Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all 474 articles
Browse latest View live

BERI BAYI 6 BULAN MAKAN FAWWAZ BABY FOOD

$
0
0

 Memang teruja bila anak dah nak masuk 6 bulan. Belum sampai 6 bulan lagi anak dah meleleh air liur nak join kita makan. Hahaha, mula lah mommies kat luar sana mencari segala maklumat mengenai pemakanan bayi. Info mengenai makanan bayi yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan lebih mudah didapati melalui ruang group di facebook tak pun mereka google kan je. Bila mommies kat luar sana dah dapatkan info, kebanyakkannya info hampir semua sarankan dengan memulakan makanan bayi dengan puri buah atau sayur-sayuran.


Tahukah momies, sebenarnya puri sahaja tak cukup untuk menampung keperluan nutrisi anak. Ramai lah juga terikut fakta yang kurang tepat ini tentang resepo makanan bayi untuk 6 bulan. Momies yang baca ni, please doakan aku yang dah setahun TTC ni tau. Aku memang tak ada anak lagi, tapi thanks to Cikgu Kasim dan anak-anak buah aku yang membuatkan aku tak banyak tak sedikit dapat info yang boleh aku kongsikan bersama.

CARA BETUL BERI BAYI MAKAN

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran. Faham sangat kenapa kenapa ibu-ibu masa ini sangat risaukan usus bayi yang belum matang. Dan sebenarnya cadangan daripada World Health Organization (WHO) dan KKM untuk mulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan adalah sesuai dengan keadaan usus dan sistem pencernaan bayi yang telah matang bagi bayi normal. Oleh itu, ibu-ibu usah risau ya. Sepatutnya resepi makanan bayi 6 bulan mesti ada :

  • Nasi untuk sumber karbohidrat yang memberi tenaga.
  • Sayur dan buah-buahan bagi sumber vitamin dan mineral.
  • Protein seperti daging dan ikan untuk membina otot tubuh.
  • Minyak seperti minyak zaitun bagi memberi tenaga dan melincirkan tekstur makanan.
Contoh bagi hidangan makanan utama perlu ada bubur nasi, sayur atau buah, minyak , ikan atau daging. Sumber : Bebehouz



Ada je momies akan fikir, jika anak tak makan bubur nasi. Anak tak kenyang. Tahu tak, bubur nasi boleh digantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti mee dan pasta. Keliru lain bila momies fikirkan makanan bayi 6 bulan ialah dalam menentukan sayur yang sesuai. Contohnya dalam bubur nasi dicampur ubi dan lobak. Sedangkan dua sayur ini juga sejenis karbohidrat. Jadi perlu pelbagaikan sayuran hijau untuk sumber vitamin yang cukup.

Momies kenalah utamakan makanan daripada sumber semulajadi dahulu berbanding makanan proses segera seperti nestum dan sebagainya. Hal ini kerana, makanan proses biasanya mempunyai gula dan perisa tambahan yang boleh menganggu deria rasa anak pada awal pengenalan makanan.
 

FAWWAZ BABY FOOD SESUAI UNTUK BAYI

 
Okay, aku faham. Zaman sekarang momies semua moden. Kerjaya pun boleh tahan hebatnya. Tak sempat nak sediakan makanan yang berkhasiat dekat bayi. Mujurlah ada Fawwaz Baby Food. Ready-Made makana bayi untuk ibu bapa yang sibuk. Momies yang super power kat luar mesti akan menghargai kemudahan makanan bayi ready to eat daei Fawwaz The Little Kitchen.Ia diusahakan oleh pengasas Mahfudzah Mustafha yang menamakan syarikat itu setelah anaknya yang baru lahir.Syarikat ini mempunyai sekitar 22 item makanan dan serbuk buah, buah kering beku dan makaroni kering berperisa sayuran.Semua barang bebas gula, garam, bahan pengawet dan pewarna tiruan.
 
Makanan tidak hanya terhad kepada bayi kerana ia sesuai untuk orang tua.

 
Mahfudzah mempunyai enam kakitangan yang membantunya dalam pengeluaran dan pembungkusan. Dia mengawasi operasi, penjualan dan pemasaran sehari-hari. Biasanya pelanggannya mengenali syarikat itu melalui Instagram walaupun dia telah membuat laman web. Pelanggan Fawwaz kebanyakannya adalah ibu muda yang bekerja dari Selangor dan Johor Baru. Walaupun tidak ada pesanan minimum untuk penghantaran, lebih baik jika anda memesan lebih banyak untuk menjimatkan wang pos. Untuk Semenanjung kos penghantaran RM10 manakala untuk Sabah Sarawak berharga RM19. Fawwaz dihantar setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Mahfudzah juga memuat naik resipi mudah di media sosial. 
 
KELEBIHAN FAWWAZ BABY FOOD
  • Mudah disediakan
  • Mesra Travel 
  • Tanpa gula
  • Tanpa Garam
  • Tiada bahan tiruan, pengawet dan pewarna
  • Makanan ringan sihat untuk bayi anda
  • Semua dari bahan semulajadi
 
--------------------------------------------------

 
UNTUK PEMBELIAN
Aku syorkan korang untuk beli dengan Puan Tiara. Dia salah seroang pengedar sah Fawwaz Babu Food. Malah dia ada tawaran istimewa untuk sesiapa yang beli dengan Puan Tiara. Setiap pmbelian korang akan dapat percuma E-Book Recipe dan hadiah istimewa. Yang paling best Puan Tiara akan buat pengeposan dan buat COD sekitar Sikamat, Seremban, Senawang dan S2

 

RAHSIA MAKE UP DALAM MASA 5 MINIT DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

$
0
0

Hai korang, Selamat Tahun Baru Cina 2021. Belum habis lagi kan Moo year. hehhe Tahun 2021 yang masih mencabar. Masih lagi keluar rumah pakai face mask. Ingatkan dah tahun 2021 keluar rumah pakai kereta terbang dah. hahahah! mungkin tahun 2022 kot. Cerita pasal keluar rumah pakai mask. Aku sampai malas nak make up kalau keluar rumah. Tapi aku tahu kulit muka aku mesti akan tampak kusam dan tak bermaya bila tak make up. Itu dah satu hal, satu perkara lagi bila sinar UV helok masuk kat kulit muka kita. aduhh tuu yang tak nak tuu. Kalau pakai make up terpaling simple keluar pakai foundation. Nahh! mesti foundation saje yang melekat dekat face mask tu. Bila aku baca semula entry lama aku SELESA MEMAKAI GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE terus aku cecepat pergi dapatkannya. 

APA ITU CC CREAM ?

CC Cream Ianya berfungsi khas untuk menutup ketidak kesempurnaan yang ada di kulit. Contoh seperti bintik-bintik hitam dan merah-merah di kulit. CC Cream menawarkan lebih banyak coverage, kebanyakkan CC Cream lebih tebal dan punyai formula yang lebih berat. CC Cream diformulasi khas untuk kulit yang telah mengalami penuaan ( aging skin ) yang berfungsi untuk membantu melicinkan kulit dari garis halus dan kedutan.

MUKA TIDAK BERCAPUK DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE 

Memang tak sangka, CC Cream ini lebih ringkas dan lengkap kegunananya. Tak perlu nak pakai bermacam-macam krim macam foundation ke concealer ke. Cuma pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature jee dah memadai.

 


Bila berpeluh atau kena air takpun kalau cuaca panas terik kat luar. Muka aku langsung tak bercapuk. Kulit nampak natural je. Bila aku pakai CC Cream ni, orang kata pecah minyak. Haa! masa tu lah muka akan lebih nampak glowing, nampak natural dan terpaling penting tak akan punyalah nampak pelik..

 

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni boleh dijadikan sebagai rutin harian penjagaan kulit. Paling seronok, bila guna CC Cream ni  bertindak sebagai pelindung matahari SPF50+ PA+++ dan juga mesra wuduk.

 

5 KELEBIHAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

1. ALL-IN-ONE DAY CREAM

Ia bertindak sebagai semua dalam satu. Gold Nano CC Cream ni lah jadi moisturiser, sunscreen, primer, foundation dan lain-lain. Dapat jimatkan masa. kalau nak ikut satu-satu memang tak cukup masa nak bersiap. Sebab nak tunggu krim lain-lain meresap ke dalam kulit tu yang paling malas. hehehe

 

 2. BERTINDAK SEBAGAI SUNSCREEN

Yaa! sangat membantu untuk menghalang cahaya matahari menembus ke kulit muka. Sebabnya, Gold Nano CC Cream ini mempunyai SPF 50+ PA+++ yang dapat memberi perlindungan daripada sinaran matahari. Ia juga dapat mencegah peneuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

 

3. MENGIKUT TONA WARNA KULIT

Macam aku cakap tadi, CC Cream atau nama panjangnya Color Control Cream. Ini bermaksud krim ini akan berubah ikut warna kulit. Tak payah pening-pening nak pilih code cream yang mana sasuai. Dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni cuma ada 1 code je. Berubah mengikut tona warna kulit kita macam aku cakap tadi. Selain itu, dapat memperbaiki dan mengimbangi tona warna kulit agar nampak cerah sekata, glowing dan semestinya nampak natural je. 

 

4. TEKSTUR YANG RINGAN DAN MUDAH MENYERAP

Tekstur ringan, mudah meresap, senang nak ratakan keseluruh muka dan tidak berminyak. Bila guna cc cream ni tak akan rasa tebal atau melekit macam sesetengah produk yang pernag aku guna. Meh aku nak kaji sikit ..


Aku buat experiment sikit. hehehe. antara pakai CC Cream Hansaegee Nature dengan tak pakai apa apa pun CC Cream 


haa! tengok tu. Warna lips aku letak dekat cc cream. Nampak lebih shine shine macam tuu kan


Aku cuba bland color tu dekat tempat yang aku sapu cc cream tu. Ehh! lipstick tu aku rasa boleh jadi blusher. lawa gitew. heheehe! trick ni nak jimat tak payah beli blusher dah


Okay, sesi experiment dah nak berakhir. Aku nak tanggalkan pun senang. Sekali la je dah hilang berbanding tak pakai cc cream dari Hansaegee Nature tu

5. MUDAH BAWA KE MANA-MANA

Botolnya sangat ringan, penutup yang twist lock je tak takut tumpah sebab memang yakin takkan tumpah . Mudah aku nak bawak masuk dalam handbag. 

Penutup yang twist lock buatkan cream tak mudah tumpah. 

Mudah nak bawak ke mana mana sebab tak payah bawak tools make up yang lain. Bawak beg tangan kecik ke mana-mana pun takde masalah lagi dah lepas ni


Tambahan lain pulak cuma pakai 2 jari je pun dah boleh. Takperlu nak angkut makeup ools dah ke mana-mana untuk aku touch up bila dah keluar dari rumah. Dap-dap je dekat kulit. Sapu rata keseluruh muka lepas tu dah sambung balik jalan-jalan atau kerja. 

Apa Kandungan Utama Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

  • Air Mineral – Menjaga keseimbangan PH kulit, meningkatkan keanjalan kulit. Ekstrak ‘Ipomoea Hederacea Callus Culture’ mempunyai efek anti-bakteria dan melegakan masalah kulit.
  • “Colloidal Gold”– Mencegah penuaan kulit, menyekat sinaran inframerah jauh, mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi.
  • “Niacinamide”– vitamin B3, memperbaiki dan mengecilkan liang pori dan warna kulit yang tidak sekata.
Bagi sesiapa je yang dah pernag guna Gold Nano CC Cream termasuklah aku, akan cakap cuma pakai cc cream dari Hansaegee Nature je dah boleh buat kulit nampak lebih cerah sekata dan glowing. Memang jimat masa!

BELI SEKARANG

Untuk maklumat lebih lanjut atau nak beli Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni, korang boleh layari laman web dan media sosial Hansaegee Nature ni yer. 



🍁Brand: Hansaegee Nature

PAKEJ 2021 BUFFET RAMADHAN DAN SEA LIFE DI LEGOLAND JOHOR BAHARU

$
0
0

 Hai semua, diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Macam mana pengalaman puasa Ramadhan tahun 2021 ni ? Apa kata tahun ini kita buat kelainan pengalaman berbuka puasa di Legoland Malaysia bersama keluarga tercinta. Sekali sekala gantung kuali dan treat anak-anak yang baru naik sekolah tu kan. hehehe..



