Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all 474 articles
Browse latest View live

5 LOKASI MENARIK UNTUK MENGADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN DI BATU PAHAT

$
0
0
Okay, masih tak lari dengan pencarian untuk persiapan perkahwinan korang yang bakal berlangsung lebih kurang setahun, sebulan, seminggu atau sehari lagi kan? Aku pasti, lokasi untuk merakamkan detik terindah kita yang akan kekal abadi dalam ingatan dan gambar adalah paling penting. Sebelum Perintah Kawalan  Pergerakkan (PKP) bulan November dan bulan Disember sudah sinonim dan dilabel sebagai ‘bulan kenduri kahwin’. Salah satu checklist yang perlu diberi perhatian bagi pasangan pengantin adalah lokasi majlis perkahwinan. Penting juga lokasi dengan tema perkahwinan kita supaya nampak menarik dan presentable. Jadi, untuk anda yang mengidamkan majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman, ini antara 8 lokasi sekitar KL dan Selangor yang memang top!

5 LOKASI TERBAIK UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN DI BATU PAHAT


Terima kasih buat pembaca yang telah singgah dan "drop comment" untuk aku cadangkan tempat yang sesuai untuk mengadakan majlis repsesi atau bahasa mudahnya majlis perkahwinan bagi bakal-bakal pengantin.  Sebenarnya, Di Batu Pahat masih konsep buat majlis di rumah atau di dewan terbuka. Tapi, sungguhpun macam tu.. Orang Batu Pahat masih mahukan konsep yang berbeza dari biasa. 

 1. Villa Kemboja,  Peserai  

Aku pun pilih lokasi ini untuk dijadikan kenangan terindah
Alamat : No. 6A, Kampung Parit Lapis Peserai, 83000 Batu Pahat, Johor
No. Fon : +6011-2755 8861

 2. Kamar Tamu, Parit Bilal 
Alamat : No. 106, Jalan Tongkang Pechah, Parit Bilal, 83000 Batu Pahat, Johor
No Fon : 016-719 7070 | 019-2531173 | 013-3632785
 3. Genting Clubhouse, Pura Kencana 


Alamat : Pura Kencana, Sri Gading, 83300 Sri Gading, Johor
No. Fon : 016-303 4775
 4. Rooftop Pinetree Hotel X Firmah Bridal 
Alamat : 36, Jalan Mengkudu, Taman Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor
No. Fon : 07-439 3450
 5. 69 Avenue Residence 

Tempat lawa, tapi cuba korang tanya owner dulu boleh tak buat majlis kat sini
Alamat : Lot 69 Jalan Taman Tasek Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor
No. Fon : 012-696 9084

Semoga perkongsian aku kali ni dapat membantu sedikit sebanyak untuk korang yang tengah mencari tercari lagi untuk lokasi Raja Sehari kalian.


SAWAH SAGIL DI AYER HITAM JOHOR

$
0
0
Ayer Hitam merupakan sebuah bandar persinggahan yang terletak di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Menurut wikipedia.. Ayer Hitam pada asalnya pekan tersebut sebenarnya diberikan nama Simpang Pulai sempena sebatang pokok Pulai yang tumbuh di tengah-tengah simpang empat yang menghubungkan laluan ke Kluang, Johor Bharu, Batu Pahat dan Yong Peng serta Segamat.


Menurut Ketua Kampung Ayer Hitam Pekan, Amin Sitam, penduduk di kawasan Simpang Pulai kemudian menukar nama itu kepada Ayer Hitam memandangkan terdapat aliran air bukit yang berwarna kehitam-hitaman turun dan mengalir ke sekitar kawasan itu. Sungguhpun tidak dapat dipastikan tahun tepat kawasan itu mendapat nama Ayer Hitam namun dipercayai awal kurun ke-20. 

TARIKAN DI AYER HITAM

Bila sebut Ayer Hitam, pasti ramai akan terbayang-bayang apa ada kat sana. Tak kisah lah dari kaum Hawa sehingga ke kaum Adam. Hal ini dapat dikenalpasti bila Ayer Hitam terkenal dengan bandar seramik dan kraftangan dan Kari Kambing 40 Hari.  Bukan itu je, putu bambu Juriah jugak tidak ketinggalan ya. hihi.

sumber google je, sebab tak dan nak beratur. hahahahahha

Dalam entri kali ni, aku tak nak ceritakan pasal seramik. Kalau korang google pasti berduyun-duyun blogger membahaskan bandar seramik ataupun Kari Kambing 40 Hari. Tapi kalau korang nak aku bahaskan, insyaallah akan aku bahaskan kemudian hari. Atau kau nak aku jadi PS seramik dan kraft tangan Ayer Hitam pun boleh jugak. hikhik

SAWAH SAGIL, AYER HITAM

Setakat ni, Johor terdapat 2 lokasi Sawah yang terletak di Ayer Hitam dan di Sarang Buaya. Manakala "Sagil", selain di Ayer Hitam lokasi lain ada terdapat di Tangkak, Muar. Aku awalnya bila kawan aku Eyma cakap petang-petang atau kalau raya dia akan dapatkan view cantik sawah dekat Sagil. Aku mulalah bertub-tubi soalan tanya. Sagil bukan kat Tangkak ke? Sempat ke pergi balik semata pergi? Ada jalan pintas ke ? Lalu Segamat ke? hahahaha! tak tahu. 


Bila Eyma cakap Sawah Sagil tu kat Ayer Hitam. Masa tu aku masih bertunang dengan Madon. Aku ajak Madon pergi lah lokasi yang di sebut-sebutkan tuu. Rupanya memang wujud ya ! hahahahha. Setakat ni aku pernah pergi sawah Sagil tu dalam keadaan cuaca redup. angin kuat, hujan renyai dan tenang,.

Sawah Sagil
 
Pisang Goreng. rojak petis, laksa, Mee Bandung terangkat
Lokasinya yang tenang dan dikenakan dengan pisang goreng panas-panas di sulamkan air teh tarik membuatkan aku pergi berulang kali ! Jom lah sesekali datang bila keadaan tak terpusu-pusu pekena goreng pisang panas-panas. Mengancam tau. Lokasi ni ramai orang jadikan outdoor photoshoot pengantin di sekitar Batu Pahat. 

-----------------------------------
Lokasi : Kampung Sawah Sagil, 86400 Ayer Hitam,

BEECOMB 3D VIRTUAL EKSPO PERTAMA DI MALAYSIA

$
0
0
Hai korang, hujung minggu ini kita akan meraikan detik bersejarah tahun ke-63 Tanah Melayu yang kini di panggil Malaysia mencapai kemerdekaan. Cerita pasal sejarah memang bukan lah bidang aku. Tapi untuk recall boleh jugak aku buat entry khas nanti hehehe. Tapi bagi orang muda macam kita pasti dalam bulan kemerdekaan seperti tahun sebelum ini, kita memang menantikan jualan Merdeka. hehehe Tak terlepas jugak untuk tahun ini. Walaupun kita sedang dilanda penularan wabak pendamik COVID-19 aku yakin.. Bukan aku je malah kita semua sedang menantikan penjualan Merdeka, bukan? Beri tumpuan dan fokus apa yang aku nak bagitahu ni.. Sebabnya, aku mempunyai berita menarik hanya untuk pembaca setia blog aku.

Merdeka Kali Ke-63 Berkonsepkan Norma Baharu


Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos kali ini pastinya melakar sejarah baharu kepada rakyat Malaysia apabila buat julung kalinya, acara perbarisan dan perarakan mengikut norma baharu akan disiarkan melalui saluran televisyen. Makanya, expo atau karnival serta aktiviti-aktiviti yang kebiasaaan dilakukan akan dikawal selia mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ini.


Sedih jugak lah, kita dah rancang-rancang nak buat itu ini begitu begini. Macam tahun lepas aku kat Bangkok, Thailand meriah tiket flight offer murah masa tu kau. hahahaha. Tahun ni, duduk rumah pergi mana je boleh? Nak pergi Penang pun tak jadi. Pasar malam pun susah nak pilih makanan. Kalau boleh pilih. Ada yang tak kasi pilih jugak tau.. 
Tapi, aku tak sedih lagi dah dengan adanya BEECOMB 3D Virtual pertama di Malaysia. Aku boleh pergi expo dari rumah je. Berita menarik untuk kau jugak kan ..

BEECOMB tu apa? 

Beecomb Sdn Bhd ditubuhkan bagi menawarkan penyelesaian inovatif kepada industri kepada norma baharu bagi mengikut landskap industri dari semasa ke semasa. Mereka telah mencipta 1 aplikasi yang boleh di muat turun di Huawei AppGallery, Google Play dan AppStore satu platform virtual seolah-olah kita berada di dalam expo.


Hal ini kerana, reka bentuk virtual tu seperti permainan game tembak-tembak tuu. Orang berjalan atau boleh berlari ke arah gerai-gerai pilihan dan boleh buat pembelian secara virtual 3D. Dengan ini mereka telah memperkenalkan cara baru bagi peserta pameran dan pengunjung untuk berinteraksi dengan bantuan teknologi mudah alih & maya.

MENARIKNYA APPLIKASI BEECOMB

Seperti Expo yang pernah kita hadiri, kebanyakan peserta expo terdiri dalam kategori Food & Baverage. Dalam Beecomb apps ini, mereka masih mengekalkan vendor dari F&B yang terkemuka di dalam talian.



Virtual expo ini membolehkan pengunjung mencari promosi dan produk terbaik untuk keperluan masakan mereka. Boleh diakses melalui aplikasi mudah alih kita, ia membolehkan exhibitors & pelawat melakukan transaksi penjualan, berbual, berinteraksi, membeli, membayar dan menghantar produk melalui sistem CRM bersepadu kami (Untuk peserta pameran) dan Aplikasi Beecomb (Untuk pelawat). Antara lain yang korang tak rugi muat turun applikasi Beecomb : 
  • Kesesakan lalu lintas tak perlu ditempohi 
  • Parking kereta tak perlu bayar dan tak perlu nak menapak ke expo 
  • Boleh berjalan melalui gerai seperti expo yang korang pergi tahun lepas 
  • Boleh ke kanan ke kiri ke depan ke belakang. Senang cerita boleh pusing expo tu 360 darjah juga 

Beecomb 3D Virtual Watch Expo

Raikan Merdeka dengan Jualan Ekspo Jam Tangan Virtual Beecomb Super Gempak 831. Bermula dari 27 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Pelbagai tawaran Super Gempak dari EVO dengan jam bermula dari harga serendah RM52.90 & RM 83.10 !


Dapatkan bundle EVO RM 199 + RM1 kami dan bawa pulang jam tangan lain dengan harga hanya RM 1‼ Bukan itu sahaja, pilih dari pelbagai jam tangan dari 21 jenama terkenal seperti Seiko, Citizen, Raymond Veil, G- Shock, Baby-G dan banyak lagi bermula esok sehingga 31 Ogos 2020.

MUAT TURUN APLIKASI BEECOMB SEKARANG !


Muat turun Aplikasi Beecomb kami sekarang untuk mendapatkan baucar RM5 anda dan mula berbelanja di Beecomb 3D virtual Expo F&B. Cepat dan muat turun sekarang dari App Store, Google Play & Huawei App Gallery. Perlukan tutorial ringkas untuk Aplikasi Beecomb? Lihat video tutorial kami dan teruskan untuk menikmati perkhidmatan yang diperkemas sepanjang Ekspo anda.

Lepas 31 Ogos 2020, janganlah padam aplikasi Beecomb ni. Bukan terhenti di Beecomb Ekspo F&B 3D Virtual tau. Mungkin lepas ni lebih menarik dan lebih trending Expo 3D Virtual dalam sama-sama kita bantu untuk menghentikan penularan wabak COVID-19.

KERJASAMA DARI JENAMA TERKEMUKA DI BEECOMB 3D VIRTUAL EXPO


Menampilkan lebih ramai peserta pameran telah bergabung dalam Beecomb Ekspo F&B 3D Virtual. Anda boleh menikmati pilihan yang lebih banyak serta pelbagai tawaran istimewa dari jenama F&B kegemaran anda, yang terdapat secara eksklusif di Beecomb Ekspo F&B 3D Virtual.

PENGALAMAN MIMIN ADAM MENGGUNAKAN APPS BEECOMB 3D VIRTUAL EXPO

Haaa! korang tak sabarkan nak tahu fungsinya apps ni. Ya aku pun tak sabar. Siap jumpa Kak Min Samsudin lagi masa membeli belah di ekspo tu. hahaha! macam mana aku tahu aku jumpa kak min? aku agak-agaknya dia tu kak min. Sebab atas tuu ada nampak nama Bots diorang


Korang dah cukup ke aku kasi sikit je pengalaman aku tuu? okaylah aku ceritakan macam mana cara aku gunakan apps Beecomb ni selepas muat turun di aplikasi GooglePlay dan AppStore di mobile mudah alih. Okay layan gambar lah kat bawah. Baca Caption kalau tak faham.

Selepas register dengan masukan data korang, korang boleh pilih expo mana yang kau nak pergi tu. Macam aku, aku target nak beli jam dekat expo. Maka aku pilih BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO

Taraaa! dah masuk dah dekat expo virtual yang aku nak. Jom masuk
Ehh ! ada gang lah nak tengok expo jam tangan. hehehe
alaaa! event belum start lagi. Esoklah mai semula katanya ada hadiah hebat hebat. Sebab tuu aku nak pergi event EVO Watch ni. Okay usha promosi jam.. tengok gambar bawah



Disebabkan expo jam belum bermula, meh lee kita berbelanja di F&B 3D Virtual Expo
Kalau kau tertarik nak beli barang ni mana-mana kiosk. Korang hanya klik button i je yang ada kat situ. Nanti keluar macam aku nak beli spaghetti. masuk lah cart. pastu buat payment. Lepas tu tunggu abang posmen dok pin pin pin depan pintu okay

Jangan lepaskan Expo Virtual pertama di Malaysia ni.
Pelbagai tawaran hebat menanti korang!

