BILIK HARBOUR HOTEL BATAM






HIDANGAN ENAK DI HARBOUR HOTEL






REVIEW HARBOUR HOTEL, BATAM BY MIMIN ADAM

Sejujurnya, setibanya di hotel Harbour ni dah lewat dan sudah kepenatan selepas seharian berjalan di sekitar Batam. Jadi, aku tidak dapat menikmati sepenuhnya apa facilities yang ada di Hotel ini.  Apa yang aku nampak ada peralatan gym di center kaki lima untuk para tetamu. 

Spa juga tersedia. Sekiranya kau amik bilik di hotel ini korang akan terima 10 minit percuma rawatan di spa tersebut. Bilik dia mewah betul terasa berada di hotel bertaraf 5 bintang. Walhal katanya hotel mereka hanya 3 bintang. 

Makanan dia sedap-sedap. Kopi pun sedap. Nampak macam biasa. Tapi berkali-kali tambah. Maksudnya apa. Sedaplahkan.. Sampai Travel agensi  PT. Adiso Indo Raya (AIR Tours & Travel) terpaksa tunggu kami habiskan makan. Hee ~

Sudah pasti layanan dan perkhidmatan mereka sediakan sangat terbaik. Dari mula langkahkan kaki di Harbour Hotel sampai langkah keluar. Senyuman dan budi bahasa memang terjaga

----------------------------------------

Info Lanjut

HARBOUR HOTEL, BATAM
Alamat :
Komplek Citra Super Mall, 
Jalan Duyung Blok H No. 20 - 28 Batu Ampar, 
Batam 29432, Kepulauan Riau, Indonesia

Whatsapp: +62 812 3578 6822

Pakej batam boleh hubungi :

PT. Adiso Indo Raya 
(AIR Tours & Travel)
Komp Ruko Botania Garden Blok D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432

☎ : +62-778-7433397
📲 +62-813-64070919
📲 +62-877-64070919

Klik https://www.facebook.com/adisoindoraya, Follow & Like our Social Media AIR Tours and Enjoy :RM 10 or IDR 35,000 (Massage Voucher)
* T & C Applied *

#ALTHEA ANGEL | A'BLOOM NEW BABY FROM ALTHEA

$
0
0

Bila dapat parcel warna pink aku tersengeh sengeh macam kera sumbang. Haa bila dapat parcel pink sudah semestinya Althea ada new collection. Untuk pengetahuan korang, Althea merupakan satu laman web produk kecantikan dan kosmetik dari Korea. Jadi, kalau korang nak cantik Kawaii macam Korean Look haa boleh laa dapatkan produk yang berkualiti di sana.

TAHNIAH ALTHEA! DEABAKK !


Kali ini, Althea melancarkan A'Bloom. Dalam koleksi kali ini, terdapat produk-produk seperti blended beauty, penghilang black head dan empat topeng buah bertema yang menarik yang boleh membantu kita dalam isu-isu muka yang tidak diingini.

Sebagai Althea Angel, aku berpeluang untuk mendapatkan mencuba dulu apa yang akan dilancarkan. Althea team telah menghantar kit media yang mengandungi item berikut:

A'bloom products :
x1 A'bloom BHA Blackhead Blaster
x1 A'bloom Giant Meringue Puff
x3 A'bloom Baby Meringue Puffs
x1 A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
x1 A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
x1 A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
x1 A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

A'Bloom Mask dalam 4 variasi buah



Dah nama pun perempuan, tak lari dari penjagaan kulit wajah sebagai rutin harian. Kebiasaanya, mask berfungsi sebagai melembapkan kulit dan menyegarkan kulit muka. Dalam koleksi Althea A'Bloom, terdapat 4 jenis variasi mask buah-buahan yangberbeza iaitu 
  • Brightening Lemon Lime, 
  • A'bloom Moisturizing Watermelon, 
  • A'bloom Nourishing Avocado
  • A'bloom Anti-Blemish Peach.
A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright


Jenis Mask ini ianya membantu untuk mencerahkan kulit kerana mengandungi Vitamin C dari Lemon dan Lime. ia juga mengandingi double dose dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap. Juga mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. Bahan utama Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi

A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long



Mengandungi ekstrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi ia membantu dalam menyuburkan kulit dan menenangkan kulit.

Lavender pula mempunyai bauan yang indah, memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.

A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me


Mask Avocado ni kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah wrinkles.

Mengandungi ekstrak avocado dan bunga raya (Hibiscus Sabdariffa) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.

A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach


Mask ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.

Saiz : 25g
Harga : RM2.00 / sheet
Arah Penggunaan:
Selepas membersihkan wajah anda, gunakan toner muka anda dan sapukan lapisan topeng selama 10-20 minit. Keluarkan helai topeng dan ketatkan pada intipati di wajah anda.

A'bloom BHA Blackhead Blaster

Aku rasa wanita tak lari dengan masalah blackhead/whitehead termasuklah aku. Kadang-kadang rimas jugak nampak bintik-bintik yang hadir kat hidung tuu. Nah, Althea macam biasa dengar masalah kita ni dengan memperkenalkan A'bloom BHA Blackhead Blaster.


A'Bloom BHA Blackhead Blaster untuk membersihkan, mengelak dan melindungi kulit kita dari kepala hitam dan putih. Dengan stick yang menakjubkan ini, kita tidak perlu merasakan kesakitan ketika menghilangkan blackhead/whitehead lagi.



Berbentuk seperti balsem bibir, ia mengandungi willow putih, arang, biji aprikot dan minyak daun teh yang berkesan untuk pengelupasan lembut, pembungkusan produk menjadikan ia mudah alih dan mudah dibawa. Sesuatu yang anda boleh dengan mudah dimasukkan ke dalam beg peralatan anda walaupun anda perlu melakukan perjalanan.

