Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all 475 articles
Browse latest View live

PACIFIC PALACE HOTEL DI BATAM SEPERTI BERADA DI CRUISE YANG SEBENAR

$
0
0
Hai ! Pernah naik cruise tak? Siapa macam aku tak pernah lagi naik cruise? haa, cruise tuu apa ? Pernah tengok cerita Titanic tak ? Haa itu lah cruise. Kapal besar yang boleh memuatkan ratusan orang pelbagai bangsa, jantina, kedudukan di dalam kapal yang sama. Dapat imagine tak?


Kos untuk naik cruise memang mahal. Aku pernah survey naik cruise dari Port Klang ke Koh Lipe, Thailand. Paling murah harga RM 2,000 itu pun ada terms and condition. Kalau kau nak naik secara percuma, buat insurance cari sales bebanyak. haa giteww mahal dia kan..

PACIFIC PALAM HOTEL SEPERTI CRUISE YANG SEBENAR


Bersama Mr Sumantri Endang (GM), Chef Pacific Palace & Ibu Adis (PT Adiso Indo Raya)

Hotel ini dibina secara khusus sebagai kapal yang besar dan elegen. Ianya hanya lima minit dari Terminal Feri Harbour Bay yang membolehkan korang mudah ke kawasan bandar seperti shopping mall. Keunikan Pacific Palam Hotel seperti cruise menjadi tarikan perhatian para pelancong.

Pacific Palam Hotel juga tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam. Sebenarnya, hotel ini terletak di kawasan yang besar di tengah-tengah pusat perniagaan di Batam. Fuhh ! Terdapat 180 bilik buat para tetamu yang ingin menginap di Pacific Palace tak kisahh datang kerana ada urusan perniagaan atau jugak pelancongan termasuklah persendirian ataupun mahu berbulan madu.


Selain mengambil idea reka bentuk Cruise ia juga menggabungkan reka bentuk mitos Yunani yang terlihat mewah dan elegan lengkap dengan kemudahan termasuklah Ballroom Grand Pacific boleh menempatkan sehingga 3,000 orang. Haa, boleh laa nak buat event besar kat sini.

sumber google
Pelbagai pilihan tempat makan kelas pertama dan bar disediakan di Pacific Palam Hotel, Batam. Bukan khusus untuk para pelancong sahaja, Tetapi penduduk tempatan juga akan mencari Restoran Athena, Istana Emas dan Lounge Neptune  sebagai lokasi mereka.

KEMUDAHAN DI PACIFIC PALACE HOTEL



  • Breakfast
  • Free Wifi
  • Spa & Saloon
  • Fitness Centre
  • Pacific Discotheque & KTV Reservation
  • Meeting Room's
  • Outlet Facilites

 BILIK

  • Cabin Room
  • Deluxe Room
  • Executive Suite
  • Pacific Suite
  • Palace Suite
  • Presidential Suite 

RAMADHAN FAIR 2019 & MISS TOURISM WORLDWIDE 2019

Sebelum tu tak terlambatkan untuk aku mengucapakan selamat menyambut ramadhan. Semoga amalan kita diterima sepanjang bulan ramadhan ni. Haa, berbalik pada Pacific Palam Hotel juga terdapat promosi sepanjang ramadhan.


 

Berpakaian dalam mood Ramadhan dan ambil gambar di salah satu gerai foto kami atau semasa makan malam puasa di Pacific Palace.Sertai pakaian Ramadan Pakaian terbaik dengan syarat dan syarat berikut: 
  1. Anda mesti mengadakan acara berpuasa di Pacific Hotel Batam, 
  2. memakai pakaian yang berkaitan dengan Ramadhan Mood, 
  3. menghantar foto ke fbexecutiveadm@pacificpalacehotel.com
  4. Share dan follow Pacific Palace facebook dan instagram. 
  5. Pemenang akan menerima hadiah penginapan untuk Ramadhan Fair Best Dress


Apabila tiba di lobi anda akan dialu-alukan oleh pameran foto Ramadhan 3D 'Photo Booth. Sertai pertandingan foto kumpulan kami mengambil Group Photo minimum 5 orang berpose dalam mood yang paling kreatif dan menyeronokkan Ramadhan, hantar ke fbexecutiveadm@pacificpalacehotel.com. Like, Share dan Follow Facebook dan Instagram Palace Palace.

Satu lagi Photo Booth juga terdapat di pintu masuk kafe Athena Café dari rumah dari kampung Tanjung Uma dengan latar belakang Pacific Palace Hotel satu-satunya pelayaran di tanah di Batam. Menangkan hadiah penginapan untuk pertandingan foto kumpulan.

Untuk peminat video, Pacific Palace Hotel juga menganjurkan pertandingan Vlog, menangkap dan merakam detik ketika berbuka puasa di Pacific Palace Hotel, hantar video 60 detik anda ke:fbexecutiveadm@pacificpalacehotel.com serta Like, Share dan follow facebook Palace dan instagram.Menangkan hadiah penginapan.

Bagi mereka yang menyertai Ramadhan Iftar ini, anda akan mendapat peluang untuk menang cabutan bertuah yang akan diambil selepas bilik solat swasta Ramadhan disediakan bagi mereka yang ingin berdoa selepas puasa berpuasa.



Lumiere International, Pengembaraan Fusion dan Pacific Palace Horel gembira untuk mengumumkan bahawa Grand Finale of Miss Tourism Worldwide Pageant 2019 akan diadakan di Pacific Palace Hotel - Batam Island Indonesia. Tahun lepas adalah 22 peserta menyertai pertandingan tahun ini sebanyak 30 orang calon dari seluruh dunia akan mengharapkan penyertaan mereka dalam peraduan ini. 

Malam penobatan Miss Tourism Worldwide 2019 pageant akan diadakan di Pacific Palace Hotel Batam pada hari Minggu 22 September 2019, yang menampilkan 30 peserta kecantikan dari seluruh dunia, prestasi bakat, pertukaran kebudayaan, pakaian kebangsaan dan banyak lagi mengenai program ini.

Meet & Greeting penampilan umum untuk orang-orang di Batam. Hi Tea dengan peserta Miss 'Tourism Worldwide 2019' dan kesempatan mengambil foto akan berada pada Sabtu 21st September di Golden Palace Restaurant sebelum Grand Finale .

Harga tiket adalah seperti berikut: 
  • Pakej Bilik @ IDR1.080.000 termasuk 2 hari 1 malam menginap, sarapan pagi dan tiket Grand Finale.
  • Bertemu dan Greet @ IDR 119.000 per orang termasuk Hi Tea dengan Miss Tourism Worldwide 2019 dan sesi foto
  • Grand Finale tiket untuk zon VIP @ IDR 250.000 setiap orang dan untuk Zon Festival @ IDR 175.000 setiap orang
  ------------------------------------------
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, 
sila hubungi yang berikut:

Riyati: 08136438188
Fanny: 081285444492
Mugi: 08117003903
Jackie: 08117003904
Sasa: 082174044460
FB: 085272771112
E-mel: reserve@pacificpalacehotel.com 

Pakej batam boleh hubungi :

PT. Adiso Indo Raya
(AIR Tours & Travel)

Komp Ruko Botania Garden Blok D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432

☎ : +62-778-7433397
📲 +62-813-64070919
📲 +62-877-64070919
📩 adis.adisoindoraya@gmail.com

Klik https://www.facebook.com/adisoindoraya, Follow & Like our Social Media AIR Tours and Enjoy :RM 10 or IDR 35,000 (Massage Voucher)
* T & C Applied *
 

TEBING LANGIT SEKUPANG, BATAM | SPOT BERGAMBAR (FOTO) UNTUK PELANCONG

$
0
0
Sebut berkaitan dengan percutian di Indonesia. Apa yang akan kau akan fikir tempat-tempat menarik di Indonesia. Yaa ! Indonesia banyak tempat yang menarik dan banyak jugak tempat-tempat spot bergambar. Tak kisah kau pergi Jogja ke pergi Medan ke pergi mana mana yang ada di Indonesia pasti korang takkan lepaskan tempat spot bergambar untuk dimuatkan dalam media sosial.

Yakinnya si gemok tu bergambar

TEBING LANGIT SEKUPANG, BATAM (INDONESIA)

Batam merupakan salah satu bandar di Kepulauan Riau, kini dibangkitkan tempat pelancongan baru yang kecil untuk menarik pelancong, tidak mahu kalah dengan kawasan-kawasan lain.. Batam juga mengambil bahagian dalam aspek pelancongan yang korang wajib pergi bila ada di Batam.
 
 
 
Terdapat bukit di daerah Sekupang, Batam kini menjadi tarikan pelancong. Lagi-lagi bila Emas Putih dah viral kan  tempat pelancongan ni, Makin menjadi tarikan untuk para pelancong yang melawat bukit yang makin popular tu. Jika di Jogjakarta, juga terdapat seperti ini tapi berbeza di Batam yang memiliki tebing langit yang akan kita bincangkan kali ini.

SPOT FOTO, TEBING LANGIT


Tebing Langit, Sekupang merupakan tempat pelancongan di Batam yang menawarkan keindahan pemandangan semulajadi dari atas ketinggian orang. Tempat ini di buka pada 9 Februari 2018 tidak hanya menawarkan pemandangan jika korang memang peminat mengambil gambar diri sendiri. Di sinilah tempat yang sesuai jika korang sedang mencari sudut bergambar di Batam.
 
Credit : Yanty Lee
 
Menjadi salah satu rujukan pelancongan yang menyeronokkan serta untuk korang yang mahu hilangkan stress dari rutin harian yang membuatkan korang cepat tua. ehekk ! Udara di sekitar Tebing Langit pun bergantung pada cuaca. Masa aku pergi ritu panas terik yang amat. Hee! tapi membantu untuk dapatkan gambar yang helok. Walaupun panas, tapi tetap lama kat sini sampai nak magrib.  
 
Credit : William Tan
 
 
Konsep keseluruhan tebing langit mungkin agak mainstream dan mungkin terdapat banyak konsep sama seperti di kawasan lain seperti di Puncak Mustika Manik di Bogor dan di Latitude Sewu Hill, Jogjakarta. Tapi di sini masih dialu-alukan oleh penduduk dan pelancong di Batam kerana kita tak perlu jauh-jauh pergi ke sana. ye khan ye khan ye khan  
 
Hobit House
 
Credit : Hasif
 
Dah cerita pun pasal spot bergambar di sini, tebing langit ada tempat yang kontemporari yang pasti muncul di media sosial. Terdapat 11spot bergambar di sini antaranya Gua, Rumah ranting, Rumah Hobit, Pintu Langit, Bingkai Foto, Sarang Burung, karpet terbang, akuarium, belon panas dan banyak lagi. 






TIPS SETIBANYA DI TEBING LANGIT SEKUPANG


Kalau nak kan gambar pelbagai waktu, aku sarankan datang seawal pukul 4 petang sehingga 7 malam. Kenapa? Sebab korang akan dapat shoot gambar dari terang, sunset dan malam. Aku tak sampai malam. Adakah kene repeat lagi ? Sebab aku ada ternampak kalau malam lawa spot lampu dia..
Akuarium, tarikan terbaru

 
 
Sejujurnya aku tak tahu berapa harga tiket masuk dan tiket parking. Tapi aku suggest kau spend dalam Rp. 50,000 di sini. Masa di buka dari Jam 7 pagi hingga 7 malam.

-------------------------------------------
Info Lanjut:

Instagram : @Tebinglangit
Jalan Ir. Sutami, Tanjung Pinggir, Sekupang, Tj. Pinggir, 
Sekupang, Kota Batam, Kepulauan Riau 29424, Indonesia

Pakej batam boleh hubungi :

PT. Adiso Indo Raya
(AIR Tours & Travel)

Komp Ruko Botania Garden Blok D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432

☎ : +62-778-7433397
📲 +62-813-64070919
📲 +62-877-64070919
📩 adis.adisoindoraya@gmail.com

Klik https://www.facebook.com/adisoindoraya, Follow & Like our Social Media AIR Tours and Enjoy :RM 10 or IDR 35,000 (Massage Voucher)
* T & C Applied *
 
















Reasons for Sending 99 Roses

$
0
0
Expressing your love to people you value the most is something that you should do every moment of your life. There are many ways on how you can express your feelings such as sending flowers. You can visit a flower shop near your place so you can see the actual looks of the flowers or you can also consider looking for a florist online and see the selection of flowers they have that are presented in stunning arrangements.





What You Should Know about Sending 99 Flowers


Roses will always be one of the things that you can use to express your love. No wonder why men usually give their special a bouquet of roses during their anniversary or whenever they want to show how much they love their girl. But did you know that the number of roses you give also has its meaning? If you want to tell your girl that your love is eternal then all you have to do is to send her99 roses
Sending your girl 99 roses can be the most romantic move that you can do to show how happy you are to have her in your life that you want to let her feel your love forever. There are different colors of roses that you can choose from and also represents different meanings. Red roses will always signify pure love making it the ideal color for your girl. You can also look for purple roses which mean romance. Pink roses on the other hand, express an endless emotion.


Being aware of the meanings when it comes to the number of roses you give is important especially if you want it to be extra special. Any girl will surely feel overwhelmed to receive plenty of roses making her realize her importance. If you want to be assured that your girl will receive fresh flowers on your special day especially with the fact that you need 99 roses, it is best that you look for a trusted florist online or consider acquiring an express flower delivery
You can consider the favorite color of your girl when choosing for the color of the roses if you want to instantly put a smile on her face as soon as she receives the bouquet. You can consider giving your wife 99 roses which is a simple way to let her know that you will love her until the day you die. 
------------------------------------------------
More Info:

 Website : https://www.littleflowerhut.co/
 Contact : (+65) 6503 9750
Email : sales@littleflowerhut.com
 Alamat : 25 Jalan Chegar, Singapore 578483

    MUDAHNYA BERKONGSI REZEKI DI OH! FREE FOOD APPS

    $
    0
    0
    Hai, kali ni aku nak kongsi sesuatu yang bagus bagi elakkan pembaziran sambil kongsi rezeki bersama-sama orang lain. Kat rumah aku ada masalah bila musim kerja kawin. Kami sekeluarga kurang untuk makan ringan, kalau orang jawa panggil jajan. Air kotak pun kadang-kadang terbiar sampai luput. Kalau macam nasi tu boleh juga kasi makan pada ayam hutan depan rumah, habis kalau air kotak nak kasi siapa? Luput je buang. Haaa dah bazir lepas tu kesian orang yang beli bersusah payah nak kasi kita..

    Apa itu Oh!FreeFood ?


    Merupakan satu platform terkini yang membolehkan untuk kita berkongsi dengan memberi atau menerima barang makanan sedia masak, tak habis makan ataupun macam aku cakap, makanan berlebihan yang masih belum dibuka kepada sesiapa sahaja yang penting telah memuat turun aplikasi Oh! Free Food di telephone pintar masing-masing..

    FUNGSI OH! FREE FOOD

    Amalan bersedekah bagi mengelakkan pembaziran menerusi perkongsian makanan percuma menjadi matlamat komposer Irwan Hisham dan bersama dua orang rakan kongsinya Kho Lip Khiong dan Lim Sin Poh untuk membangunkan aplikasi dikenali Oh! Free Food.