---------------------------------------------------------------------------

Info Lanjut

FacebookEmail | Website | +603-7972 3248
Download Sekarang di Huawei AppGalleryGoogle Play dan AppStore !

JIMAT BERGANDA BILA MEMBELI BELAH DI PG MALL

$
0
0
Hai ! macammana sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-63 tahun ini? Bagi aku sangat luar biasa dari kebiasaannya. Tahun sebelum-sebelum ni kita akan sambut kemeriahan dengan jualan-jualan ekspo serta di pelbagai pelosok shopping mall. Lain pula tahun ini. Aku masuk sana masuk sini platform shopping online. Akhirnya aku terjebak sekali lagi untuk membeli belah di PGMALL !

PG MALL ITU APA?

Ditubuhkan pada tahun 2017, PG Mall merupakan salah satu cabang perniagaan atas talian (E-Commerce) yang menyediakan platform terbaik No.1 di Malaysia yang menggunakan ConsuMerchant Concept. Tambahan lagi, berdasarkan laporan yang dinyatakan oleh iprince insight, PG Mall merupakan salah satu dari TOP 3 laman web marketplace yang paling banyak dikunjungi di Malaysia.
Pelbagai barang yang dijual di platfrom PG Mall ini dari barangan keperluan harian, barangan dapur, elektronik dan banyak lagi. Senarai barangan yang dijual di sini tiada penghujungnya dan terlalu banyak. PG Mall boleh diakses melalui laman web http://pgmall.my ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play.

TAWARAN HEBAT 9.9 DI PG MALL

Bersempena dengan jualan 9.9 yang bakal tiba, jangan lepaskan peluang untuk berbelanja dengan menggunakan kupon diskaun 9% terhad kepada RM 99. Kupon yang ditawarkan sedia untuk didapatkan buat pembelian RM50 dan ke atas.
Lebih menarik, barangan yang ditawarkan menerusi Flash Sales sedia untuk didapatkan dengan harga serendah RM0.99 sahaja. Perghh ! betul-betul murah.. Bukan itu sahaja, PG Mall turut menawarkan caj
terhad kepada -RM4 untuk setiap perbelanjaan melebihi RM19.
Rasa bosan dengan pilihan pakaian di almari? Biasalah perempuan. Takpernah cukup pakaian dekat almari tu. hahaha Jangan risau! Di PG Mall ada untuk penuhkan almari pakaian kat bilik tu! Dapatkan tawaran fesyen luar biasa sehingga 𝟕𝟎% 𝐎𝐅𝐅 & 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐒𝐇𝐈𝐏𝐏𝐈𝐍𝐆. Cepat!! Sebab Digital Fashion Week sedang berlangsung bermula 28/08/2020 hingga 13/09/2020.

DISKAUN 80% DENGAN WOW STORE !

Oh ya, semua store yang berdaftar dengan PG Mall juga sedang menawarkan diskaun sehingga 80%. Wow banyaknya diskaun. Dengan minima pembelian RM30, dapat menikmati penghantaran percuma pada setiap hari. Dah la dapat free shipping, ada juga pulangan wang atau cashback sehingga 3.5%. Untungnya dapat cashback.
Antara store yang terlibat beserta promo code PG Mall 9.9:
- Beaute.Cosmo https://pgmall.my/Beaute.Cosmo| coupon code : BEAUTEFREE
- Softlove Malaysia https://pgmall.my/Softlove-Malaysia-1 | coupon code : SOFTFREE
- HI STYLE MALAYSIA https://pgmall.my/HI-STYLE-OFFICIAL-STORE-1| coupon code : STYLEFREE
- Teng Mobile https://pgmall.my/TENG-MOBILE-1 | coupon code : TENGFREE
- WangZheng Care https://pgmall.my/WangZheng-CARE-1| coupon code : WZHENGFREE
- BigSpoon Kitchenware https://pgmall.my/BigSpoon-Kitchenware| coupon code : SPOONFREE
- Mamami Health Food https://pgmall.my/Mamami-Health-Food-1| coupon code : MAMAFREE
- Perma Glass https://pgmall.my/Perma-Glass | coupon code : PERMAFREE
- Altron Mall https://pgmall.my/ALTRON-MALL-1| coupon code : ATRNFREE
- Butik Bos Official Store https://pgmall.my/Butik-Bos-Official-Store | coupon code : BUTIKFREE
- VV Mall https://pgmall.my/VV-MALL-1| coupon code : VVMALLFREE
- WJS https://pgmall.my/WJS | coupon code : WJSFREE
- Jazz & Co https://pgmall.my/Jazz-amp;-Co-1 | coupon code : JAZZCOFREE
Apa tunggu lagi? Siap sedia senarai barangan yang mahu didapatkan dan berbelanja dengan diskaun berganda menggunakan kupon daripada PGMall sempena Merdeka Sales dan jualan 9.9 yang bakal tiba.

--------------------------------------------------------
Info Lanjut

Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=505
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #FreeShipping #99sale #PGMallSALEbration #digitalfashionweek #Fashionweek

6 KEBAIKAN UTAMA MINYAK KELAPA DARA AVCO D'AURA TERHADAP KESIHATAN DAN KECANTIKAN

$
0
0
Hai, harap korang sihat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Baru-baru ni aku baru tahu fungsi sebenar minyak kelapa dara. Terdapat peningkatan kajian-kajian yang membuktikan bahawa Minyak Kelapa Dara boleh memberi kelebihan dan manfaat baik kepada kesihatan serta kecantikan luaran dan dalaman seseorang. Ia juga boleh merawat masalah keguguran rambut. Seperti yang diketahui, rambut umpama atau mahkota lebih-lebih untuk golongan wanita. Apabila berlakunya masalah keguguran rambut ini, mungkin boleh menyebabkan seseorang rasa kurang yakin. Nasib baiklah ada D'aura yang sudah keluarkan minyak kelapa dara (AVCO).


 D'AURA ITU APA? 

D'Aura Group Sdn Bhd. ditubuhkan pada tahun 2010. Pada tahun 2012 mereka telah menghasilkan minyak kelapa dara (MKD) sebagai syifa'. Sejak diperkenalkan, MKD berjaya mendapat perhatian pengguna hasil daripada keterangan pengguna lain. Lebih memberangsangkan MKD dimiliki sepenuhnya oleh usahawan peribumi Muslim. Dihasilkan oleh GMP untuk memastikan kualiti produk memenuhi standard antarabangsa. Minyak Kelapa Dara sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat dari bayi hingga warga tua.

 APA ITU D'AURA AVCO ? 

Aromatik minyak kelapa dara atau lebih senang dikenali sebagai Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) produk yang dikeluarkan dari syarikat D'Aura. AVCO adalah Aromatic Virgin Coconut Oil yang diformulasi untuk meningkatkan bauan aromatik tanpa menjejaskan keaslian minyak kelapa dara. Kaya dengan kandungan antioksidan dan vitamin E untuk dijadikan rutin penjagaan yang amat sesuai untuk kulit dan rambut.


D’Aura Aromatic Virgin Coconut Oil (D’Aura AVCO) diperbuat daripada minyak kelapa dara 100% asli tanpa bahan kimia yang merbahaya seperti SLS, plumbum dan paraben. Diadun dengan haruman semulajadi, terbukti sangat baik digunakan sebagai penanggal solekan (“Oil based make-up remover”) sambil menyerlahkan keserian kulit wajah anda dari dalam. 

D’Aura AVCO adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa segar melalui prosess “cold-press” tanpa sebarang campuran bahan luaran seperti bahan kimia atau pencair. Ia adalah 99% minyak kelapa dara asli dan ±1% wangian esktrak tumbuhan semulajadi. Tiada bahan terlarang

 6 KEBAIKAN UTAMA MINYAK KELAPA DARA AVCO D'AURA 

Sebenarnya banyak khasiat minyak kelapa dara dan jika diamalkan secara harian dapat meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya menjamin kualiti hidup kita. Berikut disenaraikan 10 kebaikan Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) yang mungkin ramai tak tahu.


  1. Penanggal solekan berasasakan minyak (“Oil based make-up remover) semulajadi tanpa sebarang bahan kimia
  2. Melembap dan melembutkan kulit muka, bibir dan badan
  3. Melembab, menyuburkan serta menjadikan rambut senang diurus
  4. Agen anti-penuaan untuk memperbaiki tekstur kulit
  5. Menganjalkan dan mengurangkan kendur dan kedutan pada kulit
  6. Mengawal rembesan sebum minyak di muka dan mengurangakan kemunculan komedo penyebab pori-pori tersumbat

 CARA PENGGUNAAN AVCO D'AURA 

1. Hanya sapukan D’Aura AVCO pada wajah setiap hari sebelum tidur - rasai kulit anda kurang berminyak di siang hari serta kemunculan komedo semakin berkurangan. Perlu diamalkan sekerap mungkin.

2. Pelembab kulit muka, badan, bibir dan rambut - Sapukan pada permukaan kulit muka, bibir atau rambut. Setelah itu, biarkan ia meresap hingga kering dengan sendirinya (haruman akan terbangkit naik selepas 10 saat).

3. Penanggal solekan /make-up remover - Untuk menggunakan AVCO sebagai penanggal solekan (make-up remover), hanya pam D’Aura AVCO pada kapas muka, dan lapkan pada kawasan solekan. Boleh dibiarkan tanpa bilas atau cuci muka dengan pembersih muka seperti biasa.

NOTE :
1. D’Aura AVCO sesuai digunakan oleh seisi keluarga untuk merawat serta mencantikkan kulit muka dan badan serta penjagaan rambut.
2. D’Aura AVCO tidak boleh dimakan atau ditelan. Hanya untuk penggunaan luaran sahaja.

 TEKSEKSTUR AVCO D'AURA 

Ia sangat selesa tanpa meninggalkan kesan melekit atau “greasy” kerana minyak kelapa dara merupakan antara minyak yang paling cepat meresap ke dalam kulit. Sifat unik minyak kelapa dara yang cepat menyerap membolehkan khasiatnya meresap jauh kedalam kulit. Dan paling best, ianya tak perlu bilas pun!

Isian sebotol AVCO ialah 50ml dengan kemasan botol yang boleh dipam, juga mempunyai penutup luar. Didatangkan dengan 2 haruman iaitu Floral Fresh & Morning Dew.
  • Floral Fresh ialah wangian berasaskan flora atau bunga.
  • Morning Dew ialah wangian berasaskan bauan kesegaran alam semulajadi

-----------------------------------------------------
Info lanjut

KISAH SEBENAR ISABELLA GUZMAN MEMBUNUH IBU KANDUNGNYA YUN MI HOY

$
0
0
hai semua, harap sihat selalu ya.. Aku memang suka bukak youtube dengar cerita-cerita misteri dan kriminal yang berkisarkan manusia-manusia di Malaysia mahupun di sertata dunia. Tapi, kali ni aku nak bahaskan kisah yang disebut-sebut oleh youtubers. Yang membuat kisah ini serta begitu mendapat perhatian adalah semasa perbicaraannya. Siapa masih ingat dengan kisah pembunuh ‘tercantik’, Isabella Gruzman sekitar tahun 2013 lalu? Seorang gadis yang pada ketika itu baru sahaja berusia 18 tahun telah bertindak menikam ibu kandungnya berkali-kali sehingga maut. Entry kali ini agak panjang sedikit. hehehe.

 Latarbelakang Isabella Guzman  

Nama penuhnya Isabella Yun Mi Guzman dilahirkan di Colorado, America pada tahun 1995. Isabella merupakan anak daripada Yun Mi Hoy (emak kandung) dan Robbert Guzman (ayah kandung). Sebelumnya, keluarga kecil mereka ini merupakan keluarga yang harmoni.


Dari kecil sampai zaman remajanya, Isabella Guzman ni dikenali sebagai periang, ramah, baik, pintar dan tidak pernah buat masalah dengan sesiapa pun. Tapi sayangnya, keharmonian keluarg Guzman ini tidak bertahan lama. Kerana akibat perselisihan faham antara kedua orang tuanya yang akhirnya orang tua Isabella membuat keputusan untuk bercerai. Setelah perceraian mereka, hak penjagaan anak berada ditangan emaknya iaitu Yun Mi hoy. Hah! berpisahlah mereka. Ayah kandung Isabella hidup sendiri, manakala emaknya bersama Isabella. 

 PUNCA PENCERAIAN ORANG TUA ISABELLA  

Tak lama selepas penceraian emak dan ayahnya. Yun Mi Hoy iaitu emaknya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Ryan Hoy. Hubungan Yun Mi Hoy dan Ryan Hoy semakin rapat sehingga memutuskan untuk berkahwin. Dan sebenarnya mereka berkahwin tidak lama selepas Yun Mi Hoy emaknya si Isabella bercerai dengan ayahnya Robert Guzman. Haaa dah nampak jelas sepertinya si Yun Mi Hoy ni curang dengan ayah kepada Isabella ni. Di mana, Yun Mi Hoy telah menjalinkan hubungan dengan Ryan Hoy sejak Yun Mi Hoy masih bergelar isteri kepada Robert Guzman.

 PERUBAHAN DRASTIK PERANGAI ISABELLA 

Disebabkan emaknya menikahi lelaki lainlah yang membuatkan Isabella membeci Yun Mi Hoy. Dia beraggapan emaknya terlalu ego dan pentingkan diri sendiri. Isabella tak mahu sesiapa pun yang menggantikan tempah ayahnya Robert Guzman. Sejak itulah Isabella yang dulunya ramah, suka dengar cakap emaknya, suka tolong emaknya menjadikan seorang yang pemarah, tak dengar cakap emaknya dan selalu bergaduh dengan emaknya.