"SPICE NUSANTARA" BUFFET RAMADHAN DI LEGOLAND MALAYSIA

Nikmati pilihan lazat lebih dari 200 hidangan "Spice Of Nusantara" di tengah-tengah suasana LEGO® yang menakjubkan dan unik. Masakan tempatan dan antarabangsa terdiri dari Beriani Bukhara Rice, Butter Prawn dengan daun kari, Chicken Tikka Masala hingga Bubur Lambok, Lemak Rebung, Itik Salai dan banyak lagi. Nikmati di stesen makanan kegemaran Pasta, Satay, makanan laut segar di atas ais, Cendol dan Ulam Ulaman & Sambal. Cari stesen memasak langsung untuk Roasted Whole Lamb & Barbeque dan Ikan Bakar juga .








Gambar-gambar ni baru sikit bakar line. hahaha. Ada macam menu lagi yang pasti buat korang tak boleh nak drive balik tup tup ter Check-in dekat Legoland Hotel sebab perut dah kenyang mata pun dah kuyu nak drive jauh pulak. kehkehkeh

HARGA BUFFET DINNER RAMADHAN DI LEGOLAND MALAYSIA



Untuk Dewasa, RM128nett seorang; untuk Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan Warga Emas berumur 60 tahun ke atas, RM65nett seorang. Beli 10, FREE 2. Kalau ada Annual Pass Legoland korang akan dapat potongan 20% eksklusif. Wow!

PERCUMA TIKET MASUK SEA LIFE LEGOLAND MALAYSIA


Untuk setiap pembelian Makan Malam Buffet “Spices of Nusantara”, korang sekeluarga akan menikmati kemasukan PERCUMA ke akuarium SEA LIFE! Terpesona dan temui lebih 13,000 makhluk laut di SEA LIFE. 

------------------------------------------------------------
INFO LANJUT

 Spices of Nusantara 
Bricks Family Restaurant, LEGOLAND® Hotel, LEGOLAND® Malaysia Resort

15 April - 12 Mei 2021
6 pm - 10 pm

Harga buffet:
RM128nett per Dewasa
RM65nett per Kanak-kanak/Warga Emas
*Beli 10 baucar, FREE 2
*20% discount for LEGOLAND® Annual Pass members

FREE Parking

FREE masuk ke SEA LIFE untuk setiap pembelian baucar!
4 pm - 6 pm | Ahad - Khamis

Untuk tempahan dan pertanyaan:
 +607-597 888 | admin.fnbhotel@LEGOLAND.my


JOM ZAKAT CASHLESS SEPANJANG RAMADHAN 2021 DENGAN PERBANKAN PUBLIC BANK

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah masuk11 hari jugak kita berpuasa ni. Kejam celik dah nak dekat pertengahan bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah. Tahun ni kita dapat lagi merasa kemanisan bulan Ramadhan dengan keluarga tercinta walaupun masih tak dapat berjumpa dengan sanak saudara. Sedih pulak dah nak dekat setengah tahun tak dapat jumpa adik beradik lain. Eh! aku saja nak ingatkan korang termasuk dekat diri sendir. Jangan lupa untuk tunaikan zakat korang ya. Sekarang dunia makin canggih lagi-lagi zaman tak boleh bersentuhan. Lembaga Zakat Selangor sangat prihatin dan mengambil berat tentang peningkatan dari hari ke hari dengan kes peningkatan penularan wabak Covid-19, mereka sudah menyediakan platform zakat secara "cashless". Tak ada alasan ya tak bayar zakat. 


PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).


SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya.


Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin? (HR Bukhari)

 

KADAR ZAKAT FITRAH


Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
  • Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  • Waktu Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya
  • Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu Makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Waktu Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

CARA BAYAR ZAKAT CASHLESS  DI PUBLIC BANK ONLINE PAYMENT 


Pembayan zakat fitrah secara dalam talian di seluruh negeri Malaysia adalah digalakkan untuk membuat pembayaran menerusi platform secara dalam talian semasa dalam tempoh Kawalan Pergerakan (PKP). Pembayaran Zakat Fitrah termasuk jenis zakat lain seperti zakat harta, pendapatan dan lain-lan boleh juga buat pembayaran secara atas talian. 

Cara Zakat Cashless 2021



Tunai zakat anda secara online di Public Bank 

JOM ZAKAT CASHLESS SEPANJANG RAMADHAN

Sempena Kempen Pay Smart Stay Smart, LZS telah menganjurkan Jom Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula dari Tarikh 13 April sehingga 12 Mei 2021. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan bermanfaat dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000.



Dengan hanya tiga langkah mudah


1. Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online atau branch, mobile banking, ATM Machine atau e-Wallet, yang penting cashless.
2. Imbas kod QR atau korang boleh terus isi borang di http://bit.ly/zakatcashless2021
3.Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my

-----------------------------------------------------------


Info lanjut:

Tunai zakat anda di

Facebook: Zakat Selangor | Instagram: @zakat selangor
Telefon: 1 300 88 4343

KURTA SELESA AISY ASYRAF BY IMAM MUDA ASYRAF DI ANGSANA MALL JOHOR BAHRU

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak sangka sekejap je kita dah nak setengah bulan berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Ramadhan kali ni Mimin dapat berita baik. Sampai teruja nak cari persiapan raya. ehekk! Bukan apa, persiapan lelaki ni rumit sikit. Lagi-lagi si Mamet tu. Habis tawaf dah kat Batu Pahat. Satu baju pun tak berkenan. Okaylah takpe. bawak Mamet pergi Angsana Mall, Johor Bahru. Tempat wajib beli persiapan baju. Lama jugak keluar masuk semua butik baju raya.. Akhirnya Mamet berhenti lama dekat butik baju Aisy Asyraf dari Imam Muda Asyraf. Wah! kelas yaa pilihan. 


BAJU KURTA AISY ASYRAF DARI IMAM MUDA ASYRAF

Mimin cadangkan untuk korang datang waktu hari biasa. Bukan hujung minggu kalau nak cari yang betul-betul berkenan. Hahaha. Bukan apa, kalau korang waktu hari hujung minggu ataupun waktu kemuncak.. korang tak dapat nak tenang-tenang pilih. Baik-baik boleh amik 3 helai baju cuma amik sehelai baju je kalau datang waktu kemuncak. Lepas tu menyesal sebab beli sehelai je. Nah, nak pergi butik dah malas, terus bukak website purchase online. Dah purchase online berdebar barang sampai lambat. hehehe

Antara accessories buttang baju yang boleh didapati di Aisy Asyraf

Baju kanak-kanak juga tersedia


Korang tahu tak, Mamet terpaku tengok model-model Imam Muda Asyraf dekat banner depan kedai tu. Apa yang aku tahu, HQ Butik Imam Muda Asyraf di Bangi. Angsana Mall Johor Baharu dibuka atas permintaan ramai orang Johor dan juga Singapore. Kemudian di Seksyen 7, Shah Alam. Dan paling terbaru mereka buka di Bertam, Penang.

KOLEKSI TERBARU KOLEKSI DARI AISY ASYRAF

Bagi tahun 2021 ni, butik Aisy Asyraf mengeluarkan 3 design baju yang terdiri daripada 1 set Baju Melayu Luxamana dan 2 design baju kurta iaitu Kurta Raff dan Kurta Hatta. Material fabrik yang digunakan merupakan dari high quality cotton. Mamet pun dah cuba  ketiga-tiga baju ni. 

Kurta Raff


Yang menariknya baju Kurta Raff ni, Aisy Asyraf menyediakan 2 butang eklusif, kolar baju yang kemas, jenis semi slim fit cutting, dan yang paling penting kain yang sejuk dan selesa.

Kurta Hatta



Kurta Hatta tak lari konsep banyak dengan Kurta Raff. Apa yang beza nya dengan Kurta Raff, Kurta Hatta memilik ciri kolar cekak musang yang cantik dengan corak lipatan lipit di satu sisi dan Memiliki 1 poket di bahagian dada, Nah! Butang bajunya mana Pahh.. Butang Baju kena beli berasing ya Bang Jamil.

Baju Raya Luxamana


Antara free gift yang korang dapat bila grab Baju Melayu Luxamana

Bercirikan baju melayu tradisional. Juga cutting slim fit. Kolar musang cekak tradisional dan memiliki juga satu poket di sebelah kiri dada. Di bahagian seluar terdapat 2 poket sisi. Untuk setiap pembelian Baju Melayu Luxamana, butang baju percuma melayu dan saputangan (handkerchief).

 HOT SALES DESIGN DI BUTIK AISY ASYRAF 

Selain dari Kurta, Jubah, Baju Melayu. Batik kemeja juga turut di jual. Corak berkonsepkan batik indonesia serta corak modern menjadi pilihan para pelanggang yang bertandang. Terdapat dua jenis kemeja batik iaitu Kemeja Batik "Pak Maun"& Kemeja Batik "Dimyathi"



Dari segi material ianya seakan sama cuma pada design "Pak Maun" nampak lebih lembut dan sejuk kainnya. Dari segi corak memang aku akan pilihan Pak Maun. Kalau pegang kain je dah selesa, mesti si pemakai akan lebih selesa mungkin akan jadi basahan lepas memiliki.hihi


Kurta jenis lengan suku ni sangat diminati oleh pelanggan. Walaupun bukan design terkini tapi permintaan masih tinggi. Mamet pun tak lepas peluang dari grab design lengan suku ni. Semart jugak bila Mamet gayakan.

LOKASI AISY ASYRAF, JOHOR BAHRU



Lokasi Butik Aisy Asyraf di Johor Bahru terletak di dalam Shopping Complex, Angsana Mall.


Terima kasih Aisy Asyraf sebab sediakan pelbagai design yang super awesome sampai susah nak keluar dari Butik. Hehehe. Team Aisy Asyrah JB jugak sangat mesra pelanggan. Oh ya! kenapa aku ada sebut Imam Muda Asyraf? Sebabnya dia lah pengasas Aisy Asyraf. Aisy sempena nama anaknya Asyraf sudah tentu nama Imam Muda Asyraf. Terbaik ! tahun depan boleh follow rapat lagi. Mampu milik dan berbaloi-baloi

----------------------------------------------------------------
INFO LANJUT



Alamat: Butik Shah Alam, 18A, Tingkat 1, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
🚘 (Waze: L3.19, Aras 3 Angsana Mall, 81200, Johor Bahru, Johor)
☎️ Contact: 017-790 9869
⏰ Operation Hour Semasa Ramadan:
Seperti biasa kerana ikut garis panduan Shopping Complex Angsana Mall

JOM BELI AIR DENGAN APLIKASI F&N LIFE TERUS SAMPAI DEPAN PINTU

$
0
0

Hai korang, orang dulu-dulu wajib kan ada oren bodo dekat rumah mudah nak hidangkan dekat tetamu yang datang ziarah masa raya. Dari hari ke hari, oren bodo makin di lupakan sebab F&N lagi senang dan mudah untuk di dapati. Bila dah 2021 ni, F&N peka dengan isu semasa iaitu penularan wabak Pandemik Covid-19. Mereka wujudkan aplikasi yang boleh di muat turun di Google Play dan Apps Store untuk kita beli tanpa keluar rumah dan cashless. Wow mudahnya!


MUAT TURUN APLIKASI F&N LIFE DI PLAY STORE & APPS STORE

Nama pun aplikasi, perkara pertama yang perlu korang kena buat mestilah download aplkasi F&N Life di PlayStore atau Apps Store. Bila selesai memuat turun aplikasi, korang kena register atau sign up macam biasalahkan. Sangat mudah. Zaman sekarang majoriti pakai smartphone canggih. Macam aku, 10 jam waktu kerja tak ada masa nak pergi beli barang dapur ini kan pulak pergi shopping. Memang macam-macam lah apps aku download sebab mudah berbanding nak kena cari kat website. Bukan apa, biasanya kalau ada aplikasi ni mesra pengguna. Klik klik tahu tahu dah 10 barang masuk cart. hehehe

Bila dah sign up, siap-siap update alamat penghantaran bagi memudahkan semasa nak checkout. Kali ni aku nak kongsikan Set bundle yang ada dalam aplikasi F&N Life. Korang boleh pilih untuk Ramadhan atau Syawal. Jadi korang boleh klik je dekat banner yang ada dekat dalam apps tu.


Sekarang masih ada bundle Ramadhan dan juga Syawal. Berbaloi beli sebab harga dia jauh lebih murah dari beli dekat kedai. Aku dah beli 3 botol ada 2 jenis botol air 100plus dengan 4 botol ada 2 jenis air Teh Tarik. Hahaha! murah je. Senang nak buat berbuka dengan sahur biar lebih bertenaga. Lagipun tak basi dan ada tarikh luput lama lagi kan. Kalau tak habis boleh terus buat raya.