    Aplikasi ini telah dilacarkan sejak 31 Januari lalu selepas viral di laman sosial.  Tak sangka, aplikasi ini menelan belanja besar sehingga RM 200,000.00 jadi korang jangan lupa memanfaatkan apps bagus ini.

    CARA MENGGUNAKAN APLIKASI OH! FREE FOOD



    1. Muat turun aplikasi Oh! Free Food di Google Playstore atau Apps Store
    2. Ambil gambar makanan atau produk yang nak diberi percuma
    3. Isi maklumat tentang makanan atau produk
    4. Tunggu request dari mereka yang memerlukan makanan tersebut
    5. Chat untuk tentukan lokasi yang ditetapkan dan dipersetujui kedua belah pihak
    6. Selesai.

    PENGALAMAN MIMIN MENGGUNAKAN APLIKASI OH! FREE FOOD

    Aku terfikir, tak ramai orang mampu untuk beli Coco Crunch dan Honeystar.  Aku memang penggemar dua benda ni. Sebab mudah untuk bersarapan pagi sebelum bekerja. Mudahkan. Jadi, aku pun sengaja membeli lebih untuk berkongsi rezeki kepada sesiapa saja yang request.


    Di Batu Pahat, Johor masih belum menular lagi aplikasi ni. Tapi Alhamdulillah, aku terdetik untuk memuat naikkan ke laman instagram memberitahu kepada pengikut aku di instagram bahawa aku ada kongsikan makanan ini di aplikasi ini. Yang penting dia kena download aplikasi Oh! Free Food ini.


    Nah, mudahkan cara untuk kongsi rezeki. Nak-nak pada bulan Ramadhan. Aku paling galakan pada para peniaga bazar Ramadhan untuk install aplikasi ini. Daripada terbiar sampai basi tak pun di buang. Ada baiknya kita kongsi rezeki ni. Memang mulanya kita kongsi rezeki. Mana tahu kalau kena dengan cita rasa penerima, dia order lebih banyak dengan kita. Siapa tahu kan. 

    Bukan tertumpu pada bulan Ramadhan sajaha, tapi juga digalakkan untuk para peniaga diluar sana untuk memuat turun aplikasi Oh! Free Food di Google Playstore atau AppStore.

    REVIEW APPS OH! FREEFOOD BY MIMIN ADAM







    Pandangan aku untuk aplikasi ini sangat bagus. Tetapi aplikasi ini masih belum friendly user untuk pengguna IOS. Harapnya, aplikasi ini dapat diketengahkan dan memberi manfaat kepada pengguna. Maka, Oh! Free Food perlu sentiasa mengemaskini bagi memudahkan para penggunna menggunakannya untuk sama-sama berkongsi rezeki. Alhamdulillah. Tahniah buat Encik Irwan dan rakan kongsinya berjaya mencipta aplikasi yang sangat berguna ini.

    --------------------------------------------------
    Info Lanjut:

    Facebook : Oh Free Food
    Email : ohfreefood@gmail.com

    PROMOSI PHOTOSHOOT RAYA SERENDAH RM60 DI BATU PAHAT BERSAMA KARYA CRETIVE

    $
    0
    0
    Kejam celik dah nak penghujung Ramadhan. Aci tak kalau wish raya awal? hahahha. Apa pun, marilah kita nikmati hari terakhir di bulan ramadhan ni. Belum tentu kita dapat jumpa lagi ramadhan yang akan datang, Semuanya rahsia-Nya.

    KARYA CREATIVE  - PHOTOGRAPHER JOHOR

    Karya Creative yang melibat segala perniagaan dalam bidang Art & Design di asas oleh Encik Hanif.



    Telah di daftarkan di SSM JM0709199-D. Untuk pengetahuan semua, pakej untuk wedding photography bermula dari serendah RM450 untuk shoot & burn majlis seperti pertunangan dan serendah RM1,000 untuk beberapa service yang tersedia bagi majlis pernikahan atau resepsi perkahwinan.

    PHOTOSHOOT RAYA BATU PAHAT DI KARYA CRETIVE

    Sebut pasal raya, mesti kita dapat bayangkan keriuhan adik beradik dan sanak saudara di pagi raya seronok berkumpul di kampung. Batu Pahat ni masih mengekalkan imej kampung. Itu bermaksud, ramai yang berhijrah ke bandar atas urusan kerja hakiki. Makanya, bila perayaan mesti balik ke kampung halaman masing-masingkan..


    Dah berkumpul ramai-ramai apa kata kalau rakamkan detik indah bersama Karya Creative White Studio Raya. Sebenarnya takada masalah nak shoot sendiri. Tapi mesti tak complete sebab siapa orang luar yang rajin nak datang singgah tolong ambilkan gambar korang kan. Kalau pergi kedai gambar, mesti sekali shoot je tak boleh buat gaya lain-lain. Lepas tuu mahal pulak tuu.

    PROMOSI PHOTOSHOOT RAYA MURAH DI BATU PAHAT


    Rata-rata harga photoshoot raya serendah RM100. Tak percaya, pergilah survey mana-mana shoot raya tahun ni. Memang sedih tengok harga macam tu.



    Di Karya Cretive buat promosi serendah RM60 harga asal RM90 pun masih murah kan. Wah! ada lagi harga serendah RM60 ni ye untuk shoot raya di studio. Promosi ini sempena pembukaan rasmi studio baru Karya Cretive. Terhad kepad 10 family terawal yang shoot raya di Karya Cretive. Promosi ini sehingga sebelum raya sahaja tau..


    Selepas 10 family terawal atau semasa raya harga kembali RM90. Jangan sedih, masih murah ye..  Orang Batu Pahat baik grab cepat promosi raya serendah RM60 di Karya cretive ni.

    2 JENIS STUDIO DI KARYA CRETIVE

    • WHITE STUDIO
    karya creative

    karya creative

    karya creative

    karya creative

    karya creative

    karya creative

    karya creative

    • DECO STUDIO
    karya creative

    karya creative

    karya creative

    karya creative
    --------------------------------------------------------------
    INFO LANJUT
    TAMAN UNIVERSITI, PARIT RAJA
    (Tingkat 2, Bersebelahan TMPoint)

    Masa & Tarikh Studio :
    10.00 Pagi - 10.00 Malam
    25 Mei - 9 Jun (20 Ramadhan - 5 Syawal)
    TEMPAHAN SLOT RAYA ANDA : www.wasap.my/60102597971 (Hanif) 






    5 KELEBIHAN YOODO YANG PERLU TAHU - TELKO TERBARU

    $
    0
    0
    Pernah dengar tak network Yoodo ? AKu pertama kali dengar Yoodo dekat satu live game show Dooit sebagai penaja selama 2 minggu. TIme tu aku zero pasal Yoodo, tak tahu apa apa.

    Di sebabkan game tu nak kena jawab dengan betul, seriously aku kaji pasal yoodo. Dan aku lucky, minggu lepas aku dapat invitation sharing Yoodo di Paradigm Mall, Johor Bahru. Senyum lebar lah aku.. baca sampai habis sebab apa aku senyum lebar bila sebut Yoodo.

    APA ITU YOODO?

     



    Yoodo adalah penyedia perkhidmatan mudah alih digital digital pertama dan disesuaikan 100% yang memberi pengguna kawalan penuh dalam menyesuaikan rancangan mudah alih mereka kepada apa sahaja yang sesuai dengan keperluan mereka, tanpa caj tersembunyi atau komitmen. Yoodo telah membuat gelombang dalam industri telekomunikasi mengambil alih satu segmen pada masa dan mereka mempunyai banyak pengambilalihan yang akan datang tidak lama lagi! 
     
     
    Bahasa mudahnya.. Yoodo ni sim kad telko baru di Malaysia dan Yoodo menawarkan kebebasan maksimum kepada pengguna untuk memilih dan mengubahsuai sendiri pelan mudah alih mengikut keperluan tanpa terikat dengan kontrak dan komitmen. Maskudnya, kalau kau rasa bulan ni kau tak cukup penggunaan data, kau boleh plan sendiri data yang kau nak dengan laras sendiri data tersebut.. Tak perlu beratur panjang di center telco untuk naik taraf plan data yang sedia ada..

    Haaaaa.. Yoodo ni memang berpotensi untuk memberi kesan baik kepada pengguna di Malaysia kerana kau rasa plan telko yang kau pakai sekarang 100% tak boleh nak laras sendiri penggunaan data bulanan kita..

    APA YANG YOODO SUPPORT ?

    1. YOODO - SUPPORT GAMERS


    Yoodo memberikan pemain data PUBG 20gb percuma setiap bulan dengan harapan memperluaskan industri e-sukan di Malaysia. Selain itu, Yoodo menaja Malaysia's First official PUBG Mobile National Championship (PMNC) di mana 256 pasukan atau hampir 1,000 pemain di seluruh negara bertempur keluar dengan pelan mudah alih percuma 1 tahun Yoodo serta hadiah RM 60,000. 
     
     
     
    Yoodo telah menaja edisi PMNC edisi 2019 yang lebih besar dan lebih baik berbanding sebelum ini dengan jumlah keseluruhan wang berjumlah RM 114,000, hampir dua kali ganda daripada hadiah 2018. Bukan itu sahaja.. Yoodo juga mendapat sokongan mereka untuk sukan-sukan ke peringkat lanjutan dengan melancarkan pasukan E-Sports PUBG Mobile mereka sendiri, Yoodo Gank - yang telah membuat impak besar memenangi kejohanan kebangsaan dan mengagumkan di pentas antarabangsa.Yoodo juga berharap untuk menyokong semua pemain di seluruh negara dengan menganjurkan pertandingan PUBG Mobile Bulanan Malaysia pertama. 
     
    2.  YOODO - SUPPORTS TRAVELLING 
     
    Berjalan dengan pelan Yoodo tempatan (Malaysia) di mana sahaja, bila-bila masa dengan kadar rata dengan tambahan Yoodo's Roam Like Home yang merangkumi sehingga 53 negara terpilih! Apa yang membezakan Yoodo'S Roam Like Home adalah dapat menggunakan rancangan plan sendiri ketika travel. Hanya hanya perlu membayar kadar rata antara RM10 hingga RM20 bergantung pada tempat kita pergi menggunakan pengaya yang hebat ini.
     
     

    Kuasa di tangan sendiri! Kita boleh menyesuaikan keperluan pelan mudah alih sebelum kita nak pergi ke mana-mana 53 negara yang disenaraikan. Tambahan Roam Like Home juga membolehkan kita meningkatkan pelan perayauan jika kita kehabisan pelan perayauan yang sedia ada supaya kita boleh melakukan perjalanan tanpa sebarang kebimbangan. yuhuuuu! Yang pasti tidak akan ada caj tersembunyi atau kejutan. 

    3. YOODO - SUPPORTS MUSIC

    Yoodo juga mengambil pendekatan yang dipatenkan untuk menyokong komuniti dalam general muzik. Layan live music, Yoodo Presents adalah siri konsert dalam talian interaktif pertama Malaysia yang kelihatan bersinar di indie band tempatan melalui aliran mingguan di laman Facebook mereka.
     
     
    Band terkenal yang terlibat termasuk Sevencollar T-shirt, Modescape, An Honest Mistake, Battle Bloom dan banyak lagi. Yoodo Presents akan rancak dalam acara tanpa henti dan aliran yang membolehkan penonton dari seluruh dunia menikmati citarasa pemuzik Malaysia. Bagi pencinta hiburan, Yoodo juga menawarkan tambahan Netflix di mana para pengguna akan menikmati 20gb data khusus untuk Netflix hanya untuk RM10.
     
    4. YOODO - SUPPORTS SPORTS
     
    Yoodo menyokong perkembangan sukan di Malasyia - khususnya Futsal. Yoodo merupakan penaja utama Liga Malaysia Futsal Premier baru yang baru sahaja bermula.
     
    Melalui penajaan, Yoodo akan mencari untuk membantu mengambil bakat futsal Malaysia yang semakin meningkat ke peringkat seterusnya. Inisiatif dari Yoodo untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi lebih sihat dan menjalani gaya hidup aktif.
     
    5. YOODO - GOES FULLY DIGITAL 
     
    Yoodo sekali lagi menolak sempadan inovasi, baru-baru ini mereka melancarkan perkhidmatan SIM (eSIM). Tambahan lagi, Yoodo menyediakan perkhidmatan mudah alih digital 100% yang pertama di Malaysia membawa peningkatan kecekapan, kemudahan dan fleksibiliti kepada pengguna.
     
     
     
    Dengan pengguna functinality eSIM boleh melengkapkan proses pendaftaran keseluruhan untuk Yoodo, semua melalui aplikasi Yoodo.. Dengan perkhidmatan eSIM, pengguna tidak perlu pergi sendiri ambil  SIM atau menunggu penghantaran SIM dan sebaliknya SIM dikodkan dengan serta-merta ke dalam peranti mudah alih pengguna yang membolehkan mereka segera melanggan dan mengaktifkan akaun Yoodo sendiri..
     

    5 KELEBIHAN YOODO 

    • Customisable And Transparent Plan
      Nak cakap apa lagikan kalau memang terang-terang Yoodo menawarkan plan yang transparent dan boleh pilih sendiri mengikut keperluan dan kehendak. Dah tak ada lagi fix plan yang cuma menyediakan pakej untuk data panggilan dan internet. Dengan Yoodo, ia tampil dengan menawarkan pakej data internet yang lebih spesifik. Lebih kurang 1,000 pilihan kombinasi data, voice call dan SMS tanpa sebarang caj tambahan bagi personal own plan daripada Yoodo ditawarkan kepada pengguna.

      Ibaratnya macam kita baby baru lahir, kita yang perlu corakkan dia dengan citarasa kita. Ehh ! tak kena okay perumpaamaan ni. Haa, macam kau beli casing hp transparent, lepas tuu kau jenis creatif nak deco sendiri casing telephone kau tuu.. Haaa macam tuu laah plan Yoodo ni berbanding teleco lain yang dah sediakan pakej yang disediakan.
    • LIPUTAN TERLUAS & 4G / LTE

      Yoodo ni keluaran Celcom sebenarnya tau. Aku memang percaya, celcom network kukuh di Malaysia. Jadi, tak perlu risau risau dah sebab Yoodo tetap berhubung dengan rangkaian mudah alih yang paling luas dengan celcom

    • TETAP BERHUBUNG DI MANA SAHAJA BERADA



      Dengan adanya features Roam Like Home, korang boleh on roaming bila kat overseas di lebih 53 buah negara dengan kadar rata RM10 atau RM20/hari sahaja depend pada negara yang korang pergi.

      Paling bestnya korang boleh call, guna data, atau SMS macam biasa dengan plan Yoodo ni sama macam bila kita kat Malaysia tanpa sebarang kerisauan. Tak payah lagi dah nak beli simcard baru kat overseas tu ataupun rasa confuse dengan pelan roaming macam kat telko lain. 
    •  YOODO AKAN HANTAR SIM KAD KE ANDA

      Yoodo akan diberikan secara percuma dalam masa 1-3 hari di seluruh negara. Tapi kalau korang nak pilih untuk penghantaran premium dan perlu bayar surcaj sebanyak RM15, korang akan terima dalam masa 2 jam. Untuk penghantaran premium setakat ni cuma ada hanya di Lembah Klang.
       