Menurut bapak tirinya si Ryan Hoy, sebelum dia berkahwin dengan emaknya. Isabella masih sopan dengan emak dia malah dengan Ryan Hoy pun masih sopan. Bukan itu je, Isabella masih dengar cakap emaknya dan periang. Tapi selepas bapak tirinya buat keputusan untuk tinggal di rumah mereka setelah mereka berkahwin (ye lah dah kawin kan mestilah duduk serumah) yang menyebabkan perangai Isabella berubah drastik jadi seorang pemberontak. Jadi seorang yang biadap, melawan emaknya dan selalu bertengkar guna bahasa kasar dan juga kekerasan. Diorang bukan gaduh mulut je kadang Isabella pukul emaknya. Pernah juga Ryan Hoi menyaksikan Isabella menendang emaknya. Walaubagaimanapun, emaknya tetap pertahankan hak penjagaan Isabella dan tetap melayan Isabella dengan baik dan tetap tak hantar Isabella kepada ayahnya. Hati ibu kan. sentiasa kasih dengan anak. Yun Mi Hoy tetap memutuskan untuk menjaga Isabella dengan Ryan Hoy.

KRONOLOGI ISABELLA GUZMAN MEMBUNUH IBU KANDUNGNYA

 28 OGOS 2013 

Isabella bertengkar besar dengan Yun Mi Hoy disebabkan emaknya menerima laporan daripada jiran tetangga bahawa Isabella suka membawa masuk lelaki semestinya teman lelaki Isabella ke rumahnya ketika emaknya tiada di rumah. Lelaki yang dibawa masuk tu keluar diam-diam melalui pintu belakang ketika menyedari emaknya sudah balik ke rumah. Emak mana yang suka anaknya berani bawak masuk lelaki ke rumah kan tanpa pengetahuan emaknya. Tapi, bagusnya Yun Mi Hoy ni tegur dengan cara baik-baik je. Tak marah pun. Tapi disebabkan Isabella ni dah wujud panas baran jadi punca gaduh besar Yun Mi Hoy dan Isabella. Kononnya bapak tirinya nak leraikan pergaduhan. Tapi sebenarnya Ryan Hoy tengah nak menadah makian dari Isabella. 

 29 OGOS 2013 
(SIANG) 
Ketika emaknya Yun Mi Hoy masih di tempat kerjanya. Dia dapat email dapat dari Isabella Guzman yang mengatakan "KAU AKAN MENDAPATKAN BALASANYA!!!" Bila baca email tu, takut juga emaknya dapat email dari anaknya yang mengancam dirinya. Sebab apa takut? Sebab Yun Mi Hoy cukup kenal dengan anaknya yang suka melawan dan bergaduh dengan dia. Akhirnya, selepas membaca email itu si Yun Mi Hoy membuat laporan polis dan menghubungi suaminya Ryan Hoy. Bila disiasat oleh team polis, emaknya pun menjelaskan baru-baru ni dia baru lepas bergaduh dengan anaknya. Memberitahu juga anaknya memarahi, membentak dan diludahi. Itu je dah buatkan Yun Mi Hoy takut. Tambah pula akan selepas dia menerima email ancaman dari anaknya

Selepas team polis membuat soal selidik oleh emaknya, mereka pergi ke rumah Isabella. Yun Mi Hoy kekal di pejabatnya. Setibanya pihak polis tiba di rumahnya.. diketuk pintu dan dibuka pintu oleh Isabella. Isabella buat tiada apa-apa berlaku tanpa rasa cemas malah dipandang sinis kepada team polis itu. Dipenghjung penemuan polis dan Isabella dirumahnya, tema polis peringatan kepada Isabella supaya tidak bertindak ganas dan harap acaman itu hanyalah gurauan serta mereka menasihatkan Isabella supaya jangan biadap dengan emaknya kerana itu emak yang telah melahirkannya. Isabella punya respon diam sinis je tak ada komen apa-apa masa disiasat oleh pihak polis. Polis pun pulang dan menalifon Yun Mi Hoy untuk memaklumkan bahawa Isabella sudah di nasihati jadi boleh balik ke rumah, tapi kalau ada apa-apa perkara aneh segera hubungi pihak polis.

Maka baliklah emaknya ke rumah dengan perasaan yang betul-betul dalam ketakutan dan memutuskan untuk menghubungi ayah Isabella iaitu Robert Guzman dengan menceritakan permasalahan mereka. Dia pun mengadu yang dia ada firasat tak elok terhadap anak mereka dan ceritakan semua kepada bekas suaminya serta minta tolong kepada bekas suaminya untuk memberi nasihat kepada anak perempuan mereka. Maka, ayahnya menalifon anaknya untuk menasihatinya untuk menghormati emaknya, pasangan baru emaknya. Kerana itu emak yang melahirkanmu Isabella. (hahaa! imagine bapak-bapak nasihat anak).. Di saat ayahnya menlifon dan menasihati Isabella, respon Isabella menagis dan mengatakan dia membenci emaknya yang pentingkan diri sendiri, tak fikirkan kebahagiaan dirinya. 

(MALAM)
Selepas pulang dari bekerja iaitu sekitar jam 9:30 malam, Yun-mi telah naik ke biliknya untuk mandi. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila Ryan yang sedang menjamu selera di tingkat 1 rumah itu tiba-tiba mendengar si isteri memanggil namanya selain terdengar bunyi seperti sesuatu terjatuh dari lantai. Dia yang mengesyaki sesuatu telah berlari mendapatkan isterinya tetapi ketika di bilik air, Isabella telah mengunci pintu berkenaan.

(10.38 MALAM)
Ryan Hoy panik, dia terus ketuk dan mencari kunci bilik mandi tu. Tengah dia cuba membuka pintu sambil memanggil nama isterinya sambil mengetuk pintu tu, bertambah panik bila nampak darah di lantai keluar dari bilik mandi tersebut. Terjeritlah si ayah tiri ni supaya Isabella tak buat apa-apa lagi ke emaknya. Bertambah-tambah panik lagi bila Ryan Hoy tidak mendengar suara jeritan isterinya lagi.. Tidak lama kemudian, pintu yang dia cuba ketuk, tendang dan  berusaha buka pintu yang susah nak buka tadi, di buka oleh Isabella. Dan dia keluar dari bilik mandi tu dengan pisau yang berlumuran darah serta jalan keluar dengan pandangan kosong.

Ryan Hoy masuk bilik mandi terkejut tengok isterinya yang telah meninggal dengan keadaan yang sangat menakutkan. Setelah itu, ayah tirinya tu menghubungi team polis untuk mintak pertolongan. Isabella terdengar yang ayah tirinya tuu menghubungi pihak polis, Isabella keluar rumah dengan keadaan yang bajunya berlumuran darah. Polis datang tak lama selepas ayah tirinya membuat panggilan ke team polis. Mereka mendapati mayat emaknya terletak di dalam bilik mandi dengan badanya luka lebam dan mukanya hancur akibat tusukan tajam yang digunakann Isabella.

Isabella berjaya melarikan diri ke supermarket berhampiran rumahnya di mana dia berada di sana dengan tujuan untuk membersihkan darah yang ada pada dirinya dengan mereka cerita di mana dia kata baru lepas di perkosa. Di sebabkan Isabella ni cantik, pekerja supermarket ni percaya dan bantu Isabella ni siap dengan mencuci rambutnya dan ganti pakaiannya. Isabella sempat minta tolong kepada pekerja di situ untuk tidak menghubungi pihak polis. Sepatutnya pekerja kat situ curigalah kan. haahhhaha entah lah. nak jadikan cerita Isabella melarikan dirikan.. 

 30 OGOS 2020 


Pihak polis berjaya menemukan Isabella selepas 16jam menyorok di dalam garaj rumah orang. maka tertangkaplah Isabella ni. Setelah Isabella sudah ditangkap oleh pihak polis, ayahnya Robert Guzman bebetul-betul sedih kerana baru kehilangan bekas isterinya iaitu emak kandung anaknya dan terpaksa menerima hakikat bahawa anak kandungnya sendiri yang membunuh bekas isterinya dan sudah ditangkap oleh pihak polis.


Apa yang Robert Guzman ni galat sangat kerana, dia fikir masa dia telefon Isabella untuk menasihati anaknya lepas bekas isterinya minta pertolongannya. Dia beraggap sudah berjaya menasihati anaknya walaupun pada awalnya dia bentak-bentak marah emaknya. Lama-lama dia dengar macam Isabella berlembut hati untuk tidak berbuat perkara yang diluar jangkaan terhadap emak kandungnya itu seperti berjanji dia tidak akan buat lagi. Robert Guzman tidak menyangka beberapa jam kemudian selepas dia menasihati anaknya.. Isabella membunuh bekas isterinya atau emak kandung anaknya sendiri.

30 OGOS 2013 - PEMBICARAAN KES PEMBUNUHAN OLEH ISABELLA GUZMAN

Tidak menunggu lama, hari yang sama selepas menangkap Isabella Guzman. Hakim telah memutuskan untuk membicarakan tentang Isabella Guzman atas tuduhan telah membunuhan Yun Mi Hoy  emak kandungnya sendiri. Haa, inilah yang menjadikan viral. Di mana di mahkamah Isabella masuk keruang perbicaraan kelihatan tidak merasa bersalah langsung, tambahan dia boleh melemparkan senyuan ke beberapa wartawan yang sedang merakam di perbicaraan itu.


Ketika perbicaraan sedang berlangsung, polis menyerahkan bukti permohonan seperti tongkat besball yang ada berhampiran dengan jenazah Yun Mi Hoy serta pisau yang digunakan oleh Isabella.. Laporan bedah siasat mayat terhadap emaknya menunjukan menerima tikaman benda tajam sebanyak 151 kaliiaitu 35 kali di wajah dan 51 kali di leher.. Dalam perbicaraan terus diajukan soalan apa motifnya untuk membunuh emaknya itu sendiri. Dalam pembelaanya, Isabella ini mengaku ini emaknya kandungnya bukan Yun Mi Hoy. Tetapi emak kandungnya Cecela. Iaitu bayangan wanita suara yang menemaninya dari kecil hingga ke besar. Suara wanita ini yang sering dia dengar dalam kepalanya.


Pada suatu hari, kata Isabella .. Suara-suara cecela ini suruh membunuh Yun Mi Hoy supaya Isabella boleh menyelamatkan dunia. "Sebab itu Tuan Hakim saya membunuh dia". Selepas dari pembicaraannya, dia telah dirawat ke doktor pakar jiwa ke atas Isabella dan mereka mengatakan bahawa Isabella mengalami gangguan mental SKIZOFRENIA. Di mana Isabella tidak dapat membezakan halusinasi dengan kehidupan nyata.

 Dihantar ke hospital mental 


Pada sidang pengadilan, selepas meninjau hasil penilaian mental seorang hakim memutuskan bahawa Isabella didapati tidak bersalah atas alasan masalah mental. Isabella sebenarnya dikatakan mula mengalami gangguan mental sejak dari kecil selepas ibu bapanya bercerai. Dr. Richard Pounds menjelaskan gadis ini didiagnosis skizofrenia paranoid. Malah, ketika disidang pengadilan untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya, Isabella yang kini berusia 25 tahun sempat tersenyum ke arah kamera wartawan. Isabella juga sering berhalusinasi, sering bercakap seorang diri dan tertawa sendiri. Oleh itu, Isabella telah dihantar ke Institut Kesihatan Mental Coloradi di Pueblo dan bukannya di penjara.

CARA MUDAH UNTUK SATUKAN LINK DI BIO INSTAGRAM DENGAN MENGGUNAKAN IGLINKS.IO

$
0
0

Hai korang, aku pasti korang semua pernah menghadapi masalah ini sebelumnya di mana korang mempunyai banyak pautan untuk dikongsikan kepada para pengikut di instagram, tetapi korang hanya boleh memasukkan satu pautan sahaja di bio. Leceh kan asyik kena tukar link dekat bio? Meh sini aku nak memperkenalkan sistem Satu Link Untuk Semua, iaitu IGLINKS.io

 APA ITU IGLINKS.IO ? 



Ia merupakan platform yang disediakan oleh SushiVid di mana mereka mencipta website yang dapat memudahkan influencer dan business person. SushiVid ini ibarat orang tengah yang membantu para blogger, YouTuber dan influencer untuk mencari job seperti review atau content creation.

 MENGAPA IGLINKS.IO PENTING UNTUK INFLUENCE ? 