Okay, bahagian penghantaran korang nanti boleh pilih. Kalau korang area Kuala Lumpur atau Selangor boleh lah terus pilih penhnataran untuk hari esok nya. Rata-rata memang akan sampai cepat. Kalau jauh macam aku yang dekat Johor ni. Dia akan amik masa untuk penghantaran. Aku dah tengok review dari mereka yang ada beli terus dari aplikasi F&N Life ni. Rata-rata mereka terima parcel dari GDex. Tapi lain pulak aku. Aku terima dari Quantum. First time aku dengar service courier. Lambat jugak sampai. Order agak awak. Tapi lebih dari 2 minggu baru sampai. Nak report pun tak tahu, Masa memula tengok tracking number.. Aku tercari-cari mereka gunakan service courier mana. Terpaksalah aku cari satu-satu Harapnya aku sorang je lah hadapi situasi cemas macam ni. hehehe

F&N LIFE RAMADHAN BUNDLE



Menariknya apps ni, kat kedai tak ada offer bundle macam ni. Hehehe. Untuk Ramadhan Bundle ada 6 pilihan dengan pelbagai jenis minuman yang boleh dipilih. Aku tak berapa suka soya dan minuman bergas, jadi aku pilih set yang ada teh tarik. Hehehe. Aku baru perasan F&N ada peris Teh Tarik. Next time mungkin nak belikan mak yang tak boleh merentas bundle F&N Life. Tahu-tahu sampai depan rumah.

F&N RAYA BUNDLE


Selain Bundle Ramadhan, promosi lain adalah Raya Bundle. Macam seronok je pakeh Raya Bundle ni. Macam macam ada dengan harga murah. Dengan Raya Bundle ni, korang boleh masak untuk juadah raya. Salah satu set tu ada kemudahan nak buat lemang, ketuat, susu, serbuk kari, rendang dang bayak lagi. Okay! kalau Raya Bundle ni korang kena fikir betul-betul nak masak apa. Kalau tak tahu nak masak apa. Terpaksalah korang beli semua set Raya Bundle. Hhehehehe. Kesemuanya ada 5 pilihan. Dan ada pakej baru. JengJengJeng! nantikan tau. Boleh dah simpan untuk stok raya. Boleh kasi jiran-jiran memandangkan tak boleh beraya di kampung. 

-----------------------------------------------------


TIRU RESEPI MAKANAN DAN MINUMAN MUDAH DI APLIKASI F&N LIFE

$
0
0

Hai korang. dah download aplikasi F&N Life tak ? Kalau belum boleh tengok entry aku sebelum ni cara mudah download F&N Life . Ni sebab aku nak ajak korang semua gunakan aplikasi F&N Life untuk memudahkan korang order secara online je. Almaklumlah, kian hari makin lama makin tinggi kes semakin merebak tak kira umur pangkat dan jantina sebabnya aplikasi ni akan contactless kita dengan masyarakat kat luar sana. Tahu Tahu air untuk raya ada depan pintu


RESEPI MUDAH SEMUANYA GUNA PRODUK F&N ADA DI APLIKASI F&N LIFE

Saje je lah nak tengok tracking order. Lepas tu aku pun godek-godek dalam aplikasi F&N Life tu. Perghh! bagus aplikasi ni untuk orang macam aku yang tak berapa pandai masak sebab ada banyak resepi, tips untuk sahur dan berbuka juga ada info berkaitan makanan dan produk. Nikmat apa lagi nak didustakan. Semuanya cuma download je aplikasi F&N Life tu. Semua ada. Jadi, kalau korang pening nak cari kat google resepi bila guna produk F&N. Haa! cari jee dekat aolikasi ni. Siap resepi lengkap  tau. Ikut je step by step yang penting jangan jadi rasa lain. hahahaha

Caranya mudah je:

1. Masuk dalam aplikasi F&N Life

2. Cari perkataan INSPIRATION dan klik dekan perkataan tu

3. Selamat jelajah resepi yang dicari. hehehe

Bila tengok masa siang hari dalam bulan Ramadhan ni, terus sebu perut aku dibuatnya, Hahahah Eh! Resepi raya juga tersedia di aplikasi ini tau. Yang buat cemilan pun ada.

PELBAGAI RESEPI MENARIK BOLEH DI DAPATI DI APLIKASI F&N LIFE


Bila korang tengok resepi yang ada dalam Apps tu, korang boleh tahu resepi tu pakai produk F&N yang mana satu. Kalau korang rancang nak masak lusa, korang boleh terus add to cart bahan-bahan F&N yang diperlukan. Cuba tengok bawah ni.


Tadaaaa! jimat kan masa bila guna F&N Life. Tak payah keluar masuk website yang ada dekat google tu. hehe

MIMIN TIRU RESEPI ICE "CHAM" DEKAT F&N LIFE APPS

Disebabkan waktu kerja balik jam 6. Tak sempat nak fikir kan apa variasi. Hahaha kalau boleh nak terus glup glup jee. Haus kan., Hahahaha Terpaling mudah dan ringkas. Lepas ni boleh try teh tarik boba pulak


Bahan-bahan
1 bottle F&N Teh Tarik ORI 270ml
200ml Concentrated Black Coffee

CARA-CARANYA

1. Tuangkan kopi hitam pekat ke dalam dulang ais.Bekukan semalaman. 

2. Bahagikan ketulan ais kopi secara merata dalam dua gelas. 

3. Isi gelas dengan F&N Teh Tarik ORI 270ml.


Keberkatan Plus + Plus

F&N LIFE ada buat program untuk korang boleh memberi sumbangan secara atas talian juga melalui aplikasi F&N Life ni, sama ada nak memberi sumbangan kepada golongan rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, dan golongan yang memerlukan hanya dengan jumlah RM25 sahaja, tapi pek yang diberikan adalah bernilai RM44.

-------------------------------------

INFO LANJUT 


ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 #1 - Kisah Inspirasi Cikgu Zurina

$
0
0
Seperti tahun-tahun sebelum ini, McDonald's menganjurkan program Anugerah Guru Inspirasi McDonald's. Anugerah ini merupakan anugerah tahunan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah melampaui kehendak tugas dalam memelihara pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik. Ini adalah tahun kelima McDonald's Malaysia menjalankan inisiatif ini. Warga Malaysia menunjukkan penghargaan kepada guru dengan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka dari 2-18 April 2021.

Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, 25 orang guru akan terpilih menjadi penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala, dan sijil pengiktirafan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempenaHari guru.Mereka yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan juga akan menerima baucar hadiah McDonald's bernilai RM200. Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk peningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah inovatif dan di luar kotak untukmengajar, melampaui keperluan tugas untuk membantu pelajar, dan memberi kesan positif terhadap pelajar.

Beribu ribu kisah menarik sudah dihantar. Kali ni berpeluang menemubual sendiri beberapa orang guru. Bila baca kisah mereka, tak mampu untuk digambarkan usaha untuk membantu anak didiknya sehingga berjaya. Bukan mudah untuk jadi warga pendidik sebenarnya.

KISAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 CIKGU ZURINA - SK SERI PADANG SARI, BATU PAHAT

Kisah Guru Inspirasi McDonald's 2021 yang terpilih untuk disiarkan merupakan Cikgu sekolah rendah di Batu Pahat. Kisah pertama ini adalah dari kisah Cikgu Zurina binti Azmi yang kini berusia 39 tahun. Beliau merupakan anak jati Batu Pahat, Johor. Cikgu Zurina merupakan anak sulung daripada dua beradik. Beliau pernah berkhidmat di SK Sungai Suloh, Batu Pahat dan SJKC Chi Mang, Kukup Pontian Johor. Kini beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari, Batu Pahat dan opsyen beliau Guru Bahasa Melayu.

PENGALAMAN HEBAT SEBAGAI TENAGA PENGAJAR

SJKC Chi Mang, Kukup Pontian merupakan sekolah pertama Cikgu Zurina berkhidmat bermula tahun 2010 sehingga 2012. Perjalanan seawal jam 4.30pagi beliau telah melangkah keluar ke sekolah dan singgah solat di masjid atau surau sepanjang menuju kesekolah yang memakan masa lebih kurang 1 Jam 50 minit. Itu pun tidak terus sampai ke sekolah kerana, sekolah tersebut terletak di atas laut Kukup yang hanya sesuai menaiki motorsikal atau basikal atau jalan kaki untuk menuju ke sekolahnya. Berbaki 15 mini dari jalan besar ke sekolah. Cikgu Zurina juga pernah dikejar anjing di sekitar kawasan tersebut memandangkan kawasan tersebut merupakan perkampungan nelayan Cina.

 

 

Cabaran di sekolah pertamanya belum terhenti di situ. Pastinya apabila cuaca tidak baik, baju beliau akan dibasihi hujan walaupun berpayung kerana angin laut yang kuat. Walaupun begitu, Cikgu Zurina tidak pernah mengeluh walaupun sampai rumah pada lewat petang atau hadir pada hujung minggu sekiranya ada kelas tambahan.

 

Diberikan amanah sebagai guru pembimbing bercerita Bahasa Melayu dan syarahan. Bukan mudah untuk megajar intonasi kepada pelajar yang rata-rata mereka bukan bangsa Melayu. Segala usaha beliau terhasil apabila setiap kali pertandingan Karnival Bahasa Melayu SJKC/SJKT pasti sekolahnya mendapat tempat. Tambahan lagi, beliau diberi tugasan khas, dilantik sebagai pengacara majlis untuk Karnival Bahsa Melayu peringkat daerah serta hakim balapan dan padang. Beliau terpaksa melatih pelajar di dalam dewan bersimen kerana lokasi sekolah yang terletak di atas laut dan akan hadir pada hujung minggu untuk melatih para pelajar di atas padang di kawasan taman rekreasi Pontian bagi menyesuaikan pelajar berlari di padang.

PENCAPAIAN DIPERLOLEH OLEH CIKGU ZURINA AZMI

Alahamdulillah, walaupun baru 11 tahun berkhidmat sebagai warga pendidik. Pelbagai pencapaian yang sudah diperoleh Cikgu Zurina. Antara pencapaian beliau:

  • Pengacara Majlis Karnival Bahasa Melayu SJKC/SJKT - SJKC Chi Mang
  • Hakim balapan dan padang - SJKC Chi Mang

Jurulatih pertandingan bola baling

  • Jurulatih pertandingan bercerita dan syarahan Karnival Bahasa Melayu SJKC/SJKT - SJKC Chi Mang
  • Johan Pesta Pantun Daerah Batu Pahat selama 5 tahun (2014-2019) mewakili ke Peringkat Negeri Johor dan Kebangsaan - SK Sungai Buloh
  • Anugerah pemantun Terbaik Peringkat Negeri Johor Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor - SK Sungai Buloh
  • Penulis dan deklamator Baca Puisi Etnik Pesta Keamatan 2020 anjuran Persatuan Penulis KDM Momgun Malaysia (MOMOGUNSIA), Deklamator Baca Puisi Malaysiaku Merdeka Peringkat Kebangsaan 2020, Deklamator Semarak Puisi Pendidikan Peringkat Antarabangsa UPSI/PENYAIR, Deklamator Baca Puisi Hari Guru ASEAN, Deklamator Baca Puisi Dunia: Suaramu ke Riba Alam 2020. - SK Sungai Buloh
Antara hasil karya Cikgu Zurina
  • Penulisan Pantun Nasihat Gerakan 1000 Guru Asean Menulis Pantun (Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura) - SK Sungai Buloh
  • Tersenarai 30 pemidato terbaik Pertandingan Malaysia Sejahtera Dalam Talian Peringkat Antarabangsa 2020 - SK Sungai Buloh
  • Tempat kelapan pertandingan mengarang cerpen anjuran KEMUDI 2020 (Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor) - SK Sungai Buloh

Selaku Hakim Pertandingan

  • Penyelaras dan hakim pertandingan mencipta Pantun dan menulis esei sempena bulan kemerdekaan peringkat Daerah Batu Pahat secara dalam talian - SK Sungai Buloh
  • Naib Johan melafaz pantun 2020 peringkat kebangsaan - SK Sungai Buloh
  • Sajak Iltizam Guru Desa tersiar di Majalah Jendela Selatan bilanan 49 terbilan Dewan Bahasa dan Pustaka - SK Sungai Buloh
  •  Sayembara Menulis Cerpen, Puisi dan Esei Kemerdekaan Patriotik Zon Selatan 2020 - SK Sungai Buloh
  • Yang dipertua Dewan Bahas Bahasa Melayu Ala Parkimen Sekolah Redah Peringkat Kebangsaan 2018 - SK Sungai Buloh
  •  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - SK Sungai Buloh

CABARAN MELAKSANAKAN PDPR SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Tahun 2021, tahun kedua kita perang untuk putuskan rangkaian wabak berjangkit Pandemik Covid-19. Di kesempatan itu, saya dapat menemu bual Cikgu Zurina tentang cabaran yang dihadapi beliau. Tahun ini merupakan tahun pertama beliau berkhidmat di SK Seri Padang Sari. Sekolah dikategorikan Sekolah Kurang Murid (SKM) mempunyai keseluruhan pelajar 95 orang murid.