    • JIMAT DUIT !

      Pengguna Yoodo hanya perlu membayar dengan penggunaan korang. Plan Yoodo yang paling murah bermula serendah RM3 untuk 50 SMS setiap bulan. Selain itu, apa yang dapat membezakan Yoodo dengan syarikat telco yang lain adalah seperti berikut:
      • Self-Activate SIM - Macam tadi aku cakap kau dapat sim kad percuma. Lepastu kan boleh install Yoodo app dan activate sendiri di mana je tak perlu pergi centre Yoodo.
      • Fully cashless - Tak perlu top-up atau bayar bil setiap bulan, hanya melalui online banking
      • 100% online - semua urusan hanya di atas talian.
      • Fully Digital - Pengguna dapat menikmati pengalaman perkhidmatan mudah alih 100%  digital yang benar-benar dengan peningkatan kecekapan, kemudahan dan fleksibiliti.Pengguna boleh mendaftar dan mengaktifkan akaun Yoodo korang dalam aplikasi dan semuanya tanpa sebarang masa untuk menunggu.  

    PUBG MOBILE INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP


    Haa, minggu lepas merupakan final day battle PUBG Mobile International Championship. Aku dan kawan media dari Johor berpeluang bertemu dan duduk semeja bersama Head of Yoodo Malaysia, Mr Chow Tuck Mun. Bukan itu je, semasa Mr Chow adakan sharing bersama kami, berlangsungnya battle PUBG Mobile International Championship bertempat di Paradigm Mall, Johor.



    Sebanyak 256 kumpulan dari 1,000 pemain dari seluruh negara bertarung secara libe bagi merebut plan mudah alih Yoodo secara PERCUMA selama setahun yang bernilai hampir RM60,000 dan semestinya Yoodo merupakan penaja rasminya



    Tambahan Mr Chow Tuck Mun, Yoodo adalah telko digital pertama yang terlibat secara terus dengan PMNC dengan kerjasama bersama Tencent Mobile. Serta, telko pertama di Malaysia yang telah menawarkan pembelian data tambahan untuk PUBG Mobile.

    JOM MAIN PUBG MOBILE SECARA PERCUMA DENGAN YOODO

    Berita baik untuk kaki e-gamers terutamanya game PUBG kat luar sana. Jimat banyak kalau korang gunakan Yoodo ni. Sebab, korang akan dapat 20GB free data setiap bulan. Betul, memang PERCUMA data main PUBG dengan Yoodo Sim!





    Aku dah pilih PUBG Mobile yang ada dalam aplikasi Yoodo tuu dan tak perlu pilih setiap bulan, sebab ia akan automatik pilih PUBG sampailah kau tick lain selain PUBG. Nahh, adik aku meriah main PUBG sekarang tanpa fikirkan PT3. hahahahaha




    ------------------------------------------------------
    INFO LANJUT
    Website : www.yoodo.com.my 
    instagram : @yoodomy 
    facebook: Yoodo

    SERVIS KERETA DATANG RUMAH DENGAN SERV APPS

    $
    0
    0
    Sudah tiba masanya untuk service kereta tapi tak sempat nak bawak kereta pergi bengkel. Mesti pernah terfikirkan kalau ada service kereta cod atau delivery ke tempat kita kan. Yelah, kita nak pergi bengkel pun kena cari masa yang sesuai tapi nak kena cepat pergi service kereta tu, kalau lama lama biarkan jadi rosak lain laa pulak kan. Nasib baik dah tahun 2019, aku nak review sikit pengalam pertama aku pakai aplikasi service kereta..

    APA ITU SERV ?



    Serv adalah platform perkhidmatan kereta di lokasi yang pelanggan pilih. Dengan Serv, kita tak perlu lagi pergi ke bengkel atau pusat servis untuk servis dan penyelenggaraan kereta berjadual kita. Walaupun kita boleh memilih sendiri tempat untuk servis kereta, SERV berpusat di MaGiC Cyberjaya, dan SERV tidak mempunyai sebarang bengkel. Mereka akan pergi ke lokasi kita, dengan syarat lokasinya mempunyai ruang kerja yang mencukupi. Antara lokasi yang paling disukai adalah di rumah, pejabat dan restoran.

    KAWASAN YANG SERV COVER

    Buat masa sekarang ni, SERV cuma cover Lembah Klang, Putrajaya, dengan Cyberjaya je. Sekiranya kawasan kita tak adadalam senarai, tapi kita nak tahu sama ada SERV boleh datang kat kita ke tak, jangan risau, kat bawah nanti aku akan bagi contact details SERV. Sedihkan, kawasan dia tak meluas lagi.. Harap lepas ni boleh bukak kat JOHOR. hikss..

    WAKTU OPERASI SERV

    Waktu operasi SERV, setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 petang setiap hari dan tertakluk kepada ketersediaan Rakan Kongsi Servis pada masa tempahan. 

    CARA BUAT TEMPAHAN TEMU JANI "CAR HEALTH CHECK" DENGAN SERV


    Haritu sebelum raya, aku sempat buat temu janji dengan SERV. Sebelum aku nak servis kereta,, aku nak tahu apa masalah paling kritikal kat kereta. Iye lah, dah nak raya ni kan.. Kena tahu mana yang wajib tukar dulu kan. Ni cara aku booking servis kereta di SERV Apps

    1. Download apps "SERV" di play google atau di Apps Store
    2. Register akaun di SERV - Register kan kereta korang sekali. Lebih dari 1 pun boleh
    3. Pilih kereta yang mahu di servis


    4. Lepas tu, pilih jenis servis yang diinginkan.

    Kalau confident bateri kereta perlu ditukar, boleh terus tukar tak pun nak towing kereta juga SERV boleh buat
    5.  Sekiranya memilih untuk servis kenderaan, next dia akan bawak kita untuk pilih salah satu atau kesemua service utama yang ada..


    6. Sekiranya pilih Car Health Check, add-on service yang kau nak apa, kalau macam aku aku nak Cek kesihatan kereta dahulu.. Jadi aku just klik Next untuk process seterusnya..

    7. Pilih lokasi dan masa untuk buat temu janji

    hehehe, kompomm tak ada untuk lokasi ni ye anak-anak.. saje je test hari tu


    8. Quotation send sampai ada status approve
    9. Quotation approve lepas buat payment kena tunggu siapa yang rakan kongsi SERV yang akan datang ke kita. Nanti dia akan datang pada tepat  pada waktu yang ditetapkan..

    PUAS HATI DENGAN LAYANAN DARI SERV


    Waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Pada harinya, SERV akan maklumkan kepada kita bahawa dia sudah dalam perjalanan menuju ke lokasi kita. Setibanya dia di lokasi kita, mereka akan maklumkan bahawa dia dah sampai. Jadi, kita pun boleh tengok kerja diorang dengan  makan pisang goreng. Nak nak yang ada anak, tak perlu risau untuk tinggalkan anak kat rumah. Sebab kita tak perlu pergi ke mana-mana dah..








    JAWAPAN DARI SERVIS CAR HEALTH CHECK OLEH SERV




    Kalau zaman sekolah, dapat result peperiksaan 92% dah boleh bangga kan. Tapi kalau penjagaan kereta, selagi belum 100% jangan berangan ye untuk senang hati. Jadi, bila dah buat service check ni, Haa baru lah boleh buat appointment seterusnya untuk bagi ubat supaya dapat cegah dari berterusan. hikss

    REVIEW SERV DARI MIMIN ADAM



    Alhamdulillah, terima kasih SERV team untuk servis yang tip top ni. Mudah. Tak perlu risau lagi sekiranya aku dalam keadaan yang busy tak sempat nak pergi servis.. Kalau kau kerja dalam pada masa yang sama wife, yang susah nak bawak anak sekali pergi servis kereta, aku sangat suggest gunakan Apps SERV ni untuk servis kereta korang tu. 

    ----------------------------------------------
    INFO LANJUT:

    Masker Smooto dengan Teknologi No.1 di Jepun yang Boleh Mencerahkan Kulit

    $
    0
    0
    Hi korang... Akhir-akhir ini, aku rasa udara di Malaysia tak menentu sekejap sangat panas sekejap sejuk, jadi kalau panas aku suka cari tempat-tempat yang boleh beriadah di tempat terbuka, tapi aku tahu.. mesti kulit muka aku akan menjadi kusam.. Bila macam ni nahh tercari-cari masker muka yang sesuai supaya kulit wajah ni kembali cergas,



    Apa Itu Smooto?

    Hari tu, aku ada dapat penghantaran penjagaan kulit 1 kota dalamya ada masker yang comel-comel! Pernah dengar apa itu Smooto? Smooto adalah produk penjagaan kulit menggunakan teknologi No. 1 di Jepun.. jualan terbaik di Thailand dan telah terjual lebih 90 juta pcs.

     
    Perubatan Global (Thailand), Co., Ltd. ditubuhkan oleh ahli farmasi, saintis, dan pakar dalam pelbagai bidang. Matlamat Smooto adalah untuk menghasilkan barangan dan menyediakan perkhidmatan mengenai kesihatan, kulit dan kecantikan. Dengan piawaian yang berkualiti tinggi dalam setiap prosedur seperti reka bentuk produk, penyelidikan, pembangunan dan ujian kecekapan dalam menghasilkan, mengandungi dan mengawal kualiti.
    Smooto Aloe-E Snail Bright Gel 

     

    99.5% gel aloe vera dengan vitamin E dan ekstrak siput semula jadi, gel ringan dan lembut yang menyerap dengan cepat. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit sensitif.

    Kelebihan:

    1. Selepas rawatan laser
    2. Melembapkan kulit sensitif
    3. Sebelum tidur
    4. Selepas selaran matahari
    5. Untuk luka dan zat
    6. Untuk tangan dan kuku
    7. Gunakan dengan kapas untuk beg mata gelap
    8. Untuk mengurangkan keterlihatan parut
    9. Membantu untuk bertahan lebih lama
    10. Untuk siku, lutut dan tumit

    Gunakannya di muka dan bahagian badan yang lain.
    dua kali sehari atau seperti yang diperlukan.
    Simpan di dalam peti sejuk untuk lebih segar 

    Smooto Tomato Aloe Snail Jelly Scrub

    Scrub lembut dan tidak menjengkelkan, membantu menghilangkan kulit mati dengan berkesan. Mengandungi lycopene, lidah buaya, ekstrak siput, dan minyak pokok teh yang membantu kulit kelihatan terang secara semula jadi, mengurangkan penglihatan parut, kulit licin.


    Tomato: menyalakan dan menyuburkan kulit
    Aloe vera: Membantu mengurangkan keterlihatan parut dan bintik hitam
    Cengkerang Siput: Memulihkan keadaan kulit, pori-pori kelihatan lebih kecil
    Pokok Teh:  Membantu menyerap minyak yang berlebihan, mengurangkan bintik hitam dan jerawat.

    SMOOTO TOMATO GLUTA AURA SLEEPING MASK




    "Kulit licin dan lembap"
    Mask tomato yang kaya dengan antioksidan. Mengandungi arbutin, glutation, dan liposom vitamin A, B, C.


    Kelebihan:

    1. Mengurangkan kedutan
    2. Melembapkan kulit
    3. Buat kulit cerah dan semulajadi sihat
    4. Memelihara kulit
    5. Anti-penuaan dan pengetatan kulit

    Sapukan topeng sebelum tidur sekata, selepas membersihkan wajah anda.



    SMOOTO LEMON-C ACNE PLUS WHITE SERUM 


     
    Serum AHA / BHA dari Citrus Medica Limonum, mentol Allium Cepa dan Centella Asiatica. Membantu memulihkan kulit, mengatasi liang tersumbat dan bintik hitam, mengawal minyak yang berlebihan di muka dan menyamar hitam.

    Gunakannya pada muka setiap pagi dan malam.


    SMOOTO ORANGE GLUTA AURA SCRUB MASK


     
    Scrub dengan kombinasi aprikot yang membantu menghilangkan sel kulit mati, membersihkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih licin.

    basuh tangan dengan air, kemudian gosok dan urut,
    biarkan berdiri selama 1 minit.
    Bilas dengan air.
    Gunakan 2-3 kali setiap minggu.

    SMOOTO GOLD POMEGRANATE AURA WHITE SERUM

     Serum yang membantu menyembunyikan bintik-bintik gelap dan parut, walaupun nada kulit dan mencerahkan kulit. Sesuai untuk kulit sensitif.

    gunakan pada muka setiap pagi dan malam

    Smooto Apple Q10 Baby White Cream
     
    Apple Q10 Baby White Cream dengan concentrated Q10, vitamin A, B, C, E, dan collagen. Ia membantu menjadikan kulit licin dan tegas, meningkatkan penampilan kedutan yang mendalam, dan memberikan kulit yang lebih muda.


    gunakan pada muka setiap pagi dan malam 
     
    Ia membantu menjadikan kulit licin dan tegang, meningkatkan penampilan kedutan yang mendalam, dan memberikan kulit yang lebih muda.
     
     
    Smooto Volcanic Egg Clay Mask 

    Masker tanah liat ini dibuat daripada telur, tanah liat semulajadi, kolagen, vitamin A, B, C, dan E, yang terbaik untuk membersihkan kulit dan mengeluarkan kotoran yang menyebabkan jerawat. Ia juga membantu melicinkan kulit, mengecilkan liang-liang, menghancurkan bintik hitam dan hiperpigmentasi yang menjadikan kulit kelihatan sihat dan merah.

    10 dalam 1 manfaat topeng tanah liat ini:
    • Kawalan minyak di muka
    • Mencegah jerawat
    • Mengangkat kotoran
    • Menjaga parut jerawat
    • Mengecilkan liang
    • Fade bintik hitam dan hiperpigmentasi
    • Bersihkan kulit
    • Mencerahkan kulit
    • Melembapkan kulit
    • Menghasilkan kulit yang sihat

    Cara menggunakan:

    Gunakan selepas mencuci muka anda, elakkan kawasan mata, biarkan berdiri 10-15 minit. kemudian basuh muka anda.
    Gunakan 1-2 kali setiap minggu.
    Juga boleh digunakan untuk masalah jerawat di bahagian badan yang lain.

    Smooto Egg Collagen White Serum 

    Serum ini dari Hokkaido Japan.. Egg Yolk membantu mengetatkan liang besar agar kulit menjadi lembut. Dibuat dengan ekstrak kuning telur, Arbutin, kolagen, vitamin A, B, C, dan E yang membantu memulihkan keadaan kulit, mencerahkan dan menjadikan kulit berasa lembut dan licin. Formula ringan ini sesuai untuk semua jenis kulit.


    • Kuning telur = Menjaga kulit dan meningkatkan kelembapan kulit
    • Arbutin = Memutihkan kulit, mengurangkan bintik hitam dan hiperpigmentasi
    • Collagen = Membantu menyuburkan kulit agar kulit kelihatan licin dan lembut apabila disentuh
    • Vitamin A = Melegakan bintik hitam dan hiperpigmentasi
    • Vitamin B = Membawa penghidratan semula ke kulit, mengawal minyak yang berlebihan, mengurangkan saiz liang-liang
    • Vitamin C = Mencerahkan kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan sihat
    • Vitamin E Mencerahkan kulit yang kusam, mengurangkan kemerahan dan meningkatkan keanjalan kulit

      Gunakannya di muka selepas mencuci wajah anda, setiap pagi dan petang.