Macam aku cakap tadi, ia sangat memudahkan untuk korang uruskan semua pautan link ke dalam 1 platform yang disediakan. Antara kepentingan IGLINKS.IO ini adalah:

1. Interphase yang ringkas dan mudah faham
2. Mudah untuk digunakan secara percuma atau berbayar.
3. Platform yang terhasil ringkas dan cepat untuk dilayari
4. Wow-kan followers dan sponsor korang dengan page yang korang sendiri yang susun
5. Sistem editing yang senang.
6. Boleh dibuat daripada phone je.
7. Dibuat oleh orang Malaysia untuk influencers kita #kitasapotkita

CARA SET UP IGLINKS.IO DALAM 5 MIN


Walaupun beberapa orang mungkin menganggap menukar pautan anda tidak menjadi masalah tetapi apabila kita mempunyai lebih dari 2-3 kempen dalam jangka masa yang sama, akan mengganggu masa kita untuk menukar pautan di bio dengan kerap. Penyelesaian untuk masalah ini terletak pada langkah mudah di bawah:
Langkah 1 - Pergi ke https://iglinks.io/
Langkah 2 - Klik pada Log Masuk (dan Daftar)


Langkah 3 - Klik Buat Pautan Baru dan beri nama pautan anda yang menyeronokkan 
 

Langkah 4 - Muat naik gambar paparan anda & beri tajuk untuk halaman anda (jangan risau, anda boleh mengubahnya bila-bila masa)



Langkah 5 - Susun pautan anda
  • Tambahkan Tajuk untuk pautan / kod promo anda

Klik pada Tajuk “+ (tiada pautan) dan anda boleh menambah Tajuk seberapa banyak yang anda mahukan. Sekiranya anda bekerja dengan pelbagai jenama atau untuk industri jenama yang berbeza, anda hanya boleh menyenaraikan nama atau promo jenama sebagai tajuknya.
  • Tambah Pautan

Sekarang klik pada butang "+ Link" dan masukkan pautan promo anda. Di sini anda dapat menambahkan Judul Pautan dan memasukkan harga Promosi di "Label" (jika anda sesuai)
  • Muat Naik Gambar

Anda juga boleh menyesuaikan gambar ke pautan anda. Contohnya ialah jika anda mempunyai kod promo untuk Traveloka, anda dapat memasukkan gambar tempat yang pernah anda taja oleh Traveloka. Gambar anda & produk atau tempat selalu menjadi pilihan terbaik.
  • Pratonton

Untuk memastikan anda menyukai reka bentuk, terdapat pratonton di bahagian bawah untuk rujukan anda sebelum anda menerbitkan pautan anda.
  • Masukkan kontak anda untuk tujuan memudahkan client 


Di sini korang boleh memasukkan nombor WhatsApp, Facebook Messenger, atau E-mel korang. Aku juga menyarankan untuk memasukkan nombor perniagaan ye dan bukan nombor telefon peribadi. Korang juga dapat masukkan sendiri pesanan yang akan mereka kirimkan kepada mereka apabila mereka mendapat kenalan dari IGlink. Ciri ini akan membantu Client cari korang.
  • Masukkan SEMUA profil media sosial 



Ini akan membantu pengikut anda menemui anda di platform lain. Anda boleh memasukkan halaman Facebook, Twitter, Saluran Youtube, Instagram, Tik Tok, dan juga Profil LinkedIn anda.

haaa.. mudahkan caranya. Kemas jee susunan yang kita nak. Lepas tu boleh promote apa yang korang nak tuu kat platform yang disediakan oleh IGLINKS.IO ni. Meh tengok hasil editing aku di sini https://www.iglinks.io/MIMINADAM . Lepas dah siap boleh lah korang tambah ke dalam bio Instagram korang. Lepas ni cuma tambah link di IGLINKS je untuk promote kan campaign korang.

5 TIPS BERGUNA UNTUK OPTIMUMKAN INSTAGRAM


Ni aku nak kasi beberapa tips basic untuk instagram sendu korang. Alahhh! Instagram sekarang dah jadi satu media sosial popular yang digunakan oleh banyak orang. Dengan pengoptimuman Instagram, pemasaran yang korang lakukan dapat menjangkau lebih banyak pengguna. Berikut adalah beberapa petua pengoptimuman Instagram yang boleh dilakukan. Apa yang harus korang ambil untuk meningkatkan jangkauan pemasaran anda adalah mengoptimumkan profil Instagram anda. Meningkatkan lebih banyak trafik ke akaun IG tidak dapat menghasilkan keuntungan jangka panjang jika profil IG tidak dioptimumkan. Antaranya:

1. Set akaun instagram korang ke mode publik.
2. Gunakan gambar profil yang menarik dan dapat mewakili identiti diri
3. Gunakan username yang mudah diingat dan mudah dicari
4. Set sebagai akaun perniagaan

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! 

  ----------------------------------
Info lanjut:

PROMOSIKAN PRODUK JUALAN DENGAN INFLUENCER DI PLATFORM ConfirmPlusChop

$
0
0

Hai korang, jarang-jarang aku semangat update blog dengan kerap. Tak silap au last aku bersemangat tahun 2015. hehehe. Bukan apa, kali aku asyik terpanggil untuk program affiliate. Aku yakin, kat luar sana ramai betul yang ajak korang untuk join kempen mereka kan. Termasuklah ConfirmPlusChop.

 Apa Itu Confirm Plus Chop? 

Platform Confirmpluschop.com adalah inisiatif baru oleh SushiVid. SushiVid adalah sebuah syarikat influencer marketing yang telah beroperasi selama 5 tahun dan berpusat di Malaysia. Mereka dapat menawarkan anda kaedah alternatif untuk berkolaborasi dengan influencer. Hanya bayar apabila ada sale!



Klik DI SINI untuk mengetahui Apa Sebenarnya Pemasaran Kos Per Jual Influencer.
Klik DI SINI untuk membaca artikel kami mengenai Pengenalan Pemasaran Influencer CPC.

 JENIS PEMASARAN INFLUENCER 

1. Cost-Per-Post
2. Cost-Per-Share
3. Affiliate 
4. Cost-Per-Sale

5 cara untuk menjana wang sebagai influencer

 LANGKAH PERTAMA - Sign up
  • Perkara wajib yang korang perlu buat sebelum join CPC adalah : Sign-up - Login ke SushiVid sebagai Creator.
  • Followers yang ramai - sekurang-kurangnya memiliki followers minimum 3,000 di IG/FB/Twiter
  • Klik New Campaigns
  • Klik Sell. Lihat screenshot di bawah:

Seterusnya Pergi ke ConfirmPlusChop.com

 

LANGKAH 1 - EDIT PROFILE

Kita boleh edit profile. Korang jangan risau, katanya ia merupakan proses yang sangat seronok dan boleh sesuaikan bahasa yang kita gunakan, gambar profile, gambar cover (size terbuka), huraikan page e-commerce dengan lebih terperinci dan ia akan lebih membantu. Untuk memulakan proses ini - pergi ke My e-comm page. Lihat screenshot di bawah:

LANGKAH 1(A) - Klik pada My eCom Page - Di Sudut Kanan halaman


LANGKAH 1(B) - Klik pada Edit Pencil di Sudut Atas Kanan




LANGKAH 1(C) - Edit imej profile image, tambah huraian dan sebagainya.




LANGKAH 2 - ISI DENGAN PRODUK
 
Setelah selesai dengan penyesuaian halaman e-com, jom shopping untuk sampel! korang boleh mencari produk dan meminta sampel. Berita terbaik! Hanya perlu mengisi alamat penghantaran sekali sahaja!
 
Kita boleh survey harga runcit, dan berapa banyak potongan yang akan followers perolehi, dan untuk setiap unit yang dijual, berapa banyak yang akan anda boleh hasilkan. Sebaik sahaja melihat sampel produk yang disukai, kita boleh memasukkan produk tersebut dan meminta sampel. Harap maklum bahawa setiap orang hanya dapat meminta hingga 3 sampel dalam satu masa.

LANGKAH 3 - MULAKAN PROMOSI
 
Mereka tidak meminta kita menjual secara terpaksa. Kita boleh melihat penjelasan terperinci tentang bagaimana orang biasa seperti CEO mereka dengan 1,500 pengikut dapat menjual 9 produk dengan 5 foto di IG DI SINI .

Kita boleh menggunakan pautan atau hanya berkongsi pautan halaman e-dagang setiap kali kita ada barang.

LANGKAH 4 - HANTAR URL



Beritahu mereka apabila kita dah buat content untuk pelanggan, dengan cara ini mereka dapat mengesan klik dan likes. Ingatlah apa yang tidak dapat kita jejak, kita tidak dapat memperbaiki.

BAGAIMANA CPC BERFUNGSI?

CPC akan membantu brand untuk menjual produk dengan review yang jujur dan ikhlas menggunakan pemasaran influencer



---------------------------------------------------

PERISTIWA SERAM SETIAP 10 OKTOBER DI SEBUAH IPTA DI IPOH

$
0
0
Ibu aku merupakan salah seorang alumni di sebuah IPTA di Ipoh yang masih beroperasi sehingga kini. Di IPTA tersebut sudah ramai yang keluar menjadi tenaga pengajar di setiap pelosok negeri di Malaysia ni. Semestinya korang dapat mengagak mana dan institusi nya apa tak lain tak bukan Universti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini hangat isu tentang bantuan yang telah diberikan oleh pendakwah Malaysia terkemuka Ebit Lew yang memberi saluran bantuan kepada pelajar yang terkandas akibat wabak pandemik Covid-19 yang semakin menggerunkan rakyat tanpa meminta kebenaran sepatutnya kepada Majlis Perwakilan Pelajar UPSI. Alhamdulillah kontroversi sudah selesai dan mendapat kata sepakat dengan membenri kerjasama Ebit Lew dan UPSI.
 

SEJARAH RINGKAS UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS

Maktab perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di Taiping bawah nama Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan bangunan rumah Ngah Ibrahim sebelum berpindah secara tetap ke Tanjung Malim dan diberikan nama baru sempena sultan Perak pada masa itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di Tanjung Malim.

 

 

Namanya sempena nama Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda lahir pada tahun 1849 dan mangkat pada tahun 1916. Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak.

Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922. Pada 21 Februari 1987, SITC telah dinaikkan taraf sebagai Institusi Pendidikan Sultan Idris (IPSI). Kedudukan tarafnya lebih tinggi daripada maktab-maktab perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Pergurusan dan Diploma Lepas Sijil. Sesuai dengan peranan dan kepentingannya telah mendorong Kerajaan untuk menaikkan tarafnya kepada peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997. 

KISAH BERULANG SETIAP 10 OKTOBER

Berbalik kepada tajuk entry kali ni yang sudah memanggil aku untuk membahaskan tentangnya sebab kita sudah dalam bulan oktober dan berbaki berapa hari lagi untuk 10 Oktober. Tapi setelah aku baca dan mengkaji tak tahu kesahihan cerita asal kenapa terjadinya setiap kali 10 Oktober.

 KISAH 1 -  Wanita Berbaju Putih Muncul Di dalam Panggung Budaya , Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
 
Kisah ini sudah dikongsikan secara terbuka oleh bekas pelajar UPSI. Menurutnya semua ini kerana berlaku pada tahun 2013 dan dia pula berada di tempat kejadian. 10 oktober 2013, Batch Pertama diploma muzik tengah buat reheasel untuk final project dalam panggung (Fippro2013), kejadian berlaku dalam tempoh masa 9.30 - 11.30 malam . Di mana reheasel sedang dijalankan, lampu gelap dan sebagainya, semua berada di tempat masing-masing dekat atas pentas. Malam itu semua yang terlibat memakai pakaian hitam termasuk krew. Ketika itu beliau merupakan salah sorang krew.


Ia berlaku secara tidak sengaja, mereka terlihat kelibat perempuan berambut panjang memakai pakaian t-shirt putih telah lalu disekitar kawasan tempat duduk penonton hanya sekali lalu je kelibatnya. Kehadirannya disertakan dengan bau wangi yang datang secara tiba-tiba dan hilang macam tu jer. Mak aihh, kalau aku ada kat situ pun seram weyh..

Tambahan lagi, semasa reheasel semua benda yang dirancangkan dan dilatihkan tidak menjadi. Ada saje yang tak kena. Ditambahkan pula dengan kehadiran seorang perempuan sekelip mata jer hilang dan jadi persoalan pada mereka siapa perempuan tu yang pastinya mereka tidak mengenali pun siapa dia dan dari mana dia datang. Menurut penuntut fakulti Muzik dan seni kawasan panggung budaya tu merupakan laluan bunian menuju ke kampung mereka yang ada dekat sungai belakang fakulti muzik tu .
 
 KISAH 2 -  Kes Bunuh Diri Wanita Mengandung
 
Kisah Cik Bedah yang seringkali disebarkan dari mulut ke mulut, kelihatan penyebaran kisah ini seolah-olah telah mencetuskan satu ketakutan dalam kalangan pelajar UPSI itu sendiri. Menurut pelajar yang pernah menjadi pelajar di UPSI, jelmaan-jelmaan ini muncul di UPSI. Tak ada pula aku dengar cik bedah ni mengancam sesiapa. 10 Oktober akan keluarnya hantu perempuan bunuh diri sebab kena tinggal dengan teman lelakinya yang tidak bertanggungjawab selepas tahu perempuan ni mengandung. Di sebabkan lelaki itu tak nak bertanggungjawab, dia amik keputusan terjun bangunan.  Kejadian itu berlaku di bangunan lama UPSI

 
Anak hasil hubungan haram katanya dia letak dalam loker pun meninggal dunia. Menurut cerita yang aku terbaca, setiap 10 Oktober dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia.. Semua pensyarah diminta untuk mengosongkan bangunan Canselori sebelum magrib.. wallahualam. Tak tahu betul ke tak, kalau nak nampak hantu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampaklah
 
 --------------------------------
Cerita ni pernah di adaptiasi ke sebuah novel PROJEK SERAM ASRAMA. Tapi sudah di olah diletak gula garam msg dan macam-macamlah kasi lagi padu ceritanya. hehehe. Boleh baca jangan percaya okay. Takut sentiasa menghantui diri. Nak nak buat korang yang bakal belajar di sana.  Boleh tanya dekat pensyarah yang paling lama berkhidmat di sana okay!

Antara Makanan Cina Popular di Malaysia Yang Perlu Cuba

$
0
0
Bersama dengan makanan Melayu dan India, makanan kaum Cina juga tidak kurang hebatnya. Apa yang lebih menariknya lagi, makanan cina di Malaysia turut boleh di cuba oleh kaum lain kerana ada banyak restoran cina muslim di sini. 

Dari gerai tepi jalan yang sederhana hingga restoran makanan laut yang mewah, menu makanan chinese food di Malaysia menawarkan pelbagai rasa yang pastinya boleh memenuhi selera hampir semua orang.



