Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all 474 articles
Browse latest View live

MIMIN DROPSHIP TASNEEM NATUREL

$
0
0
Hai korang! Selamat berhujung minggu. Kalau korang dari Batu Pahat tapi tak tahu nak pergi mana petang-petang aku cadangkan korang baca entry ni sampai habis dulu lepas tu baru klik entry sebelum ni. Wajib korang pergi. hehehe. Balik pada tajuk kat atas Yes! aku dah jadi salah seorang dropship product Tasneem Natural di bawah pengawasan (leader) Mera Amera.


APA ITU TASNEEM NATUREL?


Tasneem Naturel diasaskan oleh Puan Haridah dan Tuan Rafizal. Tasneem Naturel mula beroperasi pada bulan November 2016. Produk Tasneem Naturel ialah Produk Muslim Bumiputera yang dihasilkan pada mulanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya sendiri. Visi syarikat Tasneem Naturel adalah untuk menjadi pengeluar produk berasaskan minyak pati tumbuhan (essential Oil) dan Produk Natural yang sangat dipercayai dan menjadi pilihan semua rakyat Malaysia.

PRODUK UTAMA TASNEEM NATUREL

Minyak Pati (Essential Oil) merupakan minyak yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok lalu diekstrak dengan menggunakan kaedah penyulingan. Produk utama Tasneem Naturel dengan bermula dengan Balm dan kini Tasneem Naturel telah mengeluarkan beberapa rangkaian produk lain.

CF-Rub Balm - RM 49.00


Telah diformulasikan khas untuk membatu bayi dan kanak-kanak yang demam, batuk dan selesema. Bahan-bahan seperti minyak carrier, mentega shea, beeswax, lavender, lemon, oren, minyak kayu putih, pokok teh, kemenyan dan cemara membantu meredakan kedukaran bernafas, melegakan batuk dan mencairkan lendir serta memberi kesan penyejuk sehingga membantu mengurangkan suhu badan semasa demam.

T-rub Balm - RM 49.00


Merupakan balm yang paling digemari oleh ibu bapa di luar sana. Balm ini dapat melegakan bayi dan kanak-kanak yang sakit perut, sembelit dan cirit-birit. Bahan utama fennel, halia, serai dan Anise terbukti secara saintifik dapat membantu meredakan dan menyelesaikan masalah pencernaan.

Sleep Time Balm - RM 49.00


Dirumuskan secara khusus untuk membantu ibu bapa yang bertungkus-lumus untuk menidurkan anak-anak mereka yang terlalu aktif pada waktu malam. Balm ini terdiri daripada bahan-bahan semulajadi dan minyak pati seperti cedarwood, vetiver, roman chamomilem dan ylang-ylang. Bahan-bahan ini terbukti secara saintifik berkesan untuk membantu anak-anak agar mudah tidur dengan mudah, tidur nyenyak sepanjang malam dan berasa selesa setelah terjaga.

Calm Time Balm - RM 49.00


Balm ini akan membuatkan anak merasa selesa dan puas. Ia terbuat dari bahan semulajadi dan minyak pati seperti Lavender, Orange, Mandarin Bergamot, Frankincense, Roman Chamomile dan Marjoram. Dengan bahan-bahan ini, anak-anak akan menjadi senang dan gembira.

Skeenz Balm - RM 55.00


Bagi anak yang mengalami masalah kulit, Skeenz Balm adalah penyelesaian masalah. Bahan-bahan seperti Shea Butter, Beeswax, Argan Oil, Rosemary, Sunflower Seed Oil sangat membantu ekzema, ruam, kegatalan dan melegakan kerengsaan kulit sensitif.

SIAPA PERLUKAN BALM TASNEEM NATUREL?

  1. Ibu bapa yang memiliki bayi dan anak kecil
  2. Cikgu-cikgu sekolah yang mempunyai anak di rumah
  3. Warga tua
  4. Ibu bapa yang suka travel dengan anak-anak dalam flight
  5. Pengasuh atau babysitter
  6. Cikgu pendidikan khas
  7. Ibu mengandung

KELEBIHAN BALM TASNEEM NATUREL

  1. Telah dikilangkan OEM bertaraf GMP (Good Manufacturing Practices) 
  2. Memiliki pengesahan (sijil) daripada KKM
  3. Baby baru lahir sehingga dewasa boleh menggunakan produk tasnem
  4. Banyak kelebihan buat seisi keluarga
  5. Jimat. Produk Tasneem tahan sehingga 3 bulan
  6. Size produk yang kecill mudah dibawa ke mana-mana
  7. Memiliki bau yang sedap
  8. Produk Tasneem yang tidak panas, tidak melekit dan tidak pedih buat si kecil anda
  9. Campuran minyak pati yang berkualiti.
  10. Harga seiring dengan keberkesanan dan ramuan setiap produk Tasneem

PRODUK LAIN TASNEEM NATUREL 



Apa yang momies kena tahu, Tasneem bukan mengeluarkan produk Balm sahaja ya. Ada produk lain yang mereka keluarkan seperti lotion, mandian, makanan, produk essential dan banyak lagi. Nanti aku akan kongsikan lagi di next entry okay.

-----------------------------
Sekiranya korang berminat untuk dapatkan Balm dan Pes dari Tasneem ni boleh terus roger aku okay. Tekan je link dekat sini 013-2088832

TIPS UNTUK BUAT SURPRISE DELIVERY DENGAN SPREAD THE LOVE BY RIEQA

$
0
0
Hai korang ! aku harap korang sihat-sihat belaka dalam musim pandemik Covid-19 ni ya. Aku nak kongsi dekat sini penghantaran surprise untuk diberikan kepada yang tersayang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan yang membataskan kita untuk menyambut tarikh-tarikh yang istimewa dengan tersayang. Kakak aku yang Atiqah baru jinak-jinak menjalankan perniagaan Surprise Delivery yang dikenali sebagai Spread The Love By RieQa.

APA ITU SPREAD THE LOVE BY RIEQA?


Okay, Spread The Love By RieQa ini dimiliki oleh Atiqah binti Adam dan Mazrina Binti Mohammad Zainol. Pada awalnya, mereka berdua sentiasa menjadi "mastermind" untuk memberikan kejutan kepada rakan sekerja mereka. Lama-kelamaan mereka melebarkan lagi minat mereka untuk dijadikan sebagai perniagaan perkongsian bersama bermula awal Mac 2021 tahun ini.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SPREAD THE LOVE BY RIEQA

Bagi korang yang tertanya-tanya apa perkhidmatan yang disediakan oleh Spread The Love By RieQa ni boleh rujuk dekat bawah ni.

1. Bouqet Fresh Flower

Fresh Flower bouqet. Sesuai untuk korang beri penghargaan untuk insan tersayang. Selain itu, Fresh Flower ni sesuai bagi pasangan yang sedang merajuk hehehe.. Korang boleh pilih bunga jenis bunga, berapa kuntum bunga, tema apa dan lain-lain lagi. Harga mengikut jenis bunga dan kuntuman yang korang pilih. Eh! korang juga boleh campur dengan beberapa jenis bunga ya. Harga di antara RM 45 hingga RM 150.

2. Fruits Bouquet

Fruits Bouquet ini sesuai untuk diberikan kepada mereka yang pentingkan kesihatan selain daripada mereka memang suka makan buah. Kebiasaannya, Fruits Bouqet ini sesuai untuk diberikan kepada mereka sedang sakit atau seseorang yang baru sembuh dari sakitnya. Harga boleh runding dengan mereka. Ini berdasarkan permintaan korang nak mix dengan apa. Kadangkala ada nak campur dengan fresh flower, ada nak campur dengan teaddy bear ada juga nak campur dengan duit dan tak juga nak campur dengan belon.

3. Money Bouquet

Sejambak wang terdiri daripada wang kertas yang disusun dengan cara yang serupa dengan sejambak bunga. Daripada aroma bunga segar yang indah dan bau wang kertas baru dicetak yang akan diberikan oleh seseorang untuk insan teristimewa. Untuk budget Sejambak Wang ni bermula dengan harga RM45. Harga ni tidak termasuk duit untuk dijadikan jambak, campur gubah dengan coklat dan lain-lain ya..

4. Chocolate Bouquet 

Sejambak Coklat sesuai untuk semua lapisan umur. Mereka menggunakan coklat yang sedap dan dikenali oleh semua lapisan umur dan masyarakat. Juga boleh request untuk mix dengan duit atau juga bunga atau juga dengan teddy bear. Harga mengikut budget korang.

5. Vegetable Bouquet

Wahh ! mesti emak awak yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sangat gembira dapat Vegetable Bouquet ni ya. Tak perlulah emak pergi ke groceries sepajang seminggu ni. Hehehe. Hari hari boleh goreng capcai.. Bincanglah harga dengan mereka ya untuk dapatkan bouquet yang awesome macamni.