Saiz : Net 8g
Harga : RM16.00

Arah Penggunaan:

Selepas membersihkan wajah anda semua solek, terpakai pada kawasan yang mempunyai sebum yang berlebihan. Urun secara perlahan dalam gerakan bulat untuk melepaskan minyak dan kotoran yang terperangkap. Selesai dengan membilas dengan air suam. Untuk pembersihan yang lebih berkesan, korang boleh meletakkan tuala hangat pada kulit muka untuk membuka liang-liang sebelum menggunakan.

A'bloom Meringue Puffs

Setiap peminat solek memerlukan satu daripada ini dalam meja soleknya. Sama ada yang berpengalaman atau pemula. Puff A'Bloom Meringue akan membawa permainan aplikasi solek kita ke peringkat seterusnya.


Satu set Baby Meringue Puffs mempunyai 3 biji puff yang dengan saiz mini yang sangat cute dan lembut.
Harga : RM11.00 (1 set)
Harga : RM8.00 (1pcs )
Terdapat 2 saiz untuk dipilih dari giant dan baby. Puff Meringue Giant mengembang hingga 1.5x apabila direndam ke dalam air, mudah dicampur dengan solek anda dan memberi kita kemasan matt atau glossy (bergantung kepada jika anda menggunakannya basah / kering). Puff Baby Meringue berguna untuk menjalankan dan melakukan dengan baik dan kecil untuk mencapai kawasan.

Arah Penggunaan:

Untuk kemasan dewy glowy: Rendam dalam air mengalir dan perasan air. Gunakan bahagian sempit untuk mata, hidung, bibir dan bahagian curvy muka anda. Gunakan bahagian yang luas untuk seluruh muka anda. Untuk selesai matt, gunakannya kering!

Review A'bloom Althea By Mimin Adam


Kesemua produk kali ini memang best dan comel. Kebetulan pula, aku memang nak beli beauty blended untuk makeup dengan singkitkan whitehead ni.. Blanded beauty aku nak sebab yang ada dah sekarang dah keras. Mask tu memang sedap sangat pakai. Sejuk dan sangat lembut selepas tanggalkannya.  Bau dia pun tenang giler. Nak beli lagi ! BHA blackhead blaster tu pula syok bila gosok-gosok kat kulit muka dan hidung. Mungkin slow effect. Tapi aku okay jee asalkan bau dia wangi. Yup! wangi.. Maybe kena kerap pakai dan rajinkan diri guna baru blackhead dan whitehead hilang.

Kalau tanya aku lepas ni nak beli lagi ke? YESSS ! aku nak beli lagi!

---------------------------------
Info Lanjut
Instagram: @altheakorea

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

$
0
0
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.




Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


ZIA BOUTIQUE HOTEL - HOTEL MURAH DI BATAM

$
0
0
Hai. Cerita masih berkisarkan tentang Batam. Hahaha. Agak banyak sikit entry aku pasal Batam. Minta maaf kalau bosan, sebab ini merupakan kali pertama aku jejakan kaki aku ke Batam. Jangan kecam haram faham. hee

Kalau bercuti kau akan memilih penginapan mewah atau sederhana atau mampu milik janji selesa? Kalau aku aku akan memilih tempat penginapan mampu milik janji selesa. Hehehe. Saving cost untuk penginapan. Banyak lagi tempat dan makanan yang kita nak terjah semasa bercuti...

ZIA BOUTIQUE HOTEL, BATAM


sumber google

Berkonsepkan penginapan yang bergaya lagi berorientasikan nilai di pusat-pusat bandar, dengan perhatian khusus kepada keperluan profesional konsep move. Zia Hotel  adalah ideal sesuai untuk hotel dengan 75-100 bilik. 

receptionist

ruang santai

ruang santai

Cafee
Corridor
Sekiranya kau duduk di bilik ni, boleh mintak extra bed yaa
Toilet
Lengkap dengan almari, buat air dan juga televisyen

PENGALAMAN MIMIN ADAM MENGINAP DI ZIA HOTEL, BATAM


Hotel Zia merupakan hotel ke tiga aku menginap di Batam. Memuatkan aku, Emas Putih dan Yanty Lee. Kami memesan extra bed untuk kami bertiga. Masih selesa untukk tidur di sini. Cuma, kami dapat bilik air di bilik air bertakung (saluran mungkin tersumbat). Dari segi toiletries, towel, tv, minuman, penghawa dingin sangat berfungsi dengan baik. Cuma .  Diharapkan pihak Zia Hotel dapat mempertingkatkan mutu kualiti dari masa ke semasa terutamanya bilik air menjadi tempat tertumpu pelanggan untuk beristirehat selepas seharian di luar..

----------------------------------------------------

Info Lanjut

ZIA HOTEL, BATAM
Komplek Inti, Jl. Laksamana Bintan 
No.109, Sungai Panas, Kec. Batam Kota, 
Kota Batam, Kepulauan Riau 29433, Indonesia
Contact : +62 778 8099888 

Pakej batam boleh hubungi :

PT. Adiso Indo Raya
(AIR Tours & Travel)

Komp Ruko Botania Garden Blok D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432

☎ : +62-778-7433397
📲 +62-813-64070919
📲 +62-877-64070919
📩 adis.adisoindoraya@gmail.com

Klik https://www.facebook.com/adisoindoraya, Follow & Like our Social Media AIR Tours and Enjoy :RM 10 or IDR 35,000 (Massage Voucher)
* T & C Applied *
Viewing all 475 articles
Browse latest View live