Sama seperti masyarakat Cina tempatan, masakan cina di Malaysia ini sendiri ada yang telah wujud selama berabad-abad lamanya dan terus diperturunkan dari generasi ke generasi. Antara lokasi paling ramai penggemar makanan cina muslim ini adalah seperti di Ipoh Perak dan juga di George Town Pulau Pinang. 

Apakah antara sajian makanan cina lain yang boleh memenangi hati rakyat Malaysia? Di sini akan di kongsikan lima daripadanya untuk pengetahuan kita bersama. Ada kesempatan mungkin boleh mencubanya sendiri nanti. 

# Yee Sang 

Yee Sang yang juga lebih dikenali dengan nama Kantonis daripada bahasa Mandarin sebagai "yusheng" merupakan sejenis makanan yang sering ada pada hari perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia. Hidangan Kantonis ini selalunya di dalam bentuk gabungan sayur-sayuran seakan salad yang turut digandingkan dengan potongan ikan, keropok dan juga sos.


Yee Sang seakan sebuah tradisi di mana ketika ingin menikmatinya, semua yang ada akan menyepit Yee Sang dengan chopstick lalu mengangkatnya tinggi-tinggi. Yee Sang akan diangkat dan digaul semua bahan sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada semua orang. 

Tradisi berkaitan makanan ini turut mengatakan bahawa semakin tinggi lemparan Yee Sang, semakin banyak keberuntungan yang dapat diharapkan pada tahun berikutnya. 

# Ipoh White Coffee

Minuman kopi sudah dikenali di seluruh dunia termasuk negara barat. Tetapi kopi di Malaysia ini tidak sama dengan kopi yang popular di negara barat itu. Antara kopi yang popular di seluruh Malaysia adalah Ipoh White Coffee. 


White Coffee adalah sebahagian daripada sejarah Ipoh dan merupakan salah satu daripada banyak makanan yang ditawarkan di bandar ini. Ia dikatakan telah diciptakan oleh kedatangan kaum Hainan yang mengolah kopi Barat kepada kopi dengan rasa baru yang lebih sesuai dengan citarasa mereka sendiri. 

Dikatakan juga, kaum Hainan ini telah cuba memaksa diri untuk minum kopi negara barat tersebut tetapi mendapati minuman itu agak sukar untuk ditelan. Dengan perlahan-lahan mereka mula memanggang biji kopi dalam marjerin dan hasilnya kopi tersebut lebih kuat aromanya hingga boleh dikesan dari jarak yang jauh. Kopi ini dihidangkan secara tradisional dengan susu pekat. 

# Char Kuey Teow

Char Kuey Teow sejenis mi yang digoreng dan tak dinafikan ianya agak berminyak tetapi mempunyai rasa yang sangat sedap hingga boleh menjadi salah satu daripada menu makanan cina yang sangat popular di Malaysia. Hidangan Char Kuey Teow ini turut juga digemari oleh rakyat Singapura.


Char Kuey Teow terdiri sejenis mee (kuey teow) yang digoreng dalam kuali panas bersama kicap pekat manis, pes cili, udang, kerang, telur dan sayur taugeh. Dulu ia sering dihidangkan di atas daun pisang tetapi kini tidak lagi. 

Char Kuey Teow ini juga dulunya hidangan ini sangat murah dan sering dihidangkan pada golongan pekerja berkolar biru, kerana kandungan lemaknya yang tinggi memberi mereka tenaga untuk menjalani kehidupan seharian. 

Dalam Malaysia, negeri Pulau Pinang sangat terkenal dengan Char Kuey Teow dan adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia dari negeri lain untuk melakukan ziarah ke negeri ini demi untuk menikmati hidangan Char Kuey Teow yang terbaik!

# Nasi Ayam Hainan

Nasi Ayam Hainan, ini juga salah satu hidangan makanan cina yang turut popular dikalangan rakyat Malaysia dan Singapura. Nasi ayam Hainan mendapat nama dari kaum Hainan itu sendiri. 


Suatu masa dulu, orang Hainan ini merupakan salah satu kumpulan Cina selatan yang lebih kecil seperti kaum Kantonis dan Hokkien juga. Mereka ini berhijrah ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Mereka terkenal dengan kemahiran dalam bidang masakan dan telah menjadi perkara biasa pada ketika itu bagi golongan Hainan ini untuk membuka restoran atau menjadi tukang masak peribadi di rumah orang Barat. 

Sejak itu hidangan demi hidangan muncul termasuklah nasi ayam Hainan ini. Set nasi yang dihidangkan dengan ayam yang direbus, kukus atau panggang bersama sup benar-benar menambat selera ramai orang pada ketika itu hinggalah ke hari ini. 

Manu Makanan Cina Boleh Juga Order Online 

Teringin nak makan menu apa-apa, tak perlu keluar dari rumah pun tak apa. Lagi-lagi dalam musim covid19 yang penuh mencabar ni. Tak perlulah risikokan diri sendiri kerana masih ada pihak seperti Foodpanda yang sudi berkorban dalam membantu urusan kita. 


Sana sini orang dah kenal siapa Foodpanda. Dari kanak-kanak hingga dewasa tahu untuk sebut tentang Foodpanda. Dengan warna pink sebagai tema mereka gah di sana sini untuk menghantar pesanan makanan terhadap para pelanggan. 

Apapun, tatkala membuat pesanan untuk menu makanan cina ini, pastikan dibaca semua detail tentang menu dan restoran yang ada di website Foodpanda dengan lengkap sebelum membuat pesanan. 

Takut juga kalau tersalah membuat pesanan terdapat menu non-halal. Pastinya dulu menu yang diorder itu berstatus Halal sebelum membuat sebarang pesanan. 

10 TIPS BAKAL PENGANTIN MEMILIH KATERING KAHWIN YANG SEDAP

$
0
0
Nak ikutkan majlis resepi aku bakal diadakan pada 28 November 2020. Malang sekali nasib aku, sebab buat kali kedua aku tak dapat lagi buat majlis pada tarikh yang telah dicadangkan disebabkan kes penularan pandemik Covid-19 mencanak-canak bagai mencucuk langit. haih terpaksa lah aku tunda.. Tah tah kali ni aku batalkan terus agaknya. hahaha

Sebagai bakal pengantin selain tarikh, tema, bridal dan photographer. Katering sangat penting. Kalau tak ada katering macam mana para tetamu yang hadir nak menjamu selera. Takkan nak tengok pengantin semacam tanpa makan kan. 



Perkahwinan merupakan perkara yang bernilai dalam kehidupan setiap orang. Termasuklah aku walaupun aku tak dapat buat majlis  sebab Covid-19 nih. Oleh sebab itu, pengurusan majlis perkahwinan adalah sangat penting. Bagi mengelakkan masalah, zaman kini ramai yang memilih untuk mendapatkan khidmat katering perkahwinan.

Pelbagai persoalan yang bermain difikiran bakal pengantin. Adakah katering kahwin yang ditempah itu memuaskan? Dimomok-momokan dengan viral di media sosial berkaitan tiba hari majlis, katering tak muncul tiba sebab tersalah berurusan dengan kaki penipu dan macam macam lagi krikteria yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan katering.


10 TIPS MEMILIH PERKHIDMATAN KATERING BUAT BAKAL PENGANTIN SUPAYA TIDAK TERSALAH PILIH


Bakal pengantin kadang kala tidak kisah bila pihak katering menyebutkan harga janji kualiti dan makanan dan perkhidmatan yang diberikan terbaik. Ada pula pelanggan meminta diskaun super duper murah juga ada. Tapi apa yang penting, bakal pengantin sebenarnya amat berhati-hati sewaktu proses survey perkhidmatan katering. Pelbagai soalan yang ditujukan supaya bakal pengantin betul-betul berpuas hati. 


TIPS 1 BUAT KAJIAN KATERING KAHWIN DI KAWASAN BERHAMPIRAN ANDA


Sebelum Covid-19 muncul meriah betul pameran pengantin telah diadakan. Disitulah aku menggali pakej-pakej yang ada disediakan. Iyelah nak berebut pelanggan kan.. Tapi aku rasa agak sukar ketika Covid-19 muncul.



Menggunakan media sosial sebagai medium untuk mencari katering yang menjadi kebanyakkan pilihan pelanggan seperti di Facebook dan instagram. Di laman sesawang juga boleh dapat kerana ramai syarikat katering yang ada laman rasmi mereka. Setiap pakej yang ditawarkan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kebiasaannya pakej mahal mempunyai kualiti yang lebih baik dan eksklusif. Tetapi pakej murah bukanlah bermaksud tidak berkualiti. 


TIPS 2 TESTIMONI 


Jangan lupa untuk melihat diruang komen dan review dari pelanggan yang pernah menggunakan khidmat katering mereka. Sekiranya komen dari pelanggan mereka positif, maka bolehlah senaraikan katering tersebut sebagai pilihan.


Nak mudah, cuba tanya kawan atau saudara-mara yang pernah menggunakan khidmat katering tersebut. Lagi disarankan.. 


TIPS 3 PILIH SYARIKAT KATERING BERPENGALAMAN



Kalau boleh, memilih syarikat katering yang berpengalaman dalam bidang penyediaan makanan kerana risiko memilih katerer yang baru nak mula sangat tinggi. Antara risikonya adalah makanan basi, penghantaran lewat dan banyak lagi permasalahan yang pernah kita dengar


TIPS 4 SENARAI PENDEK PILIHAN KATERING 



Kalau boleh dari 10 senarai katering yang dipilih, cuba pilih 2 katering pilihan mengikut budget dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pemilihan katerer bergantung kepada bajet yang mampu kita keluarkan. Terpaling penting adalah budjet sangat mempengaruhi pemilihan katering semasa majlis perkhawinan tersebut.


TIPS 5 TEMA MAJLIS



Sekiranya dah rancang mempunyai tema untuk majlis perkahwinan, pastikan katering yang terpilih boleh menyediakan mengikut tema masjlis perkahwinan tersebut. Contohnya tema tradisional, pihak katering menyediakan menggunakan dulang klasik sesuai dengan tema perkahwinan korang tuu agar meninggalkan kesan untuk para tetamu merasi tema majlis yang sudah ditetapkan


TIP 6 DAPATKAN SEBUT HARGA (QUOTATION)


Dokumen yang menerangkan mengenai perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada kita serta berapa jumlah yang akan dibayar bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Hubungi penasihat katerer yang telah disenarai pendekkan dan minta sebut harga dari mereka.



Jangan malu atau segan untuk bertanya kepada penasihat jualan jika terdapat persolan atau kurang faham berkaitan dengan quotation tersebut. Ini amat penting untuk korang membandingkan quotation antara katering yang di senarai pendekkan


TIPS 7 BERSEMUKA DENGAN PIHAK KATERING



Berjumpalah dengan katerer yang paling diinginkan berdasarkan hasil bendingan quotation sebelum ini. Tujuan bersemuka dengan pihak bersekemuka adalah memastikan katerer pilihan memiliki tapak perniagaan yang kukuh dan dapat meyakinkan kita untuk memilihnya sebagai katering yang akan diambil untuk berkhidmat disepanjang majlis perkahwinan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. 


TIPS 8 FOOS TASTING


Pihak katering akan meminta bakal pengantin hadir untuk merasai lauk-lauk yang bakal dihidangkan di majlis kahwin anda nanti. Jangan skip ya bahagian ni dengan hanya melihat gambar sahaja dah cukup untuk terus tetapkan menu. Tolong jangan percaya ya, zaman sekarang banyak filter telefon yang boleh membuatkan makanan dalam gambar begitu menyelerakan.



Food testing ni merupakan pengesahan berdasarkan review dan komen yang pernah korang baca dalam media sosial mereka sebelum ni terhadapa hidangan untuk jamuan kahwin nanti. Susah untuk menilai sendirian. Bawalah bersama ibu bapa atau kakak abang atau sesiapa sahaja ahli keluarga supaya mereka juga boleh beri pendapat. Ialah, lain orang lain cita rasa kan.


TIPS 9 TERMA BAYARAN


Kebanyakkan katering akan meminta bayaran pendahulun 10% sebagai tanda setuju untuk menggunakan khidmat mereka dan akan lock tarikh majlis korang supaya dapat berikan khdimat yang sempurna ketika majlis berlangsung. Pastikan elak daripada membayar 50% atau jumlah penuh sebagai bayaran pertama.



Terma bayaran atau berapa banyak anda ingin membayar bergantung kepada perbincanga anda bersama katerer tersebut. Elakkan daripada membayar secara tunai atau ke akaun milik individu.


TIPS 10 SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN DARI MASA KE SEMASA (KEEP IN TOUCH)



Pastikan sentiasa keep in touch dengan pihak katerer sehinggalah tiba hari bahagia. Maklumkan semula kepada pihak katerer jika terdapat maklumat baru atau perkara yang ingin anda kemaskini kepada mereka. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudah bertungkus lumus menjayakan hari bahagia korang

FIRDAUS CATERING & CANOPY (FSC) PILIHAN KATERING TERBAIK DI BATU PAHAT

Firdaus Catering & Canopy atau FSC katering adalah satu nama menjadi perbualan ramai di Batu Pahat dalam industri perkahwinan dan juga dikenali dengan pemilik yang muda dan peramah, makanan yang sedap dan tahan lama sehingga malam pun makanan masih tahan.. Mempunyai rekod yang baik dan terbukti semua pelanggannya berpuas hati dengan servis mereka. Paling menarik, FSC menawarkan harga semuanya mampu milik.



Kepada mereka yang mahukan food testing boleh buat temujanji dengan pihak FSC. Mereka akan berikan secara percuma dan tidak memerlukan bayaran. Janji kena ambil sendiri di tempat mereka.