6. Helium Balloon

Seperti surprise party yang lain, di Spread The Love by RieQa juga menyediakan belon yang boleh di custome dengan ucapan di belon. Deko belon ikut kesesuaian permintaan dari korang yang akan mereka laksanakan. Berdasarkan budget korang juga tau

7. Soap Flower


Bunga sabun dibuat dari sabun wangian menjadi bentuk bunga asli. Ia tahan lebih lama daripada bunga sebenar, menjimatkan kos dan unik sebagai hadiah.

8. Special Request Box

Banyak sebenarnya special request dari customer mereka. Aku tak tahu nak masukkan gambar apa. So, ini sebagai contoh kalau korang nak bagi hadiah untuk anak kakak korang yang baru lahir disekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk ini, mereka boleh buat penghantaran luar dari kawasan Kuala Lumpur dan Selangor seperti Johor, Kelantan, Terengganu dan lain-lain.

TIPS UNTUK MEMBUAT PESANAN DAN TEMPAHAN SURPRISE DELIVERY


1. Tujuan untuk penghantaran - Korang kena maklumkan kat mereka tujuan seperti apa untuk hantar kepada insan tersayang. Sama ada untuk hari lahir, anniversary, penghargaan, permohonan maaf, atau apa sahaja boleh nyatakan kepada mereka.

2. Jantina penerima - Ini untuk memadankan warna yang sesuai untuk di deko pada surprise penghantaran nanti. Ada faktor lain juga seperti size belon, jenis bunga dan lain-lain.

3. Slot masa penghantaran - Mereka akan sesuaikan slot penghantaran disebabkan musim pandemik covid-19 ni. 

4. Ucapan di Kad - Boleh nyatakan sesiap semasa buat tempahan nak buat ucapan apa untuk si penerima.

5. Budget Pesanan - Haa ! ini penting untuk korang. Spread The Love By RieQa sangat mengutamakan budget pesanan korang. Tak semestinya ikut apa yang ada di katelog mereka. Itu contoh pelanggan sebelum ini punya tempahan. 

6. Harga Penghantaran - Nah.. ini selalu orang pening.. mana ada semua free. hehehe. Mestilah berbeza. Apa yang akan Spread The Love by RieQa nyatakan masih belum termasuk penghantaran. Dan penghantaran akan menggunakan Lalamove untuk lokasi yang lebih 10km dari mereka. 

------------------------------------------------

Info lanjut

Spread The Love By RieQa

RICHIAMO COFFEE KINI DI PARIT RAJA

$
0
0

Hai ! sekali lagi aku cerita pasal kopi. Baru-baru ni aku ada perasan satu outlet baru buka di sekitar Taman University, Parit Raja. Nama dia pelik. Saja aku google translate  Richiamo Coffee ni apa. Di kesan bahasa asal dari Itali yang bermaksud Ingat Kopi. Aku baru kenal Richiamo Coffee ni sebab baru buka di Batu Pahat. Bila aku google untuk nak tahu berkaitan Riciamo Coffee,  aku baru tahu bahawa Richiamo Coffee dimiliki oleh Raja Ilya dan Zulkiflee Yusof telah secara rasmi melepaskan saham terbesar mereka dan kini saham terbesarnya dimiliki Muhd Zamry Abu Samah.

RICHIAMO COFFEE PARIT RAJA


Konsep Cafe ini aku suka sebab tenang. Tak tahu sebab PKP ke sebab baru bukak ke menyebabkan tidak padat dalam cafe ini. First impression aku kat cafe ni ingatkan cafe ni macam starbuck. Hanya sajikan coffee dan hanya beberapa menu je. Tapi jangkaan meleset. Cafe ni berkonsepkan tekak melayu. Hhahaha. Nak coffee dalam masa yang sama nak makan nasi lemak ke nak makan spaghetty ke ada dekat cafe ni. 

MENU DI RICHIAMO COFFEE



Memandangkan aku masih was-was untuk dine-in di situ sebab kes covid-19 masih meningkat. Jadi aku tak mencuba lagi makanan yang ada di sana. Aku hanya take away Red velvet muffin. Fuh ! itu je pun sedap kau. hahaha 


Korang bolehlah cuba sendiri rasa makanan yang ada di Richiamo Coffee ni. Nak cita rasa melayu ada nak citarasa western pun ada..

REVIEW RICHIAMO COFFEE DI PARIT RAJA


------------------------------------------

Info Lanjut

RICHIAMO COFFEE PARIT RAJA

📍 No. 64, Jalan Universiti 1, Taman Universiti, 86400 Parit Raja, Johor
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 10.00 malam (Isnin-Ahad)
instagram | facebook | 013-3888276

DAPATKAN 2 REGULAR PIZZA DENGAN HANYA RM19.00 DI DOMINO'S PIZZA MALAYSIA

$
0
0

Berita baik buat penggemar pizza terutamanya Domino's Pizza. Korang boleh nikmati 2 Regular Pizza yang berharga RM 19.00 dengan anak-anak makan di rumah. Domino's Pizza Malaysia mahu raikan buat korang yang sudah mendaftar vaksin di MySejahtera. Tak kiralah kalau korang dapat 1 dose atau 2 dose janji korang dah daftar untuk vaksin. Korang dah layak dapat 2 Regular Pizza Dominos dengan tawaran potongan harga sebanyak 70% off.


DAFTAR VAKSIN SEGERA DI APLIKASI MYSEJAHTERA

Mana tak yakin dengan vaksin, aku sebagai golongan berisiko (ibu hamil) pada awalnya ragu-ragu dan tak yakin untuk dapatkan vaksin. Aku bukanlah golongan anti vaksin. Tapi aku lebih risaukan kandungan aku. Aku kemaskini MySejahtera selepas aku yakin tengok golongan ibunisasi tiada kesan sampingan yang teruk. Alhamdulillah, lepas je kemaskini dalam seminggu aku dapat temujanji.

NIKMATI TAWARAN ISTIMEWA PIZZA DOMINOS SELEPAS DAFTAR VAKSIN DI APLIKASI MYSEJAHTERA


Hanya perlu tunjukkan sijil digital di dalam MySejahtera dekat mana-mana cawangan Domino's Pizza untuk mendapatkan 2 pizza dengan harga RM19.00 (potongan 70%) Jangan lupa sebarkan berita ini dekat orang kampung macam korang sebarkan fitnah. hahahahaa. Bagus Dominos ni, dia macam tahu-tahu je kesan sampingan lepas vaksin ni akan asyik lapar jee.

TAWARAN 70% REGULAR PIZZA DILANJUTKAN SAH SEHINGGA 19 SEPTEMBER 2021


Tawaran ini bermula dari 15 Julai sehinggan 19 September 2021 dan tersedia untuk korang Walk-in dan Take-Away di cawangan Domino's Pizza berhampiran korang. Kalau tak nak beratur atau tak nak tunggu lama dekat dalam premis Domino's Pizza tu, korang boleh buat pesanan secara dalam talian sama ada Potong Q atau Pandu Ambil dengan menggunakan kod  MYVAX  semasa membuat pembayaran atau nak mudah klik je link ni tawaran dominos vaksin

Tidak ada had berapa kali anda dapat menebus promosi ini, selagi anda mendaftar untuk vaksin dan mendapat 1 atau 2 dos!

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-9 DAN MENTERI KABINET 2021

$
0
0

Tahniah Mimin ucapkan buat Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9 iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas lantikannya. 


Pada hari ini, jawatan kabinet baru selepas perlantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-9 telah diumumkan. Apa yang aku boleh cakap, barisan kabinet 2021 dibawah Perdana Menteri Malayia ke-9 adalah menteri yang sama hanya pertukaran Perdana Menteri sahaja. 


Haishhh, baik kekalkan je Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhiyyidin Yassin. hmm macam tulah ye Malaysia kini. 


DESIGN BLOG AMERAHUSSAIN.COM

$
0
0
Hai ! Bulan lepas beriya lah sembang kalau boleh nak satu hari satu entry. Tapi dasar makbuyong. Hahhaha. melayan malas lebih dari rajin. Hari ni ada cerita tentang kerja artwork Mimin je lah ye. Aku ni boleh je nak edit blog. Kebiasaanya aku edit blog yang sesiapa je pakai blogspot dengan harga murah. Biasanya aku akan pakai free template. Korang yang pakai blogspot aku cuma cas main coding dengan follow korang punya details yang korang bagi je lah..