Beliau bernasib baik kerana, bagi kelas tahun 5 muridnya hanya lapan orang. Mudah untuk berkomunikasi dalam talian dengan pelajar. Apabila tahun ini merupakan tahun pertama beliau berkhidmat di sekolah SK Seri Padang Sari, Cikgu Zurina perlu mengambil sedikit masa untuk berkenalan dan mengenali kelebihan dan kelemahan pelajar. Ia bukan penghalang yang besar. Cikgu Zurina dapat mengenali ibu bapa murid tahun 5 dengan lebih dekat walaupun dalam talian.

Tugasan diberikan menggunakan Google Class Room. Terdapat segelintir pelajar yang sukar untuk mendapatkan tangkaian internet dan tidak mempunyai peranti (Gadjet/Telefon pintar) terutamanya anak-anak asnaf. Bagi mereka yang sukar mendapatkan kemudahan atas talian, pengunaan modul diberikan seperti fotostat lembaran-lembaran kerja dan soalan-soalan untuk dimasukkan ke dalam fail sebagai kerjsa semasa PdPr. Selain itu, ada pelajar yang berkongsi peranti dengan adik beradik lain. Oleh itu, Cikgu Zurina mengambil inisatid menyediakan modul soalan agar mereka tidak ketinggalan dan patuh menyelesaikan tugasan yang diberikan.

 CABARAN BERSEMUKA DENGAN PELAJAR SEPANJANG PANDEMIK COVID-19


Menurut Cikgu Zurina atau mungkin buat semua guru-guru diluar sana, lebih seronok PdPc secara bersemuka dengan pelajar. Apatah lagi sekolah tersebut mempunyai bilangan murid yang tidak ramai dan dapat berkenalan secara bersemuka dengan murid baharu. Dan menariknya mudah untuk mengingati nama mereka.

HASIL KARYA CIKGU ZURINA AZMI

Wahh! bukan biasa-biasa Cikgu Zurina ni. Beliau telah menghasilkan 21 buah antalogi pada tahun 2020 sahaja. Pada tahun 2021 ini pula, sehingga Mei ini, terdapat 16 antalogi yang telah disertainya. Menurutnya, minatnya menghasilkan karya timbul semasa PKP pada tahun 2020. Pelbagai genre dihasilkan. Antaranya Cerpen Kanak-kanak, sajak, pantun, sindiran, gurindam, seloka, anekdot, travelog dan terkini kisah seram kanak-kanak.

----------------------------------------------

Aspirasi akan tinggal aspirasi tanpa usaha guru. Guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa. Hari ini, tugas guru bukan hanya menyediakan murid menghadapi peperiksaan, tetapi guru dipertanggungjawabkan untuk menjadi tulang belakang murid menghadapi dunia yang semakin mencabar. Tugas guru bukan sekadar memberikan pengetahuan, tetapi melahirkan modal insan yang berkemahiran memimpin, mahir berfikir secara kritis dan inovatif, beretika dan berakhlak mulia, berkebolehan dalam dwibahasa, mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang tinggi. TERIMA KASIH CIKGU!


ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 #2 - Kisah Inspirasi Cikgu Rohaidah

$
0
0

Tahun 2021 merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Guru secara bersederhana dalam norma baharu. Tapi tahu tak, pengorbanan Guru ni memang sukar digambarkan. Bersempena dengan sambutan Hari Guru, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's (AGI) 2021 dianjurkan bagi menghargai "Cikgu Luar Biasa" yang telah berhempas pulas menjalankan tanggungjawab mereka lebih daripada tugas hakiki demi pencapaian luar biasa dan menonjolkan dedikasi mereka dalam mendidik generasi muda. Mereka memangselayaknya diberi penghargaan dan semoga AGI2021 mampu dijadikan batu loncatan buat para guru diluar sana untuk terus bersemangat berbakti kepada anak didik mereka. Ada lebih beratus-ratus guru telah dicalonkan sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2021. Korang boleh baca kisah "Cikgu Luar Biasa" di laman web Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s.  


Kisah kedua kali ini, aku diberi peluang untuk menemubual secara dalam talian. Bukan mudah untuk jadi GURU. Mereka bukan hanya mendidik pelajar, tapi mereka melahirkan insan yang berguna, kreatif dan inovatif. Terbaik!

CIKGU ROHAIDAH, IKON GURU INOVATIF DAN KREATIF


Kisah kedua yang ingin aku kongsikan kali ini adalah mengenai Cikgu Rohaidah binti Yon, kini berusia 56 tahun yang merupakan anak jati Parit Sulong, Batu Pahat dan sudah mendirikan rumahtangga dengan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

 


Cikgu Rohaidah seorang yang sangat memberi inspirasi kepada murid, ibu bapa, dan pendidik. Guru ini telah berkhidmat selama 26 tahun di SMK Tun Ismail, Parit Raja. Beliau dicalonkan kerana sikap dan kesungguhannya bila di dalam kelas juga di atas pentas, Tidak kira sama ada dalam latihan untuk pertandingan mahupun memberikan ilmu di dalam kelas, beliau akan memberikan ilmunya dengan bersungguh-sungguh agar semua muridnya dapat mengikuti setiap perkara yang diajar serta sangat tegas ketika mendidik anak-anak muridnya.



Selain itu, Cikgu Rohaidah diberi tanggungjawab dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 6 atas dan bawah serta menaikkan prestasi sekolah. Beliau juga sering diberi peranan sebagai guru pembimbing dalam bidang penulisan Cerpen, dalam bidang pengarahan drama pendek Pengisahan Kenegaraan Anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Peringkat Kebangsaan, Drama Komsas, Pertandingan Dekon Kesteria dan Pertandingan pantun dalam talian anjuran Rangkaian Hotel Malaysia dan DBP.

KEJAYAAN GURU DALAM PENULISAN


Antara kejayaan Cikgu Rohaidah memenangi sayembara Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan : 
 
2002- Tajuk Cerpen MIMOSA PUDICA (Naib Johan Kebangsaan) 
2003- Tajuk Cerpen: RAA RAHSIA ABU ATUK (Saguhati Kebangsaan) 
2004- Tajuk cerpen E.T (Naib Johan Kebangsaan) 
2005- Sekolah Dalam Taman (Sagu hati Kebangsaan)
 



2006 – ELAEIS GUINEENSIS (Johan Kebangsaan)
2007- MENUJU CAKERAWALA (Saguhati kebangsaan)
2008- CHANNA SATRIATUS (Johan Kebangsaan)
2009-LENTERA KEHIDUPAN (Saguhati Kebangsaan)
2010 dan 2011 – Johan Negeri Johor.
2012- JATOPRA CURCAS KHAZANAH RIMBA (Naib Johan Kebangsaan)

PENGHASILAN BUKU


Cikgu Rohaidah telah berjaya menghasilkan beberapa buku hasil titik peluhnya. Antaranya:

-Novel kanak-kanak GERBANG PELANGI 2015
-Novel Remaja “GERBANG RAUDHAH”2014
-Novel Remaja SEMANIS NIRA (2020)
-Novel Kanak-kanak “Raja Kupu-kupu.”2020
-Buku Kisah Hidup “MERANDUK OMBAK 2020 (Buku ini terpilih 30 buku terbaik Pengkarya Guru oleh Majlis Buku Malaysia 2021 baru-baru ini)
-Himpunan cerpen “AL-QAMAR bakal dipasarkan di Universiti AL-Azhar dan pasaran di negara Arab.” Terbitan Kolej Islam MARSAH Dan Persatuan Penulis Johor 2020/2021. Kesemua cerpen saya tersiar dalam Majalah Dewan Sastera dan dialihbahasa ke bahasa Arab)


-Menjadi Karyawan Tamu dalam Majalah Dewan Sastera 2019
-Cerpen Tersiar di Dewan Sastera bertajuk Baju Kurung Teluk Belanga, Titi Batang, Ginga Maru, Bulan dan Bait-bait Rindu (2019) Juga di Berita Harian 2020 “COVID-19, CIKGU DAN ADIWIRA.
-Terlibat dengan pelbagai antologi (lebih 50 antologi) antaranya; Antologi buku Guru Asean 2018,Sajak perpaduan Malaysia-Jepun oleh Persatuan Penulis Johor 2019, Sajak Malaysia-India 2019, Puisi Ramadan Asean 2018, Antologi 1000 Pantun GURU ASEAN 2020,Antologi LEGASI EMAK 2020, Antologi LEGASI ABAH 2021, Antologi Serphan Memorabilia 2020 dan banyak lagi.

CABARAN CIKGU ROHAIDAH SEMASA MELAKSANAKAN PDPR SEPANJANG PKP

Beliau akan memastikan kesemua pelajarnya berada dalam talian semasa kelas dijalankan. Cikgu Rohaidah akan menghubungi keluarga pelajar sekiranya terdapat pelajar yang tidak hadir semasa PdPr. Bagi pelajar yang ada masalah kewangan untuk membeli data internet, beliau akan menghubungi mereka untuk memberikan bantuan kewangan. Sekiranya mereka mengalami masalah internet dan tidak dapat menyertai PdPr latihan akan diberikan melalui telegram khas. 
 
Di Telegram merupakan platform bagi sesi perbincangan, edaran soalan dan jawapan-jawapan pelajar akan dihantar di sini. Pesanan kepada pelajar: “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih” dan “patah sayap bertongkat kuku, patah kuku bertongkat paruh”. Dalam menimba ilmu segala permasalahan perlu di atasi meskipun dalam pelbagai cara dan kaedah. Alhamdulillah, kaedah belajar dalam talian banyak membantu dalam PdPr demi mengatasi masalah COVID-19 yang menular. Malah beliau turut melaksanakan bimbingan penulisan melalui dalam talian sepanjang PKP dilaksanakan agar pelajar-pelajar merebut peluang menyertainya.

CABARAN BERSEMUKA DENGAN PELAJAR SEPANJANG PKP


"Sebelum PKP, rumahnya menjadi tempat beliau mengajar pelajar-pelajar.  Sama ada dalam pelajaran mahupun penulisan serta drama"


Cikgu Rohaidah sentiasa memastikan pelajar-pelajar hadir ke sekolah dalam keadaan yang sihat dan tiada gejala. Pelajar-pelajar wajib menjaga penjarakan agar virus COVID-19 dapat diatasi. Sebagai guru, beliau juga harus berada dalam keadaan yang sihat agar sekolahnya tidak menjadi tempat menularnya virus ini. Kelas juga mestilah berada dalam keadaan yang selamat kerana perlu disanitasi sentiasa dan guru-guru saling bekerjasama. Sebagai guru, kepentingan memberi ilmu dan menjaga kebajikan pelajar dan persekitaran sekolah amat diutamakan. Beliau reda dengan norma baharu ini agar dapat mengekang wabak COVID-19.
-----------------------------------------------

Rakyat Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka pada 2 - 18 April 2021. Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, hanya 25 orang guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru nanti.


Nantikan keputusan dan pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 pada hujung Mei ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, sila layari https://www.mcdonalds.om.my/anugerahguruinspirasi.


3 JENIS ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED UNTUK KESIHATAN, KECANTIKAN DAN PENGLIHATAN

$
0
0

Makin meningkat usia ni makin kurang daya tahan diri kita. Bila sudah hujung 20-an ni makin terasa bila nampak kulit cepat kusam dan semakin cepat penat bila lakukan sesuatu. Jadi takkan lah kita nak ia berlalu tanpa lakukan apa-apa. Sekarang makanan ringan atau makanan "instant" pun sudah macam makanan rutin harian. Seram ! Nasib baik kawan-kawan aku rajin ingatkan bahawa pentingnya kena ambil makanan tambahan untuk memastikan tubuh badan sentiasa cergas dan bertenaga.


ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED BAGUS UNTUK TINGKATKAN KESIHATAN

Menjalani gaya hidup sihat yang aktif, sihat, ceria dan sentiasa tampil awet muda sememangnya menjadi impian semua orang. Biar sibuk mana pun rutin setiap hari pasti  kita mahu memiliki badan yang cergas dan bertenaga. Sekarang lebih banyak duduk di rumah di sebabkan Peritah Kawalan Pergerakkan fasa ketiga (PKP 3.0) tak ada alasan untuk terlupa ambil makanan tambahan untuk kekal sihat.