MENU UTAMA FIRDAUS CATERING & CANOPY (FSC)


Nasi Baryani
Nasi Putih 10%
Daging Baryani
Ayam Merah
Pencuk
Sayur Dalca


KELEBIHAN MEMILIH FIRDAUS CATERING & CANOPY (FSC)


Kelebihan bakal pengantin memilih mereka ketika majlis perkahwinan semestinya korang akan dapat layanan istimewa dari pengasas dan mesra pramusaji. Antara lain lebihan :

  • Hadir awal dan tepat pada tarikh majlis korang
  • Firdaus Catering & Canopy berdaftar dengan SSM
  • Berpengalaman lebih 5 tahun
  • Barang yang disediakan bersih, sentiasa di lap serta berkualiti
  • Maklum balas dari Tuan Rumah amat memuaskan

Zaman pandemik ni sangat menitik beratkan Standard Operation Procedure (SOP) majlis perkahwinan. Pihak Firdaus Catering & Canopy (FSC) akan bertugas untuk patuhi sop yang ditetapkan. Jadi bakal pengantin luar sana tak perlu bimbang tak ada orang yang nak bertugas untuk cek suhu dan lain lain lagi.

-------------------------------------------------------
Doakan majlis mimin minggu depan berjalan dengan lancar 28.11.2020 Sabtu ni ya. Dah kali ke berapa tah nak adakan majlis tapi tergendala yang tak dapat dielakkan. Entry ni akan dikemaskini selepas aku punya majlis berjalan. Ini adalah entry ikhlas aku. Tak ada bayaran. Jarang aku promote orang tak berbayar ni nak nak zaman serba bayar. Sebabkan niche aku lifestyle. Jadi aku tak kisah untuk semua ini. Sebab semua ni kehidupan dan jalan yang aku sudah lalui sepanjang perkahwinan

Info Lanjut :
Instagram : @KateringBatuPahat
Contact : 017-7546742
Based : Batu Pahat

PLASH FOAMING HANDWASH AFY HANIFF PENCUCI TANGAN TERBAIK SEISI KELUARGA

$
0
0

Diam tak diam, sudah setahun dunia dilanda wabak pandemik Covid-19. Tidak terkecuali Malaysia juga turut terkena wabak dengan melibatkan hampir 65,000 jumlah keseluruhan sehingga akhir November 2020 ini. Disebabkan inilah kita perlu menjalani dan mengamalkan norma baharu bagi menghindarkan diri dari menjadi mangsa Covid-19. Memang tidak dinafikan norma baharu banyak merubah kehidupan seharian supaya kita dapat putuskan rangkaian pandemik Covid-19 ini.



TAHUKAH ANDA PENCUCI TANGAN DAPAT MEMBUNUH VIRUS?

Menurut World Health Organization (WHO), sabun biasa dapat membunuh virus kerana molekul sabun itu sendiri yang bersifat dual-action. Satu, molekulnya bersifat sebagai penarik air dan lagi satu penarik lelemak. Virus pula diperbuat daripada material yang menyelaputi proterin dan lelemak. Apabila virus berinteraksi dengan sabun, molekul sabun akan menyebabkan selaput lelemak virus tersebut terurai lalu membunuh virus tersebut.



LANGKAH-LANGKAH CUCI TANGAN PAKAI SABUN YANG BETUL DARI WHO

Menurut WHO, cara mengelak jangkitan ialah dengan membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air selama 20 saat atau dua kali pengulangan lagu "Selamat Hari Jadi" Jika kita tiada akses kepada sabun dan air, gunakan alcohol-based hand sanitizer untuk menghapuskan bakteria dan virus. 



Berikut langkah-langkag cuci tangan yang sebenar bagi memastikan tangan bersih dan terhindar daripada infeksi ialah dengan:

  • Basahkan tangan dengan air
  • Gunakan sabun yang secukupnya untuk meliputi segala permukaan tangan
  • Ramas kedua tapak tangan kemudian mula sapukan sabun dibahagian belakang tapak tangan dan dicelah jari. Lakukan ini untuk kedua belah tangan.
  • Ramas tapak tangan sekali lagi dengan dicelah jari dibahagian tapak tangan
  • Lakukan pergerakan mengunci jari kedua belah tangan untuk membasuh bahagian jari dengan lebih lama
  • Ramas ibu jari kiri dan kemudiannya kanan, lalu dengan menggunakan kuku, skrub bahagian telapak tangan sebagai langkah terakhir melumurkan sabun. 
  • Ini semua dilakukan selama sekrang-kurangnya 20 saat bagi memastikan bakteria hilang sepenuhnya.
  • Bilas tangan dengan air paip dan keringkan tangan dengan menggunakan tuala tisu kering yang baru. 
  • Gunakan tisu tadi untuk menutup air


PLASH FOAMING HANDWASH AFY HANIFF

Perbuatan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian, bukan hanya untuk mencegah penularan Covid-19 semata-mata. Pakar Perubahatan Kesihatan Awam Dr Aizuniza Abdullah, berkata jika seseorang berada di luar rumah, mereka perlu mencuci tangan sekerap mungkin terutamanya apabila menyentuh sebarang permukaan. Sekiranya di rumah pula, orang ramai dinasihatkan mencuci tangan selepas melakukan aktiviti dalam rumah seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman. Pendek kata, kena kerap basuh tangan di mana pun berada. Mujurlah ada Afy Haniff yang mempunyai inisiatif mengeluarkan produk khusus basuh tangan iaitu Plash Foaming Handwash,




Plash Foaming Handwash. Produk dari Afy Haniff yang juga mengeluarkan produk SWiPEL yang dulu dikenali sebagai Serai Wangi. Afy Haniff merupakan 100% syarikat bumiputera. Satu jenama yang tidak asing dan cukup terkenal dalam penghasilan produk organik dan penghalau serangga yang berkualiti tinggi. 


VARIASI PLASH FOAMING HANDWASH AFY HANIFF


Plash Foaming Handwash hadir dalam dua variasi haruman iaitu Fresh Aloevera dan Sweet Sakura serta dua size berbeza iaitu 200 ml dan 400 ml. Bagi aku keduanya wangi. kalau suruh pilih nak beli yang mana, memang aku akan beli keduanya. Kerana, keduanya ada baunya tersendiri. 




Manakala size pula, aku memang akan beli kedua-dua size kerana aku beli size 200 ml mudah untuk bawak travel ke mana-mana sahaja walaupun pergi kerja je dan size 400 ml aku letak kat rumah untuk kegunaan bersama dengan ahli keluarga. Size 400ml Plash Foaming Handwash boleh menghasilkan lebih 500 kali cucian tangan tanpa isian semula.




Plash Foaming Handwash Afy Haniff selamat digunakan seisi keluarga. Pencuci tangan ini bebas daripada bahan bahaya seperti paraben, phathalate dan dye serta tiasa diuji pada haiwan. Tambahan lagi, ia mempunyai pengiktirafan ISO, GMP dan HCCP serta menggunakan bahan semulajadi.

PLASH FOAMING HANDWASH MUDAH DIGUNAKAN


Hanya pusingkan pemicu sabun ni ke kiri dan ke kanan untuk buka dan tutup

Tekan sekali sahaja buih sabun sudah keluar

buih yang wangi dan selamat digunakan untuk menghindarkan dari bakteria yang tak diingini


Plash Foaming Handwash membersihkan kotora dan melindungi kulit sambil menghapuskan 99.9% kuman berbahaya. Kaya dengan ekstrak lidah buaya dan sakura yang mengekalkan kelembapan kulit.


Dapatkan teman suri rumah yang dapat menceriakan seluruh rumah anda dengan produk Afy Haniff.

-------------------------------------------------------
Info Lanjut:


RAHSIA JANA PENDAPATAN TANPA MODAL BERSAMA VENYSS

$
0
0
Hai korang! jarang lah perempuan tak minat dekat barang aksesori macam emas, silver, perak dan lain-lain kan. Macam tu jugak lah dengan aku. Malah anak-anak buah aku pun kalau dipakaikan barang aksesori ni automatik akan cakap wahhhh! cantiknya. Terus fefeeling princess. Tapi.. pada tahun ni, lihat ramai orang yang struggle dan terkesan ekoran dari Pandemik Covid-19 yang tak tahu bila penghujungnya. Nak melaburkan duit beli emas, silver dan lain-lain tu pun fikir banyak kali. Mujurlah, Venyss ada buka peluang jana pendapatan sampingan yang di panggil Program Usahawan Venyss.


APA ITU VENYSS ?


Venyss adalah sebuah kedai dalam talian yang menjual perak siap pakai dan khusus untuk cincin, kalung, loket, anting-anting dan gelang dalam pelbagai jenis reka bentuk.Venyss telah ditubuhkan dan ditubuhkan sejak 2012. Sejak itu, syarikat ini berkembang setiap hari.Kami berusaha untuk menjadi yang teratas dan terbaik dalam industri perhiasan di luar sana.
 

PROGRAM USAHAWAN VENYSS 

Penghujung Ogos 2020, Venyss telah mengadakan 1 program yang dipanggil Program Usahawan Venyss.  Di mana Venyss buka peluang untuk orang ramai yang ingin jana pendapatan dan bina kerjaya bersama Venyss. Dengan peluang yang ditawarkan oleh Venyss beri manfaat untuk transform diri menjadi usahawan berilmu yang berjaya.
 
 
Untuk permulaan pihak Venyss nak rekrut lebih ramai dropship. Hal ini kerana, program ni bermula dengan level dropship (Venyss Jewelry Consultant). Ini akan menjadikan mereka yang menyertai program tersebut merupakan wakil Venyss bertindak untuk bimbing, nasihat dan bantu prospek atau pelanggan dalam proses membeli dan membuat tempahan aksesori.
 
 
 
Venyss akan bimbing Venyss Jewerly Consultant (VJC) ini dari tak tahu apa-apa sehingga mereka boleh buat jualan. Mereka menyediakan Program Usahawan Venyss kepada individu yang memerlukan bantuan untuk berniaga dan kehilangan pekerjaan.. Jangan risau, program ini akan dibimbing oleh coach yang berpengalaman secara online sepanjang program. Segala keperluan untuk berniaga seperti copywriting, flow, produk dan platform akan diajarkan dan disediakan oleh coach pihak Venyss. selain itu, berpeluang untuk naik sehingga ke peringkat master stokis dan diberikan pemilikan kedai berkonsepkan Venyss. 
 

CARA SERTAI PROGRAM USAHAWAN VENYSS

 

 

FEEDBACK MEREKA YANG SUDAH SERTAI PROGRAM USAHAWAN VENYSS




-----------------------------------------------------------

Jangan tunggu lagi, peluang untuk anda bina kerjaya telah VENYSS buka !
PENDAFTARAN PERCUMA UNTUK 100 ORANG TERAWAL 

info lanjut


#venyss #venyssjewelry #silverjewelry #silver925 #venyssjewelryadvisor #jewelry #rantaitangan #bracelet #rantaileher #necklace #rantaikaki #anklet #brooch #subang #antinganting #earring #loket #pendant #cincin #ring #readymade #customade

JOM TEROKA BERSAMA KELUARGA KE CANDYLAND DI LEGOLAND HOTEL RESORT BELI 1 PECUMA 1

$
0
0
Tidak dinafikan sekarang tengah huru-hara dengan sekejap PKPB dilaksanakan sekejap PKPB ditamatkan. Lagipula sekarang PKPB boleh dah untuk merentas daerah. Tak pula kerajaan benarkan untuk kita merentas daerah. Tapi kalau yakin boleh laksanakan S.O.P dengan patuh.. Jomlah kita menginap di LEGOLAND Hotel Resort. Jangan sedih-sedih yang mana dah buat tempahan bermalam di LEGOLAND !

CUTI SEKOLAH KE CANDYLAND DI LEGOLAND HOTEL RESORT 

 
 
Berita baik buat mereka yang dah tempah dan nak tempah penginapan di Legoland Hotel kerana 10 Disember dan seterusnya, LEGOLAND Hotel akan dibuka setiap hari untuk sepanjang musim cuti. Nikmatilah tempat tinggal bertema LEGO yang penuh keseronokan di mana mereka mempunyai aktiviti istimewa yang sudah disediakan untuk hiburan seisi keluarga.
 

AKTIVITI YANG DISEDIAKAN  DI LEGOLAND HOTEL

 
LEGOLAND Hotel Resort telah mengatur banyak aktiviti baru untuk menjadikan penginapan seisi keluarga menjadi sangat manis.
 



 
Dari LEGO® FRIENDS membuat penampilan khas mereka untuk Explore the Beginning. Makan, berbelanja dan bersiar-siar bersama-sama sehinggalah menamatkan malam yang mengagumkan bersama LEGO® FRIENDS .
 

LEGOLAND MALAYSIA PATUH S.O.P YANG DITETAPKAN

 
Jangan risau, LEGOLAND sentiasa memikirkan kesihatan dan keselamatan pelanggannya dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
 

PROMOSI SEPANJANG PKPB DI LEGOLAND HOTEL RESORT

         
       

 

LEGOLAND Hotel Resort menggalakkan pelanggannya memanfaatkan sepenuhnya promosi hotel yang luar biasa dan membuat tempahan awal di bilik bertemanya seperti bilik NINJAGO atau bilik Adventure. Promosi ini akan memberi kita fleksibiliti untuk pilih tarikh kita sendiri pada bila-bila masa yang kita mahukan.
 

LEGOLAND Malaysia TUTUP SEMENTARA

 
 
Walaubagaimanapun, dimaklumkan bahawa Taman Tema LEGOLAND, Taman Air dan SEA LIFE Malaysia akan ditutup buat sementara waktu sehingga 20 Disember. Penutupan itu sejajar dengan garis panduan PKPB baru yang ditetapkan oleh kerajaan.