DESIGN BLOG UNTUK MERA AMERA

Mera ni sebenarnya dah berhenti jadi blogger. Dulu dia punya blog www.merahussain.com buat bodoh je dia punya domain. Akhirnya ada orang amik domain dia lepas tu dia jual dengan harga yang mahal. Dah tu, sampai 2 kali dia purchase domain pulak tu kali ni. hahahaa. Dari blogspot ke wordpress

https://www.belaiankasihbonda.com/ 

Boleh klik dekat link tu untuk tengok mera kaya. Dah order blogspot lepas tu dia berhijrah ke wordpress. Tapi aku tak salahkan dia. Sebab dia berblog semula untuk berniaga. Jadi dia sangat memerlukan untuk add to cart shopping system. Kalau blogspot tak ada kemudahan tu.

https://amerahussain.com/

Okay, link kat atas ni pulak untuk wordpress mera. Aku tolong setup kan blog shop dia. Setakat basic dan belum pro. Harga masih mampu milik lagi. hahaha

Yess ! Kali ni aku dapat lain daripada yang lain punya task. Edit blog untuk mereka yang nak guna platform wordpress. Aku dah explore. Ada pro n cons jugak lah Wordpress dengan Blogspot ni. Apa yang aku boleh cakap.. Blogspot edit dekat satu bahagian je iaitu di bahagian coding. Tapi Wordpress  ni klik klik je dah siap. Cuma kena pandai klik je lah. Kalau tak pandai dia akan cepat fedup. 

Okay itu je nak share. hehehe bye

TIDAK DISANGKA FIGHTER KANSER PAYUDARA DALAM AHLI KELUARGAKU

$
0
0

Menyepi dan terus sepi. Itulah kali pertama bila salah sorang daripada kakak aku langsung tidak respon dan tidak sembang dalam group whatsapps adik-beradik malah group bersama emak jugak tak ada respon inikan pula group besar yang ada ipar duai dalamnya. Selalunya dialah paling aktif memberi respon dan kongsikan apa yang dia buat pada hujung minggu dengan anak-anak. Pelik dan hairan memakan masa seminggu.

KANSER PAYUDARA TAHAP 0

Sebelumnya, kakak aku tu dia ada mengadu dekat kami adik beradik lain yang breast dia ada keluar cecair bisa. Dia takut bila search di google semua ke arah kanser. Jadi dia ada juga pergi ke pakar untuk periksa bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Masayaallah, masa salah seorang dari kakak aku yang sepi selama seminggu akhirnya dia umumkan bahawa dia sah menghidap kanser payudara tahap 0.


Apa yang dia maklumkan pada kami sekeluarga, dia perlu buat MRI, pemeriksaan Gen dan buat keputusan segera untuk operate buang kanser tersebut. Diberi juga pilihan buang terus payudara atau pun buat semula payudaranya. Sekiranya pemeriksaan Gen menunjukkan keputusan bukan disebabkan Gen, kemungkinan dia tidak perlu untuk buang payudara yang sebelah begitulah sebaliknya. Kalau menunjukkan keputusan ke arah Gen... Kami adik beradik lain juga perlu jalani pemeriksaan payudara tersebut.

Apa yang dimaklumkan kos untuk buat semula payudara memakan kos hampir atau lebih RM40k dan insurance tidak akan cover. Ini bermaksud. Kalau buang sahaja, insuran baru cover. Allahu. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat kakak aku tu.



Daripada susulan rawatan, kakak aku tu kena buat keputusan cepat untuk buat operation macam yang aku maklumkan kat atas tadi. Dan tarikh tersebut lagi beberapa hari je lagi. Persediaan mental aku yakin dia tak sedia. Dia perlu taruhkan nyawa dia untuk buat keputusan. Kalau tidak dia akan bergantung pada kimoterapi dan sel kanser akan merebak pergi limpa dan juga ovari. Itulah risiko sekiranya tidak buat operation segera. Korang doakan yaa supaya urusan kakak aku ni dipermudahkan dan kembali sihat. Amin


CANCER FIGHTING TAHAP 0

$
0
0
Harinya sudah tiba, kalau korang ada baca entry sebelum ni (boleh baca sini) aku ada ceritakan salah seorang ahli keluarga aku pejuang kanser payudara. Apa yang aku dapat simpulkan dari entry sebelum ni, dia kena buat keputusan segera untuk buang sel kanser sebelum merebak. Hari ni merupakan tarikh keramat buat kami apatah lagi tuan badan. Di mana kena buat operation segera. 
 

 SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN SEPANJANG PEMBEDAHAN
 
Allah Allah Allah, tak terucap bila semalam kakak aku tu update dekat whatsapps group yang dia sudah bersedia untuk di warded dan staff hospital memintanya untuk melihan kondisi pesakit yang senasib dengannya di bilik sebelah. Sayu sedih takut.. itu kami rasa.. diri yang merasa ? tak tergambar rasanya
 
 
Pagi ni, lebih kurang jam 8.30 pagi kakak aku sudah persiapkan diri diruang menunggu untuk ke bilik pembedahan. Alhamdulillah, diberi sokongan moral laki dia untuk menemaninya. Aku harap abang ipar aku faham kondisi kakak aku.


Tak tahu aku nak gambarkan perasaan aku ketika ini detik ini, hanya doa terus dan terus agar urusan pembedahan berjalan dengan lancar bila tatap gambarnya ni
 
ANAK-ANAK DAN SELURUH AHLI KELUARGA MENDOKANMU KAKAKKU
 


Alahmdulillah, anak-anak mama faham kondisi mama. Dhia dan ajin pandai uruskan diri dengan nenek kat rumah dengan pegang amanah mama untuk bersihkan tahi kucing pirlo heheh.. 


Anak-anak mama dan adik-adik mama serta mak juga ahli keluarga besar kita berdoa dan berserah kepada Allah agar permudahkan urusan mama jalani pembedahan serta sembuh sepenuhnya dan tiada kesan sampingan pada mana-mana bahagian diri mama. Amin...



WORDLESS WEDNESDAY | Hasbunallah Wani'mal Wakil

$
0
0

 

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

 

Dengan kalimat ini, kita menyerahkan segenap jiwa dan raga kepada Allah, menyerahkan segala urusan, beban, dan masalah kita kepada Allah kerana Allah lah sebaik-baiknya wakil. Tawakal dan ikhlas menyerahkan masalah yang perlu kepada kita adalah salah satu makna hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir.

SEKARANG DAH BOLEH TUNAIKAN ZAKAT SECARA ONLINE DI RHB BANK

$
0
0
Korang tahu tak zakat ni sangat penting dan wajib untuk kita sebagai orang muslim. Sebelum ni aku pernah ceritakan panjang lebar di entry yang lepas. Tapi kali ni aku nak kongsikan dekat korang bagaimana fungsi Lembaga Zakat Selangor dapat membantu keluarga B40 yang terkesan akibat Covid-19.


Aku percaya ramai yang terkesan dengan sekarang ni susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Kehilangan punca pendapatan dan hilang tempat bergantung yang selama ini dia lah tunjang utama keluarga memberi tempat teduh, makan dan pakaian untuk keluarga. Ini baru golongan keluarga dari M40. Bagaimana pula dengan golongan keluarga dari B40?


Secara jujurnya, aku juga terjejas masa PKP 3.0 haritu, satu per satu kepentingan pekerja di syarikat aku ditarik satu per satu. Majikan hanya berikan jawapan yang sama apabila mereka membuat keputusan untuk tarik kepentingan pekerja iaitu terjejas PKP katanya. Tapi, aku masih bersyukur kerana aku masih ada pendapatan. Alhamdulillah. Dan kini, ekonomi juga sedang dibaik pulih. Ramai sudah tarik nafas lega. 



Bila ekonomi sudah semakin pulih, pendapatan pun sudah semakin pulih.. Jangan lupa pulak tunaikan tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk menunaikan zakat. Bayar zakat ni tak susah pun. Korang tak payah susah-susah nak balik kampung halaman ke nak pergi beratur dekat kaunter pusat zakat ke.. tak perlu dah semua tu. Sebab sekarang semuanya dihujung jari,

BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE DI RHB BANK


Takpe kan kalau aku nak ingatkan korang. Jika korang masih ada pekerjaan, perniagaan, berharta seperti emas, wang simpanan, pelaburan dan lain-lain. Maka korang wajib untuk buat tafsiran. Sekiranya cukup nisab , jangan tangguh nak bayar. Simpan resit tu. Bolehlah korang tunjukkan bukti untuk buat pelepasan cukai. Korang boleh rujuk di laman web Lembaga Zakat Selangor untuk maklumat lebih lanjut bab ni. 