 

Ecolite Boostick menjadi pilihan suplimen tambahan dalam pemakanan harian aku. Ecolite Boostick ni ada 3 jenis tau. Setiap satunya mempunyai khasiat masing-masing jadi lebih bagus kita ambil je tiga-tiga jenis Ecolite Boostick ni sebagai makanan tambahan harian.

APA ITU ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED ?

Ecolite Boostick merupakan rangkaian produk kesihatan semulajadi untuk membantu memberikan sokongan ke arah peningkatan kesihatan serta kehidupan seharian bagi sesiapa sahaja yang sentiasa mengamalkannya. Ecolite ini telah mendapat perakauan dan diluluskan sepenuhnya sijil Halal Malaysia.

1. ECOLOTE BOOSTICK CONCENTRATED RED DATES AND DATE PALM

Seperti yang kita tahu, kurma terdapat banyak khasiatnya. Formulasi daripada 2 jenis kurma Merah dan Kurma sangat bagus untuk tubuh badan kita. Kurma Arab Kaya denganserat dan tinggi antioksidan yang bermanfaat untuk membantu proses pencernaan dan melindungi sel dari radikal bebas. Manakala kurma merah, dapat membantu mencegah anemia dan memberi kesan pelembapan semula jadi pada pipi seseorang keranan kandungan zat besi.


Ia sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa ada masalah pucat lesi ataupun selalu berasa sejuk badan terutamanya di tangan dan kaki memang di sarankan untuk ambil suppliment ini. Mana taknya, supplimen ini di hasilkan dengan teknologi tinggi dan resepi tradisional dan ianya sangat sesuai untuk semua lapisan umur. Selain Kurma Merah dan Kurma Arab, terdapat Sirap Glukosa, Madu Linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida. Air dan Asid Benzoik.

2. ECOLITE BOOSTICK CONCENTEATED WOLFBERRY AND WHITE CHRYSANTHEMUM

Siapa ada masalah mata macam aku. Hikhik. Maksud aku rabun mata. Haa! kita geng. Suplimen ni sangat sesuai untuk orang macam kita. Ianya bagus untuk kesihatan mata. Dihasilkan dari gabungan buah Wolfberry (Buah Goji) dapat membantu meningkatkan penglihatan dan menyuburkan darah. Manakala Chrysanthemum (Kekwa) juga memberi manfaat kepada penglihatan dan juga menurunkan suhu badan yang panas.

 

Aku rasa Ecolite Boostick ini satu-satunya supplemn untuk kesihatan mata aku. Jadi, dengan pengambilan Wolfberry dan Chrysanthemum memang bagus untuk aku yang rabun macam nenek-nenek ni. Selain dari kandungan utama, terdapat Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Jus Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida dan Asid Benzoik.

3. ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED BIRD'S NEST AND PEAR

Sebut je Ecolite, memang produk berasaskan Bird's Nest. Bird's Nest juga sangat berkhasiat. Kawan-kawan Cina kita juga sangat suka pengambilan Bird's Nest dalam kehidupan seharian. Digabungkan pula dengan buah pear memang perghh ! sedap giler. Bird's Nest ini dapat membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan. Penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus. Manakala khasiat buah pear pula rendah kalori, tinggi kandungan air dan serat yang bermanfaat untuk pencernaan dan bagus untuk kesihatan tubuh badan.

 

Bagi kekalkan tenaga, cergas badan dan berkhasiat tinggi, Kombinasi Pear dan Bird's Nest sangat sesuai untuk kita. Semua lapisan umur boleh minum. Tapi takkan lah tergamak kasi baby minum. agak-agak lah kan. hahaha kena makin dengan Doktor bertauliah kat luar sana je.. Dengan tambahan kandungan Sirap Glukosa, Pekatan Lobak, Air, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Halia, Lily Bulb, Tuckhoe, Biah Lou Han Guo, AKar Kudzu, Ubi Opihiopogon dan Asid Benzoik.

 CARA PENGAMBILAN ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED RED DATES AND DATE PALM



  • Koyakkan dan terus makan atau boleh di minum dengan air suam
  • Sila pastikan minum air mineral yang banyak bagi memastikan  buah pinggan tidak rosak sepanjang proses nutrisi dari suplemen yang kita makan.
  • Bagi kesan yang cepat, pastikan elak pengambilan kafein
  • tips tambahan; letak kan Ecolite Boostick tersebut di peti ais utk kesegaran ketika pengambilannya

 

REVIEW ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED  DARI MIMIN ADAM

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari suplement yang terbaik, memang aku cadangkan kat korang untuk korang cuba hasil keberkesanan Ecolite Boostick Concentrated. Harga mampu milik, packaging yang kemas dan selamat dan halal untuk di makan untuk jadikan makanan tambahan harian korang. 

 

Tercari macam mana nak dapatkan Ecolite Boostick ni ? Mimin cuma kongsikan kebaikan dan pengalaman mimin selepas cuba sendiri Ecolite Boostick ni je. Mimin tak jual. Kalau korang nak supplement untuk kekal sihat dan cantik dapatkan segera di Guardian, BIG Pharmacy, Health Lane Family Pharmacu dan korang juga boleh beli secara dalam talian di website mereka dengan harga RM38.00 sahaja.

 ----------------------------------- 

Info lanjut:

instagram : @ecolite_malaysia | Facebook : Ecolite | website www.ecolite.com.my



ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 #3 - Kisah Inspirasi Cikgu Mohamad Yusof bin Sulehin

$
0
0
Hai korang, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald's Malaysia sebagai penghargaan kepada guru yang telah memberi komitmen sepenuh hati dalam mengasuh pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk jadi yang lebih baik.


KISAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 CIKGU YUSOF - SMK TAMAN NUSA DAMAI, PASIR GUDANG

Kisah guru dari sekolah SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang iaitu Cikgu Yusof bin Sulehin yang telah berkhidmat selama 13 tahun sebagai tenaga pengajar, merupakan antara yang tercalon untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021. Beliau merupakan guru Pendidikan Islam dan juga merupakan warden asrama di SMK Taman Nusa Damai. Cikgu Yusof, seorang yang sangat berdedikasi serta bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Wajahnya yang kelihatan sentiasa "babyface" membuatkan beliau sangat disenangi oleh para pelajarnya.


Beliau banyak membantu, memberikan motivasi dan memberi semangat kepada para pelajarnya untuk kekal bersemangat dan terus bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Cikgu Yusof merupakan sorang guru yang sentiasa bekerja keras dan tidak pernah jemu dalam mendidik para pelajar dan menguruskan pelajar dalam kecemasan walaupun di tengah waktu malam. Beliau terus komited untuk menjaga para pelajar di asrama seperti anaknya sendiri. 


Pelajar memanggil Cikgu Yusof sebagai seorang "Cikgu Viral" di media sosial. Penulisan beliau sentiasa menginspirasikan para pelajarnya untuk menjadi seperti beliau. Banyak penulisannya berkait dengan anak muridnya. Cikgu Yusof sentiasa menjadikan para pelajarnya sebagai waktu utama yang menjadikan anak muridnya "viral" di media sosial. Tambahan lain, penulisan beliau sangat bermanfaat untuk dibaca oleh semua rakyat Malaysia.

KEPRIHATINAN CIKGU YUSOF SULEHIN 

Sebagai warga pendidik, memang tanggungjawab yang perlu dipikul adalah mendidik dengan penuh berdedikasi. Bagi Cikgu Yusof pula, beliau perlu selaras dengan keprihatinan sebagai seorang guru bagi memastikan para pelajar sentiasa dapat keperluan harian yang sempurna. Cikgu Yusof telah mengadakan program "Food Bank" di asramanya yang membolehkan para pelajar yang memerlukan mendapat sumbangan makanan yang mencukupi.



Hasil dari program yang dianjurkan oleh Cikgu Yusof, ramai cikgu diluar sana mendapat cetusan idea dari Cikgu Yusof. Selain itu, semasa saya menemu ramah Cikgu Yusof. Beliau meminta masa seketika untuk memberikan beliau laluan seketika dengan memberikan bantuan kepada golongan asnaf. Bukan pada bulan Ramadhan sahaja Cikgu Yusof akan memberikan bantuan malah beliau akan membantu sesiapa sahaja yang susah di sekitarnya dengan memberikan barang keperluan seperti beras, gula tepung, susu dan lain lain untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Tidak ketinggalan juga anak murid dan kakitangan sekolah yang kurang kemampuan. 

PENGALAMAN CIKGU YUSOF SEMPENA HARI GURU

Semestinya tahun 2021 ini merupakan tahun kedua yang disambut serba kekurangan akibat pandemik Covid-19 yang semakin tinggi graf yang sudah dijangkiti. Saya mengambil peluang ini untuk mengetahui pengalaman beliau menyambut bersama para guru dan anak murid di sekolah sebelum penularan pandemik Covid-19 ini.


Menurut Cikgu Yusof, pengalaman Hari Guru pada tahun ini membuatkan hatinya sayu. Manakan tidak, saban tahun Hari Guru disambut meriah oleh semua warga sekolah. Cikgu-cikgu akan memakai pakaian dengan tema yang telah ditetapkan pada setiap tahun. Beliau tidak akan lupakan tema Hari Guru terutamanya tema pasukan bola kegemaran dan tema kembali ke sekolah.


Cikgu Yusof suka melihat gelagat anak murid ketika menyambut Hari Guru, di mana anak murid tidak melepaskan peluang memberikan hadiah pada guru-gurunya. Paling yang beliau tidak akan lupakan, pada Hari Guru beliau telah menerima hadiah sebekas nasi goreng yang dihadiahkan oleh seorang anak muridnya. Pelajarnya memberitahunya, dia tidak tahu apa yang perlu diberikan kepadanya sebagai hadiah. Akhirnya ibu pelajar tersebut memasakkan nasi goreng untuk dijadikan hadiah pada dirinya. Itu merupakan hadiah yang paling berharga yang pernah Cikgu Yusof dapat sepanjang menjadi guru. Dengan hadiah itu, beliau dapat menjamah nasi goreng yang digoreng dengan penuh kasih sayang oleh anak muridnya untuk dijadikan hadiah lantaran kehidupan mereka yang agak serba kekurangan. Ia sangat menyentuh hatinya sehingga tertitis air matanya pada Hari Guru pada pagi itu
-----------------------------------------------

Rakyat Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka pada 2 - 18 April 2021. Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, hanya 25 orang guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru nanti.


Nantikan keputusan dan pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 pada hujung Mei ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, sila layari https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi.


PEMENANG ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD'S 2021 RAIKAN GURU LUAR BIASA

$
0
0
Jasa guru sememangnya sangat besar dan tidak terungkap dengan kata-kata. Sesungguhnya mereka dengan rela hati melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki. Ucapan terima kasih saja pastinya tidak mampu membalas segalanya. Oleh itu, bagi menghargai dan mengiktiraf guru yang telah melaksanakan tanggungjawab melebihi tugasan hakiki demi menghasilkan impak yang berpanjangan kepada pelajar, McDonald's Malaysia telah meraikan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 sempena sambutan Hari Guru. Anugerah ini merupakan tahun kelima penganjurannya dan menerima lebih 4,000 pencalonan guru luar biasa di seluruh negara.


Bagaimanapun, situasi yang kian hari semakin meningkat dengan penularan wabak Pandemik Covid-19, kita perlu akur dengan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan. McDonald's bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk membuat kejutan keada guru yang menerima anugerah dan pelajar mereka menerusi panggilan video.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar berkata tahun ini Anugerah Guru Inspirasi menjadi platform untuk mengetengahkan golongan pendidik sebagai insan luar biasa dan wira dalam kehidupan seharian kita. Tambahan lagi, membaca kisah yang luar biasa tahun ini mengenai komitmen guru, dedikasi tinggi dan rasa kasih yang mendalam kepada pelajar memperkukuhkan lagi keyakinan McDonald’s bahawa guru perlu diberi penghargaan terbaik atas segala usaha mereka.

TAHNIAH CIKGU ZARIMAH BINTI OTHMAN

Kali ni, Mimin nak kongsikan salah seorang pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 daripada 25 orang pemenang iaitu cikgu Zarimah. Tahniah Cikgu Zarimah ! Dedikasinya beliau sebagai seorang guru memang sangat layak buat beliau untuk memenagi anugerah tersebut.