--------------------------------------------------
INFO LANJUT

CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN UNTUK REZEKI BERTAMBAH

$
0
0

Sebagai umat Islam, kita wajib mengeluarkan dua zakat setiap tahun iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Antara zakat harta temasuklah zakat pendapatan yang masih ramai tidak tahu cara membayarnya dengan betul. Dalam perancagan kewangan, kita perlulah menetapkan sasaran untuk menggandakan duit masuk dan mengurangkan duit keluar. Sesungguhnya Allah S.W.T telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan harta - HR Bukhari



Apa itu Zakat Pendapatan?

Zakat terdiri daripada zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas/perak, zakat simpanan, zakat saham, zakat KWSP dan zakat takaful. Jadi di sini, mahu membahaskan berkaitan zakat pendapatan. Kewajipan membayar zakat adalah sama dengan solat. Zakat juga merupakan salah satu lima Rujun Islam yang menjadikan kewajipan ke atas orang Islam. Di dalam Al-Quran, zakat disebut hampir 30 kali. Malah selalu disebut sekali dalam solat. Jadi, zakat adalah sama penting dengan solat dalam kehidupan kita.



Zakat Pendapatan adalah sebahagian kecil bayaran yang kita buat selepas menerima bayaran seperti gaji bulanan, tunggakan gaji, elaun, bonus atau dari sumber lain seperti kerja lebih masa atau kerja sampingan (Overtime/Part time). Begitu juga kita terima wang sewaan rumah, bangunan atau kenderaan. 

Hukum Membayar Zakat Pendapatan

Hukum membayar zakat pendapatan adalah wajib jika memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Seorang Islam yang dewasa, merdeka dan sihat akal fikiran
  2. Memiliki sepenuhnya pendapatan dan boleh menggunakan wang pendapatan pada bila-bila masa.
  3. Wang pendapatan ini mencapai nilai minimum (nisab) yang ditetapkan mengikut negeri.

Jenis-jenis Harta Pendapatan


1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja 


Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaa yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama. Sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam. Seperti gaji, upah, bonus, pampasan, insentif, atau apa-apa sahaja yang diperoleh berkaitan dengan pekerjaan atau penggajian.


2. Zakat Harta Pemberian atau Sumbangan 

Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa. Ia berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap al 'aqar dan bukan merupakan nafkah wajib. Seperti hibah, hadiah, pencen, sedekah, pampasan, harta pusaka atau mahar perkahwinan.


3. Zakat Harta Kerja Bebas 

Hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan majikan dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional. Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik dan sebagainya. Ia juga boleh jadi sekiranya sesorang dibayar untuk bayaran projek yang diterima seperti komisyen, bayaran royalti atau hasil tunai sekali sekala (pembayaran semula aseet atau hasil jualan aset tetap atau pinjam bank yang tiada tujuan) dan banyak kali.


4. Zakat Harta Al-Mustaghallat 

Harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi akan mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau hasil jualannya. Contohnya, hasil sewaan rumah atau bangunan, sewaan pengangkutan, peralatan dan lain-lain.


CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Pembayaran zakat pendapatan adalah sebanyak 2.5% sahaja dari jumlah pendapatan kita. Sedikit sahaja okay. dan baku pendapatan sebanyak 97.5% boleh kita gunakan. Terdapat dua cara kiraan yang boleh digunakan


  1. 2.5% dari pendapatan kasar. Iaitu tanpa potongan perbelanjaan.
  2. 2.5% dari pendapatan setelah ditolak perbelanjaan untuk diri sendiri, isteri,anak, KWSP dan pemberian kepada ibu bapa. Sekiranya kita ada membuat simpanan di Tabung Haji atau Takaful juga boleh ditolak kerana badan-badan ini telah pun membayar zakat untuk sumbangan kita.



Cara paling mudah mengira bayaran zakat pendapatan adalah dengan menggunakan kalkulator zakat  di pusat zakat negeri masing-masing. Boleh klik gambar di bawah untuk ke portal kiraan di Zakat Selangor.



“Katakanlah, Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambanya. Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik”.

Surah Saba’, Ayat 39

-------------------------------------
Info lanjut




Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

$
0
0
Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.
 
 
TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021. 
 
Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik. 
 
Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.
 
Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini.
 
Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah
1. SK Kampung Kudong - sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor
2. SK Pos Dipang di Jeram, Perak - semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain
3. SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang - kawasan terpencil dan terjejas mata pencarian.
 
Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu.
 
TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.
 


 
“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.”
 
TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.
 

 
 
“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li.
 
Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.
 

“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.
 
Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online.
 
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

PROJEK KERETAPI LAJU KL SINGAPURA DITAMATKAN

$
0
0

Masa dekat Johor Baharu, kami duduk di hotel dekat sana. Orang Johor kebanyakkan masih pakai area sebab mereka masih dapat siaran Singapura. Jadi, aku pun teruja dapat tengok siaran di Singapura. Tengah bersiap nak ke Legoland tu.. Aku terhenti tengok berita yang disiarkan. Projek keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura ditamatkan. Malaysia akan kena penalty sebab menghentikan projek. Penalty yang dikenakan lebih kurang jutaan SGD. fuhh. Tapi kerajaan Malaysia belum reveal lagi.

KETIKA projek HSR dicadangkan pada tahun 2010 sebagai salah satu inisiatif Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) negara, tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Singapura. Projek HSR dijangka menjadi pemangkin dalam menggalakkan pelaburan, perdagangan, pelancongan dan aktiviti sosioekonomi bagi kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan serta membolehkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi yang berasaskan inovasi. Perjanjian Dua Hala yang ditandatangani dengan Singapura pada 13 Disember 2016 menekankan hasrat untuk menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih rapat antara dua negara. 

 


Malaysia berhasrat untuk mencontohi kejayaan projek kereta api laju di beberapa buah negara seperti Tokyo-Osaka Shinkansen dan Taipei-Kaohsiung HSR, yang terbukti menjadi pemangkin pembangunan ekonomi Jepun dan Taiwan. Malah HSR juga akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon berikutan penurunan bilangan penumpang udara antara Kuala Lumpur dan Singapura – yang merupakan antara laluan udara tersibuk di dunia. Pada masa yang sama, ia juga dijangka mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.



Namun, pandemik COVID-19 telah mengubah segala-galanya. Pandemik ini telah memberikan cabaran amat besar kepada aspek kesihatan dan ekonomi yang belum pernah kita hadapi. Tiada siapa yang dapat menjangka pandemik ini dan kesan teruknya ke atas ekonomi Malaysia dan seluruh dunia. Keadaan ini telah memaksa kerajaan menilai semula projek HSR tersebut. Projek ini telah ditangguhkan pada Mei 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 berikutan kajian semula terhadap beberapa komitmen pelaburan utama kerajaan. Kerajaan ketika itu telah mengkaji semula pelaksanaan kesemua projek mega seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Malaysia Vision Valley dan MRT3. 


Kemunculan COVID-19 telah memaksa kerajaan mencari jalan untuk mengurangkan kos beberapa projek mega serta mengenal pasti strategi bagi memulihkan ekonomi negara pasca COVID-19. Perkembangan ini menyebabkan syarat asal Perjanjian Dua Hala yang dimeterai pada tahun 2016, tidak lagi berdaya maju bagi Malaysia. Kita terpaksa meneliti semula keseluruhan struktur projek dan model perniagaan yang termaktub dalam perjanjian tersebut. 


Pada bulan Mei 2020, pihak Singapura telah bersetuju untuk memberikan penangguhan terakhir bagi melaksana projek ini sehingga akhir tahun 2020. Kita telah menggunakan ruang ini untuk mengkaji semula keseluruhan projek ini. Kajian itu termasuklah struktur projek, model perniagaan (business model), reka bentuk infrastruktur dan sistem. Hasil daripada kajian semula yang dijalankan, kita telah mencadangkan struktur baharu yang pada pandangan Malaysia bukan sahaja lebih kemas, malah model HSR yang dicadangkan itu digunakan secara meluas di seluruh dunia, antaranya di Eropah, UK, Jepun dan Korea Selatan. 


Cadangan struktur projek baharu itu juga mengelakkan kerajaan daripada memberikan jaminan berjumlah RM60 bilion selama 30 tahun. Di samping itu, ia juga memberikan kita lebih banyak fleksibiliti dalam membiayai projek ini. Selain daripada itu, kita juga telah mencadangkan beberapa perubahan lain. Ini termasuklah perubahan kepada jajaran dan reka bentuk stesen yang kesemuanya akan mengurangkan perbelanjaan kira-kira 30 peratus. Kesemua cadangan di atas dapat mengurangkan kos dan pada masa yang sama mengekalkan faedah projek.

Satu lagi perkara yang menjadi pertimbangan ialah kemungkinan memulakan pembinaan projek ini dua tahun lebih awal. Ini boleh membantu dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia pasca COVID khususnya sektor pembinaan. Ini mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi serta peluang perniagaan kepada perusahaan kecil, sederhana dan berskala besar pada waktu yang genting ini.

Kerajaan juga mencadangkan perubahan yang akan membolehkan HSR dihubungkan dan diintegrasi dengan rangkaian pengangkutan Malaysia sedia ada dengan lebih berkesan. Beberapa perbincangan yang intensif pada peringkat teknikal dan peringkat menteri telah diadakan sepanjang enam bulan yang lalu. Perdana Menteri kita dan Perdana Menteri Singapura juga telah mengadakan sidang video pada 2 Disember 2020 lalu. Malangnya, kita gagal mencapai kata sepakat

sumber MalaysiaNow

Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam perbincangan dua hala sejak enam bulan lepas, ingin saya tegaskan bahawa kami telah melakukan yang terbaik demi menjaga kepentingan negara. Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi dengan semua bahawa perbincangan antara kedua negara telah berlangsung dalam suasana mesra dan membina. Hubungan Malaysia dan Singapura adalah amat rapat dan kedua-dua negara berhasrat untuk mengukuhkan lagi hubungan akrab ini.

Sesuai dengan hasrat tersebut, kita akan terus mengadakan perbincangan untuk mempertingkatkan kesalinghubungan antara kedua-dua negara untuk manfaat bersama. Walaupun perjanjian dua hala ini telah luput, Malaysia dan Singapura akan terus berkerjasama rapat dalam mengukuhkan integrasi rentas sempadan bagi memastikan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi yang mampan di kedua-dua negara. Kemungkinan untuk menghubungkan kedua-dua negara melalui kesalinghubungan berkelajuan tinggi pada masa hadapan akan terus diterokai. Walaupun hasrat ini tidak tercapai sekarang, mungkin satu masa nanti. 

Pampasan tak boleh didedahkan, tapi Singapore News dah dedahkan, hmm

Antara perkara yang banyak dibangkitkan oleh pelbagai pihak ialah pampasan. Walaupun saya amat berkeinginan untuk berkongsi perinciannya, ianya tidak dapat dilakukan kerana jumlahnya belum dimuktamadkan lagi. Sehubungan ini, saya ingin menegaskan bahawa pampasan tersebut bukanlah bersifat punitif, tetapi adalah untuk membayar semula kos tertentu projek yang telah dibelanjakan Singapura. Pihak kita sedang menunggu butiran kos tersebut daripada Singapura, dan sebaik sahaja diterima, ia akan diteliti sebelum disahkan. Jenis-jenis tuntutan yang dibenarkan telahpun dipersetujui bersama.

Namun begitu, jumlah pampasan tidak boleh didedahkan kerana di bawah Perjanjian Dua Hala, kedua-dua negara terikat dengan klausa kerahsiaan. Walau bagaimanapun, saya dan pasukan akan berbincang dengan pihak Singapura untuk mendapat persetujuan bagi berkongsi maklumat mengenai jumlah pampasan tersebut setelah ia dimuktamadkan. Justeru itu, sebarang angka mengenai pampasan yang disebutkan oleh mana-mana pihak merupakan spekulasi semata-mata. Adakah projek keretapi laju KL-Singapura akan digantikan dengan projek keretapi laju KL-JB?

Kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci bagi menentukan hala tuju seterusnya. Pada masa ini, apa-apa spekulasi mengenai projek keretapi laju KL-JB hanyalah spekulasi.

 

KASUT PALLAS JAZZ JADI PILIHAN MAMET DI TAHUN TERAKHIR ZAMAN PERSEKOLAHANNYA

$
0
0
Assalamualaikum semua ^.^ 2020 bakal melabuh tirainya. Tak sangka kita betul-betul struggle untuk tamatkan. Dan dalam pada masa yang sama, tahun 2021 merupakan tahun akhir persekolahan buat Mamet. Sekejap je dah dah besar. Kata lainnya, aku dah tua. ahhaha. Ehh! persiapan persekolahan korang macam mana ? Ada buat persiapan ke atau pakai je tahun-tahun sebelumnya? Untuk tahun terakhir dan memandangkan tahun lepas tak berapa sekolah banyak barang yang masih boleh diguna pakai. Aku cuma sediakan kasut sekolah je untuk Mamet sekolah. Walaupun tak dapat gambaran sebenar Covid-19 ni habis bila, sekurang-kurangnya dia boleh bawak pergi jawab peperiksaan SPM.
 

KENAPA KASUT SEKOLAH HITAM PALLAS JAZZ (7328) ?

 

Bagi korang yang tak tahu, Pallas ni bukan kasut pakai buang yaa. Kasut ni tahan lama. Dari zaman sekolah, setiap tahun mesti Pallas. Zaman aku dulu, siap rasa paling trend sebab pakai kasut Pallas tau. Boleh dikatakan majoriti pakai kasut Pallas. hehe. Tapi tak tahu lah zaman sekarang. Dah aku yang pilih, jadi Pallas Jazz lah jadi pilihan Mamet.  Mamet pun cakap selesa bila mencuba kasut Pallas tu. 
 