Cara pembayaran zakat secara online ni ada banyak cara kalau di Lembaga Zakat Selangor tau. sebelum ni aku ada terangkan cara pembayaran secara online di public bank. Kali ni aku baru jumpa cara macam mana nak bayar zakat secara secara RHB Banking online. Sangat mudah dan pantas kalau korang jenis yang busy seharian. Waktu korang makan boleh bayar kejap. Jangan nak bagi alasan dah weyh, hahaha




Menariknya di Lembaga Zakat Selangor, sentiasa tak kering idea untuk menggalakkan korang untuk tunaikan kewajipan korang dengan mengadakan kontes Menang & Kongsi. Korang berpeluang untuk memenangi dan juga akam kongsikan bersama asnaf terpilih. Boleh rujuk link ini untuk maklumat lanjut berkaitan Jom Tunai Zakat "Menang & Kongsi".. Hahh ! gitueww.. bertambah pahala korang.. 

---------------------------------------

Tunaikan kewajiban berzakat anda. Info lanjut:

No Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)

PENGALAMAN PERTAMA BERSALIN DENGAN PREECLAMPSIA

$
0
0
Hai korang, sebenarnya aku nak lah tulis pasal first pregnancy aku dari awal hingga ke akhir. Tapi apa kan daya sepanjang kehamilan aku, aku tak mampu nak duduk dengan betul. hahaha. Madah nak sakit pinggang je. Tapi takpe. Aku akan cek semula fon galeri aku. Kalau ada gambar aku akan ceritakan apa jadi dengan gambar tu. 
 
Gambar kenangan hujung pregnancy

Balik pada tajuk utama aku, aku bersalin dengan preeclampsia. Yang tahu, mesti ada kenangan korang boleh share dengan aku boleh letak link korang kat ruang komen.. Nanti aku nak baca. Tapi untuk aku punya preeclamsia masa pengalaman pertama aku bersalin, ni aku nak ceritakan.
 

APA ITU PREECLAMPSIA ? 

 
Preeklampsia adalah satu keadaan yang boleh mendatangkan bahaya pada ibu hamil. Ini kerana ia adalah salah satu komplikasi kehamilan yang agak serius dan berbahaya kepada seorang wanita yang sedang hamil. Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi kehamilan yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi berserta beberapa tanda kerosakan pada sistem organ tubuh yang lain.  
 
antara symptom
 
Biasanya ia melibatkan organ hati dan juga buah pinggang. Ia biasa berlaku pada minggu ke-20 kehamilan bagi ibu hamil yang mana sebelum ini, tekanan darahnya berada pada keadaan yang normal. Jika ia tidak dirawat, keadaan ini bukan sahaja amat berbahaya malah boleh meragut nyawa ibu hamil tersebut.
 

PENGALAMAN MIMIN MASUK DEWAN BERSALIN (LABOR ROOM)

 Sepanjang pregnancy, aku tak alami apa-apa sakit. Minum air gula pun lepas. Cuma ada sikit masalah bacaan darah sentiasa dekat border dengan kencing kotor. Itu je masalah aku masa pregnancy. Masuk sahaja minggu ke 37 kehamilan, aku dah check in Labour Room. Mungkin di sebabkan false contraction. sebelum aku ke Hospital, aku dah pergi klinik. Klinik cakap pun mungkin aku false contraction tapi bila cek Hcg cek fetal heart rate memang tinggi sangat macam nak keluar dah tu yang kena rujuk ke Hospital.
 
HCG fetal rate Mimin
 
Tapi disebabkan jalan belum keluar aku pun diminta balik serta masuk seminggu lagi bekerja. Hujung minggu masa tu hari petang Ahad 5hb Disember 2021, pergi tandas nak pee pee.. Nahh! sporting darah. Gelabah lah beb darah.. Ini dah tanda-tanda besar nak bersalin. Aku beritahu ibu aku dengan aku call laki aku cakap dah keluar tanda. Malam tu juga laki aku bawak pergi hospital. Doktor suruh buat pilihan nak stay wad ke nak balik sebab HCG fetal rate je tinggi tapi jalan belum bukak lagi. Memang balik lah cerita dia.
 
surat refer hospital

Nekad, esoknya tak masuk office dah. Inform KK tak nak pergi sebab masa tu dah tak larat nak pergi KK untuk buat last chekup. Tapi KK paksa aku pergi hospital sebab aku inform KK aku dah kerap contraction. Sakit yang tak selesa dengan tanda keluar darah. Sepanjang hari Isnin akan ada masa aku akan mengerang sakit dalam tempoh masa seminit. Bila masuk waktu malam tu aku dah tak boleh nak lelap sangat dah aku makin kerap mengerang.
 
menunggu untuk cek jalan masa ni
 
Esoknya hari Selasa 7hb Disember 2021, laki aku tanya nak pergi hospital ke tak. Aku cakap taknak. Aku dah malas kalau kena patah balik. Maksudnya aku nak tunggu tanda air ketumban pecah. Dalam jam 8 pagi KK call aku. Aku dah tak  larat nak angkat. Memang sakit sangat. Bapa memang dah standby je lah arahan dari aku. Dah tak merayap dah masa ni. Dalam jam 10 pagi KK call lagi. Marah aku sebab aku tak pergi Hospital pun semalam. Hari ni paksa jugak ke Hospital. tapi aku masih berdegil tak nak pergi Hospital. Dan KK paksa pergi jumpa dia. Dia nak cek dengan nak kasi surat refer hospital. 

DETIK YANG BERDEBAR DAN TERUJA

Selesai dekat KK, aku cakap dengan bapa nak pergi makan. Ni aku dah inform laki aku dah yang aku dah kena serah diri petang tu. Jam tepat jam 12 aku selesai makan. Dalam masa tengah makan tu, aku mengerang sakit. Bapa dah ghisau jee lah tengok aku macam tu. Dalam perjalanan nak ke Hospital, aku decide suruh bapa balik dulu solat dengan aku nak selesaikan barang nak masuk wad. Sampai Wad kecemasan dalam jam 2.30 ptg. Boleh pulak aku tak bawak kain batik. Aku call mamet suruh bawakkan kain batik. 
 
tengah tunggu bapa daftarkan untuk bersalin

 
Cek Hcg fetal rate dah tinggi bethol, tekanan darah masih dalam keadaan baik. Doktor decide nak cek jalan. Aku pun serah diri lah dia nak cek jalan. Nah ! sekali dah bukak 5 cm. Diaorang dah suruh prepare kan barang-barang untuk bersalin. Suruh Bapa daftar kan aku. Call laki aku, bank tak release kan laki aku awal. Jam 4.30 ptg baru dia boleh gerak. Aku dah tukar pakai baju uniform bersalin Nurse suruh duduk dekat wheel chair. Dia tolak aku ke dewan bersalin. Katil semua penuh. Dia suruh aku tunggu sampai katil kosong. 

tengah tunggu kat wheel chair. Dewan bersalin full masa ni
 
Haa ! masa ni aku dah mula sakit kepala yang amat sangat bila contraction datang. Macam tak tenang aku rasa masa contraction datang masa ni. Sakit sangat. Dalam jam 4.45 petang macam tu aku dah dapat katil. Nurse cek tekanan darah aku. Banyak kali jugak dia cek. Akhirnya dia beritahu doktor. "Doktor, teknan darah dia ni tinggi ni, dah 3 kali saya buat". Aku rasa itu normal lah kot sebab nak bersalin kan. Mesti lah tak betul bacaannya. 
 
ofkos dah cucuk tang sana sini
 
Sekali Doktor tadi tu panggil Doktor pakar weyh. Dah sudah. Teruk sangat ke aku punya tekanan darah ni. Bahaya sangat ke. Sebab aku tak nampak berapa bacaan aku masa tu. Sampai dua orang Doktor pakar review aku punya kes. Wah! kenapa eh. Dah terpinga-pinga aku. Doktor pakar tu amik tukul, ketuk lutut aku. Aku tak buat apa-apa pun.. tapi lutut aku ada shaking. Doktor tanya aku ada rasa sakit kepala tak? ada rasa nak pitam tak? aku jawap ada lah kan masa contraction tu datang. Cuma rasa nak pitam tu tak ada. Masa ni doktor dah pecahkan air ketumban aku.
 

DI DIAGNOSIS PREECLAMPSIA

Dalam masa setengah jam, Doktor Pakar tu terangkan dekat aku. Awak ni preeclampsia. Kita akan pindahkan awak ke HDU. HDU ni macam ICU. kita akan pantau rapi awak. Nanti kita akan masukkan MgS04. Ubat ni panas tau. Kalau bacaan tekanan darah awak tak turun kita akan buat emergency czear. 
 
aku sakit kepala teruk. yg lain aku rasa macam normal untuk orang bersalin
 
Sampai ke HDU, Nurse masuk ubat dalam shrink besar tak tahu yang itu ke MgS04 nya dengan bukak kipas. Wah sejuk ya. Nurse pelik aku sejuk. Sebab ubat tu panas katanya. Masuk HDU tepat jam 5.30 ptg. Maka setting itu setting ini diaorang biarkan aku layan contraction sorang-sorang.