Cikgu Zarimah dari SMK Datuk Undang Abdul Manap telah di calonkan oleh Khalisah binti Mohammad Noor. Khalisah sangat menghargai akan jasa gurunya. Menjadi guru bukanlah suatu pilihan tetapi merupakan suatu ketentuan. Jiwa seorang pendidik sememangnya suatu anugerah yang tidak ternilai dan semestinya tidak boleh ditukar ganti. 

CIKGU ZARIMAH DI MATA PELAJARNYA

Sesiapa sahaja yang menjadi pelajar cikgu Zarimah akan menghargainya kerana itulah hakikatnya dan itulah perasaan pertama yang terbit tika pertama kali berjumpa dengan Cikgu Zarimah terutamanya ketika sesi pembelajaran. Sepanjang belajar di bawah penyeliaan Cikgu Zarimah, pelajarnya akan senang hati dengannya. Dengan sifat beliau yang tidak pernah sombong untuk membantu dan mencari jalan bagi menyalurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan terutamanya anak-anak istimewa.  


Bukan itu sahaja, beliau mampu untuk mengajar pelbagai bidang tanpa mengikut opsyen. Ini sebab pengalaman Cikgu Zarimah yang pernah mengajar selama 7 tahun di sekolah rendah, kemudian 11 tahun di arus perdana dan selama 7 tahun sehingga kini mengajar anak-anak istimewa PPKI di SMK Datuk Undang Abdul Manap.


Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia pendidikan, beliau pernah menjadi Guru Media (GPM) dan berjaya mentransformasi perpustakaan. Semestinya beliau tidak terlepas daripada menjadi Guru Penyelaras Kelas Rancangan Khas (KRK) yang telah berjaya melahirkan 5 orang murid memperoleh 8A PMR dan 10 orang murid memperoleh 7A dalam PMR di mana Cikgu Zarimah telah melakar sejarah baru di sekolahnya itu.



Pada tahun 2011, Cikgu Zarimah mula menceburkan diri dalam Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Pertukaran bidang beliau tidak mematahkan semangat sebagai seorang pendidik. Malah, Cikgu Zarimah terus bangkit dengan pelbagai program dan projek yang memberi manfaat dan meningkatkan kemahiran anak kelainan upaya ini.



Cikgu Zarimah berjaya menghasilkan Produk Biskut Kelapa, Fertigasi Lada Api, Fertigasi Halia. Projek Usahawan Gubahan Orked, serta merancang dan melaksanakan program kebajikan PPKI seperti sponsor baju raya serta mengadakan lawatan sambil belajar. Selain itu, Cikgu Zarimah juga pernah mendidik Murid Berkeperluan Khas sehingga merangkul Johan Pertandingan Memasak Rendang Peringkat Kebangsaan dan Johan Pertandingan IT Challenge Kebangsaan.

Jiwa keibuan yang menebal dan kasihnya kepada Murid Berkeperluan Khas menjadikan beliau seorang yang sentiasa mencari ruang dan inisiatif bagi menaiktaraf pelajar PPKI di SMK Datuk Undang Abdul Manap. Antara inisatif Cikgu Zarimah adalah mencari sumbangan Chiller, Freezer, Oven industri bagi subjek Pembuatan Roti, dan terkini beliau berjaya mendapatkan Water Dispenser bagi memudahkan pelajar PPKI mendapatkan bekalan air.

Sifat keibuan beliau lah membuatkan Cikgu Zarimah sentiasa memikirkan nasib dan kebajikan murid-murid PPKI. Jika kita mendalami beliau sebagai seorang pendidik, pasti tidak terbayang berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukannya bagi memastikan kemenjadian dan kebajikan anak didiknya. 

Semangat dan kesungguhan beliau sangat menginspirasikan kepada warga pendidik diluarsana untuk terus berusaha menjadi guru terbaik untuk anak bangsa. Sehubungan itu, kita turur mendapat suntikan inspirasi menerusi cebisan perkongsian ini. Sesungguhnya ilmu yang bermakna itu merupakan ilmu yang bermanfaat. Tahniah Cikgu Zarimah!

-------------------------------------------

Ribuan terima kasih McDonald's kerana kenang jasa dan pengorbanan luar biasa guru-guru pada tahun 2021 ini. Diharapkan tahun mendatang, guru-guru yang lebih luar biasa dapat kita ketengahkan lagi. Jom baca kisah - kisah 24 lagi pemenang anugerah inspirasi ni di https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi/winners/2021

KERANAKAN TERLUPA, BINASA BADAN

$
0
0

Dah lama juga aku tak tuliskan kisah pribadi di sini. Last aku tuliskan kisah peribadi sebab kisah cintan cintun yang penamatnya tak memberangsangkan. Tapi kali ini lain daripada itu. Kisah kebodohan mungkin yang menyebabkan diri sendiri ni down dan rasa putus asa. Bukan berkaitan dengan kisah rumah tangga tapi mengisahkan kerja hakiki.


Pekerjaan aku tidak semegah macam pekerjaan korang. Yaa, aku dalam industri perkilangan. Bahagian akaun. Tapi job description lebih kepada logistik. Dulu masa sekolah sikit pun aku tak diperkenalkan dengan bahagian logistik. Berbekalkan 5 bulan sahaja aku kena jalan dekat kaki sendiri untuk mengetahui dan berkenalan dengan apa itu kastam apa itu MIDA apa itu MITI yang berurusan dengan import dan eksport bahan mentah juga bahan siap. Sepanjang 5 bulan ada juga aku kena marah sebab culas aku masa buat task harian. Tapi, aku belajar dengan kakak tu. kakak tu banyak bagi sokongan moral. dan tiba-tiba dia buat keputusan nak resign. Tak tahu kenapa. Tapi banyak pesanan dia buat aku supaya aku kena lebih berhati-hati kerja dengan orang yang bukan sama bangsa dengan kita. 

5 TAHUN YANG SIA-SIA

Tahun demi tahun aku cuba untuk menyesuaikan diri. Aku ni manusia. Tak lari dari buat kesilapan. Aku tak faham Mandarin. Tapi ada sepasukan aku buat juga kesilapan yang manusia tak lari dari lakukannya. Dia dapat sokongan dari semua orang untuk masalah dan kesilapan yang dia lakukan. 



Tahun kelima aku merupakan tahun kedua Malaysia dengan masalah Covid-19 dan juga masalah ekonomi negara. Tahun lepas diumumkan tiada kenaikan dan bonus diterima. Pada tahun 2021, ada juga gula-gula yang diberikan oleh syarikat yang aku berkhidmat. Tapi, bukan untuk aku. Bonus alhamdulillah dari tak ada walaupun nak cecah RM500 pun tak dapat. Kenaikan ? Jamah pun aku tak dapat. Bila aku tanyakan kawan sepasukan aku (melayu) dia yakin dia dapat. Maksudnya.. dalam department aku hanya aku sahaja yang tidak terima kenaikan tersebut. oh ya! kenaikan pada gaji May.

SEMAKIN TERDUDUK SEMAKIN PUTUS ASA

Gaji bulan lepas akan masuk pada awal bulan. Sekiranya Gaji bulan 5 aku maksudkan, maksudnya awal bulan 6 aku akan terima. Dan tarikh tersebutlah lesen ATIGA untuk Bahan siap Aluminium Foil Paper tamat dan aku terlupa akan hal tersebut. Kelulusan diberikan 3 tahun. Dan tahun ke tiga aku terlupa akan tentannya. Tambahan, Bahan Siap ada nak dilayarkan ke Indonesia. Permohonan perlu mengambil masa 5 hari



Jangka masa kapal berlayar ke indonesia hanya mengambil masa 3 hari. Tiada sebarang penagguhan semasa loading dan juga belayar. Selamat sampai dalam 3 hari. Application still belum dapat jawapan. Hari ke 5 yang ditunggu-tunggu. jawapan yang sangat duka cita, dimana aplikasi aku di query. Flow chart sebelum ni selalu di masukkan dalam sistem MITI, tapi kali ini ditolak dan perlu kemukankan yang baru disertakan sekali dengan gambar. 

Hanya Allah sahaja tahu perasaan aku semasa tuu. Ini bermaksud aku perlukan lagi 5 hari. Di mana hari tersebut merupakan hari selasa. Jumaat office dekat Johor tutup. Siapa je yang baik hati Sabtu nak kerja. Bila Jumaat Sabtu tak kerja. Hanya harapkan hari AHAD. itu pun Kalau terus diluluskan. Kalau pending di bahagian verify perlu satu hari lagi untuk approved. Yaa! aku bakal ditamatkan berkhidmat di tempat aku kerja sekarang.


Aku ada cuba terfikir kalau buat dummy Form D menggunakan HS Code sedia ada. Tapi terfikir jugak, mana mana negara pun ada regulation tersendiri. Aku pun dah cek dengan customer dekan Indonesia tu. Dia pun tak nak amik risiko. Jadi aku tak boleh nak proceed untuk buat dummy tu. Dan Kalau Ahad ni tak appoved jugak. Aku tak tahu dengan nasib aku. Kena marah aku boleh terima, kena buang kerja ? Zaman ekonomi tak okay ? Atau memang aku perlu berhenti kerja ? 

-------------------
Aku tak tahu nak luahkan kat siapa. Tolonglah doakan aku.. seperti korang, aku juga komitmen. Bagi pandangan aku kalau aku amik risiko untuk berhenti. Ya! aku kene fikirkan bulan 12 ni aku bakal diterima cahaya mata. Tapi kalau setiap hari dan setia masa aku nangis. Selamat ke bayi ini dalam rahim aku ? Aku dah job hunter. Tapi ada ke orang nak terima diri aku yang tengah pregnant. Baru masuk dah kena amik cuti panjang. Dan business apa aku perlu buat. Pes asam pedas tolong ibu aku. Mungkin itu je untuk sara aku dalam tahun ini. 

Doakan aku!




PROMOSIKAN PRODUK JUALAN DENGAN INFLUENCER DI PLATFORM ConfirmPlusChop

$
0
0

Hai korang, jarang-jarang aku semangat update blog dengan kerap. Tak silap au last aku bersemangat tahun 2015. hehehe. Bukan apa, kali aku asyik terpanggil untuk program affiliate. Aku yakin, kat luar sana ramai betul yang ajak korang untuk join kempen mereka kan. Termasuklah ConfirmPlusChop.

 Apa Itu Confirm Plus Chop? 

Platform Confirmpluschop.com adalah inisiatif baru oleh SushiVid. SushiVid adalah sebuah syarikat influencer marketing yang telah beroperasi selama 5 tahun dan berpusat di Malaysia. Mereka dapat menawarkan anda kaedah alternatif untuk berkolaborasi dengan influencer. Hanya bayar apabila ada sale!



Klik DI SINI untuk mengetahui Apa Sebenarnya Pemasaran Kos Per Jual Influencer.
Klik DI SINI untuk membaca artikel kami mengenai Pengenalan Pemasaran Influencer CPC.

 JENIS PEMASARAN INFLUENCER 

1. Cost-Per-Post
2. Cost-Per-Share
3. Affiliate 
4. Cost-Per-Sale

5 cara untuk menjana wang sebagai influencer

 LANGKAH PERTAMA - Sign up
  • Perkara wajib yang korang perlu buat sebelum join CPC adalah : Sign-up - Login ke SushiVid sebagai Creator.
  • Followers yang ramai - sekurang-kurangnya memiliki followers minimum 3,000 di IG/FB/Twiter
  • Klik New Campaigns
  • Klik Sell. Lihat screenshot di bawah:

Seterusnya Pergi ke ConfirmPlusChop.com

 

LANGKAH 1 - EDIT PROFILE

Kita boleh edit profile. Korang jangan risau, katanya ia merupakan proses yang sangat seronok dan boleh sesuaikan bahasa yang kita gunakan, gambar profile, gambar cover (size terbuka), huraikan page e-commerce dengan lebih terperinci dan ia akan lebih membantu. Untuk memulakan proses ini - pergi ke My e-comm page. Lihat screenshot di bawah:

LANGKAH 1(A) - Klik pada My eCom Page - Di Sudut Kanan halaman


LANGKAH 1(B) - Klik pada Edit Pencil di Sudut Atas Kanan




LANGKAH 1(C) - Edit imej profile image, tambah huraian dan sebagainya.




LANGKAH 2 - ISI DENGAN PRODUK
 
Setelah selesai dengan penyesuaian halaman e-com, jom shopping untuk sampel! korang boleh mencari produk dan meminta sampel. Berita terbaik! Hanya perlu mengisi alamat penghantaran sekali sahaja!
 