    REVIEW Produk Comel dari Smooto Oleh Mimin Adam


    Setelah memakai semua jenis mask ni tidak ada kesan sampingan yang teruk di muka aku ni. Biasanya aku tak suka pakai mask cecair macam ni. Tapi Smooto ni aku suka sangat. Kiut tauu packaging dia.. senang bawak pergi travel sebab ringan dan tak makan ruang.



    Paling penting semua produknya tak ada alcohol jika dipakai akan terasa lembab serta tidak kering (Sesuai untuk semua jenis kulit)

    harga pun murah je, dalam RM4.50 ke atas korang boleh dapatkan dekat shopee atau kat facebook dan instagram Smooto Malaysia.

    ----------------------------------------- 

    Info Lanjut :

    Instagram : @Smooto.my
    Facebook : Smooto Malaysia
    Shop : Family Mart

    DAS ABDUL GLOBAL JENAMA BANTAL HOTEL 7 BINTANG YANG ULUNG DI MALAYSIA

    $
    0
    0
    Siapa je yang tidak kenal akan jenama Das Abdul Global ni? Bila sebut sahaja, mesti sudah buat mereka teringat dengan billboard-nya yang mempunyai gambaran tuan pengarah memeluk bantal hotel DAG®. Tengok sahaja sudah dapat bayangkan betapa lembut dan gebunya bantal DAS Abdul ini. Das Abdul Global telah melonjak naik menjadi sebuah jenama tempatan di Malaysia yang terkenal dengan pengeluaran bantal hotel 7 bintang pada harga mampu milik. Dengan tagline popular jenama ini iaitu “Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang”, Das Abdul Global telah menjadi cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia termasuk artis tempatan.

    Apa itu DAS Abdul Global?


     
    Das Abdul Global telah berkembang dengan lebih hebat selepas memperkenalkan sebuah jenama sub yang baru iaitu DAG Home. Walaupun Das Abdul Global mengeluarkan koleksi barangan hotel, DAG Home pula lebih kepada kelengkapan bilik tidur. Set comforter, bantal peluk, tuala dan bantal merupakan antara produk yang dikeluarkan dibawah jenama DAG Home. Ingin menjadikan bilik tidur anda seperti bilik hotel 7 bintang? DAG Home adalah jawapannya. Jenama ini telah mula mendapat perhatian dan ramai pengguna Das Abdul Global telah membeli produk di bawah jenama DAG Home ini.
     

    DAS ABDUL SEMAKIN KUKUH

     
     
    Peningkatan jenama Das Abdul Global telah meningkat naik dengan begitu drastik dalam jangka masa 3 tahun, peningkatan ini disebabkan oleh keprihatinan dengan setiap rayuan dan komen pelanggan mereka sendiri terhadap servis dan jenama Das Abdul Global, Das Abdul Global percaya setiap permintaan dan komen dari pelanggan mereka sendiri dapat membaik pulih tahap servis mereka kepada pelanggan sekali gus dapat meningkatkan taraf kepercayaan pengguna mereka terhadapa Jenama Das Abdul Global itu sendiri. 

    TARIKAN TERKINI BUAT EJEN-EJEN DAS ABDUL 

     
    Das Abdul Global telah membuka semula pertandingan “reward tahunan” bagi setiap ejen Das Abdul Global yang sah berdaftar. Seperti “reward” tahun sebelumnya, tahun ini Das Abdul Global telah menaikkan taraf “reward” tahun ini dengan lebih lagi dimana Das Abdul Global telah menawarkan 6 buah kereta mewah seperti sebuah Vellfire, Honda CRV dan banyak lagi.
     
     
     
    Disamping itu juga terdapat juga beberapa “reward” sampingan yang ditawarkan kepada ejen-ejen mereka seperti Ipad, mesin pengering dan banyak lagi. SIapa sangka dengan menjual bantal anda berpeluang untuk memenangi produk-produk yang ditawarkan. Jangan buang masa lama-lama. Mungkin anda lah pemilik baru salah sebuah 6 kereta mewah yang ditawarkan ini. Jom sertai Das Abdul Global dan menangi sebuah kereta!
     
    -----------------------------------------
    INFO LANJUT

    BIGGEST LOSER BATU PAHAT CONTEST

    $
    0
    0
    Haii, seram tak tajuk atas ni. Hahahaha. Macam ni ingat lagi tak aku ada join Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia tahun lepas.. Haa, coach JK1M kawasan Batu Pahat pindah ke Penang dah sekarang. Mana orang Penang, Cari lahh coach Suhaila. Seronok sebab dia ambik peserta perempuan je.. Tak perlu risau nasi lemak bergegaran. hikss..

    BIGGEST LOSER BATU PAHAT



    Disebabkan macam patah sayap kami ni takde dah coach nak bagi pukat untuk tarik kami ke darat setelah lama lemas dalam lautan. nahh! dia buat contest bagi semangat kami untuk kurus sambil jaga kesihatan dalam tempoh 2 bulan bermula esok 1 Ogos 2019 sehingga 30 September 2019.

    Ni berat letest aku join online coaching diet dengan coach sue

    Nasib baik ada contest ni, mampu lahh nak kurus sebulum majlis besar aku. hikss. So, aku cubalah update hari hari menu harian aku. Cuba eh! hahahaha. Good luck Mimin !

    PERLINDUNGAN SEUMPAMA SENTUHAN KASIH SAYANG | MIMIN SUKA PAKAI BEDAK AGNESIA NI

    $
    0
    0
    Tengah syok buat kerja masa kerja minggu lepas, tiba tiba dapat panggilan cakap ada bungkusan nak sampai dalam 10 minit. Ehh! Dalam hati bungkusan apa pulak tu kan.Sejak bila aku merajuk.. Sejak bila pulak birthday aku bulan Julai. Setahu aku orang lain yang birthday aku yang dapat bungkusan surprise. Apa pulak tuu..




    50gram buat surprise rupanya. Wahh! Siapa hantar.. Masih ragu-ragu dengan pemberian dari siapa.. Setahu aku 50gram tak cover kawasan Batu Pahat. Teruja sangat nak tahu apa dalamnya..Korang mesti nak tahu kan apa dalamnya. Tapi aku tak sempat bukak kat office. Jadi sampai rumah baru aku bukak..




    Ni haa, Agnesia yang hantar rupanya. Weyhh ! aku tunggu lama tauuu. Sekali sampai dia kasi bunga sekali tahu! Dalamnya ada 2 bau baru yang pasti Agnesia original masih ada dan tetap menjadi pujaan hati ibu aku.. Terus bersinar mata dia tengok bedak ni sampai rumah.

    Bedak merah ni dah banyak transformasi dan ini wajah paling terkini. Lawa kan. Packaging dia pun lawa senang nak pegang dan kemas. Bau masih sama. hihihi

    Beau Care Lavender, bau ni aku suka sangat. Jadi memang cepat habis aku pakai.

    Beau Care Rose, Jenis bau rose ni aku kurang gemar sikit. Sebab aku bukan jenis suka bau manis macam ni. Kalau korang suka bau manis, mesti korang suka jenis ni

    BEDAK MERAH AGNESIA MEMBERIKAN KELEGAAN KERENGSAAN KULIT KINI BERWAJAH BARU DENGAN 2 HARUMAN BUNGA

    Bedak yang tidak asing dalam penggunaan harian. Bedak ni terkenal dalam kalangan emak-emak. Iyelah bedak merah Agnesia ni digunakan bila badan terkena ruam. Terutamanya kanak-kanak . kanak-kanak kan selalu akan kena ruam. Tambahan lagi, bedak merah Agnesia ni mudah untuk di dapati di kedai-kedai runcit berhampiran korang,

    Apa itu Agnesia?


    Agnesia ni dah wujud sejak 1930an lagi tau. Agnesia Hygiene Care Powder telah menjadi sebahagian daripada isi rumah rakyat Malaysia, Bedak Agnesia ni dipercayai dapat membantu tidak terkira ramainya keluarga untul melegakan kegatalan kulit dan mengurangkan masalah ruam akibat cuaca lembap di negara ini.


    Rumusan Agnesia yang berasal dari Britain di bawa ke sini dan disesuaikan dengan keadaan cuaca tropika agar dapat memenuhi keperluan masyarakat tempatan.


    Tin Merah ikonik ingat lagi tak? Mungkin kalau lahir tahun 2000 dah tak jumpa. Bedak ni yang paling disukai oleh setiap generasi juga kini turut popular di luar negara. Ia boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai di Singapura, Mauritius serta Nigeria.

    Agnesia Disahkan Halal


    Pada 2004, Agnesia berjaya memenangi anugerah berprestij Superbrands Award, yang menjadi bukti kepada jenamanya yang kukuh lagi diiktiraf oleh rakan-rakan industri serta para pelanggan sekalian. Ia juga disahkan Halal.



    Dengan pengalaman menghasilkan produk berubat selama berdekad lamanya, jenama Agnesia telah berkembang dengan menghasilkan sabun pembersih bagi memberikan keselesaan dan kelegaan yang berlanjutan untuk para penggunanya. Agnesia akan terus berinovasi dan memajukan produknya dengan tujuan untuk menjadi jenama terunggul di Malaysia dalam kategori produk berubat.

    LEGAKAN KERENGSAAN KULIT DENGAN BEDAK AGNESIA YANG SERBA BARU


    Setelah lebih 80 tahun memantapkan kedudukan, Bedak Agnesia Hygiene Care kini telah menampilkan wajah baru dengan keluaran Beau Care di datangani dengan dua haruman menyegarkan iaitu Lavender dan Ros masing-masing berat 100g dan dirumus secara eksklusif bagi menghasilkan haruman yang memikat lagi menyenangkan..





    Terbukti berupaya membasmikan 99.9% bakteria dan TIDAK MENGANDUNGI Asbestos, bedak Agnesia Hygiene Care sangat terkenal kerana rumusannya yang melegakan dan menenangkan. Ia mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% Zink Oksida dan 0.5% Chlorohexidine. Bedak pelindung yang menjadi pilihan ramai ini membantu menyerap lembapan berlebihan pada kulit. Ia juga berkesan melegakan kegatalan kulit.

    Boleh didapati di semua farmasi utama, 
    Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart.

    -------------------------------------------------------

    My Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Semua Jenis Kulit

    $
    0
    0
    Hai hai hai, hari ini aku nak kongsikan tentang pencuci muka aku yang baru dan sudah ramai mencuba pencuci muka ni iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Semua wanita termasuk aku menginginkan kulit yang sihat dan cantik. Sebab tu lah kita perlu mendapatkan pembersih yang lembut pada kulit kita tidak kira normal, kering, berminyak, sensitif dan banyak lagi. Macam aku nak kulit yang sihat dan cantik, aku gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser kerana ia membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi.


    99% wanita bersetuju 'Cetaphil Gentle Skin Cleanser' membersihkan dengan lembut sambil melembapkan kulit, tanpa mengikiskan minyak semulajadi kulit. 

    Ramai pengguna cetaphil di luar sana memberikan feedback positif. Pada kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club Malaysia pada 2018, 800 lebih ahli yang menerima dan menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni memang setuju pada dakwaan tersebut. 
     
    Ada juga yang mencuba sebab setelah muka mereka breakout teruk, mereka jumpa pakar kulit dan pakar kulit itu sendiri ada yang mencadangkan Cetaphil sebab ia selamat digunakan. Walaupun Cetaphil memberikan kesan yang perlahan, tetapi muka yang breakout tadi akan kembali normal dan cantik seperti sebelum ni. 
     
    Disebabkan itulah, kalau nak kulit cantik dan sihat kena memulakan dengan mengetahui cara dapatkan kulit yang sihat. Jangan terlampau nak cepat pulih dan putih. Belum pasti produk itu bagus. 



    Review Cetaphil - Pengalaman Mimin



     
    Aku tahu kulit aku jenis kulit sensitif dan aku kena pastikan cleanser yang aku nak gunakan tu seharusnyalah lembut pada kulit. Kulit sensetif aku jenis kulit kering dan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini pulak memang sesuai sangat kerana ia tanpa sabun dan pewangi

    Kali pertama aku cuba mencuci muka dengan menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni walaupun agak pelik sebab ia memang tiada buih langsung sehingga aku bilas, kulit tak terasa tegang dan ketat. Sesetengah pencuci muka pernah aku pakai, muka aku rasa ketat selepas dicuci dan menyebabkan kulit kering makin perit dan akhirnya mengelupas kulit ni. Tapi lepas guna ni, aku dapat rasakan kulit lebih lembut

    Sekiranya kalau kulit korang jenis normal, berminyak, berjerawat sekalipun, korang boleh serasikan je dengan Cetaphil cleanser ini sebab ia memang sesuai dengan semua jenis kulit. Tapi, lain pulak lah kalau kau punya kulit tu jenis sangat berminyak.. kau boleh cuba pergi pakai Cetaphil Oily Skin Cleanser. 


    Paling best kebaikan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni tak tarik kelembapan kulit kita dan macam aku bagitahu tadi, 99% wanita yang dapat cuba pencuci muka ni bersetuju bahawa ia betul-betul membersihkan dan melembabkan kulit muka. Haaa! sebab itu juga ia sesuai untuk kulit bayi

    Tekstur & Packaging Cetaphil Gentle Skin Cleanser


    Packaging sangat mesra pengguna. Ia boleh dikunci dan dibuka dengan mudah. Kalau aku bawak travel pun mudah je. Tak tumpah kat dalam beg. hikss
     
     

     

    Macam aku cakap tadi, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni langsung tak berbuih.. Bila tengok teksturnya pun memang lain dari cleanser yang aku pernah cuba yang kebanyakannya agak cair dan perlu dibilas dengan air sehingga berbuih. Tapi tidak pada cleanser ni. Teksturnya agak kental seperti losyen dan langsung tiada bau (fragrance-free) oleh Itu takkan merengsakan kulit muka yang sensetif aku.
     
    Rupanya fragrance tu boleh menyebabkan skin irritation terutamanya pada kulit yang sensetif. Ohhh! lepas ni memang aku akan elakkan cleanser yang ada fragrance. Mula-mula je akan rasa tak selesa sebab tak biasa pencuci muka yang tak ada buih. Wangi dan berbuih pun nak buat apa kan kalau muka jadi merah dan gatal. 
     

    Cara Penggunaan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

    Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini boleh digunakan dalam dua keadaan. Digunakan bersama air dan juga tanpa air. Yang menariknya, kalau musim peraya mesti air kecik. Haa, time ni lahh cuci muka tak payah bilas. hehehe. Kalau malas atau kelam kabut nak cuci muka, korang boleh pakai pencuci muka ni lepas tu lapkan dengan menggunakan cotton pad je. Mudah je.. 


    Kebiasaanya, aku akan gunakan 2 kali sehari. Pada waktu pagi dan juga malam. Kadang-kadang aku pakai sebelum nak masuk tidur (biasanya terlupa) hahahahha.. 

    Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

     
     


    Antara kelebihan yang ada pada Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni :

    ● Membersih dengan lembut sambil memberi kelembapan pada kulit
    ● Formula yang bebas dari sabun , wangian dan lanolin
    ● Berkesan untuk semua jenis kulit termasuk bayi dan kulit yang sensitif
    ● Berkesan tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit
    ● Dermatologist mensyorkan
    ● Boleh remove light makeup
    ● Non - comedogenic ( tak menyebabkan liang pori tersumbat)
    ● Menyeimbangkan pH kulit
    ● Won't sting eyes
    ● Boleh di gunakan dengan air dan tanpa air

    Formula mudah membantu untuk mencapai kulit yang benar-benar sihat, yang merasakan lembut dan melembapkan bukannya dilucutkan dan kering. Pembersih Kulit Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah pembersih yang diuji dermatologi yang sama-sama luar biasa untuk semua jenis kulit. Ia melindungi dan melembapkan semua jenis kulit, bukan hanya kulit yang sensitif. 

    Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser dari Mimin Adam

    Keseluruhan, selepas aku pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni memang tak nampak banyak perubahan pada kulit aku. Untuk sementara waktu ni aku tak dapat nak tunjukan perubahan tersebut sebab Cetaphil ni bukanlah untuk memutihkan kulit wajah dalam masa 3 hari. Hikss.. Tapi… aku dapat rasakan kulit aku makin kurang kering dan bebas dari mengelupas kerana aku penderita eczema. 
     
     
    Sebenarnya untuk mengembalikan kembali masalah kulit kita yang terjejas ni akan mengambil masa jugak untuk membaikikan. Jadi, kau janganlah berputus asa dan teruskan sentiasa menggunakan. Ada juga aku pernah dengar, kulit dia jenis tak sesuai menggunakan Cetaphil ni.. Tapi kau dah cuba ke ? Haa tak cuba mana nak tahu lagi sesuai ke tidak. Janji analisis terlebih dahulu kulit kau jenis apa.

    -------------------------------------------
    Info Lanjut:

    Website : https://cetaphil.com.my
    Facebook Page : https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/
    Shopee : https://shopee.com.my/cetaphil.os

    PUAS HATI DAPAT JIMAT BELI CERMIN MATA DI KEDAI EYE PRO VISION, SUNGEI WANG PLAZA

    $
    0
    0
    Buat kali pertama aku rasa aku teruja nak buat cermin mata baru. Cermin mata yang lebih murah dari cermin mata yang kebiasaannya aku buat cermin mata  bingkai okay sikit harga paling murah dalam RM80.00 belum campur lagi dengan "blueray"  atau nipiskan kanta tu jee harganya akan mencecah RM400.00 hingga RM 500.00 lebih kurang macam tu. Nah! sebab tu aku cakap ini kali pertama aku teruja nak buat cermin mata. Kalau tak, nak tukar cermin mata fikir sepuluh kali tahu nak tukar. hahahaha


    Korang bayangkan, frame boleh dapat dengan harga serendah RM65.00 lepas tuu boleh tambah Kanta Alpha Blue 420. Harga cermin mata keseluruhan bergantung pada power lens korang tu aku jamin pasti lebih murah daripada kebiasaan korang beli cermin mara.


    CERMIN MATA LENGKAP DENGAN ALPHA BLUE 420


    Tak sia-sia aku ternampak post viral kat facebook pasal kedai cermin mata murahdi Sungei Wang Plaza. Aku ada dengar jugak komen orang keliling aku cakap yang viral tuu tipu. Nasib aku gigih jugak nak cari kedai cermin mata viral tu. Jangan tertipu yaa dengan kedai cermin mata yang lain-lain di Sungei Wang Plaza tuu. Sebab, merata-rata korang akan nampak di setiap kedai cermin mata yang ada di Sungei Wang Plaza tuu ada tulis perkataan "Cermin Mata Viral". Kedai cermin mata viral No. 1 yang hangat di perkatakan warga Net tuu terletak di Eye Pro Vision Lot G111 (Tingkat G).




    Apa yang menariknya kedai cermin mata Eye Pro Vision ni, Harga promosi setakat ni cuma RM65 termasuk bingkai dan kanta multi-coated + power sehingga 400. Designnya pula kesemuanya design yang terkini. Ala ala korea ada, jepun ada, ala nerd ada macam macam ada lahh dekat sini. Pilih je mana yang bersesuaian dengan muka korang. Lebih 2,000 design boleh pilih kat sini. Yang paling best, Cermin mata korang tu akan siap dalam masa 1 jam je. wow! ramai orang pun masih kekalkan momentum siap cepat

    PENGALAMAN MIMIN KETIKA MEMBELI CERMIN MATA MURAH DI EYE PRO VISION, SUNGEI WANG PLAZA


    Sepanjang aku di kedai cermin mata Eye Pro Vision, aku dapat layanan dari William. Boss kedai cermin viral murah tu. William ni sendiri terangkan pada aku pasal kanta jenis Alpha Blue 420 yang semestinya dapat membantu menghalang caaya dan sinaran UV terus masuk ke mata. Masa ni baru tahu, cermin mata aku yang lama tak cukup Blue ray dia T.T

    Kanta tanpa Alpha Blue 420

    Kanta dengan Alpha Blue 420

    Haaa, nampak kan perbezaan antara ada AlphaBlue 420 dan sebaliknya.. Kenapa aku asyik sebut Alpha Blue 420? Sebabnya sekarang ni kita terdedah dengan komputer, televisyen tak tertinggal juga telefon bimbit kita. Yaa ! aku lah tuu . Dengan sekarang layan drama melayu kat tv nya lain, layan Hotel Del Luna dekat telefonnya lain. Haaa.. cahaya dari screen tuu semua tak bagus untuk kesihatan mata. Lama-lama nanti boleh menyebabkan mata kita jadi kering dan mungkin akan terjadinya selaput mata.. Bahasa mudahnya naik power lahh guys!

    Selain tu, kanta yang lengkap ada Alpha Blue 420 ni jenis tahan lasak dan mudah dicuci. Tak mudah calar. Kalau kau gores ke conteng pakai permanent maker pen pun boleh hilan dan boleh di lap macam tu je..






    Lepas diberi penerangan terperinci dari William, tiba masanya untuk aku cari cermin mata yang sesuai dengan muka aku ni.. so, proses seperti biasa, cek mata. cek power mata dan tunggu 1 jam untuk amik cermin mata



    Korang kalau nak buat cermin mata murah boleh pergi Sungei Wang Plaza. Cari kedai cermin mata Eye Pro Vision kat Ground Floor. Tak susah nak cari kedai ni sebab dia kat tengah-tengah. Tak tersorok pun. Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.

    ---------------------------------------------
    Info Lanjut

    Eye Pro Vision
    Lot G1111
    Ground Floor, Sungei Wang Plaza
    Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

    Contact: +016-377 1304
    Instagram : @eyeprovision_g111
    Facebook : Eye Pro Vision

    3 SEBAB KENAPA PERLU MILIKI SENDIRI GASTON LUGA BAGPACK

    $
    0
    0
    Bukan aku sorang je nak beg yang kelihatan elegen masa pergi travel. Salah pilih beg mesti spoil mood korang nak berjalan tuu haa. Hujung bulan Ogos ni aku nak berjalan ke Bangkok, Thailand. Aku pun terfikir jugak, nak backpack takkan nak bawak luggage. Ramai kawan-kawan pakai bagpack dari Gaston Luga! Nah, rezeki awal sebelum raya hari tu aku dapat dah beg yang aku nak tuu direct terus dari Stockholam, Sweden. Woohoo!!


    Ralit mencari beg yang diidamkan, mata tertarik dengan beg Pråper - Olive & Black. ia bukan sahaja kelihatan bergaya, tapi juga beg ni sangat berfungsi untuk pergi berjalan jauh. 

    3 SEBAB PERLU MILIKI GASTON LUGA BAGPACK


    Gaston Luga dicipta dengan matlamat bagi mewujudkan ransangan classy dan bergaya sambil mengekalkan selaras dengan minimalism Scandinavia. 3 sebab mengapa aku memilih beg Praper ini

    1. MATERIAL TAHAN LASAK

    Material beg itu dibuat menggunakan Kulit PU dan kanvas tebal maka sesuai dengan pelbagai cuaca tak kira hujan atau panas. Kalau ada sedikit kotor, hanya perlu gunakan kain lembap untuk buangkan kotoran tu. Inilah sebab utama mengapa ia sangat sesuai untuk dibawa bersama ketika travel. Kadang kala cuacakan sukar untuk diramalkan. Sama ada hujan atau panas, ada kemungkinan beg kita ni akan menjadi kotor.

    2. CIRI KESELAMATAN TINGGI

    Bercakap tentang keselamatan, Gaston Luga mencipta poket belakang belakang untuk menyimpan pasport kita supaya mudah untuk disimpan dan diambil serta selamat disimpan di situ.



    Ia cukup besar untuk telefon pintar juga, tetapi aku fikir ia boleh menjadi masalah ketika ada panggilan masuk pulak masa tu kita sedang dalam perjalanan. Jadi maksudnya, kita perlu mengangkat beg tersebut untuk capai telefon kita.

    3. FUNGSI COMPARTMENTS BEG GASTON LUGA 


    The Pråper mempunyai badan kanvas tebal dengan perincian kulit.Flap ditutup dengan cangkuk logam yang kuat dengan 4 tahap laras. Kat sini aku cakap cangkuk dia kukuh  tak mudah cangkuk tu terbukak. Akan jadi sangat membosankan nak cangkuk bila kita dalam situasi yang terburu-buru, tapi kalau dah terburu-buru pastikan cangkuk betul-betul taknak jadi perkara yang tak diingini berlaku.

    3 KEKURANGAN PRAPER BAG GASTON LUGA


    1. TIADA ZIP


    Jika korang menjangkakan beg ni ditutup dengan zip untuk sampai ke bahagian dalam beg, korang mesti tak sangka. Praper Beg ni ciri yang saya aku suka.Beg Praper ni korang boleh ikat. Bila korang ikat beg dengan baik dan selesa, kalau kau jenis tak sabar macam aku ada baiknya tak payah ikat. Hanya tarik jee tali tu jadi ketat. Sebab tali beg tu sangat grab bila diikat.

    2. RUANG DALAMAN YANG KECIL


    Terdapat 2 petak dalam beg itu, satu bahagian petak korang perlu seluk untuk mencari poket. Petak dalam sepatutnya sesuai dengan komputer riba 13-15 ", tetapi pembukaan beg ini sangat kecil sehingga sampai aku rasa sukar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg itu. Seperti yang dapat korang lihat dalam gambar, itu yang paling luas aku dapat membuka beg itu. Tak tahu apa barang yang boleh aku letak. Aku rasa cuma boleh letakkan barang-barag kecil je. Kalau mulut beg terbuka lebih luas, mesti mudah untuk masukkan barang ke dalam beg.

    Pråper - Olive & Black Gaston Luga Review Mimin Adam

    Pengalaman aku semasa menggunakan beg ini ketika balik kampung beraya. Beruntung aku kampung aku dekat dengan rumah sendiri.. Tidak perlu untuk bawa keperluan yang banyak untuk balik ke kampung.  Ia sesuai untuk mereka sedang belajar yang sentiasa galas computer riba (laptop) yang boleh memuatkan telefon, buku-buku dan aksesori yang lain.


    Aku masih berfikir adakah berbaloi untuk aku bawa beg ini pergi travel yang memerlukan lebih dari 1 hari keluar dari rumah untuk balik ambil pakaian lain. Tali beg yang berpaut pada bahu juga membuatkan rasa sakit sekiranya membawa barang yang banyak.

    tengok ni ruang dalam beg ni yang kecil

    Pendek kata, jika korang suka beg yang minimalis dan asas, maka inilah beg elegen yang korang cari. Tetapi jika korang menyukai alat teknologi masuk pada bagpack dan inginkan beg yang sangat ringan dengan banyak poket untuk masukkan barangan, bukan beg ni yang korang cari. Pada masa ini, terdapat pembungkusan hadiah percuma dan pemegang kad Plånkan percuma dengan setiap pembelian beg. Beg semua dihantar dengan penghantaran ekspres DHL (free penghantaran) dan beg ini dalam masa 3 hari bekerja. Itu sangat menarik.

    DAPATKAN BAGPACK GASTON LUGA

    Korang boleh membeli ini dengan 15% daripada harga dipaparkan dengan memasukkan kod miminadam.. Dari harga RM539 untuk beg jenis praper ni kemudian tolak 15% dengan memasukkan promokod miminadam. Jadi harga yang perlu korang keluarkan ialah RM431.20. Korang dah dapat jimatkan RM107.80.


    Ohh ya, kalau kau beli beg di Gaston Luga, korang juga boleh dapatkan cover passport untuk di bawa travel juga tag bag sekali yaa dengan gunakan promokod miminadam. Kalau ragu ragu nak pakai promokod ni takut aku dapat komisyen.. Tak yah risau. Aku langsung tak dapat komisen daripada ini. Itu aku cuma janji harga istimewa untuk korang beli je. Kalau guna promokod miminadam semasa membeli beg dari Gaston Luga, beritahu aku okay!

    --------------------------

    Info lanjut

    Instagram : @gastonluga
    Facebook : Gaston Luga

    Traveloka Saleabration 2019 | Jom Jimat Bercuti Hujung Tahun Dengan Matta Fair !

    $
    0
    0
    Sebut jee Matta Fair, dalam kepala mesti fikir pasal pergi travel dengan harga yang murah betul kann.. Traveloka Saleabration 2019 kini kembali ! Semestinya pelbagai tawaran dan diskaun yang akan diberikan oleh Traveloka kepada semua yang mahukan percutian yang hebat sama ada dalam atau luar negara..

    Macam aku, tak tahu laa korang.. Semasa persiapan dan perancangan yang harus aku buat mestilah teliti dan rapi. Kita ni rakyat marhaen jer, tak nak lah terlebih budget sepanjang percutian. Jadi, bagi mengelakkan kejadian terlebih badjet, aku mesti kejar promosi Matta Fair atau Year End Sales.. Aku paling percaya Traveloka dapat membantu.


    Apa yang perlu kita utamakan semasa rancang percutian adalah pencarian Prmosi Flight dan juga harus dan wajib tempahan hotel mengikut budget dan perbelanjaan mengikut kemampuan kita supaya tak kena scam dengan orang luar sana tuu . Untuk Flight dengan tempahan hotel memang aku percaya dengan Traveloka. Nah! aku ternampak haritu Traveloka Saleabration 2019 dekat website dia

    RANCANG PERCUTIAN MENJIMATKAN DENGAN TRAVELOKA  




    Rasanya nama Traveloka ni memang semua orang dah tahu. Bukan lagi nama yang asing lagi buat warga kita kalau bab bab percutian dan pelancongan. Pastinya rakyat Malaysia ingin sesuatu kepuasan semasa bercuti. Jika dapat harga murah, tempahan hotel dan flight dalam masa yang sama adalah lebih baik. 

    Sebab tuu lah, ramai yang percayakan Traveloka. Traveloka memang menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti harga tiket atau Cheap Flight Dealsyang murah sepanjang tahun. Pelbagai pilihan tempahan hotel yang murah ditawarkan dengan tawaran diskaun yang menarik serta tawaran hadiah menarik kepada pelanggan setia Traveloka tanpa kos tersembunyi, dan tak perlu ragu-ragu semasa buat pembayaran semasatinya selamat.  