Jam 9.30 malam sekali lagi Doktor pakar tadi cek aku. Tekanan darah, tukul kaki aku, cek jalan dengan pencahkan lagi air ketumban. Dalam jam ni aku punya jalan dah 7cm. Last makan jam 12 tengah hari tadi. Tapi sikit pun aku tak rasa lapar. Layan contraction hah boleh tahan ye rupanya.. Setiap kali Houseman masuk cek aku, aku berzikir sakit. Diaorang pun malas layan agaknya kan. Dia cakap teran je Puan. Macam nak berak tu. hahahah.. Padahal takde diaorang reti je aku zikir doa Nabi Yunus tu.
 
memang tak tenang macamni keadaan aku

Jam 11 malam. Makin kerap dan tak rilek contraction nya. Ada patient lain, tengah dikerumun katanya nak bersalin nampak kepala dah. tapi tak keluar-keluar pulak. Masa ni aku cakap dengan baby, Kejap baby. awak keluar lepas doktor settled kawan awak tu tau. hahaha Baby taknak rilek dah. Dia dah tak kasi mak dia rilek dah. Aku pun tanya nak keluar sangat ke baby? kalau nak keluar awak kasi sign yang awak nak keluar. Hah. Contraction biasa akan ada gap untuk aku bertenang. tapi time tu tak bertenang. Jadi, aku rasa ini sign baby nak keluar sangat. Aku panggil nurse semua tak nak layan. Aku jerit panggil diaorang. lepas tu aku teringat Doktor tadi cakap teran macam nak berak. 
 
ni kecik ye. Kat HDU Hospital Sultanah Nora Ismail besar ye Shring dia tuu
 
Time ni, diaorang lepaskan ubat yang sangat panasssss sangat. Aku rasa ini lah kot ubat Mgs04 yang dikatakan tu. Masyaallah panas betul weyh ubat tu. Maka dengan bukaan hanya baru 8cm, angkat punggong dan dikoyakkan maka keluarlah baby boy of Yasmin Jam 11.47malam seberat 2.86kg tinggi 47cm. 
 
masa ni baby dengan Mimin sama-sama dalam HDU. Kawan ibu staff sini dapat lah dia tengok mimin time ni
 
Itulah pengalaman pertama aku bersalin dan pertama kali di diaognasis preeclampsia with symptom. Dan bermulakah aku kena complete kan ubat Mgs04 dalam 24jam dan akan dipantau ubat yang masuk dalam badan dalam 5 hari di tahan wad bersama baby. Nanti aku share kan apa jadi lepas bersalin bila on ubat Mgs04 itu tadi.

--------------------------------------
terima kasih sudi baca sampai habis. Orang Sri Gading yang baru pertama kali nak bukak buku di KK Sri Gading boleh baca entry ini



SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRAA TERUS BOLEH DIMAKAN

$
0
0

Pencinta daging dendeng ? Tapi tak tahu cara nak masak macam mana? Sambal Daging Dendeng ready to eat korang boleh dapatkan dengan harga yang murah dan mampu nak beli. Nak rasa lebih sedap macam dah pro masak daging ni boleh cuba Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni.

SAMBAL DAGING DENDENG DARI SUMATRAA SEDAP

Aku memang pemakan daging tegar. Sebut je daging memang aku lah orang pertama yang sambar. Tapi untuk aku nak masak aku akan fikir jauh sikit sebab malas nak merebus daging tu kasi lembut dan tak liat bila di makan. Bila pekena Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni.. Perghh ! Sedap betul. Dagingnya lembut dan sambalnya ada rasa pedas yang semua orang boleh makan. 

SAMBAL DAGING DENDENG READY TO EAT

 

Daging Dendeng di pek dalam bekas plastik, kemudian di seal. Tak banyak lapisan. Cuma koyakkan dan boleh terus makan. Sesuai untuk sesiapa nak pergi travel dan pergi hiking yang mana susah nak dapatkan makanan atau susah nak masak semasa travel atau pergi hiking.

Aku sangat cadangkan kat korang untuk cuba daging dendeng ni. Sedap sangat ! Kalau korang rasa ragu-ragu nak terus makan, takde masalah kalau nak panaskan dalam kuali terlebih dahulu. Yang travel atau pergi hiking, korang boleh rendam pack Sambal Daging Dendeng ni dekat air panas. Macam korang rendam susu baby tu. hehehe 

 Bila koyakkan pek daging dendeng ni, dah tak sabar nak telan. Aroma dia memang bangkit selera. Dagingnya lembut dan tak liat langsung. Aku dapatkan 3 pek. 1 pek je aku sorang. Lagi 2 aku kongsi dengan keluarga. Haa nampak takk sedap dia macam mana. hahaha

MENU PANTAS SAHUR DAN BERBUKA DI BULAN RAMADHAN

 

Kita pun dah nak puasa, nak masak sahur pagi-pagi untuk menu pelbagai sangat memenatkan untuk bangun awal. Kalau korang buat stock Sambal Daging Dendeng sepanjang puasa nanti. Korang perlu masak nasi putih je. Nak lagi sedap tambah telur. Perghh ! mantap dah sahur korang. 

------------------------------------------------------------


 Aku tak jual. korang boleh terus ke website mereka https://sumatraafood.my/order/form/pastisedapdanteringat33 kat shopee korang search je Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni, ada agent dia jual kat sana. Kalau korang teringin nak jadi sebahagian dari agent mereka boleh rujuk info mereka yang aku berikan kat bawah ni:

 Instagram | Facebook | Website | Phone +6011-555 05825 

KIBAS GOLEK MENU ISTIMEWA BUFET RAMADHAN DI HOTEL KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON

$
0
0
Tok Tok Tok.. Ketuk ketuk Ramadhan tinggal berapa hari je lagi yang kita sedang rindukan dan tunggukan bulan Ramadhan. Alhamdulillah masih merasa lagi tahun ini untuk menyambut bulan Ramadhan. Tahun ni, aku teruja nak sambut dengan keluarga baru aku Fayyadh Affan permata hati kecil ku. hehehe. 
 
 
Kalau sebut bulan Ramadhan, mesti kita gambarkan Bazar Ramadhan, Expo Ramadhan dan tidak ketinggalan juga Bufet Ramadhan. Nah ! ni aku nak cerita ni Klana Beach Resort Port Dickson tidak ketinggalan untuk menyajikan menu Ramadhan pada tahun ni. Dengarnya, Klana Beach Resort Port Dikson menyasarkan 300 orang pelanggan setiap hari dengan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti mengamalkan penjarakan sosial, memakai sarung tangan serta memakai pelitup muka. Memandangkan kes jangkitan Covid-19 masih tinggi walaupun kita dah beralih ke fasa Endemik.

KLANA BEACH RESORT MENYAJIKAN CITARASA NISMILAN

ABDUL Aziz Sheikh Abdul Kadir (tengah) bersama Chef Sarimah Ghazali (kiri) dan Dzarudin (kanan) melihat masakan yang disediakan pada majlis previu bufet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
 

Bagi mereka yang teringin merasakan citarasa masakan orang Negeri Sembilan, di Hotel Klana Beach Resort menjamukan masakan tradsi Negeri Sembilan menjadi konsep kepada pengajuran bufet Ramadan hotel ini dengan beberapa sajian asli seperti rendang ayam pencen, ikan keli salai air asam dan rendang maman.

KIBAS GOLEK
 

Pernah dengar Kibas tak? Menu Kibas Golek yang sudah jadi "siganture menu" di Klana Beach Resort merupakan menu terpaling istimewa dan susah nak dapat dekat mana-mana kedai makan tepi jalan.  

sopan kan adik manis ni menggoreng cekodok. hehehe

ruang bubur lambuk/pulut hitam/pengat pisang

pucuk ubi tempoyak

rendang maman

sambal jawa ni ada petai yee

akar rampai

samabl bilis petai

Udang masak lemak cilipadi

Daging masak hitam

Ayam masak merah madu

bahagian pedas-pedas ikut selera masing-masing

dessert

kerabu taugeh. tak silap aku


kuih fav !

perghh cara pun ada



Memang Negeri Sembilan makanannya pedas-pedas ikut betul citrasa tekak aku ni dan terpaling penting Salai Itik tak ketinggalan juga tau. Bufet Ramadan 2022 yang  bertemakan Citarasa Nismilan akan bermula pada 5 April 2022 sehingga 30 April 2022.