Kita boleh survey harga runcit, dan berapa banyak potongan yang akan followers perolehi, dan untuk setiap unit yang dijual, berapa banyak yang akan anda boleh hasilkan. Sebaik sahaja melihat sampel produk yang disukai, kita boleh memasukkan produk tersebut dan meminta sampel. Harap maklum bahawa setiap orang hanya dapat meminta hingga 3 sampel dalam satu masa.

LANGKAH 3 - MULAKAN PROMOSI
 
Mereka tidak meminta kita menjual secara terpaksa. Kita boleh melihat penjelasan terperinci tentang bagaimana orang biasa seperti CEO mereka dengan 1,500 pengikut dapat menjual 9 produk dengan 5 foto di IG DI SINI .

Kita boleh menggunakan pautan atau hanya berkongsi pautan halaman e-dagang setiap kali kita ada barang.

LANGKAH 4 - HANTAR URL



Beritahu mereka apabila kita dah buat content untuk pelanggan, dengan cara ini mereka dapat mengesan klik dan likes. Ingatlah apa yang tidak dapat kita jejak, kita tidak dapat memperbaiki.

BAGAIMANA CPC BERFUNGSI?

CPC akan membantu brand untuk menjual produk dengan review yang jujur dan ikhlas menggunakan pemasaran influencer



---------------------------------------------------

DAPUR MR ARJUNA BERKONSEPKAN RETRO DI BATU PAHAT, JOHOR

$
0
0

Hai korang, dah boleh lepas border balik kampung ke tuu. Dah balik kampung tak tahu nak lepak mana dengan kawan-kawan lama pulak.  Mesti tengah cari tempat makan yang tak berat atau tempat lepak yang menarik ke tu? Batu Pahat ni memang boleh dikatakan syurga makanan jugak. Sebut je lah nak makan apa dekat sini, pasti akan korang jumpa. Ini makanan yang bukan fast food lah aku maksudkan. Kalau Fast Food tu bersepah jumpa kan.. Daripada mee sehinggalah aneka sup. Semestinya masakan briyani yang menjadi keistimewaan Batu Pahat.



Kalau sebut tempat makan biasa tu ramailah juga dah review kan. Ini cafe cafe yang tenang untuk lepak. Suasana yang harmoni serta dekorasi yang menarik. Harap dapatlah membantu korang yang tengah cari tempat lepak selain Starbucks, coffee bean, the alley dan lain-lain.

KONSEP DAPUR MR ARJUNA

Konsep dapur Mr Arjuna ala-ala retro macam tu. Bagi aku sangat menarik. Walaupun dekat tepi jalan je lokasinya masih tenang dengan alunan musik yang sederhana yang tak bingitkan telinga. 



MENU DI DAPUR MR ARJUNA

Bagi aku, menu yang ada di Dapur Mr Arjuna tak berat dan tak banyak pilihan. Sebab tu aku cakap, kalau nak cari port tempat lepak atau nak makan yang tak berat boleh terus gerak ke Dapur Mr Arjuna ni.

 



Menu wajib kalau aku datang Dapur Mr Arjuna ni Sup Kambing dia memang mables. Tempe dan tahu goreng dia pun sedap dan rangup. Western setakat ni aku tak cuba lagi sebab memang kalau datang aku akan pilih Sup Kambing sebagai menu pilihan aku.


Untuk korang yang loksai berhampiran Dapur Mr Arjuna seperti Ayer Hitam, Parit Raja dan sekitarnya. Wah, kalau sampai ke Sri Gading memang aku akan order jugak masalahnya Dapur Mr Arjuna kena pakai Foodpanda luaskan lagi business dia kan. (sumber gambar diambil di facebook Dapur Mr Arjuna)

----------------------------------

Ini review ikhlas hati, tak berbayar. Memang sedap dan sangat dicadangakan untuk korang lepak santai di Dapur Mr Arjuna. Tapi kalau PKP korang jangan mimpilah ye nak lepak santai sini. hahaha Semoga maju jaya jangan patah semangat walaupun musim pandemik covid-19 ni

Info lanjut

Waktu perniagaan: 5ptg ~10malam
Hubungi : 011 33980459  | Facebook



TENANGLAH DIKAU SITI SARAH BIDADARI SYURGA BUAT SHUIB SEPAHTU

$
0
0

Assalamualaikum, setelah sekian lama tak ada content untuk menulis akhirnya aku meneruskan untuk menulis di sini. Tanggal 09 Ogos 2021 hari Isnin, Malaysia digemparkan berita yang membuatkan satu Malaysia emosi menerusi posting Shuib di laman sosial Instagram beliau. Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). 

Siti Sarah meninggal dunia pada usia 36 tahun awal pagi ini kerana wabak COVID-19. Pada Jumaat lalu, Allahyarham melahirkan anak keempatnya menerusi pembedahan. Memperoleh syahid dalam kematian bersama redha suaminya, Shuib adalah pemergian yang didambakan oleh ibu-ibu, para isteri dan seluruh ummah.

Sebak, terharu, merenung dan macam-macam perasaan hadir dalam diri buat mereka yang mengenali dan mengetahui kisah Siti Sarah dan Shuib. Di mana, Shuib sepahtu telah kehilangan bidadari syurganya buat selama-lamanya dengan meninggalkan empat orang anak termasuklah baby pramatang beliau. 


Satu-satu berita baik yang aku baca berkaitan amal jariah yang Arwah Siti Sarah telah laksanakan. Bukan itu je. Siti Sarah konsisten dengan penghijrahan beliau, dari pakaian yang menjolok mata ke pakaian yang longgar ke pakaian yang paling mengikut tuntutan agama kita iaitu Islam. Bukan itu je, beliau seorang yang taat pada suami nya tidak pernah sedikit pun mempertikaikan mana habisnya duit suaminya. Malah sentiasa berpesan kepada suaminya untuk sentiasa membantu orang susah. Meringankan diri untuk bersedekah.

AMBIL VAKSIN SEGERA!

Arwah Siti Sarah disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani ujian saringan apabila mengetahui pembantu rumah disahkan positif selepas peristiwa beliau membuang sampah sebentar di luar rumah dan menegur jiran serta bersalaman. 

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan telah dianugerahkan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni (10), Dzahir Talita Zahra (8), Ariq Matin (6) serta baby pramatang mereka Ayash Affan (4 hari)  yang masih di unit rawatan rapi semasa ibunya menghadap Ilahi.

Tahukah korang, tersangatlah penting vaksin ni. Tak kiralah kau muda ke kau tua ke kau sihat ke kau sakit ke. Kalau sudah menerima vaksin sekurang-kurangnya dapat mencegah virus Covid-19 merebak ke paru-paru kita.


Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), wanita hamil dan dijangkiti Covid-19 didapati lebih cenderunguntuk mengalami komplikasi pernafasan yang memerlukan rawatan intensif berbanding wanita tidak hamil. Namun menyedihkan sebilangan ibu hamil lebih takut dengan efek vaksin berbanding dengan efek virus merbahaya ini. Sekiranya korang hamil pada 14 minggu higga 33 minggu. Segeralah ambil vaksin. Kalau masih was-was kita jadikan ikhtibar dari Arwah Siti Sarah. Aku tak rasa Siti Sarah anti vaksin. Tapi dia sudah melebih dari 33 minggu kandungan beliau yang tidak sesuai untuk menerima vaksin. 

VAKSIN SESUAI UNTUK IBU HAMIL DAN IBU MENYUSU


Kalau meragui vaksin jenis mana yang sesuai untuk ibu hamil. Aku cadangkan untuk korang terima vaksin Pfizer. Hal ini kerana, vaksin jenis pfizer daripada awal WHO sudah mengatakan ianya sesuai untuk ibu hamil dan ibu menyusu. Hubungi KKM segera dan laporkan di Help Desk MySejahtera. Kerajaan sangat mengutamakan golongan berisiko tinggi seperti ibu hamil dan menyusu.

-----------------------------

Sekarang bukan lagi fasa untuk mempertikaikan kewujudan Covid-19. Tapi ianya merupakan fasa amik tahu kewujudan Covid-19. Sekiranya kau percaya Covid-19 tak wujud, mengapa setiap hari kita dengar akan berita-berita pesakit Covid-19 perlu ditidurkan kerana penurunan oksygen. Malah bukan itu je, setiap hari setiap jam akan keluar di media sosial rakan kenalan kita telah menghadap Ilahi akibat wabak ini. Siapa lagi nak protect diri sendiri kalau bukan diri sendiri ? KKM pun dah tak sempat nak layan pesakit-pesakit covid-19 ni. Malas? Tak mungkin lah mereka malas. Sebab itu merupakan tanggungjawab dia untuk menyelamatkan pesakit mereka. Tetapi melebih daripada kapasiti pegawai KKM dan kemudahan menyebabkan mereka tidak dapat melayan pesakit covid-19 dengan sempurna. apa apa pun, #kitajagakita #vaksinsegera #covidisreal



PERDANA MENTERI MALAYSIA SERAH LETAK JAWATAN

$
0
0
Selepas gagal menarik kerjasama parti-parti pembangkang untuk bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan akan mempersembah surat meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini. Kini terpulang kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan sama ada menerima atau sebaliknya peletakan jawatan Muhyiddin.

Sumber MYKMU

Punca Perletakan Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yaasin dipercayai sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen Malaysia untuk meneruskan kerajaan yang ada sekarang ini.

-----------------------------------------------------

Pendapat aku,
Tan Sri Muhyiddin Yaasin sangat bertanggungjawab atas jawatan yang disandang. Terus memandang ke arah permasalahan isu global iaitu wabak pandemik Covid-19. Juga mementingkan kebajikan rakyatnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan. Bagi aku, punca kes semakin naik dan tiada sudahnya adalah sikap degil individu sendiri yang tak jaga SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka dengan sempurna, bersentuhan dan tidak terus sanitize atau bersihkan diri. 


Tambahan aku lagi, sudah terang lagi bersuluh.. Perhimpunan yang melibatkan tempat sesak sangat berisiko tinggi untuk meningkatkan lagi penularan wabak pandemik Covid-19 ni. Tapi apa yang PM kita dapat? #kerajaangagal hahahaa. Awalnya memang aku salahkan kerajaan juga sebab masih degil nak buat pilihan raya di Sabah tahun lalu. Bila sudah isytihar darurat hanya boleh bertahan sekejap je..


 Lepas tu, masing-masing ahli-ahli politik panas punggung. Semua pentingkan diri. Tak fikirkan negara sedang huru hara. Tak rasa kesian sikit pun dekat para petugas di Hospital saban hari menerima kes dan kes kematian yang tinggi. Sedih bila tengok di sosial media setiap jam mesti akan lalu di feed aku, "disahkan positif covid-19" atau pun "telah meninggal akibat penyakit covid-19" Sedih tau. Aku terbayang ahli keluarga aku kalau terjadi dekat diri aku. Allahu. Takkan nak rakyat doakan "mereka" kena jangkitan sehingga maut baru mereka ada akal. Tapi, orang kata.. kalau orang teraniya doanya termakbul. Kalau isu politik kita tak selesai, kes makin tinggi... Adakah ia masih tidak aniya rakyat?

PENGALAMAN HAMIL YANG PERTAMA

$
0
0

Alhamdulillah, selepas genap setahun pernikahan aku dan Madon.. Mas bulan Disember 2020 ritu ada cadang-cadang dengan Madon.. Kalau tak lekat juga lepas bulan Mac 2021, kita buat checkup lah mana tahu kesinambungan dari cyst sebelum ni makin ligat atau ada nasihat dari doktor yang boleh dan tak boleh untuk ikhtiar kehamilan kan. ...

21 Mac 2020 - Acara tertutup pernikahan kami

PENGHUNI RAHIM PERTAMA BUAT SEORANG MIMIN ADAM

Bulan Mac 2021 ada tarikh Public Holiday di johor. Macam biasalah Mimin kan, sesiap request dengan Madon untuk amik cuti masa anniversary kami.. Maklumlah, cuti Madon Jumaat dan Sabtu. Pulak dia banyak cuti.. Itu yang aku request tuu.. Mac 2021 masih boleh rentas daerah tapi tak boleh rentas negeri. Maka, kami pun pergi animun pertama (ya pertama sebab yang lain-lain dengan family besar) di Desaru, Johor. Kalau ada masa aku ceritakan. Almaklumlah, dah nekad nak mencuba aktifkan kembali blog ni. hahaha

Lewat sehari period

Tak adalah balik-balik holiday terus lekat. Hahaha. Tapi masa honeymoon tu waktu subur aku. Maka, bulan seterusya lewat sehari aku sengaja buat self-cek UPT. Beli UPT dekat shopee banyak-banyak. Kalau satu line je takde lah frust sebab UPT kat farmasi ke kat watson ke kat guardian ke 1pcs cecah RM3 ke atas. Kalau kat shopee berapa posen jee.. Gambar kat atas tu sehari lewat. Cek pepagi. Excited nak cek.. Padahal baru lewat sehari.. Hahahaha ! nampak samar-samar je. 