CIRI KEKEMASAN KASUT SEKOLAH PALLAS JAZZ

 
1. Rubber Insole : Arch Support dapat melegakan ketegangan pada otot kaki dan sangat selesa.


2. Rubber Outsole : untuk cengkaman yang lebih baik

3. Getah lantunan yang lebih baik dan lebih selesa

4. Reka bentuk Jazz yang khas dan unik


5. Lekuk kasut yang empuk


6. Bahagian atas kanvas tahan lama untuk pemakaian tahan lama serta lapisan kanvas untuk ruang udara dan keselesaan tambahan


CARA BELI KASUT PALLAS SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

 
Faham sangat zaman-zaman sekarang takut nak keluar. Dari hari ke hari kes semakin naik. Tapi kasut sekolah belum cari lagi. Ehh! aku pun beli online tau. Masa beli tuu kes kat Batu Pahat tengah mencanak naik. Jadi terpaksalah cari penyelesaian beli secara online. Mari aku bagi tips cara pembelian kasut sekolah secara atas talian je tak payah keluar cari kasut sekolah.
 

 
 
 1. Ukur Kaki 
Letakkan kedua kaki selurus mungkin dengan tumit dan sisi kaki menyentuh tepi kertas. Kemudian lakar di sekitar kaki menggunakan pensil.
 
2. Tandakan X
Kenalpasti hujung hari kaki terpanjang di kedua-dua jari kaki. Lepastu tandakan X
 
3. Titik pengukur
Letakkan titik pengukut permulaan pembaris di tepi bawah kerta macam gambar kat atas
 
4. Lukis garisan lurus
Lukis garis tegak lurus dari titik X ke titik pengukuran pembaris untuk mengenal pasti panjang kaki
 
5. Lebihkan kiraan 1 cm
Tambah sekurang-kurnagnya 1cm atas kepanjangan kaki yang diukur untuk memilih saiz kasut yang lebih sesuai dan selesa


Mana Nak Beli Kasut Sekolah Pallas 


Kalau dah berkenan wajib la beli paling kurang sepasang untuk anak. Jom beli kasut sekolah Pallas secara online? Korang boleh beli seara online di www.wow2wee.com . Boleh juga ke AEON, Tesco, Mydin Supermarket berhampiran

INCHAWAY SACHA INCHI OIL DAPAT KURANGKAN LEMAK DAN KOLESTEROL

$
0
0
Lemak dan kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet harian seseorang untuk beberapa fungsi tubuh walaupun ada yang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak. Namun, jika dirujuk kepada persekitaran pemakanan di Malaysia, terlalu banyak produk makanan segera, makanan terproses dan makanan bergoreng dan mudah didapati di mana sahaja. Sememangnya pengambilan lemak dan kolesterol daripada makanan harian tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, kita perlu bijak mengawal pengambilan lemak dan kolesterol supaya tidak berlebihan.


Ramai juga percaya termasuklah aku percaya bahawa lemak merupakan sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan, tetapi lemak juga mempunyai fungsi penting dalam tubuh kita. Antaranya, lemak berfungsi sebagai pengangkut yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E & K yang larut lemak dan dapat membekalkan asid–asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Namun, pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan. Selain amalkan pemakanan yang sihat juga penjagaan tubuh badan yang rapi produk Inchaway Sacha Inchi Oil merupakan suppliment yang dapat membantu mengurangkan lemak dan kolesterol.

Sacha Inchi Oil dibawakan oleh Inchaway. Inchaway merupaan syarikat yang telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 2016, dan kini mempunyai kilang di Johor sebesar 43,000 kaki. Selain itu, mereka juga mempunyai ladang pokok Sacha Inchi sebesar 1,000 ekar dan ladang tersebut tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun perosak! Inchaoil (Sacha Inchi Oil) dianggap sebagai bahan mentah terbaik untuk minyak sayuran dan produk kosmetik semula jadi di dunia dan telah dinobatkan Gold Award at the World’s Fair.

APA ITU ICHAWAY SACHA INCHI OIL?

Sacha Inci merupakan pohon yang kebanyakannya ditanam di Hutan Hujan Amazon di Amerika Selatan. Biji Sacha Inchi adalah sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Dikatakan bahawa, Sacha Inchi ni kaya dengan Omega 3 dan sebagai pengganti kepada minyak ikan yang lebih baik. 


Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus. Oleh kerana tubuh manusia tidak dapat menghasilkan atau mensintesis asid lemak penting dengan sendirinya, asid lemak penting harus diserap melalui diet, oleh itu Inchaoil adalah makanan tambahan yang sangat baik.

KEBAIKKAN SACHA INCHI OIL

Minyak Sacha inchi ini mentah, bebas kolesterol, dan tidak mengandungi bahan pengawet tambahan. Ia meningkatkan kulit yang sihat, mengatur dan membantu kesihatan otak, membantu diabetes dan penurunan berat badan, menenangkan sakit artritis, mengawal tekanan mata, membantu mengekalkan fungsi ginjal yang betul, dan banyak lagi.


Sacha Inchi adalah makanan yang sangat padat yang memenuhi keinginan lapar korang. Dengan 13 gram lemak sihat, lebih daripada 8 gram protein, dan 5 gram serat, Sacha Inchi adalah makanan ringan yang sempurna untuk membantu korang merasa kenyang. Antara manfaat pengambilan minyak sacha inchi secara teratur adalah:
  • Mengawal kolestrol
  • Mengekalkan kesihatan mental
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Mengawal berat badan
  • Mengekalkan kesihatan jantung
  • Mengelak diabetes
  • Meningkatkan kekuatan tulang
  • Melancarkan kesihatan mata
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Mencantikkan kulit dan rambut

CARA PENGAMBILAN INCHAWAY SACHA INCHI OIL

Cara mengambilnya sangat mudah. Setiap sachet mengandungi 3ml Sacha Inchi Oil. Ambil setiap pagi selepas anda bersarapan.  Macam aku sendiri, aku akan buat air Teh Hijau dan akan campurkan Sacha Inchi Oil ke dalam teh hijau. Aku memang akan minum teh hijau setiap pagi, jadi aku sekalikan kedua-duanya.



Tekstur air ini aku sengaja tak campurkan dengan teh hijau, supaya aku dapat tunjukkan kan kat korang rupa sachi inchi oil dalam paket ini. Ia kelihatan berminyak kan ?  Dah namanya pun "oil" kan.. mestilah berminyak.. Kalau korang dah pernah minum minyak zaitun. Haa, macam tuu lah rasa dia. 

REVIEW INCHAWAY SACHA INCHI OIL DARI MIMIN ADAM

Bila aku terima je Sacha Inchi Oil ni, aku terus kaji apa itu Sacha Oil ni. Macam bunga lawang. Tapi kenapa besar betul. Lepas tu, aku cuba tuang ke air kosong. Untuk tengok teksture macam mana. Ia agak berbau sikit. Awalnya aku nak telan pun takut. Hahahaha! aku suruh Madon minum dulu. Tengok dia steady je minum. Aku pun cuba lah juga.. Nak telan terkelat-kelat muka aku. Tapi aku cuba biasakan minum. Sebab aku nak tahu tahap keberkesanan  Sacha Inchi Oil ni.

sumber google

Tak sampai 30 minit, Madon dah booking tandas. Yaa! dia punya perut memang senang terkesan. Jadi, pandangan pertama aku, yaa memang Sacha Inchi Oil ni membantu pembuangan air besar. Bila dah seminggu.. ada perubahan pada kuliy juga. Muka jadi segar dari sebelum ni agak kusam. 

---------------------------------------------

Info Lanjut 
Hubungi +607-558 2188| Facebook  | Website 

SINOPSIS RIVER WHERE THE MOON RISES (2021)

$
0
0
Hai korang. Aku yakin dan pasti ramai peminat Scarlet Heart : Moon Lover termasuk lah aku. tengok banyak kali pun tak bosan. Kalau Scarlet Heart Moon Lover ni mengisahkan tentang kerajaan raja-raja di dinasti Goryeo (Taejo, Hyejong, Jeongjong, dan Gwangjong), tetapi kita tidak tahu pasti apakah raja tertentu benar-benar mati kerana keracunan atau macam mana. Macam tu juga adik-beradik dia tu yang sebenarnya mati sebab apa. 
 

 

Untuk sekian kalinya, aku tertunggu untuk kesinambungan cerita Moon Lover ni. Banyak desas-desus cakap nanti Wang So masuk pulak ke zaman Hae So. Akhirnya 2021 membuka tirai The River Where Moon Rises. Aku punya lah excited bagitahu orang kampung Scarlet Heart 2 dah keluar. Sekali lain daaa. Bukan kisah dari Wang So dengan Hae So. hahaha.

 

 THE RIVER WHERE MOON RISES

Menurut kisah rakyat, yang ditulis pada abad ke-12 Samguk Sagi atau Sejarah Tiga Kerajaan Korea. The River Where The Moon Rises terletak pada abad ke-6 Goguryeo, sebuah kerajaan Korea yang terletak di bahagian utara dan tengah Semenanjung Korea dan bahagian selatan dan tengah Manchuria.Episod pertama drama yang rumit bermula dengan seorang puteri muda yang ingin belajar kemahiran bertarung pedang sehingga suatu hari dia dapat memerintah negaranya.Sebaliknya, rancangan politik dan rancangan pembunuhan memaksanya untuk bersembunyi. 


Puteri Pyeonggang teman ibunya dalam perjalanan panjang ke bahagian selatan kerajaan, di mana mereka bertemu General On Hyup dan Putra On Dal.Kim So Hyun juga akan memegang watak ibu Pyeonggang, Ratu Yeon, sementara Kang Ha Neul akan memainkan peranan sebagai ayah On Dal, Jeneral On Hyup. 

 


On Hyup adalah General dan ketua suku Sunnobu yang dihormati. Dia bertanggungjawab melindungi sempadan selatan Goguryeo. Dalam pertemuan itu, Permaisuri Yeon telah meminta bantuan Panglima On Hyeop menangani konspirasi yang sedang berlaku di ibu kota, namun kedua-dua mereka telah terbunuh dalam proses itu.
 

 
Walaupun Pyeonggang dilahirkan sebagai puteri, dia akhirnya menjalani kehidupan sebagai Yeom Ga Jin, seorang pejuang yang sukar dengan status sosial seorang rakyat biasa.Kejadian penting dari masa kecil Pyeonggang akan menandakan permulaan transformasinya dan kehidupan baru sebagai pejuang.Sejak episod pertama, penonton akan dijemput untuk mengungkapkan kehidupan Pyeonggang dengan plot yang penuh dengan peristiwa dan aksi.Watak Puteri Pyeonggang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai karisma yang kuat.Sementara itu, On Dal mempunyai hati yang lembut.
 

BARISAN PELAKON RIVER WHERE THE MOON RISES


Kim So-Hyun memegang watak sebagai Ratu Yeom & Puteri Pyeonggang atau Yeom Ga-Jin

Kim mempunyai lebih daripada satu peranan dalam drama. Dalam episod pembukaan dia memerankan ibu Puteri Pyeonggang, Ratu Yeom, kemudian dia memainkan peranan sebagai puteri, ketika memegang nama Yeom Ga-jin. Semasa puteri mengalami trauma kehilangan ibunya, dia juga kehilangan ingatannya tentang istana. Dia menjadi pembunuh upahan Ga-jin, yang walaupun memiliki kemahiran mempertahankan diri, tidak memiliki rasa ingin membunuh. Ga-jin dapat mengakhiri waktunya sebagai pembunuh jika dia melakukan satu lagi pembunuhan, tetapi percubaan itu akan membawanya ke istana yang akan bawa dia balik.

Ji Soo sebagai On Dal

Ini juga akan membawanya ke On Dal, anak lelaki jeneral berani yang membela ibunya.On Dal lelaki yang bergantung kepada kekuatan fizikal untuk terus hidup dan bukan licik, tetapi dia telah lama memandang rendah kemampuannya sendiri.Dalam kisah rakyat, puteri menggunakan kepintarannya untuk membantu keluarga On Dal menjadi berjaya dan membantunya menjadi jeneral yang hebat.In River Where The Moon Rises, puteri pejuang dan On Dal akan bertempur bersama untuk mengubah takdir.
 


Lee Ji-hoon sebagai Go Geon dan Choi Yu-Hwa sebagai Hae Mo-yong
 

Go Geon seorang jeneral yang mencintai puteri Hae Mo-yong, seorang wanita yang ingin menguasai Goguryeo.Peranan utama yang diambil oleh Kim dan Ji Soo pada awalnya ditawarkan kepada pelakon Son Ye-jin dan Kang Ha-neul.Kedua-duanya tidak dapat menerima tawaran itu, walaupun Kang memang muncul dalam peranan ayah On On yang terbatas dan intens, jeneral On-hyeop.

 

REVIEW RIVER WHERE THE MOON RISES BY MIMIN ADAM


Mulanya aku ingatkan Moon Rises ni sambungan cerita Moon Lover. Penat aku cuba match kan karekter Moon Lover dekat Moon Rises tak kena. Mana tak nya. Sepatutnya Wang Jung ni adik tiri kepada Wang Wook tapi kali ni kenapa pulak Wang Jung jadi anak Wang Wook. Dan kenapa Wang Wook tukar nama Jadi General On Hyup. Sudahnya aku tak faham story nya apa. Aku kena ulang semula tengok Moon Rises ni sebab sebelum ni aku cuba letakkan kat dalam kepala ni season baru Moon Lover. hahaha kelakar. Takde kena mengena pun Moon Lover dengan Moon Rises. 

Viewing all 474 articles
Browse latest View live