KEMUDAHAN BERBUKA PUASA DI HOTEL KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

hiburan untuk dinikmati
 

Alhamdulillah, kalau korang tak stay hotel mereka pun takpe tau. Pihak hotel tak kecik hati pun. hehe. Untuk pengetahuan korang. Hotel Klana Beach Resort ni dimiliki oleh Majlis Agama Negeri Sembilan (MAINS). Sudah pasti pihak hotel sangat menitip beratkan ibadah yang wajib. Jadi mereka turut menyediakan kemudahan surau untuk solat Maghrib, Isyak dan juga Solat Tarawikh yang dipimpin oleh imam jemputan khas mereka.

PAKEJ BUFET RAMADAN "CITARASA NISMILAN" DI KLANA BEACH RESORT

 

Mereka menawarkan harga serendah RM55 (dewasa) bagi pembelian baucar awal. Apa tunggu lagi ! dapatkan harga Early Bird hari ni. murah banyak tuu takut korang terlepas harga murah kalau tunggu lagi nak beli.

Dewasa (Harga Biasa) : RM68.00
Warga Emas : RM 30.00
Kanak-kanak : RM 30.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah : Percuma

-------------------------- 

Info lanjut

Hubungi +06-648 7888, +6016-6619030 atau +6016-661 9050
Website | Instagram | Facebook | Email 

KLANA BEACH RESORT HOTEL TEPI LAUT DI PORT DICKSON

$
0
0
Ini merupakan percutian singkat kali pertama buat Fayyadh Affan. Hehehe. Teruja bawak Fayyadh jalan-jalan jauh sikit dari tanah Batu Pahat. Kebetulan ada prebiu Bufet Ramadan Kibas Golek kita staycation terus 1 malam di Klana Beach Resort Port Dickson. Apa yang uniknya hotel ini, hotel ni terdapat balai cerap untuk tengok anak bulan. Wahh ! tapi aku belum ada rezeki nak masuk balai cerap tu,

 
Port Dickson ni memang banyak hotel dan resort tapi selalunya aku dengan keluarga besar  aku akan cari hotel yang selesa pada harga yang berpatutan. Memang teringin nak bermalam dekat hotel yang terkemuka dekat Port Dickson ni, tapi tunggu rasa mampu lah baru pergi situ. hehehe.
 

KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

 
Hotel ini terletak dibatu ke-8 sepanjang jalan pantai Teluk Kemang yang popular. Hanya 2 jam pemanduan dengan kereta dari Batu Pahat, Johor.  Hotel ini merupakan Hotel dan Resort yang dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Haa ! sebagai sebuah hotel yang patuh Syariah.. Setiap bilikada disediakan telekung, sejadah dan kain pelikat untuk memudahkan tetamu mereka untuk menunaikan ibadah yang wajib.
 
BILIK KAMI KATIL SUPER SINGLE X2
RUANG SANTAI

KEMUDAHAN DI DALAM BILIK

BOLEH SANTAI SAMBIL PEKENA NESCAFE

TELEKUNG, KAIN PELIKAT, SEJADAH DAN STRIKA JUGA DISEDIAKAN

IRON BOARD DAN HAIRDRIER PUN ADA

Perkhidmatan mereka berikan pun sangat berkualiti dan layanan sama je. Macam balik kampun bila pakcik securiti dekat pondok jaga tu sangat ramah dan mesra bila dia bercakap untuk lihat aplikasi MySejahtera di telefon kita. hehehe.  Dari pagar pintu masuk sampai dalam hotel, kakitangan mereka akan memastikan keperluan dan keselesaan sepanjang penginapan di Klana Beach Resort, Port Dickson. 
 

KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON BERHANTU?

 
wallahualambissawab. Sepanjang aku dan keluarga kecil aku menginap di Klana Beach Resort baik aku, laki aku apalagi anak aku yang baru berumur 3bulan. Lena betul tidur dekat hotel ni. Penghawa dingin dia memang sejuk. Anak aku tenang je tidur tanpa gangguan, Aku je lah kena ganggu sikit. Terganggu dengan anak mintak susu. kehkehkeh. 
 
MUKA HAPPY KENA GANGGU DENGAN FAYYADH MEMALAM MINTAK SUSU ^.^

Kalau ada tu, tak mustahil. Bukan kita je makhluk Allah atas bumi ni. "dia" pun makhluk Allah yang menumpang jugak di muka bumi Allah ni. Apapun, betulkan niat dulu sebelum mulakan perjalanan. Jangan fikirkan keseronokan sentiasa sampai lupakan lain-lain. wahh! nasihat percuma takyah bayar hah. hahaha. 

--------------------
Kalau korang belum pernah rasa Kibas. Datang lah berbuka puasa di Klana Beach Resort, Port Dickson. korang kena pekena Kibas Golek dekat sana. teringat-ingat je rasa Kibas ni kat tekak sampai hari ni.

BUFET RAMADAN CITARASA NISMILAN DI KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON
Dewasa (Harga Biasa) : RM68.00
Warga Emas : RM 30.00
Kanak-kanak : RM 30.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah : Percuma

Info lanjut

Hubungi +06-648 7888, +6016-6619030 atau +6016-661 9050
Website | Instagram | Facebook | Email

Download Apps MarryBrown dan Tebus Tawaran Menarik Serendah RM2.90

$
0
0
Hai korang, hujung-hujung Ramadhan dah banyak sangat orang munjung Ketupat lodeh. Jadi tekak dah takmo ketupat lodeh. Ramai betul sembang MB Apps dari Marrybrown ada tawaran menarik (deals) yang sedang berlangsung sekarang ni tapi hanya dalam aplikasi MarryBrown sahaja. Jadi aku terus ajak laki tapau MarryBrown. Kompom restoran-restoran lain dah penuh kena booking awal. 


Sebenarnya, Aku baru tahu MarryBrown dah lancarkan aplikasi mereka, Lepas ni murah banyak lah dari pakai vendor food application tu. So, korang yang mana belum download tu cepat-cepat download okay sebab aku nak ajar cara untuk tebus tawaran yang ada dalam aplikasi MarryBrown tu haa


Kecewa betul aku terlepas promosi kaw-kaw. MarryBrown apps tawarkan serendah RM1 je untuk ayam! kompomlah dah terlepas. Dah tamat tempoh untuk tebus tawaran ayam RM1 tu. tapi nasib baiklah MarryBrown tak lalai nak ubat kekecewaan hati ini bila banyak lagi tawaran-tawaran lain ada sehingga 40% dan harga serendah RM2.90


Macam aku yang pertama kali download aplikasi MB apps ni. Aku dapat PERCUMA seketul MarryBrown's Crispy Chiken. Ayamnya tak kecik tau walaupun seketul je dapat. Agak besar jugak seketul ayam percuma lepas muat turun aplikasi ni tau,, nah! tak rugi pun download apps MarryBrown ni kan. 
 

CARA TEBUS TAWARAN DI MB APPS

 
Muat turun aplikasi MarryBrown's di https://mbapp.marrybrown.com/ atau buka je google playstore atau app store di telefon bimbit korang, tapi maaf tau tak semua outlet lagi yang korang boleh tebus tawaran, boleh tengok disini untuk outlet yang tersenarai https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets

  • TAB HOME



  • TAB DEALS


Aku dah tebus dah tawaran ayam seketul tuu, korang bila lagi nak tebus tawaran ! buat apa bayar lebih kalau ada lagi murah. haa giteww!



Tadi aku redeem Kiddy Meals, Chicken Nugget, Onion Rings dan banyak jugak la deals yang aku redeem aaa termasuk MB Ayam krispi percuma, boleh repeat lagi sebab masa pergi ni MarryBrown dah nak tutup! muahahaha


So korang jangan lupa tau, cepat-cepat download aplikasi Marry Brown dan tebus semua tawaran yang ada, jangan bila dah takde baru nak menyesal, eh !
------------------------------------------------------------------------

Info Lanjut :


SELEPAS MENERIMA MGS04 PRE-CLAMPSIA SEMASA BERSALIN

$
0
0

hai, entry tertangguh nak sembang baik pasal kesan selepas terima ubat MgS04 sewaktu mahu melahirkan bayi. Apa yang aku boleh cakap, Masa ubat tu di jalankan. Aku rasa ubat tu panas menjalar dalam tubuh badan. berbekalkan ilmu kosong berkaitan dengan MgS04. aku aku dengan arahan untuk ditahan wad selama 5 hari. Tujuannya adalah untuk dipantau. 

Adik sepupu mimin, Houseman dekat HSNI Batu Pahat orang pertama tengok baby
 

Alhamdulillah, baby tak ada langsung kompilasi semasa bersalin. Jadi aku dapat bersama baby selepas aku bertenang. Masa tu tak ada ilmu penyusuan langsung. Tak tahulah baby kenyang ke lapar. 