Kak Uzu ni macam dah remark kat kalender dia agaknya waktu aku sepatutnya period bila. Hahaha.. Pepagi lewat sau hari tu dia Whatsapp aku tanya "min, apa citer?" hahaha .. so, aku tanya kak uzu dengan kakak aku atiqah.. Nampak ada 1 line ke ada 2 line. 

Clear Blue test error T.T

Cerita pasal keterujaan ni bukan habis kat situ je tau.. gigih cari blue clear digital. Balik kerja cakap dengan Madon balik lewat. Mahai okay benda ni.. Sebatang ni harga dia cecah RM50.. Sekali dapat test error. Allahu, geramnya... hahhahaa

Akhirnya dapat jawapan ^.^

Ehh ! gigih lagi okayy.. Esok malam lepas balik kerja, misi mencari Blue Clear Digital. Semua farmasi dekat Parit Raja aku terjah. Makk aih ! semua habis. Musim mengawan agaknya. kahkah..  Tapi dapat jugak lahh beli lepas 5 farmasi kat parit raja tu aku terjah. Balik terus cek.. dan......... Yeayy ! alhamdulillah. Confirm ada kali ni. 

8 Minggu kandungan

Maka, disambung lagi keterujaan aku dengan mengajak Madon ke klinik untuk buat pengesahan kehamilan. Aku taknak berhenti teruja bila baca macam-macam dekat Pakcik Google ni di mana kandungan luar rahim boleh berlaku dalam tempoh awal ni. 

keadaan awal buat penghuni pertamaku

Tuu diaaa, alhamdulillah. Tak lekang aku ucapkan alhamdulillah Doktor cakap baby dalam kandungan sihat, HeartBear dengar jelas. Tak lekang senyuman di bibir.. Tak henti aku beritahu ibu, bapa, mak dan adik beradik aku. Walaupun tahu ianya masih awal. Tapi aku tak dapat kawal perasaan keterujaan aku tu. hehehe. Tapi takde lah over bagitahu dekat sosial media sana sini. Setakat sahabat dan sepupu yang terpaling rapat dan siap bagi amaran dekat ibu jangan war-war kan sampai betul-betul kuat kandungan aku. EDD aku kalau tepat tarikhnya sama betul dengan adik aku yang bongsu. Syakila. Hahaha. Adakah tarikh tersebut atau 12.12 ? tak sabar !

Alahan Awal Kehamilan

Betulah tu, lain orang lain alahan semasa kehamilan mereka. Ada yang langsung tak hamil ada yang sampai habis mengandung pun masih ada alahan. Mimin? Yes ada. Mulanya belagak tak ada rasa langsung mabuk masa kandungan dalan 12 minggu. Tapi kuat makan. Sampai tak boleh puasa.. Masa tu puasa Ramadhan. Sebab bila cuba puasa, perut ni pelik. Nak muntah tak muntah, kembung pun tak.. Tapi rasa sebu tuu lain daripada yang lain. Sudahnya aku decide ganti puasa sebulan je lah nanti. hahaha

Sekarang aku dah masuk trimester yang kedua. Dalam tempoh ni mabuk aku dah okay banyak. Tapi kadang kala aku masih muntah tapi tak macam sebelum ni. 

---------------------------

Entry akan datang aku akan ceritakan pengalaman aku buka buku pink. hehehe.. Kasi can lah kannn 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BUKA BUKU PINK DI KK SRI GADING

$
0
0

Haa, kalau awak baca ni memang tengah tengok pengalaman buka buku pink.. Mimin ucapkan tahniah buat awak sebab hamil pertama atau hamil di musim pandemik Covid-19. Yaa. procedur untuk buka buku pink di KK (Klinik Kesihatan) atau KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) agak rumit sikit. 


BILA WAKTU TEPAT BUKA BUKU PINK?

Waktu tepat untuk buka buku pink ni seeloknya pada mingu ke 12 atau selepas minggu ke 6 kehamilan. Kalau korang buka buku awal, biasanya klinik suruh datang semula. Sebab nak pastikan kehamilan korang betul-betul jadi baru boleh bukak buku pink. Kalau lebih dari 12 minggu, korang mungkin kena bebel sikitlah dengan nurse dekat klinik tu. Kalau lewat tapi korang ada buat dekat follow-up dekat klinik swasta pastikan semua dokumen dari klink swasta tu kau bawak bersama untuk buat buku pink.

Kalau sebelum ni ada pengalaman keguguran atau sejarah penyakit, seeloknya datang awal untuk pantauan klinik.

TEMPAH TARIKH TEMUJANJI DI KLINK KESIHATAN (KKIA/KK)

Aku buat panggilan dahulu dekat klinik yang aku nak buat buku pink ni. Bagi orang Johor terutamanya macam aku yang kat Batu Pahat, mereka suruh buat temujanji (booking) di laman web EPRS http://jknj4.moh.gov.my/qrtca/ isi lah makluman korang dan cadangan tarikh yang korang dah pilih atau pihak klinik cadangkan.


Kalau korang terus terjah datang ke klinik memang mereka akan terima je permohonan korang nak buat buku pink tu. Tapi kemungkinan korang akan dapat jelingan manja dari staff situ. Hahaha. Mau taknya.. Kan tengah tak nak sesak kat klinik tu bagi elak penularan pandemik covid-19. Awak tu dah lah awal kehamilan. Kena extra protetion okay!

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA DATANG BUAT BUKU PINK

Bagi korang yang hamil anak pertama atau buat pertama kali mengandung pada waktu pandemik Covid-19, korang kena amik tahu dokumen apa yang perlu dibawa semasa mahu buka buku pink. Digalakkan buat 2 salinan. Sebab staff situ tak sempat nak layan korang photostat kan. Tah tah, mesin photostat pun takde kat situ.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK BUKA BUKU PINK

Cadangan aku, korang pilihlah waktu pagi atau lepas waktu tengah hari. Sebab prosesnya yang sangat panjang. Nombor giliran tu dah satu hal yang ambil masa korang.



Di KKIA Sri gading, Batu Pahat. Korang kena pergi ke bangunan bahagian depan untuk dapatkan angka giliran selepas korang scan MySejahtera dan scan suhu. Lepas tu, korang kena pergi ke bangunan tengah serahkan nombor giliran kepada nurse dekat situ dan tunggu sehingga nama korang dipanggil. Nama dipanggil, korang terus lapor diri kat nurse bagitahu nama korang. Terus gerak ke timbang untuk ukur tinggi dan berat badan. Lepas Nurse dah catat berat dan tinggi, korang terus duduk kat kerusi sebelah dia untuk cek tekanan nadi dan dia akan berikan cup untuk cek air kencing. Letak bekas air kencing tadi dekat belakang pintu tandas.

Nama akan dipanggil kemudian, untuk cek bacaan darah rendah ke tinggi. Sebelum korang dapat tarikh temujanji seterusnya. korang akan ditemuramah sejarah kesihatan diri dan keluarga korang. Sekiranya terdapat masalah pada diri sendiri, kemungkinan korang akan diberikan special treatment. Kalau hanya sejarah kesihatan keluarga ada penyakit seperti kencing manis.. Kemungkinan akan diberikan pantauan rapat pada temujanji yang akan diberitahu kelak untuk pantau kesihatan semasa kehamilan korang. Selepas puas nurse tanya macam-macam.. Nurse akan mintak korang untuk buat cek jenis darah korang.

Lepas cek jenis darah, korang akan diarahkan untuk cek gigi. Haa, masa ni korang kena ke bangunan depan yang korang amik nombor giliran tadi. Siap cek gigi, korang kena ke bilik yang nurse tnaya korang macam-macam tadi.. Haaaa ! Barulah korang akan dapat tarikh temujanji seterusnya

------------------------------------------

BUKU PINK MIMIN YANG PERTAMA


Haaa ! inilah buku pink mimin hasil dari beberapa jam dekat KK. Pelekat warna aku warna hijau. Untuk pantauan klinik yang aku ada sejarah kesihatan dari emak dan apak yang ada kencing manis dan darah tinggi.

 


Aku punya darah O positf. Jadi kalau korang tak cukup darah O positif boleh cari aku. Atau mana tahu kalau aku perlukan darah korang. Jangan lah kedekut yaa.. Kita punya darah ni boleh derma kat semua orang. Tapi, orang tak boleh derma darah kat kita kecuali darah sama jenis.

Untuk awal bacaan kehamilan aku semasa buka buku pink sangat okay. Dari segi tekanan darah, bacaan urine, tekanan nadi okay. Cuma part gigi, diaorang a bit risau. Ya! aku ngaku.. Dah lama tak buat cek up gigi since covid-19 ni.

Entry seterusnya aku akan cerita untuk pengalaman scan details aku pulak. Mungkin amik masa sikit. sebab belum buat temujanji dengan klink lagi. Nanti dah selesai buat temujanji dan ada keputusan aku akan update lagi. Hehehe.. Untuk aku juga.. Mana tahu yang kedua dan ketiga dan keempat untuk rujukan aku sendiri juga kan. Bye! doakan semuanya selamat untuk mimin dan untuk awak yang tengah mengandung. Amin !


GERAI VINTAGE KOPI IKAT TEPI DAN MAKANAN RINGAN DI YONG PENG, BATU PAHAT

$
0
0
Hai kopi lover! mesti korang ni seorang yang menikmati aroma kopi yang hebat tapi nak mencuba pulak kopi yang berlainan dan jauh lebih murah dari kopi terkemuka di Malayisa? Berita baik buat warga Batu Pahat terutamanya yang berdekatan dengan Parit Awang, Yong Peng. Perghh ! dekat betul rupanya Kopi Ikat Tepi ni dengan rumah mertua aku. Jalan kaki je dah sampai.



PASANGAN GADIS MUDA BUKA GERAI KOPI IKAT TEPI DI PARIT AWANG DARAT, YONG PENG

Minum kopi dan makanan ringan dipetang harian mereka, mereka bawa makanan dan minuman petang harian mereka ke gerai mereka. Kedua wanita ini membuka gerai di Kampung Parit Awang Darat.


Dengan inspirasi dari budaya minum kopi klasik di Malaysia, mereka ingin membuat kopi premium yang berpatutan dan mudah diakses oleh mereka yang tinggal jauh dari bandar. Maka, Kopi Ikat Tepi telah dimulakan awal bulan Ogos 2021.

APA YANG ADA DI GERAI KOPI IKAT TEPI?

Menu di Kopi Ikat Tepi ni mudah dan ringkas dengan disajikan dengan pelbagai makanan ringan. Korang akan dapat semua kopi kegemaran korang di sini. Jenis kopi dari klasik Americano sehinggalah Latte. Selain itu, mereka juga mempunyai pilihan minuman bukan berkonsepkan kopi sekiranya korang teringin nak singgah tapi tak minat minum kopi. Paling menarik, mereka menjual harga yang mampu milik. Ia jual bermula dari RM3.



Selain itu, korang wajib cuba makanan ringan mereka juga! Pisang Popia yang disalut dengan coklat dan orea, Popia kabonara, Popia Bergedil dan Rojak kangkung pasti kombinasi yang paling superb untuk disulamkan dengan kopi segar mereka.

JOM SINGGAH! DAPATKAN KOPI DAN MAKANAN RINGAN YANG SIHAT DI KOPI IKAT TEPI


Kopi Lover yang mahukan kopi premium dengan harga yang murah dan makanan ringan di petang hari yang sedap dan menyelerakan? Cepatlah pergi ke gerai Kopi Ikat Tepi. Eh! yang jauh kena tunggu boleh rentas negeri dan daerah ya. hehehe. Selain murah dan sedap, kita dapat menyokong perniagaan tempatan. Jangan lupa ajak kawan-kawan korang singgah Parit Awang Darat, Yong Peng pekena Kopi Ikat Tepi yaa..

------------------------------------------------------

Info Lanjut

KOPI IKAT TEPI

Waktu Operasi : Selasa - Ahad (4.00 petang-6.00 petang)
Lokasi : Parit Awang Darat Yong Peng, Batu Pahat
Instagram | Facebook | Contact

Viewing all 474 articles
Browse latest View live