    TEMPOH PROMOSI TRAVELOKA SALEABRATION

    Kempen menarik ini sudah tiba dan yang pastinya akan memberikan banyak faedah kepada semua pelanggan yang menggunakan khidmat Traveloka. Jom kita tengok apa yang menarik dengan promosi Traveloka Saleabration kali ini.

    Untuk makluman korang, Traveloka Saleabration yang sudah berlangsung ini bermula dari 26 August hingga 27 September 2019.  Jadi, kalau korang nak cuti hujung tahun ini. Jangan lupa Chek Out Traveloka Saleabration. Nanti terlepas pula. Traveloka Saleabration ni sebenarnya tawaran promosi murah dan banyak diskaun yang ditawarkan. Tersangatlah berbaloi promosi Traveloka Saleabration 2019 ni.

    Traveloka Pesta 2019! 

    Tak berhenti kat situ je! pameran pelancongan terbesar Malaysia, MATTA Fair2019kembali lagi. Korang yang bercita-cita nak pencen dari pergi bercuti.. baik batalkan hasrat macam tu. Promosi kembali lebih besar dan lebih baik daripada yang pernah ada dengan tawaran eksklusif, promosi dan diskaun yang pasti korang tak boleh duduk diam dah.

    Biasanya, acara Matta Fair diadakan pada hujung tahun. Tapi, jika korang terlepas Matta Fair, Traveloka Saleabration 2019 ini masih membantu korang mencari dan membuat tempahan dengan harga promosi. Yaa ! aku tahu.. semua orang tak sanggup nak bersesak dengan ribuan orang yang sanggup untuk sambar promosi Matta Fair yang akan berlangsung. Sebab tuu korang wajib ada laptop atau telefon bimbit je dan wajib sambung internet ke laman sesawang Traveloka je.



    Dengan promosi ini juga, korang boleh buat keputusan dengan tenang tanpa paksaan daripada sesakan orang ramai. Kalau nak lagi mudah, download je dekat telefon canggih korang tu tak kisah lah korang pakai Android ataupun iOS. Semuanya kat hujung jari dah jimat masa dan tenaga dari bersesak dan bersusah payah nak cari parking dan jalan jauh.

    Traveloka Saleabration 2019 ini sepastinya memberi kelebihan dengan tawaran diskaun dan promosi yang menarik bagi yang ingin bercuti dan melancong ke dalam dan luar negara. Flight promosi, tempahan hotel, experience dan pelbagai lagi korang boleh dapatkan hanya di Traveloka.

    Jangan ketinggalan tawaran Promosi Traveloka Saleabration 2019 



    Baru je balik dari Bangkok, lepas ni nak survey pulaklah untuk travel Honeymoon tahun depan. Lagi pulak dah tengok promosi traveloka yang disediakan siap ada diskaun tambahan bila korang hanya beli Penerbang di traveloka.. korang  sedang membuka kunci tawaran Hotel, Xperience, Airport Transfer dan boleh jimat sehingga RM 350. Kemungkinan besar perjalanan korang akan memihak pada korang. Nak tunggu apa lagi? dah nak tamat dah promosi ini


    Penerbangan Domestik: Diskaun 5%, sehingga RM60
    Penerbangan Antarabangsa: OFF 5%, sehingga RM120
    Hotel: 10% OFF, sehingga RM80
    Xperience: OFF 20%, sehingga RM100
    Pemindahan Lapangan Terbang: OFF 25%, sehingga RM50
    -----------------------------------------------------------
    Jadi korang jangan lupa ya save the date!
     bagi yang suka travel, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan
    flight promotion 2019 di Traveloka.
    bermula 26 August - 27 September sahaja
    Info Lanjut boleh layari web www.traveloka.com





    REVIEW | DAPATKAN KULIT WAJAH BERSIH DENGAN SWISSVITA MICRITE 3D DARI ALLYOUNG MALAYSIA

    $
    0
    0
    Hai, kalau buat entri pasal kecantikan mesti mukadimah semua orang nak cantik nak kulit bersih nak itu nak ini. Klishe kan ! hahahha mestilah nak.. sape je tak nak cantik kulit bersih bebas dari jerawat, bintik hitam dan mata panda. Semestinya aku pun pun tak nak ada cacat cela di muka aku ni.



    Kalau korang kenal aku, mesti tahu muka aku takde masalah langsung! heyy sape kata. Aku pernah bagi tahu dalam entry aku. Jawapan untuk analisis kulit muka aku macam apa. Kali ni aku nak share kan 3 produk Swssvita dari Allyoung yang bagi impak pada kulit wajah aku selepas menggunakannya.

    SWISSVITA MICRITE 3D DARI ALLYOUNG MALAYSIA


    Swissvita, diiktiraf secara meluas sebagai jenama penjagaan kulit estetik untuk mengubati kebimbangan kulit Asia menggunakan hanya bahan berkualiti tinggi.Kerjasama dengan bakat mahir dari Perancis, produk Swissvita semuanya dirumuskan Switzerland, menggunakan bahan tandatangan seperti ekstrak AC-11 dan B12 dari tumbuh-tumbuhan dan tumbuhan di hutan Amazon, bahan-bahan ini banyak dicari oleh pengeluar kosmetik antarabangsa untuk faedah luar biasa!

     
    KESELAMATANHanya Penjagaan Kulit Estetik Taiwan dalam Tiub Aluminium
    SIMPLE -Masalah Penyelesaian Produk Penjagaan Kulit
    KECEKAPAN -Dos tinggi bahan-bahan aktif yang dipatenkan. Pengilang hanya produk penjagaan kulit AC-11Aesthetic

    1. Swissvita Micrite 3D All Use Cleanser Cream 


    Seperti yang aku dah mention kat atas tadi aku nak share kan 3 produk Swssvita dari Allyoung. Produk yang pertama aku guna merupakan pencuci wajah Swissvita Micrite 3D All Use Cleanser Cream. 


    Swissvita Micrite 3D All Use Cleanser Cream adalah acne fighting solution cleanser 3-dalam-1 yang perlahan-lahan menghilangkan minyak dan kotoran serta membantu mengekalkan kulit terhidrasi.Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan dibuat untuk menyasarkan masalah kulit berikut: liang tersumbat, bintik hitam, whiteheads, kulit kering, cacat, dan jerawat.



    Cara guna:
    Basuh wajah dengan air suam, picit pembersih wajah dalam kuantiti sebesar kacang peas, gunakan cleanser cream tadi di seluruh wajah dalam beberapa minit kemudian cuci juga dengan air yang bersih

    2. Swissvita Micrite 3D All Use Anti-spot Serum


    Apa yang menariknya Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum ni adalah meringankan bintik hitam akibat pigmentasi dan juga lingkaran mata gelap. Serum ni tak kurangkan pun nada kulit keseluruhan, tetapi hanya bintik-bintik hitam yang tidak diingini pada bahagian tertentu kulit je.



    Ia datang dalam packaging minimalis, menjadikan ia kelihatan klinikal dan kemas. Bagi aku, keistimewaannya adalah bahan tambah bebas! Ini bermaksud ia bebas daripada paraben, alkohol, wangian dan pigmen. Seperti jelasnya, Swiss Ant-Spot Serum adalah serum yang berasaskan air, ringan, tidak berminyak dan tidak akan meninggalkan kulit kita berasa seperti terdapat lapisan ickiness yang kita semua benci.




    Tapi aku rasa macam sesuata apabila aku menyentuh tekstur serum, tetapi ini masih boleh diterima, di mana ia meninggalkan kulit saya berasa selesa.

    3. Swissvita Micrite 3D All Use Eye cream 


    Aku terlalu muda untuk sebut tentang kedutan dibahagian mata ni. hahahaha. tapi baguslah aku amuk tahu supaya aku dapat kekalkan mata ni seperti ni je nampak muda sentiasa. hahha.. Aku mula berfikir tentang mengekalkan kawasan mata aku bila ada orang beritahu aku tentang eye cream yang bagus dari Swissvita Micrite 3D All Use Eye Cream. 

    Swissvita Micrite 3D All Use Eye Cream mempunyai komponen yang dikenali untuk kesan penyembuhan dan ia meningkatkan tahap kolagen untuk menjaga kulit kita untuk kelihatan lebih muda.Krim mata ini cenderung untuk mengurangkan kedutan mata dan berkesan memudar kegelapan di bawah mata.Ia mengandungi semua unsur semula jadi AC-11 yang menyerupai sintesis protein matriks ekstraselular baru dan pembaikan kulit, membantu tisu kulit tumbuh semula daripada tekanan pengoksidaan dan pendedahan kepada sinaran UV matahari.

    Ia selamat untuk digunakan. Micrite 3D All Use Eye Cream ini bebas. Tanpa alkohol, tanpa wangian dan paraben-bebas. Produk ini datang dalam pakej aluminium yang disegel untuk perlindungan anda.



    Salah satu sebab utama aku suka krim mata ini adalah ia tidak melekit seperti produk lain. Ia sebenarnya jenis gel yang menyerap cepat ke dalam kulit. Selepas apply, aku rasa di bawah kawasan mata aku lembut dan selesa. Ia adalah salah satu krim mata terbaik yang aku ingin mengesyorkan kepada korang.

    -----------------------------
    Info Lanjut
    Instagram : @allyoung_my
    Facebook : allyoungmalaysia

    Tips Pelembab Muka Baik Untuk Kulit Berminyak, Kering, Kombinasi | Hansaegee Nature

    $
    0
    0
    Hai semua. Tinggal beberapa bulan untuk kita berlabuh tirai 2019. Aku harap, lagi dua bulan mendatang sentiasa bahagia dan diberkati walaupun cuaca tidak menentu berubah, dengan iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Lama betul tak bersiaran, kekangan masa untuk FYP. Ohhemjii seteress kau. Hahaha

    CARA MEMILIH PELEMBAB MUKA TERBAIK DENGAN KESUAIAN KULIT MUKA

    Aku pasti semua orang melakukan rutin cucian muka menggunakan pencuci muka buih setiap hari. Iyalah seharian kulit muka dah terdedah dengan kotoran daripada persekitaran di sekeliling, mestilah kita nak bersihkan muka ni daripada kotoran. Apa yang aku nak tekan kan kat sini adalah memakai moisturizer atau pelembab muka. Ramai orang mengabaikan pemakaian pelembab muka setiap hari. Walhal rutin ini dalah salah satu rutin yang penting untuk kulit muka yang sihat. Nak dapatkan kulit yang cantik, basic step penjagaan muka mesti strong, janganlah malas... 


    Bila Perlu Pakai Pelembab Kulit? 
    • Pelembab perlu di pakai sebaik sahaja anda mengeringkan kulit anda selepas mandi. Keadaan kulit yang masih lembab akan memudahkan pelembab untuk menembusi permukaan kulit dengan lebih berkesan.
    • Selepas anda selesai membersihkan wajah anda dengan pembersih muka, anda perlu segera menggunakan pelembap yang sesuai. Ini kerana jika anda membiarkan muka anda terdedah terlalu lama tanpa pelembab, kelembapan semulajadi pada kulit anda akan tersejat bersama dengan udara sekeliling.
    • Anda juga boleh menggunakan pelembab sebelum mengaplikasikan makeup dengan menjadikannya sebagai makeup base anda. Ini akan menjadikan makeup anda lebih tahan lama.

    Pelembab Manakah Yang Boleh Digunakan?

    Kalau korag pergi ke farmasi atau online store, korang boleh lihat sendiri pelbagai jenis pelembab yang ada dari pelbagai brand. Tetapi kita harus tahu tidak semua pelembab yang ada di pasaran sesuai dengan kulit kita. Adalah penting untuk mengetahui pelembab yang sesuai dengan muka anda, ianya bergantung kepada banyak faktor termasuklah jenis kulit, umur, masalah kulit seperti jerawat,ekzema dan sebagainya. 

    Kulit Biasa: Kulit jenis ini adalah jenis kulit yang tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Kelembapan yang ada pada jenis kulit ini adalah seimbang, dan untuk mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit ini adalah disyorkan untuk menggunakan pelembab yang berasaskan air yang mempunyai tekstur yang ringan dan tidak berminyak

    Kulit Kering: Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kering, adalah penting untuk memilih pelembab yang membantu mengembalikan kelembapan pada kulit anda. Kak Dela sarankan agar anda memilih pelembab yang berasaskan minyak yang mengandungi bahan-bahan untuk melembabkan kulit atau berasaskan petrolatum. Patrolatum berfungsi untuk mengunci kelembapan kulit dan membantu menjadikan kulit anda kekal terhidrasi.

    Kulit Berminyak / Kombinasi: Jerawat adalah masalah biasa bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ramai yang beranggapan kulit muka berminyak tidak perlu memakai pelembab. Namun hakikatnya anggapan tersebut adalah salah. Walaupun kulit anda berminyak, penggunaan pelembab adalah sangat penting. Pilihlah pelembap jenis gel. Ini kerana formula gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak. Pelembab gel boleh menyalurkan kadar lembapan mencukupi untuk kulit dan pastinya mampu memperbaiki keadaan kulit yang kendur sekaligus memudahkan sapuan solekan ke atas kulit.

    Kulit Sensitif: Penggunakan pelembap yang mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti chamomile atau aloe vera sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Sebelum memilih produk, pastikan produk tersebut tidak mengandungi wangian, pewarna atau asid. Kulit Yang Matang: Seperti umur anda juga, kulit juga boleh menjadi matang. Kulit anda cenderung menjadi kering kerana kelenjar penghasil minyak menjadi kurang aktif apabila kulit telah matang. Untuk mengekalkan kelembapan kulit anda, pilih pelembap berasaskan minyak yang mengandungi petrolatum sebagai asas, bersama-sama dengan antioksidan untuk menyelesaikan masalah kulit yang berkaitan dengan usia seperti keriput, garis halus, pigmentasi dan sebagainya.

    Tips Pakai Pelembab.

    Tips 1 
    Sebaiknya sapu pelembab sebaik sahaja selepas mandi.. Kerana di waktu itu liang roma terbuka.. Dan lebih mudah krim pelembab diserap.

    Tips 2
    Pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda, kulit anda berasa selesa dengan pelembab tersebut dan yang penting sekali ia tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.

    Tips 3
    Pelembap yang berkualiti tidak akan merengsakan (kesan sakit / pedih) kulit anda dan tidak buat kulit anda rasa panas / terbakar.

    Tips 4
    Elakkan pakai pelembab yang sama dengan pelembab badan. 
    Haaa, jangan tersalah pilih pulak ya. Sekiranya pelembab muka kita pakai tuu tak sesuai, mungkin boleh mengakibatkan kulit boleh rengsa. Jadi, aku ada nak kongsikan pelembab muka terbaik setakat ini yang pernah aku pakai iaitu Aqua Whitening Cream Moisturising daripada Hansaegee Nature. 


    Baru-baru ni aku ada dapat cream moisturiser magik. Tak sangka ia berfungsi baik buat aku dan korang patut mencubanya sekali. Produk yang magik sangat tuu merupakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Sebelum ni aku ada pakai produk Hansaegee Nature iaitu Gold Nano CC Cream. Pun best jugak tau. Kalau korang ragu-ragu, meh baca sat pengalaman dan kaji selidik sikit aku semasa pakai Aqua Whitening Cream ni.