HARI PERTAMA 

Selepas bersalin, aku masih berada dalam bilik HDU. Aku masih dipantau oleh doktor pakar sehingga dibenarkan untuk masuk wad biasa. takut-takut sekiranya aku kembali dengan bacaan yang tak menarik. Alhamdulillah aku okay.. Ya. aku pun pelik macam mana aku boleh tiba-tiba ada pre-clampsia ni. masalahnya, selepas aku ditolak dari katil bersalin biasa ke katil bersalin HDU.. bacaan kembali normal sehingga sekarang.  

done cucuk BCG
 

alamak dah tak berapa ingat jam berapa boleh pindah wad biasa. Tapi macam dalam 12 jam je. kalau nak ikutkan dekat HDU tu kena 24jam. okaylah sikit. Masa hari pertama masih tak dapat menyusukan baby dengan sempurna.

HARI KEDUA

Hari kedua, pagi-pagi nurse dah kelam kelibut. Rupanya para pakar akan buat spot check wad dan buat pantauan pesakit. Masa ni manalah tahu kan. Mandi pun belum. Layan anak. Ehh comelnyaa kiuddnyaa dan sebagainya. Almaklumlah baru jadi mak-mak ni. Pulak anak belum ada ragam. semua okay. Dari segi najis bayi pun lancar je.

 

Tapi! ku sangkakan panas berpanjangan.. rupanya gerimis rupanya gerimis mengundang oh oh ohhh.. hahaha nyanyi pulak.. Ya! masih struggle menyusukan. Pagi tadi dah brief pasal teknik penyusuan pun aku masih gagal. Tak susu tu memang susah kan. masalahnya bedung pun aku gagal. hahaha. Maka petang itu, bermulalah episod bayi aku nangis kelaparan tanpa diberi belas kasihan. hahaha bunyi kejam. takde lah,, cuma kalut lah. semua urus sendiri. waris tak boleh datang ziarah. lagi pening 

HARI KETIGA

Aku cerdik sikit dah. seawal jam 4 pagi dengan air sejuk dah pergi mandi sementara baby tenang dan tanpa pakai stoking selepas mandi . Untuk pengurusan diri aku dah semakin mahir. seorang demi seorang dah jadi kawan dah mommies dalam wad tu. macam macam kisah dan keluar masuk orang yang duduk di wad ni,

sentiasa kena monitor tekanan darah
 

Untuk pantauan MgS04, hanya monitor kawalan tekanan darah sahaja. tiada ubat tambahan diberikan. masa ni dah tak sempat dah nak update gambar anak comelnyaa kiuddnyaa kat family. Sebab teknik penyusuan aku masih gagal. aku ada minta bawakan pam susu masa tu. Di terima tapi kena usaha pam sendiri. kah ! memang taklah mana nak suruh anak senyap mana nak pam tangan. maka menangislah bersama-sama bayi aku. hahaa. 

HARI KEEMPAT

aku dapat akal malam tadi, nak mohon anak aku keluar awal sebab aku tak nak stress. Hampir jadi gila fikirkan anak tak menyusu lagi dengan kenyang. Intonasi aku minta barang kat ibu aku pun dah tak okay. kali ni aku mintak ibu aku bawakkan pam susu.

 

ayah first time jumpa baby
 

alhamdulillah, hari keempat tekanan darah aku masih baik dan okay dan doktor pun benarkan bayi aku balik. haaa! ingatkan okay lah.. sebab tinggal 1 malam je kan. Tak weyh. Jiwa keibuan dah menebal kat dalam diri ni rupanya. nangis bila laki nak discharged kan anak. ahhahaha

tak dapat banyak, cuma dapat 1 hingga 2 oz je
 

mintak nurse masukkan ke peti ais
lepas baby balik baru rasa badan sakit

malam, dapat hasilkan susu dengan sempurna. kaki aku selepas baby balik terus rasa lain macam. Macam nak bentan lah kot. tapi tak tahu bentan punya rasa tu macam mana. terus cecepat pakai stoking selimut dan terus tidur awal lepas dapat pam susu

HARI KELIMA

Doktor buat pantauan pagi macam biasa. Boleh pulak dia cakap aku baru hari ke empat. tapi logik lah jugak kiraan doktor tu kan. hari pertama kan 24jam masuk wad. bukan kira dari dalam wad bersalin. tapi aku buat muka comel sikit. hahaha. 

daripada penuh sampai kosong wad postnatal yang pantau rapi ni
 

nebes jugak takut tekanan aku kembali tak okay. aku amik inisiatif untuk bertenang dan banyakkan baring. alhamdulillah doktor pakar datang dan dia tulis report aku boleh discharge petang tu jugak. 

PANTAUAN LEPAS KELUAR WAD

wah ! sampai habis 44 hari berpantang aku masih ulang alik klinik desa dan kelinik kesihatan untuk pantauan bacaan. pergh kau nak siapkan diri lepas tu nak kena angkut anak. setiap minggu. penat weyh. tapi aku bersyukur. cuma masa nak bersalin sangat je sangkut bacaan abnormal tu. 

KESAN PRE-CLAMPSIA

 

ubat wajib dapat keluar wad
kalau czer ada cucuk2 kan, untuk yang on Mgs0p dapat ubat. alhamdulillah tak banyak

Aku melahirkan baby aku tu secara normal. Tapi orang tak nampak bertapa risikonya aku sebenarnya. Pre-clampsia boleh buat aku atau bayi meninggal sebab tekanan darah tinggi dari sepatutnya. Berbahaya untuk meneran bersalin. Aku hampir je bersalin c-zer. syukur ya Allah. Ramai mendoakan.

-------------------------------------------

korang boleh baca entri aku sebelum ni untuk Pengalaman pertama melahirkan bayi dengan Pre-clampsia . Jadi lepas ni nantikan entri aku seterusnya ya..

MAKSUD NAMA FAYYADH AFFAN DAN DAFTARKAN DI JPN YONG PENG BATU PAHAT

$
0
0
Ehh. lajunya update kali ni lepas entry pre-clampsia lepas bersalin. Ni pun dah kira lambat. Baby pun dah 7 bulan hari ni. Takpe kongsi sini untuk kenangan masa hadapan. 
 
Nama baby awalnya mimin nak tamak sorang-sorang bagi nama. Tapi kena bangkang dengan madon. Jadi, terpaksalah kena kongsi kasi nama. Nama awal mimin decide mimin yang letak, dan nama seterusnya suruh madon fikir sendiri. 
 
Terhasil lah Fayyadh. Tak tahu kenapa nak letak nama Fayyadh. Tapi tertarik dengan nama Fayyadh. Selang beberapa hari, madon tiba-tiba cakap.. "I dah tahu nama kedua Fayyadh.. Affan" awalnya aku tak setuju sebab Affan terlampau ramai letak nama Affan dalam masa yang sama aku tak kisah. hahaha

MAKSUD NAMA FAYYADH AFFAN


 
Maksud Nama Fayyadh adalah nama yang baik bersamaan Murah Hati. Manakala nama Affan bermakna Pendaki, bijak, cerdas, nama ayah Khalifah Uthman. Semoga anak bonda menjadi seorang yang bijak, cerdas dan menjadi khalifah yang sangat bermurah hati. 


 DAFTARKAN KELAHIRAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, YONG PENG BATU PAHAT

 
Masa daftarkan kelahiran Fayyadh Affan, tu akhir tahun 2021. Masa ni masih dalam perintah kawalan pergerakkan (PKP). Kami kena booking tarikh untuk datang ke JPN. Pilih nak daftarkan nama Fayyadh Affan dekat Yong Peng bukan sebab utama dekat dengan rumah mak mertua. Tapi, urursannya pantas berbanding daftarkan dekat JPN Batu Pahat. hehe.

Jadi ini tips untuk warga Batu Pahat yang tak sabar nak beratur panjang-panjang. Sila ke Yong Peng Okay. hahaha
 


AQIQAH FAYYADH AFFAN - PART 1

$
0
0
Kemain kau Fayyadh sampai ada 2 part cerita aqiqah kau. Hahaha. Yaa ada dua part. Sebab Aqiaah untuk baby lelaki perlukan tumbang 2 ekor kambing. 
 
 

AQIQAH ITU APA?

Aqiqah yang biasa kita fahami adalah menyembelih haiwan tertentu dan memberikan daging tersebut kepada golongan yang memerlukan. Selain daripada itu, diteruskan dengan amalan sunnah seperti cukur jambul, berzanji dan lain-lain amalan untuk memberi berkat kepada majlis sekaligus mendoakan keberkatan bayi yang baru lahir.

Pendapat daripada ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari aqiqah dari segi bahasa bermaksud “rambut yang tumbuh di atas pada kala waktu lahirnya”. Hukum aqiqah anak lelaki dan hukum aqiqah anak perempuan adalah sunat muakkad– iaitu sunnah yang dituntut dan digalakkan walaupun ianya bukan sesuatu yang wajib. 