    Apa itu Hansaegee Nature?

    Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia dan semua produk dibuat di Korea. Ditubuhkan sejak tahun 2011, produk berkualiti tinggi & produk penjagaan kulit asli dari Korea. Dan semua bahan produk diluluskan secara sah dan selamat digunakan.

    Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


    Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature adalah krim moisturising & whitening. Ia membantu membaiki sunburn dan kulit rosak serta menembusi jauh ke kulit untuk mengekalkan kulit lembap. Aqua Whitening Cream adalah krim yang magik buat aku kerana ia diformulasikan dengan banyak ekstrak herba untuk memberikan manfaat maksimum kepada kulit. Bahan utama termasuk Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide.

    Bahan-bahan

     

    Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract dan lain-lain

    Tekstur

    Ini adalah water based dan kalau korang boleh tengok tekstur yang aku share kat bawah ni, boleh tengok ia tidak melekit dan sangat ringan.



    Tekturnya yang jenis krim, ringan dan tidak melekit. Selepas beberapa sapuan, akan keluar titisan air daripada situ dengan segera pada kulit kita dalam beberapa saat, Magic kan!!.Hah, bila titisan air ni keluar, korang jangan lap dengan kain, tapi korang dap-dap je water drop tu dekat muka sampai dia serap ke dalam muka. Titisan air ni la yang menyegarkan muka, memang amat sesuai ketika cuaca panas.
     

    Kelihatan berkrim-padat. Bila bersentuhan dengan kulit, krim ni akan perlahan tukar jadi titisan air dan menyerap lebih baik pada kulit.

    water drop

    Kelebihan Aqua Whitening Cream

      • “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit.
      • Memberikan efek kesegaran pada kulit dengan segera
      • Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.
      • Merawat kesan sunburn jika kulit terdedah kepada cahaya matahari.
      • Mempunyai ekstrak herba supaya kulit dapat menyerap pelembap dengan lebih cepat dan berkesan.
      • Whitening & Moisturizing effect plus formulated with Herbal extract which give deep penetrate within skin, normalize moisture level in the skin and make clearer & firmer skin.

        Cara Penggunaan

        Bersihkan muka terlebih dahulu, lepas tu lap muka. korang boleh sapu Aqua Whitening Cream ni. Tak perlu sapu tebal-tebal, ambil sedikit sahaja dah memadai. Sapu di bahagian muka dan leher. Dalam masa beberapa saat, titisan air akan kelur. Dap-dap kan sahaja titisan air tu sehingga ia serap ke dalam kulit.


        sapu perlahan-lahan di seluruh muka dan leher

        Titisan air keluar selepas sapuan tadi
        Titisan air yang keluar tadi just dap dap jee perlahan lahan sehingga meresap ke dalam kulit. Jangan risau, Aqua Whitening Cream ni memang cepat meresap. Aku suka Moisturising dari Hansaegee Nature ni, sebab muka akan sentiasa lembab dan tidak kering. Sesuai jugak untuk rawatan kulit yang kena "sunburn"

        Experiment Kemelekitan Aqua Whitening Cream

        Experiment: Antara cream “X” Brand Vs Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

        Menggunakan kertas untuk nak tengok tahap kemelekitan cream antara “X Brand dan Aqua Whitening Cream


        Yaa betul! Lihat hasil ni tak melekat pun kertas tuu

        Aqua Whitening Cream Review by Mimin Adam

        Merupakan Favorite Moisturizer Cream setakat ni. Ia magik Sebab tak melekit, menyerap sepenuhnya cepat. Ada fungsi cerah dan pemutihan juga selain dari pelembab kulit. Bila aku apply macam ada rasa sejuk-sejuk, walaupun takdela rasa berangin macam mentol ke apa, tetapi kesan menenangkan tu boleh rasa.


        Sangat disyorkan untuk kulit yang sensitif dan sentiasa kulit senang sun burn. Cream ni memang fokus untuk mengurangkan kemerahan dan sunburn. Lagi satu, Niacinamide fungsinya untuk membantu mencerahkan kulit & membantu memperbaiki tekstur kulit (garis halus, liang-liang yang diperbesar dan sebagainya) Boleh pakai untuk siang dan malam rutin. Nak sapu sebelum solek juga okay, untuk menyiapkan kulit untuk Nampak kesan solek yang lebih baik.

        ------------------------------------------------------------------------------------





        Perut Kempis dengan Surya Apple Cider Vinegar campuran Madu

        $
        0
        0
        Hello, bila mimin nak kurus ni belum berakhir episod tau. hahaha. Tak semestinya perut besar tuu mengandung. Sentap pulak kite yang tak kawin ni. hehekk ! Tapi tak semestinya kurus tak ada masalah perut kembung. Aku siap menekan-nekan perut ni keluar angin sentiasa.

        Pernah dengar sebelum-sebelum ni Cuka Epal mampu mengatasi masalah perut kembung. Ingatkan murah-murah. Sekali tengok harga dia boleh tahan sampailah aku terjumpa Apple Cider Vinegar ni. 


        Apple Cider Vinegar

        Tengok ramai bagitahu, dekat Lazada tengah ada promo Apple Cider Vinegar ni. Cepat-cepat aku grab tak nak lepaskan peluang lagi dah. Ini kali pertama aku minum cuka epal ni. Sebelum ni ibu aku ada jugak beli.. tapi dia habiskan sorang-sorang tak hello hello pun. hahaha


        KELEBIHAN APPLE CIDER VINEGER

        Apple Cider Vinegar keluaran Surya Malaysia ni ada campuran madu, rasanya tak  ada la masam sangat, masam-masam manis macam tengah makan epal giteww.. ACV ni sesuai untuk kita yang memang nak sangat turunkan berat badan atau pun diet, cuba dan amalkan sebagai minuman.. dan banyak sangat kelebihan Apple Cinegar Vinegar ni antaranya:

        • Detox
        Cuka epal ini sangat penting untuk membuang toksik dalam badan kerana memilki kandungan yang sangat baik dalam membantu tubuh membuang segala toksik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. (hari ni dua kali buang toksik berat. kehkehkeh)

        • Menurunkan Berat Badan
        Mengandungi zat di dalam cuka epal yang dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam badan dengan mencampurkan 2 sudu besar cuka epal dalam air suam dan membuatnya sebagai minuman rutin, yang penting jangan lupa minum air masak banyak-banyak
        • Menjaga kesihatan sistem pencernaan
        Sebelum start minum ACV ni, aku dah beberapa hari tak memerut. Perut dah keras dan kembung. Bila aku start minum ACV ni, tak pula terus memerut. Tapi, esoknya terus boleh nak buang air besar. Kerasan jugak, almaklumlah dah beberapa hari tak memerut. 
        • Membantu melegakan sakit tekak 
        Khasiat madu yang ada dalam cuka epal ni mampu merawat sakit tekak dan batuk dari terus berlarutan...
        • Mengatasi merendahkan paras glukosa darah 
        Apple Cider Vinegar boleh menurunkan kadar gula dalam darah, ia dapat mencegah dari berlakunya diabetes.

        - membantu mengatasi masalah penghadaman
        - membunuh bakteria dalam tubuh badan
        - menurunkan paras kolesterol dalam darah
        - menjadikan rambut lebih sihat
        - boleh menggantikan minuman kordial
        - menggantikan asam jawa dan gula

        RAMUAN APPLE CIDER VINEGAR



        Di perbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi, juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi

        CARA MINUM SURYA APPLE CIDER VINEGAR

        • Masukkan 2 sudu besar Apple Cider Vinegar (30ml) dalam secawan air (180ml)
        • Minum selepas makan
        • Boleh jadikan bahan pengawet semulajadi 
        • Boleh gantikan asam jawa dengan Apple Cider Vinegar dalam masakan

        Aku minum Apple Cider Vinegar ni selepas makan. Semestinya boleh minum macam tu je.. Tapi aku tak suka bau dia. So, aku campurkan kedalam segelas air kosong selepas makan. Di sarankan dari pengeluar 2 sudu sekali minum. Tapi, aku risau jugak sebab nama pun cuka kan, jadi aku ambil 1 sudu dan campur ke dalam minum aku. 

        PENDAPAT MIMIN TERHADAP SURYA APPLE CIDER VINEGAR



        Lepas minum AVC ni minggu pertama, memang perut jadi ringan. Mahu tak ringan, hari pertama minum ni, macam keluarkan bola dari perut yang dah lama tersimpan sebab pencernaan makanan tak bagus. Bukan tu je, kurang rasa asyik nak mengunyah je mulut ni. Cuma memang tak suka bau dia. Tapi mana mana cuka epal akan bau macam ni. Sebab tuu macam susah sikit nak konsisten. hikss

        ---------------------------------------------------
        Info lanjut:

        Aku dapatkan Apple Cider Vinegar dengan campuran madu di LAZADA, Shopee, Watson dan farmasi yang berhampiran


        IR TOURS & TRAVEL BATAM TERBAIK DENGAN TARIKAN MENARIK 5 HARI 4 MALAM DI BATAM, INDONESIA

        $
        0
        0
        Batam, Indonesia ni sangat hampir dengan Johor. Banyak kali rancang mahu ke Batam, tapi ramai kata kat Batam ni tak ada apa-apa. Tapi bila tengok membe aku Intan Jenab ni pergi jadikan aku teringin nak pergi. Sampailah Kak Uzu Emas Putih ajak. Itupun selepas 3 kali ajakkan . Ya Allah, susah betul nak dapat cuti.  Sebelum mulakan, aku nak credit kan gambar yang cantik di ambil atau daripada Emas Putih, Yanty Lee, Hasif Hamsyari dan William

        HARI PERTAMA
        Terminal Ferry Puteri Harbour, Johor

        Sepatutnya aku kena naik feri jam 9, terlupa pulak feri pun ada bording time. Hahaha. So, aku dengan kak yanty terlepas feri. Rugi masa 2 jam dekat Puteri Harbour, Johor. Yup, kami naik dari Puteri Harbour. Feri dia cantik sikit berbanding Stulang Laut.







        Kalau korang nak tahu, aku ke sana tak pakai roaming ataupun beli poket wifi. Makanya, aku beli terus simkad Indonesia ni. Staff feri tu ada jual, 1 simkad RM20. Unlimited jugak wifi dia. Bila aku balik Malaysia still ada lagi internetnya. 

        Batam Centre International Ferry Terminal


        Lebih kurang jam 2 petang tiba di Batam Centre International Ferry Terminal. Di sebabkan aku dengan kakty terlepas feri yang pertama, maka aku dan kakty terlepas jugak sesi tour Tokong Maha Vihara Duta Maitreya, Masjid Muhammad Cheng Hoo dengan Replika Kapal Golden Cheng Hoo. Tapi nasib baik dapat pergi pada hari kedua untuk Masjid Muhammad Cheng Hoo dengan Replika Kapal Golden Cheng Hoo.

        Restoran Sari Bumbu, Batam



        Lambat jugak lah nak tunggu Bapak Sularso dan lain lain sampai. Kelaparan jugak. Nasib baik sampai-sampai je diorang Bapak Sularso tu  bawak pergi makan tengahari di Restoran Bumbli, Batam. Kira restoran wajib pergi bila dah jejak kaki di Batam kot aku rasa. Katanya pemes dan semestinya Halal

        Alamat:
        Komplek Gedung Indonesia Emporium Hall C Batam Centre, 
        Jl. Jend. Sudirman, Kec. Batam Kota, Tlk. Tering, Kec. Batam Kota, 
        Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia 

        Nagoya Hill Shopping Centre, Batam


        Antara tempat yang akan dikunjungi oleh pelancong ketika berada di Batam, aku tak rasapun harga di sini murah. Sebab aku rasa harga dia standard. Lepastu aku pelik jugak lah dia ada jual survenior Singapore. Hee.. so just jalan jalan tengok gelagat orang di sini je. Pak Sularso bagi kami masa dalam 1 jam je dekat sini

        Alamat:
        Nicco Residence Blok A5 No. 02, Sadai, Kec. Bengkong,
        Kota Batam, Kepulauan Riau 29411, Indonesia

        The Golden Bay Hotel


        Selepas window shopping di Nagoya Hill, kami dibawa ke tempat untuk kami bermalam. Kami bermalam di The Golden Bay Hotel, Batam. Selesa sangat di hotel ni. Klik laa entry aku pasal The Golden Bay hotel tuu. 

        D'Steam Peranakan Live Seafood, Batam


        Lupa pulak nak bagitahu yang di Batam lewat sejam dari kita. Jadi, sekiranya jam sana aku cakap pukul 8 makan, jadi sebenarnya aku makan berat jam 9 malam waktu Malaysia. Hahahahha ! bila tersadar rasa alamak gemuk lahh . hahhaahahha. memang sedap giler makanan kat sini.


        Pernah makan siput gonggong tak ? aku first time makan siput gonggong ni. Dan kau boleh dapat makan siput gonggong di restoran D'Steam Peranakkan Live Seafood, Batam. Boleh tahan rasanya. Antara menu yang laku keras di Batam tau siput gonggong ni. Harga kat sini, ikut harga pasaran. Makanan seafood semua fresh. Kalau kau ada budget tersendiri, lebih baik korang tanya khidmat nasihat dengan staff mereka untuk makan malam korang.

        Address:
        Komp Blok II No.2 Seraya, Kp. Seraya, Kec. Batu Ampar,
        Kota Batam, Kepulauan Riau 29444,
        (Contact) +62 778 4881809 | (Instagram) @dsteam_seafood/

        Hari Kedua
        Masjid Muhammad Cheng Ho

         
        Terletak di Golden City, masjid ini mengambil nama Laksamana Cheng Hoo yang katanya pernah singgah ke Batam dalam misi penjelajahannya. Masjid ini dibangunkan pada 2015 dan lekas menjadi tumpuan kerana reka bentuknya yang dipengaruhi seni bina China, terutama pagoda yang menggantikan struktur kubah. Ia juga dihiasi dengan kaligrafi Arab.

        Nama masjid muhammad cheng ho ini merupakan bentuk penghormatan pada Cheng Ho, Laksamana asal Tiongkok yang beragama Islam. Dalam perjalanannya di kawasan Asia Tenggara, Cheng Ho bukan hanya berdagang dan menjalin persahabatan, juga menyebarkan agama Islam.

        Lokasi
        Tanjung Buntung, Bengkong, Batam City, Riau Islands 29444, Indonesia

        Replika Kapal Golden Cheng Hoo


        Masa aku datang tengah kemaskini, means tengah sesi bersihkan. Rugi jugaklah, Tapi diorg dapat pergi semalam. So, takpe lahh. Replika kapal ni tak jauh daripada Masjid Muhammad Cheng Hoo. Replika kapal ini juga antara yang mencuri tumpuan kerana rekaannya yang cukup mempesonakan. Bayaran masuk cuma IDR10 000 (RM3) saja dan pengunjung akan mendapat sehelai t-shirt.

        Lokasi:
        Golden Prawn, Bengkong Laut, Daerah Bengkong, Batam City.

        Jambatan Barelang


        Kalau dah sampai Batam, ini antara tempat wajib kena pergi tau! Jambatan ini cukup sinonim dengan Batam. Ia selalu menjadi ikon untuk oleh-oleh daripada sini. Jauh dari Pusat Bandar, sebab tuu ambil masa lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke sini. 



        Jambatan ni mendapat namanya daripada tiga daerah yang bersambung kerana jambatan ini iaitu Batang, Rempang dan Galang. Melalui enam jambatan sepanjang 2.23 kilometer, ia turut menghubungi pulau-pulau di sekitar kawasan ini termasuklah Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. Jambatan ni siap dibina pada 1998 dengan menelan belanja IDR 400 billion.

        Lokasi:
        Jl. Trans Barelang, Galang, Kepulauan Riau 29481, Indonesia

        11.30a.m
        Pantai Terih

        sumber google
        sedih sikit, gambar kat sini masa ni dah tak ada, hp min dah rosak tukar lain. tak sempat nak backup. Shheedihhh wak kite.  Pak Halim pengusaha Pantai Terih ini, katanya Pantai Terih selalu mendapat kunjungan kumpulan mahasiswa Malaysia. Menariknya, kawasan ni dibangunkan sebagai satu lagi lokasi Instagram-worthy berhampiran dengan paya bakau. kena pandai gayakan sebab, tempat ni luas sangat.

        Pantai Vio Vio

        Pantai yang unik ini terletak di Pulau Galang sehingga pelancong yang ingin melawat pantai ini akan melalui Jambatan Baraleng, lebih dekat dengan jambatan 5 Barelang atau selepas Camp Vietnam.  



        Pantai ini menyediakan kawasan tempat letak kereta yang mencukupi.Untuk masuk, hanya Rp 10 ribu per orang termasuk yuran parking.Manakala kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah percuma. Ada juga pondok kayu atau gazebo di sepanjang pantai.Kotej ini disewakan kepada pengunjung jika anda ingin berehat dengan rakan sekerja atau saudara-mara.Harga sewa satu pondok adalah Rp 200 ribu.


        Cara lain untuk menikmati Vio-vio Beach berenang.Air laut tidak begitu jernih tetapi masih ramai, pengunjung membuat keputusan untuk terjun ke air. Kemudahan dalam bentuk air terjun telah disediakan di sebelah kiri pantai dalam bentuk bangunan kayu sementara.

        Lokasi
        Sijantung, Galang, Batam City, Riau Islands 29485, Indonesia 

        Ex Camp Vietnam

        Ia hanya sebuah kem, jadi wajar untuk membayangkan jejak perang yang menggambarkan suasana menakutkan, sejuk dan tegang.Suasana yang dirasai ketika memasuki kompleks pelarian Vietnam di Barelang, Batam, Kepulauan Riau.



        Terletak di hujung selatan Batam City dan kira-kira 50 km dari pusat bandar, untuk pergi ke kem hanya boleh menggunakan kenderaan peribadi dan teksi motosikal.Di sinilah terdapat kawasan seluas 80 hektar yang merupakan tempat perlindungan bagi ribuan warganegara Vietnam.Mereka melarikan diri dari tanah air mereka yang dilanda perang saudara pada tahun 1957-1975, antara kem komunis - Vietnam Demokratik (Vietnam Utara) - dan liberal - Republik Vietnam (Vietnam Selatan).

        Aku tertari nak share cerita sejarah ex camp vietnam ni, nanti next entry aku ceritakan.  Lokasi terletak di Pulau Galang, Kepulauan Riau Batam.

        Tebing Langit
        4.30 petang

        Tebing Langit, Sekupang merupakan tempat pelancongan di Batam yang menawarkan keindahan pemandangan semulajadi dari atas ketinggian orang.


        Tempat ini di buka pada 9 Februari 2018 tidak hanya menawarkan pemandangan jika korang memang peminat mengambil gambar diri sendiri. Di sinilah tempat yang sesuai jika korang sedang mencari sudut bergambar di Batam. Boleh baca entry aku pengalaman aku di tebing langit

        Lokasi
        Jalan Ir. Sutami, Tanjung Pinggir, Sekupang, Tj. Pinggir, 
        Sekupang, Kota Batam, Kepulauan Riau 29424, Indonesia


        Narwastu Spa

        Bila dah penat berjalan, mesti teringin nak dibelai kan. Nahh, Narwastu Mobile Spa terletak di tengah-tengah Batam dan telah ditubuhkan sejak tahun 2017.



        Konsep perkhidmatan mobiliti yang mereka menjadikannya kita mudah untuk bersantai bersapa. Sama ada dia pergi kat kita atau kita pergi kat dia..

        Lokasi
        Jl. Jendral Sudirman, Komplek Pertokoan Kepri Mall No. 7, 
        Sukajadi, Kota Batam
        Phone:+62 812 6888 4355
        WhatsApp:+62 812 6040 8191
        Email: narwastumobile.batam@gmail.com 

        Batam Harbour Boutique Hotel

        Malam kedua kami bermalam di Batam Harbour Boutique Hotel. Yang terletak di Komplek Citra Super Mall, yang unik tentang hotel ni ialah semua biliknya sangat luas... Aku menginap di bilik jenis Grand Deluxe yang turut didatangkan dengan balkoni. Selesa.
         
        Antara kemudahan yang disediakan kat sini termasuklah Heliconia Restaurant, Alamanda Spa, Sweet Corner Cafe, shuttle bus dan money changer.
        Hari ketiga
        Sea Forest Adventure Nuvasa Bay

        Kawasan rekreasi Sea Forest Adventure Nuvasa Bay ditubuhkan di kawasan seluas 10 hektar dengan tumpuan kepada tiga konsep utama, iaitu alam semula jadi, pengembaraan, dan survival sains. Kawasan rekreasi ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan permainan untuk semua peringkat umur yang berada di empat wilayah utama, seperti Kemudahan Gathering, Glam Camp, Rain forest dan Water World.

        Sesiapa dah jejakkan kaki di Batam, yang ingin menikmati permainan air atau sukan, Sea Forest Adventure lah tempatnya. Tempat ni memang sangat menyeronokkan! Terletak di Nongsa Beach, Nuvasa turut meliputi Palmsprings Golf & Country Club bagi peminat sukan golf serta Seaforest Adventure yang mana menawarkan pelbagai sukan antaranya Aqua Adventure Track, Banana Boat, Mangrove Tour, Paintball, ATV, kayak dan memanah. Tapi aku sangat cadangkan korang cuba flying bike kat sini sebab ia adalah terpanjang di Sumatera!

        Untuk pelancong asing, bayaran dikenakan untuk tujuh tahun ke atas sebanyak IDR50 ribu (Isnin-Jumaat) atau IDR60 ribu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum). Harga aktiviti di sini juga berbeza-beza

        Lokasi

        JL. HANG LEKIU, SAMBAU, NONGSA,
        KOTA BATAM, KEPULAUAN RIAU 29465
        Phone: (0778) 761 979 - 08117003338
        Facebook | Instagram 

        Zia Boutique Hotel, Batam

        Hotel ketiga kami menginap di Zia Boutique Hotel.. Sekitar 20 minit dari Batam Centre Ferry Terminal, hotel ni memiliki 76 bilik dengan kemudahan termasuklah Wi-Fi percuma.


        Selain sesuai untuk pelancong biasa, hotel ni juga sesuai untuk sebarang urusan bisnes kerana memiliki beberapa bilik mesyuarat. Untuk ruang makan, ada Hangry Pool Restaurant di area lobi. Makanan dia sedap sedap tauu..
        Hari keempat
        Kepri Coral

        Pulau tersorok terbaru di Batam yang akan memberikan ketenangan. Korang akan menaikki ferry ke Pulau Kepri tu. Banyak aktiviti yang korang boleh luangkan masa di sini. Kepri Coral baru sahaja dibangunkan sebagai sebuah resort yang lengkap dengan segala prasarana daripada penginapan sampailah aktiviti sukan darat dan sukan air termasuklah ATV, water bike, kayak, banana boat, buggy tour dan banyak lagi. Rumah Tarzan pun ada jugak.

        Antara yang menjadi tumpuan di Kepri Coral ni ialah penginapannya yang berbentuk dome dinamakan Dome Village, macam rumah igloo. Menariknya, ruang dalamnya masih sangat selesa, dilengkapi dengan tandas dan siling lutsinar boleh dibuka yang mana penginap boleh melihat bintang di waktu malam sambil berbaring..

        Lokasi
        Abang Island, Galang, Batam City, Riau Islands 29464, Indonesia
        Phone: (62) 822 6819 8337
        Facebook | Instagram

        Homestay Zaynab

        Penginapan terakhir kami di sana adalah di Homestay Zaynab di Batam juga. Aku sangat galakkan sekiranya kalau korang datang beramai-ramai di Batam. Homestay murah di Batam serendah RM50 satu malam per bilik.



        Homestay Zainab ada tujuh bilik berpendingin hawa dengan kemudahan asas seperti toiletries dan air mineral percuma juga disediakan. Sangat sesuai untuk mereka yang mahukan penginapan menjimatkan namun masih selesa. Homestay ni jugak terletak dalam 10 minit daripada Lapangan Terbang Hang Nadim. Jadi, yahh! Thanks bu Adis.. Selesa untuk beradu sebelum berangkat balik ke Malaysia..

        PT. ADISO INDO RAYA

        Semua perjalanan kami selama 5hari 4 malam di Batam adalah di bawah agensi PT. Adiso Indo raya.. PT. ADISO INDO RAYA salah satu travel agency yang popular yang di Batam jugak dikenali sebagai AIR TOURS & TRAVEL, yang terletak di BATAM-RIAU ISLANDS, Indonesia. Kepulauan Riau disenaraikan sebagai penyumbang ketiga destinasi pelancongan asing di Indonesia selepas BALI dan JAKARTA.
        BATAM terutama sebagai salah satu Tempat Kegemaran untuk mengadakan Seminar dan Konferensi, serta untuk Golf dan Rekreasi. Mereka menyediakan Penyelesaian Perjalanan kepada mereka yang datang khusus ada business mahupun personal.Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan TEAM mereka yang berdedikasi Professionals. 
        Contact Information & Booking :
        ====================
        PT. ADISO INDO RAYA
        (AIR TOURS & TRAVEL BATAM)

        🏢 Komp. Ruko Botania Garden D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432
        ☎ +62-778 7433397
        📲 +62-81364070919
        📲 +62-82173036518
        📧 adis.adisoindoraya@gmail.com
        🌐 www.adisoindoraya.com

        Klik https://www.facebook.com/adisoindoraya
        Follow & Like our Social Media AIR Tours and Get
        Free Souvenir
        * T & C Applied *

        HOTEL REVIEW - THE EVERLY PUTRAJAYA HOTEL BERDEKATAN DENGAN ALAMANDA PUTRAJAYA

        $
        0
        0
        Hai, korang tengah berancang nak stay dekat Putrajaya keteww ? Baru-baru ni aku ada menginap di sebuah hotel di Putrajaya bersebelahan dengan Alamanda Putrajaya. Yeee, korang boleh jalan kaki jee nak pergi shopping kat Alamanda tu. 


        THE EVERLY HOTEL, PUTRAJAYA

        Lokasi hotel ini di Presint 1 bersebelahan betul dengan Alamanda Shopping Centre. Puas pusing Putrajaya boleh singgah beli barang di Alamanda, kemudian balik hotel terus tidur. Cuma 3 minit je berjalan dari lobi hotel ke Alamanda. 

        Pemandangan tasik dari bilik hotel
        Hotel Everly mempunyai 380 bilik tetamu, dewan boleh menempatkan 1,000 kerusi banquet. lapan bilik mesyuarat, coffee-house, cafe lounge, & termasuk kolam renang khas buat para tetamu. Yang best ada tasik di bahagian belakang hotel. Jadi mungkin korang akan mendapat bilik menghadap tasik atau Alamanda.

        Pengalaman Tidur di The Everly Hotel, Putrajaya



        Macam hotel yang lain, perlu buat pendaftaran untuk masuk ke bilik. Aku dapat bilik di tingkat 13. Wow ! tinggikan.. Bilik aku menghadap pemandangan Tasik. Hehehe, tak nampak kesesakan atau kesebukan bandar Putrajaya. Bilik yang aku stay tu pun sangat luas & bilik air Hotel Everly pun selesa. 

        comelkan access card hotel ni !

        KEMUDAHAN DI DALAM BILIK





        Telefon dengan panggilan IDD
        Television LED (Astro channel)
        Peti sejuk mini
        Coffee Maker & Microwave
        Iron & iron board
        Safetybox. 
        Oh ye! dalam almari ni juga menyediakan tuala baju mandi serta sejadah

        Dalam laci ada hair drier  

        Ruang kerja & santai
        katil yang selesa



        Interior Hotel Everly

        Simple tapi memukau mata memandang. Kerusi menunggu pun banyak yang boleh korang duduk sambil melayari internet secara percuma.

        ruangan lobi
        Tangga pusing menjadi tarikan di Hotel The Everly ni 
        Ruang lobi yang luas dengan tetingkap yang tinggi membolehkan cahaya matahari masuk hampir seluruh kaunter check in. Tak silap aku Hotel Everly antara green hotel di Malaysia.

        Tarikan menarik di The Everly Hotel

        • Swimming Pool




        • Gym



        EXECUTIVE LOUNGE





        BREAKFAST DI THE EVERLY HOTEL



        HOTEL REVIEW THE EVERLY PUTRAJAYA - MIMIN ADAM



        Haaa, amacam The Everly Hotel? Bagi aku tahap kebersihan sangat memuaskan. Kemudahan yang dia sediakan pun lengkap. Apa yang menarik untuk aku adalah gym dia sentiasa penuh dengan aktiviti serta tak sepi. Maksudnya ramai orang. Staff The Everly pula, dari mula sampai sudah layan semua dengan ramah dan sopan santun.

        Parking pula, kebiasaanya kalau korang menginap di hotel ni akan diberikan parking percuma. Korang perlu datang ke kaunter untuk scan parking ticket korang. Weyhh ! dalam gambar tuu jangan percaya tau aku makan tuu je. Hahaha! aku ada je makan kuew tiaw goreng dan lain-lain. Banyak jugak. Tapi kuew tiaw dia memang tip top. 

        Executive Lounge pula sebenarnya ada ruang santai keluarga. Sambil makan sambil lepak tengok tv. Biasanya korang boleh datang makan kat sini waktu petang. Menarik kan. Kebiasaan hotel hanya kasi makan pagi percuma..

        Walau semuanya memuaskan, tapi ada jugak kelemahan yang aku nampak... Tapi aku rasa pihak The Everly pasti akan perbaiki dari masa ke semasa. Bilik Mimin ada Bath Tab, tapi airnya tak boleh turun. Mungkin dah loose atau entah lah dah try macam macam. Tapi tu lah, malas panggil diorg betulkan.. Sebab, masih ada shower dalam bilik air tu. Sebut pasal bilik air, sabun yang disediakan pun aku suka. kahkahkah. Sebab bau orange..

        Aku sangat recommended untuk korang menginap di sini. Selesa pun selesa.. Kemudahan tip top.. Malah dekat betul dengan Alamanda Shopping Centre.

        Untuk tempahan bilik, korang boleh terus book-in di laman

        Hotel Everly Putrajaya
        No 1, Jalan Alamanda 2,
        Precinct 1, 62000 Putarajaya
        Telefon : 03-8892 2929
        Viewing all 475 articles
        Browse latest View live