 

Imam Syafie’ membuat kesimpulan tersebut daripada hadith yang di mana Nabi SAW bersabda:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

 

SYARAT-SYARAT AQIQAH ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN

Secara ringkasnya, aqiqah dilakukan dengan bahagian seperti berikut: 

  • 1 ekor kambing untuk anak perempuan
  • 2 ekor kambing untuk anak lelaki
  • Atau pun seekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.
Tapi, aqiqah bayi lelaki dengan dua ekor kambing bukanlah satu kewajiban. Ini kerana Nabi SAW pernah membuat aqiqah untuk cucu Baginda Saidina Hasan RA dan Saidina Husin RA masing-masing dengan seekor kibas.
 

FAYYADH AQIQAH 1 BAHAGIAN DENGAN NEKBU

 
Alhamdulillah dikurniakan nenek dari syurga. hehehe. semua ditaja oleh nenek kecuali goodies dari bonda sendiri. Terima kasih nenek. Harap adik-adik payad pun dapat tajaan jugak. kahkahkah..  
 

Fayyadh dan penaja rasmi ^.^

sesi doa kesyukuran buat bonda dan fayyadh

sesi mentahnik

 

nak cukur jambul ayah dah botakkan, jadi buat sesi mentahnik. merasakan manisan seperti kurma dan madu ke lelangit baby. Tak tahu lah apa sebabnya. Mimin follow je lah, lagi pulak dalam kalangan yang hadir tu ada yang doktor. Tak ada cakap apa-apa. jadi min pun okay je.

 


 

Nak jugak macam orang-orang kan Fayyadh. Sudahnya fayyadh tak masuk pun dalam kerangkeng tu. buat sesi bergambar je. hehehe. Bridal mimin amik dengan bridal kawin mimin. Dapat murah, Macam ni RM300. Memang okay sangat. Bridal mimin amik dari Armz Collection Butik kahwin Batu Pahat. thanks Armz & Team.

 

Nantikan Aqiqah Part 2 okay. hahaha.. Part Aqiqah di sebelah Ninda Yong Peng.

1001 KENANGAN TERCIPTA PADA MAC 2022 SAMBUT DI GOBOK RUMAH USANG BATU PAHAT

$
0
0
wahh, kemain yaa update lincah. Semua ni entri tertangguh. nak update tapi malas.. nak update tapi takde masa.. nak update tapi Fayyadh tak kasi kerjasama. hahaha. Entry kali ni mimin sembang tak lama lah.. sebab ceritanya memang ringkas tapi sambil nak buat review TAK BERBAYAR dari pihak Gobok Rumah Usang di Batu Pahat.
 

KISAH 1001 KENANGAN DI BULAN MAC 2022


okay, mimin mulakan citer dengan kisah kenangan yang nak diimbas kembali. Ye lah sekarangkan dah bulan Julai 2022. Jadi nak buat trobek entry lah. hahaha . Berbalik pada kisah kenangan ni, Kenapa mimin sebut 1001 kenangan ? takdelah 1001 cerita nak disembangkan. Tapi dalam bulan Mac sahaja Mimin sambut kelahiran adik mimin si mamet pada 1 Mac, Madon dan Fayyadh 3 bulan pulak 7 Mac, semestinya sambut anniversary mimin dan madon 21 Mac dan terpaling sambut 19 Mac. Merupakan 100 hari buat anak bonda lahir kedunia.
 
1hb Mac - birthday mamet

 
7hb Mac - birthday Madon

21 Mac - Anniversary Mimin Madon

Kek Kawaaii daru Lilin Pink, Based Batu Pahat

Anything for you my baby boo Fayyadh Affan. Demi Fayyadh bonda sanggup ikat perut demi keselesaan untuk Fayyadh. Bonda takkan limpah ruah kemewahan tapi limpah ruah kasih sayang bonda ayah dekat Fayyadh okay. Be good n be nice yaa baby bonda.

REVIEW GOBOK RUMAH USANG

credit : Daily makan
 
berbalik pada review ikhlas dari mimin berkaitan Gobok Rumah Usang. Gobok Rumah Usang ni sebenarnya rumah usang yang dijadikan kedai makan. Rumah yang telah dibaik pulih dan berkonsepkan rumah klasik. Cantik dan sangat nostalgia. Ibu dan bapa mimin pergi situ pun cakap, wahh dulu pakai tv macam ni.. dulu suiz lampu macam ni itu dan ini. 
 
view lawa, boleh lahh nak oot. hahaha
 
Tapi bila bahagian menu pulak. Tak banyak pilihan. Harga mahal. Rasa dia pulak agak mengecewakan. Tapi air boleh lah. Tak teruk sangat rasanya. Untuk yang lapaaaaaarrr atau khusus nak makan malam kat sini. bukan situ tempatnya. Tapi kalau pergi nak lepak atau sekali sekala datang untuk sambutan hari hari penting.. Boleh lahh datang. 
 
------------------------------------------------------
info lanjut
 
Gobok Rumah Usang
3, Jalan Zamrud 1, Taman Dagang, 83000 Batu Pahat, Johor | 012-726 4354 | Tutup Rabu

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN SALAM AIDILADHA

$
0
0
Alhamdulillah, masih consistent update entry dan Alhamdulillah kita masih dapat meraikan hari raya adiladha pula untuk tahun ini. Kalau ikut tarikh dalam kalender Islam, hari semalam awal waktu subuh merupakan tarikh keramat buat mimin. Di mana, tarikh tersebut merupakan tarikh arwah apak Haji Adam bin Maarop kembali kerahmatullah. Tahun ni merupakan tahun yang ke 8 tahun.

Berbeza pula buat tahun ni, di mana ibu bapa angkat mimin dapat menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah. Nama naik pergi Haji adalah tahun 2020 tapi tak ada rezeki 2 tahun akibat Covid-19 melanda 1 dunia. 
 
tempat berkumpul - MOVEN PICK HOTEL SEPANG

 HARI RAYA HAJI

Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidil Adha di Malaysia. Hari ini disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Haji disambut dari dua hari yang penting dalam Islam.

Hari Raya Haji jatuh pada hari kesepuluh di bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam ataupun dikenali sebagai Kalendar Hijriah. Hari Raya Haji disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah di seluruh dunia.

8 JUN 2022 - IBU BAPA MENAIKI PENERBANGAN AWAL

boleh teman sehingga selesai buat pendaftaran
 
Alhamdulillah sekali lagi, ibu bapa mimin telah dijadualkan antara Jemaah awal yang tiba di Tanah suci. Maka, Mimin Mamet lah yang menghantar mereka ke Moven Pick tempat mereka berkumpul. Pewaris tak boleh tunggu sampai mereka hilang ke perut kapal terbang, Hanya sekadar hilang dalam dewan tempat mereka berkumpul je
 
Mak menyantuni Ibu sebelum berlepas

boleh tengok sampai hilang dari pandangan mata di Dewan Moven Pick Hotel

 
member lepakkkkk drive pepagi buta

Penerbangan dijadualkan pada tengah hari. Jadi mereka perlu ada di Moven Pick Hall seawal 8 pagi dah selesai urusan pendaftaran dan ambil keperluan yang disediakan oleh Tabung Haji. Takpe lah asalkan urusan mereka dipermudahkan.
 
selfie pertama tokpe tiba ni Masjid Nabawi

 
tak risau bab makan, TH sediakan makanan Tengah hari dan Malam

Cikpian menyantuni Ibu bapa dekat Madinah

Dapat ziarah banyak tempat.

cuaca sana Lit Lit macam biasa

Mereka tiba di Tanah Suci Madinah pada jam 11 malam waktu Malaysia. Alhamdulillah, tak risau sebab ibu rajin update ke kami. hahaha. Mereka datang awal. Jadi shopping pun awal jugak. Sesia ziarahan sangat lancar. Syukur Ya Allah telah pelihara mereka dekat sana sempurna. tak ada sakit demam atau sebagainya. Mereka seronok beribadah dekat sana.

7 JULAI 2022 - TIBA DI ARAFAH

selfie pertama di Arafah


Mereka telah tiba di Arafah. Banyak perubahan dekat sana. dah ada khemah kukuh disediakan bilik air yang siap ada tangki dah sekarang. Semoga sehingga usai ibadahnya diberikan kesihatan dan kakinya beri kerjasama. Tabung Haji dah buat jadual untuk mereka melontar pada waktu malam. Wahh! legaa banyak sebab sejuk. Semoga baik-baik sahaja mereka di sana.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA




Sebelum menutup kata, Mimin dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat pembaca di blog Mimin.
Viewing all 474 articles
Browse latest View live